" Oh shit! Aku dah lewat. " Bebel Faiqa sambil menuruni anak tangga. Tangan kanan sibuk membetulkan beg sandang yang hampir saja terjatuh dari bahunya.
Sepasang kasut berwarna peach di ambil lalu dipakai. Dia berlari pula menuju ke arah pintu kereta. Dalam hati dah menyumpah diri sendiri. Kalau la dia tak cuai… tak perlu nak kalut macam ni.
Dah lah first day. Jam mati pon aku boleh tak perasan. Menyusahkan betol!
Dengan lafas bismillah, dia mula memandu. Jalan yang sedikit lengang melegakan. Tak perlu nak hadap jem. Perkara yang paling dibenci!
Telefon berbunyi. Untuk seketika dia hanya membiarkan. Tapi bila telefon masih terus berbunyi dia paksa diri untuk angkat. Rimas!
“ iyee.. nanti I balas mesej. I tengah drive ni” beritahu Faiqa kurang senang.
Bila suara di sana mula membebel, Faiqa menjauhkan sedikit telefon dari telinganya sehinggalah talian itu di matikan tiba tiba.
Faiqa sekadar jungkit bahu. Dia sudah biasa dan perkara itu bukanlah keutamaanya waktu ini.
Dia perlu fokus pada pemanduannya. Apa yang paling penting dia perlu sampai sebelum jam 9pagi.
Faiqa menarik nafas lega. Selesai juga mesyuarat a.k.a sesi suai kenalnya di MH Holding. Dia memerhati suasana sekeliling pejabatnya. Simple tapi sedap mata memandang. Ruang ofisnya tidak la terlalu besar tapi cukup untuk menempatkan sebuah meja kerja dan sofa khas untuk tetamu.
Dia menjeling pula ke arah sisi, terdapat sebuah potret tergantung di dinding. Dia mengukir senyum. Puas hati dengan susun atur bilik yang kena dengan citarasa.
Dia berpaling apabila terdengar pintu diketuk, Keningnya bertaut. Siapa pulak ni? menganggu betol!
“ Welcome Cik Faiqa Eryna! " sorak satu suara di muka pintu. Kuat dan nyaring. Orang pekak pun boleh dengar. Dengan senyuman seorang lelaki melangkah masuk.
Faiqa hanya diam memerhati. Tinggi, hensem, kulit sawo matang. Sempat lagi Faiqa menilai lelaki yang sudah pun duduk dihadapannya. Ceria saja muka. Dah macam orang menang loteri pulak.
“ So.. everthing ok? ” Haqiem mula bertanya. Wajah Faiqa dipandangnya. Dia tersenyum senang, setelah berbulan menanti jawapan akhirnya Faiqa bersetuju jugak menyumbang tenaga bekerja di sini. Itu pun atas bantuan Datuk Heykal.
Faiqa hanya mengangguk. Soalan apa ni? setengah hari pun tak sampai lagi.
“ Along dari mana ni? kenapa tak join meeting pagi tadi? ” Faiqa mula menyoal. Wajah Haqiem, abangnya dipandang tepat. Lagaknya tak ubah seperti seorang bos menayakan soalan pada pekerja.
Terangkat kening Haqiem. Dah ada gaya bos diktator.
“ Amboii.. banyak betul soalan bos baru ni. Mengalahkan CEO! ” sinis Haqiem bersahaja.
Faiqa tersengih. Merona merah wajahnya ditegur begitu.
“ Alaaa… baru nak belagak jadi bos prihatin. Tak kasi can langsung. “ Faiqa cebir bibir. Konon nak merajuk la tu
Haqiem ketawa. Perangai manja dia ni tak boleh buang ke? terbawak - bawak sampai ke sini.
Pastu boleh pulak mengaku nak jadi bos prihatin konon. Datang pun lewat. Apa cer?? Ini macam ke nak jadi Project Manager!
“ Prihatin la sangat. Datang pon lewat. “ bebel Haqiem. Kenal sangat dengan adiknya yang liat bangun pagi.
Faiqa tayang gigi.
Macam mana Haqiem bole tahu ?
