Matanya di buka pelahan. Cahaya matahari yang menembus masuk melalui celahan langsir menganggu lenanya.
Dia menguap kecik. Terpisat-pisat dia di atas katil. Sudah 2 hari dia ambil cuti. Hari ni baru badannya rasa segar sedikit. Kalau tak perutnya asyik memulas. Mengalahkan sakit datang bulan.
Dia turun dari katil, mencapai tuala untuk mandi. Langkahnya terhenti, telinganya menangkap bunyi bising dari halaman rumah. Sempat lagi dia mengintai di sebalik tingkap bilik. Yang dia nampak mama dan Wida di taman orkid. Mungkin mama sedang menurunkan ilmu, cara penjagaan orkid kesayangannya kepada orang gaji baru mereka.
Entah apa mimpi mama tetiba ambik orang gaji dari seberang. Padahal dari dulu lagi ayah telah memberi cadangan nak ambil orang gaji di rumah mereka tapi mama menolak. Kata mama dia lebih selesa uruskan semuanya sendiri.
Faiqa jungkit bahu. Malas nak pikir lebih lebih. Ada baiknya dia pergi mandi lepastu makan. Dua hari cirit birit buat dia rasa kurus sekejap.
Ramping macam kerengga. Hahaha.. over kau Faiqa.
Ketika dia turun ke bawah mama sedang sibuk memasak di dapur. Wida pulak sekadar membantu.
Mama memang jaguh bab masak. Semua masakan mama sedap. Bukan macam dia tahu melantak jer. Tudung saji dibuka, terhidang pula sambal sotong kesukaannya. Wahh... memang langkah kanan..
" Haa, jangan ambil sambal sotong tu. Aika tak boleh makan pedas-pedas, nanti sakit perut lagi.. " mama yang ketika itu sedang menyenduk sesuatu ke dalam mangkuk sempat lagi memberi amaran.
Faiqa mencebik.
Sudu pada tangan di letakkan semula dalm pinggan. Baru nak merasa. Kempunan la nampaknya. Sambal sotong tadi di renung tajam.
Mama ni pun satu dah tahu aku peminat tegar sambal bertumis macam ni yang mama pergi masak jugak dah kenapa. Pastu tak bagi aku makan. Oh..kejamnya dunia ni.
" Ini makanan untuk orang sakit. " semangkuk sup terhidang depan mata
Faiqa buat muka. Makanan hospital lagi.
Selama 2 hari di jaga oleh mama hanya itu sajalah makanan yang di hidangkan. Lama - lama boleh bengkak usus aku.
Datin Faridah senyum.
Dari mimik muka Faiqa dia tahu anaknya itu sudah bosan dengan hidangan yang diberikan. Tapi kesihatan lebih penting.
" takkan makan sup lagi. Bosanlah. " protes Faiqa.
" yelah, perut tu baru nak sihat, cuba jangan makan benda pedas dulu. " bebel Datin Faridah.
Mangkuk berisi sotong di tarik jauh dari Faiqa. Risau Faiqa curi makan dibelakangnya. Dia tak mahu anaknya jatuh sakit lagi. Cukuplah kejadian Faiqa terlantar lesu di rumah sewanya tempoh hari.
" Mama ni macam doktor la. Semuanya tak boleh. asyik makan benda sama je. Jemu! "
Dia sudah buat muka seposen.
" Kalau tak nak makan tak apa. Kita tunggu ayah balik. " gertak Datin Faridah. Dia senyum kecik.
Faiqa diam membatu. Seram pulak bila nama ayah di sebut mama. Teringat bebelan panjang ayah, sungguh dia tak sanggup nak dengar. Ayah kalau dah bebel sama macam Haqiem. Pedas!
Dengan hati yang sebal, dia menyuap juga sedikit sup ke dalam mulut. Sekadar buat alas perut. Bab makan ni dia memang cerewek walaupun dia sendiri tak reti masak.
" Jadi ke Nek Cha nak datang petang ni? " sengaja dia ubah topik perbualan.
" Mestilah jadi. Nanti Aika tolong mama masak yer "
Dia menggeleng pantas. Bab masak ni dia memang culas. Dia tak suka buat kerja dapur walaupun berkali - kali dipaksa.
Datin Faridah pandang anaknya. Ini la bahana kalau terlalu di manjakan. Dari kecik tak diajar, bila dah besar makin liat pulak.
Dari dulu lagi Faiqa memang susah betol nak di ajak buat kerja orang perempuan ni. Ada jer alasan yang dia bagi. Satu hari nanti anaknya itu pasti akan kahwin, takkan asyik nak makan kat kedai jer. Sebagai seorang ibu dia nak jugak tengok Faiqa pandai urus rumahtangga.
" No excuse! umur dah 23 tahun. Takkan pandai masak telur goreng jer. " perli mama.
Dia yang mendengar dah masam mencuka. Sakit pulak telinganya dengar sindiran mama. Dia bukan malas tapi dia belum bersedia. Lagipun banyak la perempuan kat luar sana yang tak reti masak. Kedai makan banyak, buat apa susah payah nak masak bagai. Order aje kan senang.
