Bab 65

Romance Completed 57501

Tercungap-cungap nafas Faiqa sebaik saja kakinya melepasi pintu bilik . Turun naik dadanya menyedut oksigen yang dirasakan semakin sempit di dada . Dah lama sangat rasanya dia tak lari selaju ini. Nasib baik kaki tak tersadung di anak tangga tadi. Ini kalau mama tahu, mati kejung kena bebel.

Hisyhh...ni semuanya gara-gara Dr. Adam poyo tu.

Hah macam mana laki tu boleh ada kat rumah pulak time macam ni? eh bukan sepatutnya dia ada kat tempat kerja ke? Musykil betol.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan bertalu dipintu mengejutkan Faiqa. Faiqa betulkan duduknya di birai katil. Matanya diarah tepat ke pintu yang sudah ditutup dan dikunci dari dalam.

" Sayang... please open the door! " kedengaran sayup-sayup suara Adam di situ.

Faiqa sungging bibir.

Bukak pintu? lepas tu kau nak buat apa. Peluk dan cium aku lagi. Memang taklah. Dia tak rela. Dia datang ke sini pun bukan nak jumpa dengan Adam . Lepas dia ambik semua dokumen penting dan pakaiannya dia akan pergi dari sini. Dan dia janji takkan ganggu lagi hidup Adam lepas ni.

" Please sayang. I know you still mad for me. But I want discuss with you. "

Discuss? kenapa sekarang? kenapa bukan 3 bulan yang lepas. Waktu dia keluar dari rumah ni dulu?

Bunyi ketukan itu masih lagi kedengaran. Faiqa dengar Adam seperti mengomelkan sesuatu tapi butir bicaranya langsung tak jelas. Dah, kalau cakap sambil ketuk pintu. Mana nak dengar Adam bebelkan.

Seminit.. Dua minit...

Masuk minit kelima bunyi ketukan itu sudah tiada. Faiqa sengih. Lelaki tak penyabar macam itulah. Sebab tu sampai sekarang tak pernah datang mintak maaf. Ego tinggi melangit. Memanjang rasa diri tu betul. Tapi bagus jugak kalau Adam surrender. Senang dia nak kemas barang-barang dan terus pergi dari sini.

Faiqa bangun. Kaki di bawa ke arah almari wardrobe. Faiqa senyum saat melihat isi di dalamnya. Tak ada apa yang berubah. Semua bajunya masih elok dan kekal di tempat asal. Nampak sangat Adam tak pernah buka almari baju ni.

Ini semua sebab baby tau. Hari-hari mengidam nak makan benda manis. Sekarang tengok perut Mummy ni, dah macam belon nak meletop je. Faiqa senyum meleret. Bahagia rasanya bila tak lama lagi dia bakal bergelar seorang ibu.

.
. .

Adam tekapkan telinganya pada pintu kayu bilik itu setelah panggilannya dari tadi langsung tak mendapat jawapan. Berkerut-kerut dahi Adam. Sudah lama dia di situ namun suara Faiqa langsung tak kedengaran.

Mana perginya? takkan mandi pulak.

Hisyh, jangan-jangan.....

Adam hela nafas perlahan. Lega. Lama wajah itu direnungnya. Sesekali bibirnya tersenyum bahagia. Ini bukan mimpi. Bukan juga fantasi. Tapi ini realiti. Kini Faiqa betul-betul berada di depannya.

Ibu jari kanan Adam bermain disekitar bibir mungil Faiqa. Di elus pelahan bibir itu. Sedikit demi sedikit nafsu Adam mula bergelora. Air liur di telan payah. Dengan penuh kelembutan, terus saja Adam memagut bibir Faiqa dengan penuh kasih sayang. Lama sekali. Langsung tak terkutik tubuh itu malah semakin rapat pula Faiqa menyorong masuk tubuhnya ke dalan pelukan Adam.