“ Along kan 'bos besar'. Kat luar tu semua cctv Along lah "
Haqiem yang seolah dapat membaca fikiran Faiqa segera menjawab.
Sengaja juga dia menekankan perkataan bos besar. Nak bagi warning Faiqa sentiasa dalam pemerhatiannya. Hahaha
“ Belagak! “ muka Haqiem dijeling geram. Terserlah sifat pembuli Haqiem Fuad!
Meledak tawa Haqiem. Sikit pun dia tak kisah dengan kritikan si adik. Malah semakin panjang muncung Faiqa semakin galak dia mahu mengusik.
“ By the way, esok Adam balik. “
Tegak terus badan Faiqa. Bibirnya lantas menguntum senyuman manis. Sedang otaknya mula ligat memutarkan segala memori mereka bersama. Dia jadi teringat kisah zaman sekolah mereka. Adam dan Haqiem sebaya. Walaupun dia adik Haqiem tapi cara layanan Haqiem tak sama macam Adam. Adam lebih pandai menjaga hatinya.
Malah Adam tahu apa yang dia suka dan tak suka. Keperihatinan Adam membuatkan dia terasa sangat dihargai. Berbeza dengan Haqiem yang lawaknya tak kena masa, tegasnya tak bertempat.
Faiqa kembali sedar setelah namanya dipanggil beberapa kali oleh Haqiem. Ish, time macam ni boleh pulak kau mengelamun Faiqa.
“ Amboiii… pantang dengar nama Adam. Kemain menyengih. “ perli Haqiem. Dia tahu Faiqa pasti teruja, Adam kan seperti abang kedua bagi Faiqa. Itu sebab dia selalu di abangtirikan. Oh, sadiss..
“ Of course lah. Miss him so much! “ nada suara sudah bertukar manja. Saja nak mengedik depan Haqiem. Biar meloya tekak laki tu.
Haqiem menjuihkan bibirnya. Keningnya terjongket tinggi. Tetiba jadi kucing parsi ni dah kenapa?
“ Over !! “ getus Haqiem. Nasib baik Faiqa tu adiknya. Kalau perempuan lain dah lama kena ni.
Faiqa tersengih. Jeles la tu.
“ Biarlah.. dah lama kot tak jumpa dia. Mesti dia makin hensem dari Along kan... “ seloroh Faiqa. Makin sakan dia nak sakitkan hati Haqiem.
Melihat rolling eye Haqiem buat dia ketawa kecik. Tak boleh orang lebih dari dia.
“ Mata along tu dah kenapa? macam orang kena sawan jer. “
“ Maunya tak sawan dengan Along kemain garang. Bila dengan Adam macam kucing nak beranak. “
Bulat mata Faiqa, muka Haqiem direnung tajam. Kucing nak beranak dia samakan aku. Cisss!
Haqiem menjauhkan sedikit tubuhnya ke belakang. Faiqa ni bukan boleh caya. Jap lagi kepala aku kena pelangkong.
“ Along kasar.. Adam tak. Dia baik. “ puji Faiqa lagi.
Haqiem mencebik. Tak habis-habis dengan Adam. Untunglah kau Adam…
Kalau Adam ada kat sini mau kembang buntut lelaki tu. Faiqa ni pun satu tak habis habis nak puji Adam! Baik sangat ke Adam tu? aku tengok biasa je.
“ Cukup-cukuplah tu puji Adam.. kang tak pasal ada yang cemburu. “ Tegur Haqiem sinis. Dia mula bangun berdiri. Membetulkan suit yang dipakai.
Faiqa sengih. Dahinya digaru. Lupa pulak status diri yang dah berpunya. Aduhaiii..
“ Jom breakfast.. Aika lapar lah.. “ rengek Faiqa yang sudahpun berdiri tegak di sebelah Haqiem. Lengan abangnya dirangkul erat. Manja !
Melihat Faiqa yang mengada buat Haqiem jadi geram. Pantas pipi putih itu dicubit kejap. Bergema bilik itu dengan jeritan Faiqa.
Kan dah cakap, Haqiem kasar orangnya !
to be continue...
Share this novel