" Dah kahwin nanti Aika belajar la.. " ada je alasan yang keluar dari bibir mungil itu.
" Dah ada calon ke? " tembak mama.
Dia tahu Faiqa sekarang tengah berkawan dengan seseorang. Beberapa bulan lepas, secara tak sengaja dia ternampak wallpaper pasangan bercinta itu. Tapi sejauh mana hubungan mereka dia sendiri tak pasti.
" Rahsia. " mudah je jawapan yang dia bagi.
Kang kalau cakap tak ada mama promote anak kawan dia pulak. Lagi haru biru.
" Kalau dah ada mama boleh tolong pinangkan. "
Bulat mata Faiqa. terhenti suapannya.
Mama ni biar betol. Eii...apa kes perigi cari timba.
" Mama jangan nak buat pasal. Kalau mama teringin sangat nak bermenantu mama pergi suruh Along tu kahwin. Aika muda lagi. Enjoy pun tak habis lagi. " panjang pulak karangan untuk mama.
Nak jer dia terus terang cakap kat mama status dia sekarang ni single available. Biar mama tak ungkit lagi pasal nikah kahwin ni. Masalah dia dengan Rafiq pun tak selesai lagi. Hmm..
Datin Faridah senyum. Saja dia gertak Faiqa. Nak harapkan Haqiem lagi la tak nampak bayang. Sibuk memanjang. Nak set temujanji dengan anak kawannya pun susah.
" ermm.. muda la sangat sampai nak masak pun tak reti! Dah, jangan asyik nak bagi alasan je. Petang ni, Aika tolong mama masak. " langkah di bawa ke dapur. Malas nak dengar alasan Faiqa lagi.
Faiqa tayang muka kelat.
.
.
.
" I anggap you lebih dari sahabat "
Akhirnya terluah juga perasaan yang selama ini dipendam. Tak mampu lagi dia menanggung rasa yang semakin menggunung. Dia akan menerima segala keputusan gadis itu walaupun maruahnya yang menjadi taruhan.
Dia memberanikan diri merenung gadis cantik dihadapannya. Gadis yang menjadi rebutan ramai jejaka. Dia sendiri sedang mencuba nasib setelah mengetahui status single gadis itu
" Hah? "
Faiqa angkat muka. Dia yang sedang makan berhenti menyuap. Bekerut dahinya. Anak matanya sudah pun menapak ke mata lelaki itu. Biar betul lelaki ni ada hati dengan aku. Sejak bila?
" I'm sorry. Selama ni I berkasar dengan you but I can't afford to lie. I love you though I know I'm not the best person for you " tenang saja dia meluahkan.
Tak peduli lagi ada mata yang memandang mereka ketika itu. Tadi dia ternampak Faiqa sedang duduk seorang di cafe. Dia lantas memberanikan diri datang ke situ untuk meluahkan apa yang terbuku. Nak tunggu bila lagi. Minggu depan dah start cuti semester. Ini saja peluang yang dia ada. sekurang kurangnya jika cintanya di tolak, dia ada 3 bulan untuk merawat hatinya.
" jadi selama ni semua mesej tu you yang hantar ke? you adalah Mr. R ? " ada getar pada suaranya.
Rafiq mengangguk. Dia tak nak pendam lagi. Cukuplah setahun dia memendam rasa. Semakin dia pendam, semakin celaru hidupnya. Sekarang Faiqa perlu tahu semuanya.
Faiqa terjeda. Dia meraup mukanya berkali-kali. Semuanya sudah terjawab kini. Jadi betul lah telahan Aliah, orang tu dekat dengan aku. Mr. R adalah Rafiq. Kenapa aku jer yang tak perasan. Mr. R adalah kawan sekelas aku.
" I think so long to keep this secret. Kan bagus kalau you terus terang macam ni. " ujarnya tersenyum. Dia meneliti lelaki di hadapannya. Kulit sawo matang, punya rambut beralun, bibirnya.. Ah, apa ni Faiqa bibir dia pun kau nak kaji. Gatal bebenor.
Rafiq senyum segaris. Hatinya sedikit lega. Senyuman Faiqa seakan menyatakan sesuatu. Damai hatinya.
" Jadi you terima I? "
Anak mata Faiqa di cari. Bila pandangan mereka bersatu dia tenung wajah itu lama. Buat bekalan andai cintanya di tolak, moment ini akan dijadikan kenangan terindah.
Lama Faiqa diam sebelum kepalanya di angguk. Mungkin sudah tiba masanya hatinya di miliki. Dia juga manusia biasa. Ada rasa untuk di sayangi.
Air hangat mula mengalir di pipi. Terimbau segala kenangan lalu bersama Rafiq. Sungguh dia rindu saat itu. Saat di mana Rafiq mula hadir dalam hidupnya. Tapi sekarang... aku relakan semua itu pergi.
to be continue....
Share this novel