Adam ketap rapat bibirnya. Dada Faiqa yang bergesel lembut pada dadanya, mula buat nafasnya kian berombak kencang. Setiap lekuk tubuh Faiqa terasa hangat menyentuh tubuhnya yang tak berbalut. Adam menguntum senyum. Terus terbayang saat dia bermadu kasih bersama Faiqa sebelum ini. Serius, Adam rindu semua itu.

Dan ini.... bukti cinta mereka telah bersatu.

Adam tekapkan telapak tangan atas perut Faiqa. Di elus pelahan sekitar perut Faiqa yang semakin membulat. Adam tersenyum lebar.

Maafkan Daddy sayang.

Daddy akan pujuk Mummy sampai Mummy terima Daddy semula.

Faiqa gosok kelopak matanya. Menguap kecil dia sebaik saja matanya terbuka. Tidak pasti berapa lama dia terlelap di atas katil itu. Sedar-sedar cuaca di luar sudah semakin gelap.

Gelap? hah jam berapa dah ni?

Saat Faiqa mahu mengerakkan tubuhnya, matanya tertacap satu tubuh yang sedang ikut berbaring disebelahnya. Tangan dia..

Arrrrgghhh....

Tak tunggu lama pantas Faiqa tolak tangan Adam yang sedang melingkar di pinggangnya. Tak guna punya laki. Berani kau ambik kesempatan eh!

" Awak buat apa kat sini! " jerkah Faiqa dengan anak mata sudah mencerlung tajam memandang Adam. Tangan Adam yang masih melilit dipinggangnya di tolak kuat namun sikitpun tak berganjak. Adam langsung tak nak bagi kerjasama.

Meleret senyuman Adam. Pelukan semakin di eratkan.

" Sebelum saya tendang awak ke bawah, baik awak ketepikan tangan awak ni! "

Faiqa masih mencuba. Terkial-kial tangannya menarik tangan Adam yang persis batang balak dari terus berada dipinggangnya. Lemas! Senak perutnya bila ditindih begitu.

" Tak nak. "

Selamba Adam menjawab dengan mimik muka mengada.

Terjegil biji mata Faiqa. Boleh pulak Adam jawab macam tu. Dia tengah cabar aku ke apa ni?

Faiqa senyum senget. Idea gila dah datang.

" Aduhhhh! "

Adam menjerit bila tiba-tiba saja Faiqa mengigit tangannya. Serta merta pelukannya di pinggang Faiqa dilepaskan.

Faiqa pula apa lagi, laju dia mengesot ke hujung katil. Konon nak lari dari Adam tapi belum sempat Faiqa berdiri Adam sudah menyambar tangannya menyebabkan Faiqa yang hilang imbangan jatuh atas badan Adam.

" I miss this moment. " bisik Adam romantis di telinga Faiqa. Tepi dahi Faiqa dicium. Pelukan pula semakin di eratkan. Adam langsung tak peduli bila tubuh kecil Faiqa meronta-ronta minta di lepaskan.

" Apa masalah awak ni hah? Lepaskan saya boleh tak! " bentak Faiqa. Dada Adam di sikunya geram. Menyerigai Adam buat kali kedua sebelum laju Faiqa turun dari katil. Kaki melangkah ke almari wardrobe. Dalam kepala fikir nak cepat-cepat pergi dari situ. Malas nak melayan Adam yang dah macam orang meroyan.

Dari tadi tak habis-habis dengan 'please' dia tu. Apa dia ingat dengan 'please' tu mampu pulihkan keadaan?

Tak semudah tu. Dia bukan lagi wanita lemah seperti dulu.

" Sakitlah. Sampai hati sayang... " rengek Adam yang sudah duduk di penjuru katil. Muka Faiqa di kerling. Tangan kanan naik mengosok dada sendiri. Makin ganas pulak Faiqa sekarang. Tapi tak apa, makin Faiqa ganas makin dia suka.

Muka Adam kendur tiba-tiba. Dia tahu dia bersalah. Dan dia juga tahu tak semudah itu untuk Faiqa maafkan dia.

