" Faiqa Eryna! "
Faiqa angkat kepala. Terkejut apabila mendengar nama penuhnya di seru. Melihat kelibat Rizwan di muka pintu sedikit mengejutkan Faiqa.
" Hey, what's bring you here cousin? " Laju Faiqa bertanya. Dia jadi kaget bila melihat Rizwan di situ, rasanya dah berbulan mereka tak berjumpa. Kali terakhir di rumah Nek Cha.
Rizwan senyum. Jelas keterujaan di wajah Faiqa. Soalan Faiqa dibiarkan sekejap. Dia tarik kerusi dan duduk mengadap Faiqa.
" Amboi, ganasnya. Tak ada salam terus ke main point. Lagak bos sangat Cik Faiqa ni. " sinis Rizwan. Faiqa di lihat sedikit berbeza dari sebelum ini. Faiqa di depannya sekarang nampak lebih berkarisma sesuai dengan jawatan yang di sandang.
" Depan you, I kena berlagak jadi bos sikit. Kalau tak nanti you buli I " jawab Faiqa sambil tersengih. Rizwan ni perangai dah lebih kurang macam Haqiem. Sekepala sangat. Kuat membuli. Dulu masa kecik dia lah yang selalu jadi mangsa.
Rizwan ketawa mengekek. Terus terbayang perangai manja Faiqa dahulu kala. Cengeng! Asyik menangis bila di usik.
" Eh, cepat la jawab soalan I. You buat apa kat sini? " tanya Faiqa semakin tak sabar. Sengaja dia memeluk tubuh bila Rizwan masih lagi dengan sisa tawanya.
" Acually I baru lepas jumpa your dad, to discuss about my new project to build one chalet in Mersing. Kebetulan papa ada beli tanah dekat sana. Dari dibiarkan why not dibuatkan chalet. Market value pun tinggi. " Jelas Rizwan. Ternyata kehadirannya dihargai Faiqa. Tak sia-sia dia offer diri datang ke MH Holding meskipun tugasnya masih banyak di Johor.
Sebagai syarikat yang sudah lama beroperasi, dia yakin MH Holding adalah pilihan terbaik bagi menguruskan projek terbaru syarikat mereka. Bagi dia berurusan dengan ahli keluarga sendiri lebih mudah.
Faiqa mengangguk pelahan.
" Wow, that sound so great! since you handle company Uncle ni makin kencang job masuk ye. Nanti bolelah I belajar dengan you. " seloroh Faiqa. Dah lama tak layan kepala gila dengan Rizwan ni. Kalau ada Dania dan Hani lagi syok. Mau pecah ofis ni dengan ketawa mereka.
Rizwan tersengih.
" you pun apa kurangnya, dengar cerita banyak job besar you handle sekarang. Uncle siap puji you tadi tau. " beritahu Rizwan. Dia sendiri kagum bila Datuk Heykal memberitahu Faiqa banyak membantu tugas yang ditinggalkan oleh Haqiem.
Keningnya diangkat.
Ayah puji aku? wah, satu kejayaan ni.
" So, u dah jumpa Haqiem? Dia ada dekat ofis. " bagitahu Faiqa teruja. Lagi meriah kalau Haqiem turut serta. Ada saja cerita yang nak di borakkan.
Rizwan mengangguk sekali.
" Kejap lagi pun I dengan Haqiem nak keluar lunch sama. Jomlah sekali. Dah lama kita bertiga tak open table " pelawa Rizwan. Keningnya diangkat-angkat. Dia di KL pun tak lama jadi masa ini lah mereka bertiga dapat berkumpul bersama.
" Okay tapi you belanja "
" Nope. For sure Haqiem sebab dia paling tua " jawab Rizwan spontan. Dia sudah bangun dari duduk.
" Tua tapi bajet muda " sela Faiqa selamba. Mengekek dia ketawa. Rizwan hanya mampu geleng kepala. Faiqa kalau dah masuk air macam ni la.
" Ehem! "
Haqiem yang tiba-tiba muncul berdehem sambil melirik geram ke arah adiknya.
Kurang asam punya adik, boleh kau mengata aku depan-depan yer.
Faiqa sengih.
Eh, terkantoi pulak.
.
.
.
