Faiqa gelisah.
Ruang dahi mula dipenuhi keringat dingin. Nafas yang tadinya tenang sudah beralun kencang. Dia jadi resah bila tubuh yang tidak di kenalinya itu semakin datang mendekat. Malah haruman asing yang datang dari tubuh itu juga turut menyakinkan dia itu bukan sahabat baiknya Aliah.
Faiqa yang ketakutan mulai berundur setapak ke belakang.
" Hai sayang... "
Faiqa kaget. Tak semena langkahnya jadi kaku. Suara yang barusan menyapa gegendang, semerta buat wajahnya berubah riak.
" Rafiq. "
Pelahan nama itu diseru. Dalam kesamaran cahaya malap di ruang itu, jelas terlihat lelaki yang sedang berdiri tegak di hadapannya kini adalah lelaki yang sedang cuba dihindarinya. Bibir diketap kuat. Liur di celah kerongkong terasa kesat dan berpasir. Senyuman yang sedang meniti di bibir Rafiq buat deruan nafas Faiqa semakin tak sekata. Kini akalnya digasak untuk mencari jawapan. Bagaimana Rafiq boleh berjaya menerobos masuk ke dalam rumahnya. Padahal dia amat yakin pintu rumahnya sudah dikunci sebaik dia pulang dari kerja petang tadi.
" Yes. I'm here, sayang. " suara itu membalas penuh ceria. Dipandang tak berkelip riak Faiqa yang sudah berubah pucat. Ternyata gadis itu sangat terkejut dengan kehadirannya malam itu.
" Err, you buat apa dekat sini? Lebih baik you keluar dari sini sekarang sebelum I call polis. "
Faiqa berundur lagi setapak ke belakang. Senyuman Rafiq sungguh mendebarkan hatinya. Malah pandangan mata Rafiq yang sejak tadi terletak tepat ke arahnya cukup menyakinkan dia kedatangan lelaki itu dengan tujuan yang tidak baik. Selama mereka berkawan belum pernah Rafiq melebihi batas seperti ini.
Rafiq menyungging senyum. Kata amaran dari Faiqa langsung tak mengetarkan hatinya. Malah dengan penuh yakin di bawa langkahnya menuju ke arah Faiqa hingga jarak di antara mereka hanya tinggal sejengkal saja. Senyumannya kian melebar. Tak sabar rasanya untuk dia memiliki Faiqa setelah sekian lama dia menantikan detik ini.
" Kenapa you nak halau I, sayang... You pun tahu kan, I datang ke sini untuk temankan you. "
Spontan kening Faiqa bertaut erat. Suara garau milik Rafiq kedengaran sangat seram dan menakutkan. Faiqa lantas memusingkan badannya. Dia mahu segera pergi dari situ. Pergi mendapatkan bantuan bagi menghalang tindakan Rafiq sebelum lelaki itu bertindak yang bukan-bukan.
Namun belum sempat dia mengatur langkah, tangannya sudah direntap kasar oleh Rafiq. Cengkaman tangan Rafiq sangat kuat dan menyakitkan. Faiqa meronta. Sekuat tenaga dia cuba untuk melepaskan cengkaman tangan itu namun gagal. Tubuhnya diheret, memaksa dia agar mengikut langkah Rafiq sebelum tubuhnya di tolak kasar pada permukaan kerusi sofa.
" Eh, bodoh. Sakit lah!!" marah Faiqa berani.
Dia menyeringai kesakitan. Pergelangan tangannya digosok-gosok dengan hati yang menebal dengan rasa takut. Seumur hidupnya belum pernah dia diperlakukan sekasar ini oleh sesiapa pun.
" ssyyyyhhhhhhh... janganlah garang-garang sangat sayang..." pipi Faiqa lantas disentuh. " you know what sayang, I miss you so much. Damn much! Sebab tu I datang ke sini. I nak kita berdua habiskan masa bersama-sama. Dan I janji, I akan temankan you malam ni. Kita fun sama-sama. You akan jadi milik I. Forever! " bisik Rafiq penuh romantis.
Membulat anak mata Faiqa. Semerta dadanya berombak kencang. Antara menahan rasa marah dan takut. Kedua rasa itu berada pada satu aras yang sama. Ya Allah, jika benar Rafiq mengotakan kata-katanya tadi, apakah yang harus dia lakukan?
Bibir Rafiq terus terusan mengorakkan senyuman. Ketakutan Faiqa benar-benar buat dirinya semakin berani bertindak. Dia langsung duduk disebelah Faiqa. Rambut Faiqa yang panjang mengurai dicium penuh ghairah. Terpejam matanya saat bau wangi tubuh gadis itu menusuk masuk ke rongga hidungnya. Rafiq yang semakin di kuasai oleh nafsu segera bertindak memeluk tubuh Faiqa. Sekitar muka gadis itu kemudiannya dicium bertalu-talu. Langsung tak dihiraukan rayuan dan pujukan Faiqa yang minta dilepaskan. Apa yang dia tahu. Peluang sebegini tak selalunya ada untuk dia. Dia harus memanafaatkan sebaik mungkin.
" Please Fik... please... jangan buat I macam ni... " rayu Faiqa dengan tubuh yang mengeletar ketakutan. Saat ini air mata sudah mula mengalir deras di lekuk pipi. Segala bayangan ngeri berlumba-lumba memenuhi ruang fikiran.
" I buat semua ni sebab I cintakan you,sayang. I nak bahagiakan you. " Sekali lagi pipi Faiqa dicium dan dikucup.
" I tak mungkin akan bahagia kalau you layan I macam ni. " marah Faiqa seraya menyapu bekas ciuman Rafiq.
" Really??? Habis tu you nak I layan you macam mana?? Cara baik? I don't think so. Sebab perempuan curang macam you memang tak layak di layan baik-baik! " marah Rafiq bagaikan dirasuk. Tanpa teragak-agak bibir Faiqa terus ditindihnya dengan kasar.
Faiqa yang panik cuba mempertahankan dirinya. Dengan sekuat tenaga, perut Rafiq ditendang. Sejurus melihat tubuh Rafiq terdorong ke belakang, dia terus bangun dan berlari menuju ke anak tangga. Namun baru saja kakinya mahu mencecah anak tangga, kakinya pula tiba-tiba tersadung menyebabkan dia terjatuh di atas lantai. Sedang dia berusaha untuk bangun kelibat Rafiq sudah pun ada dibelakangnya. Kakinya dicengkam dan diheret ke tengah rumah. Dalam kesamaran dia dapat melihat wajah Rafiq yang menyinga.
" Mana kau nak lari hah??? sebelum jantan tu sentuh kau, aku akan pastikan tubuh kau ni jadi milik aku dulu! " jerkah Rafiq sebelum naik menindih tubuh Faiqa. Baju Faiqa kemudiannya direntap, mendedahkan separuh dari tubuh gadis itu. Rafiq menelan liur. Nafsunya mulai bergelora.
" Kau memang dah gila Rafiq... " ucap Faiqa semakin lemah.
Tercungap-cungap dia mencari nafas. Tubuh Rafiq terlalu berat untuk ditampung menyebabkan dia semakin tak berdaya. Kudratnya juga semakin terbatas.
" Ya. Aku memang dah gila. Aku gila sebab kau, Aika!! Kau yang buat aku jadi macam ni. Kau tahu kan aku sayang dan cintakan kau sepenuh hati aku. Tapi apa yang aku dapat??? tergamak kau curang dengan jantan lain kat belakang aku. Eh, perempuan sundal macam kau ni memang patut dapat balasan! " jerkah Rafiq kuat di telinga Faiqa. Mukanya dibenamkan rapat ke bahagian dada Faiqa namun pergerakkannya terhenti saat sorotan lampu kereta menyuluh masuk ke dalam rumah. Keningnya bertaut. Bunyi pintu pagar yang di buka buatkan dia lantas bangkit dan berlari menuju ke arah pintu belakang. Nasibnya baik kerana Kuzir telah menyerahkan kunci pendua rumah itu kepadanya.
" Aikaaa! "
Adam segera mendapatkan Faiqa sebaik saja melihat tubuh itu terbaring kaku di atas lantai. Telefon yang menjadi lampu suluh untuk dia masuk ke rumah itu tadi diletakkan atas lantai. Luluh hatinya saat melihat tubuh Faiqa yang separuh terdedah. Dia duduk melutut, kepala Faiqa diangkat lalu diletakkan atas pangkuannya.
" Sayang are you okay? " soal Adam pelahan. Ada sebak di hujung suaranya. Dia jadi sedih bila melihat gadis yang di sayangi dalam keadaan mengaibkan. Pipi Faiqa yang dibanjiri air mata itu di usap pelahan.
Siapa yang tergamak lakukan semua ni?
Faiqa hanya membisu. Matanya dipejamkan rapat. Dia masih teresak di pangkuan Adam. Masih terbayang di matanya perilaku Rafiq yang hampir saja menodainya.
" Jom. Abang bawak pergi klinik. " pujuk Adam. Dia tak boleh biarkan Faiqa dalam keadaan begini. Faiqa perlu di rawat. Tentu saja ada anggota badan gadis itu yang tercedera.
Faiqa diam. Fikirannya kosong. Dia tak mampu berfikir. Segalanya bagai mimpi ngeri baginya.
Mama... tolong Aika maa...
" Assalamualaikum... "
Adam menoleh. Siapa pulak yang datang ni?
to be continue....
Share this novel