" Abang tahu tak mudah untuk sayang maafkan abang. Tapi abang merayu kat sayang, tolong jangan tinggalkan abang lagi. " rayu Adam bersungguh. Tangan Faiqa cuba dipegang namun cepat saja Faiqa mengelak. Langsung tak bagi peluang Adam menyentuh tubuhnya lagi. Cukuplah Adam curi-curi peluk ketika dia tidur tadi.

" Awak tengah buat lawak ke apa ni? Tiba-tiba nak merayu bagai macam seorang pesalah. Padahal bukan selama ni awak rasa diri awak betul ke? saya ni kan isteri yang curang. Isteri yang tak pernah dengar cakap awak. " sinis Faiqa, selamba saja dia menyindir Adam. Langsung tak terjentik hatinya melihat drama sedih lakonan Adam.

" Abang tak kisah sayang nak cakap aba

Tanpa mempedulikan Adam lagi, Faiqa terus mencapai beberapa helai baju lalu di masukkan ke dalam luggage yang telah di letakkan atas katil. Sedikit pun dia tidak menoleh memandang Adam yang masih setia berdiri di situ. Lantak dialah. Nak jadi tugu negara ke apa ke. Malas Faiqa ambil peduli.

Adam henyakkan punggung di hadapan isterinya. Tangan Faiqa diraih dan digenggam kemas. Di cium tangan Faiqa seakan tak sanggup lagi melalui perpisahan buat kali kedua. Dia nampak disebalik wajah keras itu terpalit segaris kesedihan yang tak dapat diungkapkan.

" Ya. Abang tahu, selama ni abang dah buat silap. Abang minta maaf. Dan abang juga dah maafkan semua kesalahan sayang. Abang nak kita lupakan apa yang berlaku sebelum ni. Yang lepas tu biarlah lepas. Abang nak kita mulakan hidup baru. Abang dah tak sanggup kita berjauhan macam ni lagi " Bersungguh Adam cuba menyakinkan Faiqa yang hanya memandang kosong ke arahnya.

Faiqa pandang anak mata Adam. Lupakan semuanya? Perlu ke dia bagi peluang kedua pada Adam?

Faiqa senyum segaris. Inikah pengakhiran untuk semua kesedihan dia selama ni.

Dia dan Adam akan hidup seperti dulu. Bersama anak kami. Hati Faiqa mula rasa tercuit. Berbunga gembira.

" Cuma satu abang mintak, sayang tolong jangan curang dengan abang lagi. "

" What!! "

Mulut Faiqa melopong. Musnah impiannya tadi. Betul ke apa yang dia dengar. Permainan apakah lagi ni Adam?

Kau mintak maaf tapi kenyataan kau tadi seperti...kau masih menuduh yang aku curang pada kau. What the....

Pantas Faiqa menggeleng.

" Ada baiknya kita terus berjauhan macam sekarang. Selagi awak masih anggap saya ni curang, jangan pernah mimpi saya akan kembali ke rumah ni! "

Faiqa angkat luggage yang sudah siap di tutup. Ingatkan dah sedar salah sendiri, rupanya masih menuduh tanpa usul periksa.

" Tapi anak tu.. "

" Ini anak saya! Dia akan ikut ke mana saja saya pergi. "

Tanpa berlengah Faiqa terus keluar dari bilik. Panggilan Adam di abaikan. Penuh berhati-hati Faiqa turun dari anak tangga. Ketika dia berada di anak tangga terakhir Adam sudah berada di belakang mengejarnya.

" Sayang.. "

" Apa lagi?! Awak ingat saya ni apa hah? barang mainan? bila nak awak puja. Bila tak nak awak hina. Macam tu ke? "

Terasa bergetar seluruh tubuh. Meruap- ruap perasaan marah memenuhi dadanya sekarang. Sumpah, setiap ucapan Adam malam tu masih jelas di telinganya. Sampai bila dia nak terus lalui semua ni.

Adam menarik nafas berat. Rambutnya di ramas kasar. Serabutnya otak Adam sekarang.

" Adam. "

Serentak keduanya menoleh. Faiqa telan liur. Dugaan apa lagi ni.