" Rasanya dah lama kita tak berjumpa kan. Kalau akak tak tegur saya tadi, saya pun tak perasan. "
Tangan Puan Aisyah di tepuk mesra. Gembira bila dapat bertemu wanita yang sudah di anggap seperti saudara sendiri.
" Akak pun takut jugak nak tegur tadi. Risau kalau tersalah orang. Ida pun dah lain sekarang akak tengok " Dia kemudiannya ketawa. Ketika itu mereka berada di lot parking sebuah pasaraya. Berjumpa pon secara tak sengaja. Kat sini pun jadi nak berborak.
Puan Aisyah ke situ ditemani anaknya Ainaa manakala Datin Faridah memandu sendirian. Selesai saja bersalaman, Ainaa terus masuk kereta menyusukan anaknya yang sudah meragam mahu tidur.
Dahi Datin Faridah sudah berkerut. Rasanya tak ada yang berubah. Dia tetap sama
" Apa yang lain kak? makin lawa ke atau makin tak lawa? " seloroh Datin Faridah. Barang yang di belinya tadi sudah selesai dimasukkan dalam bonet kereta.
Pertanyaan itu sekali lagi mengundang ketawa di bibir Puan Aisyah. Meskipun mereka berkenalan di sebabkan anak-anak namun kemesraan jelas terpancar di wajah keduanya.
" Mestilah makin cantik " pujinya ikhlas.
Datin Faridah sudah tersipu malu. Segan dipuji begitu walhal dia hanya bergurau tadi, lantas bahu Puan Aisyah ditepuknya pelahan.
" Kalau ada masa lapang akak jemputlah datang ke rumah. Ajak Adam sekali. Saya pun dah lama tak jumpa Adam. " Pelawa Datin Faridah. Sejak Adam balik dari luar negara belum pernah lagi dia bertemu dengan anak bujang Puan Aisyah.
Puan Aisyah ketap bibirnya. Takkan Adam tak pernah datang, budak berdua ni bercinta diam-diam ke?
" Insyallah. Nanti akak ajak Adam datang ke sana. Dia pun asyik sibuk je sekarang. Nak melekat kat rumah pun susah. " bebelnya.
" Adam tu okay lagi kak. Balik lewat pun dia memang tinggal sekali dengan akak. Anak saya Faiqa tu lagi lah. Seronok sangat tinggal kat luar sampai dah tak reti nak balik rumah. "
Kepalanya digelengkan. Ada sedikit kesal bila membenarkan Faiqa hidup sendiri di luar. Baginya anak zaman sekarang suka buat keputusan sendiri. Ada rumah keluarga tapi rumah sewa jugak yang jadi pilihan. Bukan dia tak pernah pujuk Faiqa untuk kembali tapi ada saja alasannya.
" Budak-budak macam itulah. Kita orang tua ni serba salah nak tegur. Tapi akak yakin anak Ida tu pandai jaga diri. Adam pun selalu ada dengan dia. Kalau Ida tak dapat telefon Faiqa, cuba telefon Adam. Dia orang berdua tu kan selalu bersama, dah macam belangkas pulak. " saran Puan Aisyah tersenyum penuh makna.
" Ishh, apa pulak nak telefon Adam kak. Buat susah dia je nanti. " Datin Faridah sudah menggeleng tak setuju. Memang Adam rapat dengan kedua anaknya tapi takkan sampai urusan Faiqa pun nak kena libatkan Adam.
" Apa pulak susahnya. Anak kita tu kan sekarang tengah berkawan. Kalau panjang jodoh dia orang, dah tentu jadi tanggungjawab Adam pun nak jaga Faiqa tu nanti. "
Dia menyentuh jemari Datin Faidah. Makin lebar senyumannya bila mengingatkan Faiqa yang menjadi pilihan Adam.
Dahi Datin Faridah berkerut.
" Maksud akak? "
Pelahan Datin Faridah bertanya. Wajahnya sudah penuh tanda tanya. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?
" Ida tak tahu ke pasal anak-anak kita? " soalnya lagi. Muka Datin Faridah yang semakin penasaran itu sudah dipandang tepat.
Datin Faridah menggeleng.
" sebenarnya..... "
to be continue....
Share this novel