Riak Adam berubah. Muka wanita di hadapannya itu dipandang kejap sebelum mata beralih pada Faiqa.

" Perempuan jalang ni pun ada. Hei, apa kau buat dalam rumah adik aku ni hah?! " jerkah Ainaa menyinga. Tajam pandangannya menghala pada Faiqa yang sedang berdiri di sebelah Adam.

" Kak! "

" Adam, bukan kau kata kau nak ceraikan dia ke? kenapa kau biarkan lagi dia masuk ke sini. Eh, perempuan kotor macam dia tak sesuai ada dalam rumah kau! " sinis Ainaa sambil mata tak diam dari terus meneroka muka Faiqa yang beriak tenang.

Cerai? jadi Adam dah buat keputusan, dia akan ceraikan aku. Bagus sangatlah tu. Aku pun dah tak nak ada apa apa kaitan lagi dengan dua beradik sengal ni.

Adam picit dahinya. Serabutlah dengan Ainaa ni. Datang tak diundang. Cakap main lepas pulak tu. Rosak rancangannya nak pujuk Faiqa kembali.

" Dan kau perempuan... " tangan Ainaa menunjuk tepat ke muka Faiqa. " Tak sedar diri betul kau kan, dah curang dengan jantan lain. Berani lagi kau nak tunjuk muka kau kat sini. "

Seraya itu Ainaa menunjal bahu Faiqa dengan hujung jari tulunjuknya. Di tolak-tolak geram bahu Faiqa yang hanya mendiamkan diri. Semakin Faiqa diam makin geram pula Ainaa melihat.

" Enough kak. She pregnant! " marah Adam lantas ditarik tangan Ainaa menjauhi Faiqa. Gila betul Ainaa ni. Berani-berani tolak Faiqa macam tu. Kalau ada apa-apa jadi tak ke lagi besar masalah yang ada sekarang.

Ainaa ketawa tiba-tiba. Muka manusia yang sedang hamil depannya dipandang jijik.

" Kau jangan jadi bodoh Adam. Jangan cepat sangat kau nak kesiankan perempuan ni. Kau dah lupa apa dia buat pada kau? anak dalam perut ni pun entah-entah bukan anak kau! "

" Kak! please stop it! "

Tajam anak mata Ainaa memandang Adam. Takkan semudah tu Adam nak mengaku anak dalam perut Faiqa tu anak dia. Bukan sebelum ni Adam sendiri ke yang sangsi status anak yang dikandung Faiqa?

Faiqa tergamam. Kepala digeleng pelahan. Fitnah apa lagi yang cuba disebarkan oleh Ainaa.

" Cakaplah apa pun yang akak nak cakap. Doa saya moga satu hari nanti hati akak yang hitam macam buntut kuali ni diberikan hidayah "

Tenang saja Faiqa membalas. Tak ada gunanya dia layan orang seperti Ainaa. Spesis anggap diri maksum. Bertutup litup tapi mulut tak ubah macam tangki najis. Menjatuhkan martabat wanita muslimah saja.

" Amboiii.. kurang ajar mulut kau kan. Kau ingat doa orang macam kau ni Allah nak makbulkan? Sedarlah diri tu sikit. Pakai baju pun tak cukup kain. Sembahyang entah cukup entah tidak, ada hati nak doa buruk untuk aku " bidas Ainaa dengan sengihan sinis yang sangat menyakitkan mata memandang.

Adam diam. Tak tahu nak cakap apa sekarang. Di sebelah kanan isteri. Di sebelah kiri pula kakak kandung.

Mana satu yang perlu dia pertahankan. Dia sendiri sedang buntu sekarang.

Faiqa ambil beg luggagenya. Tersenyum dia melihat muka Ainaa yang menyinga. Macam ni ke aura orang yang doanya dimakbulkan Allah? Hmmm...

" Jangan ingat orang bertutup litup seperti akak jalannya mudah ke syurga.. dan jangan ingat orang berpakaian macam saya ni jalannya akan terus ke neraka. Assalamualaikum. "

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience