Bab 61

Romance Completed 57501

" Alhamdulillah.... "

" Syukur Ya Allah.... "

Faiqa yang baru saja sedar dari pengsan hanya pandang riak ceria yang terpamer di muka kedua mama dan ayahnya. Bukan main teruja saat doktor perempuan yang lengkap beruniform putih itu menyampaikan berita gembira pada mereka sekeluarga sebelum melangkah keluar tadi.

Faiqa berpaling ke sebelah kirinya. Haqiem? kenapa dari tadi Haqiem hanya diam. Kenapa Haqiem tak ceria seperti orang lain. Takkan Haqiem tak happy.

Rizwan. Ya, Rizwan pun sama. Kenapa mesti tayang muka macam tu. Tak puas hati pasal apa pulak ni?

" Eh! Aqiem nak ke mana pulak tu. Tunggulah. Kita balik sama -sama " soal Datin Faridah bila Haqiem mula melangkah ke arah pintu. Takkan nak balik dah. Tunggulah sekejap. Dia baru nak happy-happy dengan Faiqa.

" Aqiem nak keluar sekejap. Nak call Adam. " cepat saja Haqiem memberitahu apa yang ada dalam kotak fikirannya sekarang.

Sudah berhari-hari dia memendam perasaan. Sesekali dia turut menyimpan prasangka. Menidakkan apa yang ada dalam fikirannya. Dan sekarang memang dia rasa nak meletup. Sabarnya dah hilang bila dapat tahu layanan Adam terhadap adiknya.

" Along, tak payahlah! "

Segera Faiqa menahan. Kepalanya turut sama menggeleng.

" Kenapa pulak tak payah? Dia kan suami Aika. Dia kena tahu keadaan Aika kat sini macam mana. " tukas Haqiem masih cuba mengawal suaranya. Ini pun lagi satu masalah. Kenapa susah sangat Faiqa nak berterus terang? Apa yang ada dalam fikiran Faiqa sebenarnya? Konon nak sorokkan semua masalah dari semua orang last-last diri sendiri yang merana.

Faiqa terkedu. Bibirnya digigit pelahan. Menunduk dia merenung cadar putih hospital yang menjadi tempat dia terbaring sekarang. Mata Haqiem masih lagi tertumpu ke arahnya. Nak bagi alasan apa eh?

" Er.. Adam busy. Nanti biar Aika sendiri yang bagitahu dia. " ujar Faiqa gugup. Entah percaya ke tidak Haqiem dengan alasan yang sengaja di ciptanya. Padahal Faiqa sendiri memang tak mahu Adam tahu hal ni. Biar ahli keluarga dia saja yang tahu.

" Aika rest. Along keluar sekejap. " ujar Haqiem sebelum memulas tombol pintu. Haqiem jadi lemah bila Faiqa terus memujuk sebab tu dia memilih untuk terus keluar. Rizwan yang sejak tadi diam turut menyertai langkah Haqiem.

Haqiem melepaskan keluhan. Kasar bunyinya. Rambutnya diraut beberapa kali. Hatinya mula sakit. Hatinya mula membara. Semua perasaan itu menjadi satu rasa yang sukar diungkapkan.

" Sabar Qiem. Relex dulu. " nasihat Rizwan cuba mententeramkan keadaan. Dia menepuk pelahan belakang Haqiem. Dia tahu Haqiem sedang marah sekarang. Dan dia juga tahu jika lelaki itu sudah mula marah memang susah nak bagi dia sejuk.

" Nak relex macam mana lagi Riz? Kau sendiri dengar kan apa yang doktor tu cakap. Aika stress. Dia tak cukup rehat. Sebab tu tekanan darah dia tak normal. Aku pun tak fahamlah apa yang ada dalam otak Adam tu. Dulu bukan main, berjanji nak jaga Aika elok-elok. Tapi sekarang dia boleh biarkan adik aku macam tu je. Dia ingat adik aku tu apa? barang mainan ke?! "

Bergerak-gerak rahang Haqiem. Kalau dia jumpa Adam memang sakit mamat tu. Nama je doktor tapi otak letak kepala lutut agaknya. Memang Adam dah melampau kali ni. Kau tunggulah Adam!

Rizwan mengangguk setuju. Sama seperti Haqiem dia turut bersimpati dengan apa yang sedang menimpa Faiqa.

Tak semena Haqiem mendengus.

" Aika pun satu. Suka sangat pendam masalah. Konon nak sorokkan dari semua orang, tapi akhirnya diri sendiri jugak yang susah. Ni nasib baik tak jadi apa-apa kat dia. Kalau tak memang lumat si Adam tu aku kerjakan. Suami jenis apa macam tu hah? Bila nak, ambil. Bila tak nak biarkan macam tu je. Eh, besar sangat ke salah adik aku pada dia? "

Dinding hospital ditumbuk geram. Meluap-luap marah Haqiem pada Adam sekarang. Sangkanya Adam akan menjaga Faiqa dengan baik tapi begini pulak jadinya.

Rizwan hanya diam. Tak berniat nak mengia atau menidakkan. Dia sedar kedudukannya di mana. Dia hanya sepupu.

" Lepas kejadian tu, Aika ada lagi tak jumpa dengan Adam? "

Haqiem raut mukanya sekali lagi. Kenapalah Adam boleh tuduh Faiqa curang. Dengan Rizwan pulak tu. Bodoh betul! Bukannya Adam tak tahu hubungan Rizwan pada keluarga mereka.

Nasib baik Rizwan bercerita. Kalau tak sampai ke sudah Haqiem tak tahu. Patutlah Faiqa nampak pelik sangat. Tetiba balik rumah bawa beg besar. Berhari Faiqa di rumah itu, tak pernah sekalipun nama Adam meniti di bibir adiknya. Ada saja cara Faiqa nak mengelak. Rupanya ni sebabnya. Sudahlah Adam mengabaikan adiknya. Di lemparkan pula tuduhan yang bukan-bukan. Serius, Haqiem memang tak boleh terima!

" Tak ada. Belakang aku tak tahulah pulak. " balas Rizwan jujur.

Haqiem diam sejenak. Bibirnya diketap. Otaknya sedang ligat memikirkan sesuatu.

" tapi Qiem, kalau Aika tahu aku bagitahu kau ni, masak aku. Confirm lepas ni dia dah tak percayakan aku lagi. " sekali lagi Rizwan menyatakan kebimbangannya.

Desakan bertalu Haqiem menyebabkan dia terpaksa buka mulut. Tapi apa yang dia lakukan ini juga bukan kerana ingin meruntuhkan rumahtangga Adam dan Faiqa sebaliknya dia harap dengan campurtangan Haqiem akan mampu menjernihkan kembali keadaan. Sebagai abang sudah tentu Haqiem akan melindungi adiknya.

" Kau tak payah risaulah. Elok jugak kau bagitahu aku. Kalau tak sampai ke sudah aku tak tahu apa-apa. Nak harapkan Aika bukak mulut? memang taklah! semua benda dia nak sorokkan dari aku. Dahlah balik dengan beg besar, berminggu dia duduk kat rumah parent aku, sekali pun Adam tu tak pernah datang jenguk. Kat situ pun aku dah boleh agak dah. Tapi aku tak sangka pulak Adam tu boleh tuduh Aika sampai macam tu sekali. Eh, memang bodohlah dia tu! "

Cerita Haqiem mengenai kecurigaannya selama ini. Ingatkan dia salah sangka tapi rupanya memang Faiqa sengaja tak nak ceritakan pada sesiapa. Tapi sampai bila? Faiqa dah lupa agaknya dia masih ada abang yang sayangkan dia.

" Jom ikut aku. " ajak Haqiem tiba-tiba.

" Kita nak ke mana? "

" Kau ikut je. "

.
. .

Hospital?

Siapa yang sakit?

Berkerut dahi Adam berfikir. IG Faiqa di tatap lagi. Setahu dia keadaan Datuk Heykal sudah kembali pulih. Ibu mertuanya memang sihat saja.

Faiqa? eh tak kan lah. Baru semalam dia tengok IG isterinya dan melihat Faiqa baru memuat naik gambar ketika berada di rumah Nek Cha. Sempena majlis apa Adam sendiri tak pasti. Tak ambil tahu sangat.

" Laa, kau pun ada kat sini bro. Aku ingatkan kau tak datang hari ni? " sergah Fakrul yang baru sampai di gym tempat mereka selalu bersenam.

Adam yang sedang berehat atas bangku tepi water dispenser dipandang. Semacam je muka apahal? Fakrul duduk membongkok, kasut sukan yang dibawa dikeluarkan dari dalam beg.

" Mestilah aku datang. Kan aku ada mesej kau. " ujar Adam berlagak tenang. Padahal hati dah tak tentu arah. Masih terfikir tentang apa yang dibacanya tadi. Adam masukkan semula telefon dalam poket. Kalau boleh dia tak nak Fakrul tahu dia tengah stalker IG wife sendiri. Fakrul tahu masalah rumahtangga dia.

" Memanglah. Tapi kau mesej aku semalam. Hari ni kan wife kau tak sihat. Aku ingatkan kau pergi tengok dia kat hospital. " kali ni Fakrul yang sudah siap menyarung kasut pada kakinya mendongak memandang Adam. Kejadian petang tadi terimbau kembali. Nasib baik Haqiem sampai tepat masanya. Kalau tak kelam kabut juga dia berhadapan dengan Faiqa yang tiba-tiba pengsan di lobi.

" Hospital? " tanya Adam cemas. Riak mukanya sudah berubah resah.

" Hisyhh kau ni. Wife sendiri masuk hospital pun takkan kau tak tahu. Petang tadi Aika pengsan dekat ofis. Nasib baik Haqiem cepat sampai. Kalau tak aku dah standby dengan Eja nak bawak dia pergi hospital. " terang Fakrul. Muka blur Adam di pandang. Sah, mamat ni tak tahu perkembangan bini sendiri. Itulah. Makan hati lebih sangat. Kan dah buta hati.

Adam diam. Jadi jawapan untuk soalannya tadi dah terjawab. Faiqa yang sakit rupanya. Tapi.. Faiqa sakit apa? Jantung Adam tiba-tiba berdengup laju.

" Walau apa pun masalah kau dengan Aika, selagi dia masih isteri kau, semua kebajikan dia bawah tanggungjawab kau bro. Berdosa hukumnya kau abaikan dia. Kalau tak nak be gentleman. Lepaskan cara baik. "

Fakrul betul-betul rasa dia perlu menasihatkan Adam. Fakrul bukan nak mengeruhkan lagi keadaan tapi dia rasa Adam dah berlebihan. Kalau betul Faiqa curang kenapa mesti teruskan lagi hubungan mereka. Adam suami, dia ada hak dan kuasa untuk lepaskan Faiqa. Takkan nak biarkan semua ni berlalu tanpa arah tuju. Makin lama makin banyak hati yang akan terluka.

" Pandailah dia nak hidup. Curang dengan aku boleh pulak! " cemuh Adam tiba-tiba. Marah hatinya bila Fakrul bangkitkan soal tanggungjawab. Cukuplah selama beberapa bulan ni Adam rasa tertipu. Faiqa sakit pun, mungkin itu kifarah buatnya. Balasan Allah untuk isteri yang curang.

" Kau ada bukti ke nak tuduh Aika tu curang? "

Adam tergelak sinis.

" Bukti? habis yang kau nampak hari tu bukan bukti ke? terang-terang dia keluar dengan laki lain belakang aku. Sanggup pulak tu keluar dari rumah tinggalkan aku. Semuanya sebab jantan tu. Sekarang biarlah. Malas aku nak ambik tahu! "

Air dalam cup putih diteguk. Panas betul hati Adam bila bercerita perihal Faiqa yang curang. Memang elok sangat dia biarkan Faiqa macam tu je. Biar Faiqa rasa apa yang dia sedang rasa sekarang. Sakit.

" Berat sangat tuduhan kau ni bro. Kalau salah, fitnah namanya. Tak pasal kau naya isteri sendiri "

Adam menggeleng. Dia yakin. Dia ada bukti. Dia takkan salah. Faiqa memang isteri yang curang. Gambar yang dia terima hari tu pun boleh dijadikan bukti. Walaupun dari pengirim yang tak diketahui tapi Adam tak peduli. Pokok pangkalnya Faiqa memang isteri yang tak taat. Memang tak layak menjadi isterinya.

" Kalau macam tu jomlah temankan aku kejap. Kau balik awal pun tak guna, bini kau bukan ada kat rumah pun! " sinis saja suara Fakrul sebelum meninggalkan Adam yang terkebil-kebil di situ.

.
. .

Adam mendengus kasar.

Mati langkahnya saat sebuah kereta masuk secara tiba-tiba di parking bersebelahan dengan keretanya. Adam pandang kereta itu. Turun naik dadanya menahan geram apabila dia hampir saja di langgar oleh kereta yang langsung tak tahu etika memandu.

Seketika kemudian muncul Haqiem keluar dari pintu bahagian kerusi penumpang. Langkahnya laju meluru ke arah Adam.

Bukkk

Satu tumbukan dilepaskan. Adam yang langsung tak bersedia terundur sedikit ke belakang. Hampir saja rebah tubuhnya bila tumbukan padu itu tepat mengenai sasaran.

" Kau apa hal hah? tetiba serang aku macam ni? " tengking Adam kuat depan muka Haqiem yang berdiri tegak depannya. Tepi bibirnya yang perit dipegang. Darah! Shit!

" Aku apa hal? patutnya soalan tu aku yang tanya pada kau, apa yang kau dah buat pada adik aku hah? " jerkah Haqiem sama kuat dengan suara Adam tadi. Macam singa bergaduh dengan harimau pulak. Masing-masing keluar taring.

Adam sungging bibir.

Kes abang nak back up adik la ni. Huh...

" Kau balik dan tanya adik kau apa yang dia dah buat belakang aku. Kalau betul dia anggap aku ni suami, kenapa dia keluar tanpa izin aku?! " Adam layangkan senyum jengkel. Meluat dia tengok Haqiem yang belagak seperti hero.

Haqiem berdecit. Muka Adam dipandang dengan hembusan nafas kasar.

" Otak kau ni dah gila agaknya. Menuduh benda yang kau sendiri tak pasti. Aku tak kira, aku nak kau bertanggungjawab pada adik aku! " Kali ni Haqiem tak main-main. Kecik besar anak matanya pandang Adam yang langsung tak tunjuk rasa bersalah.

" Bertanggungjawab? untuk isteri macam tu? come on lah Qiem.. kau pun lelaki. Takkan kau sanggup nak terima sisa orang? "

Bukkk

Sekali lagi Haqiem layangkan penumbuk ke muka Adam. Pijar muka Adam. Muka Haqiem merah menyala menahan rasa marah. Kali ni Adam dah melampau. Apa dia ingat Faiqa tu perempuan jalang ke? tidur dengan ramai jantan.

" Tergamak kau tuduh isteri yang tengah mengandungkan zuriat kau macam tu? suami jenis apa kau ni hah? Sumpah! aku betul-betul menyesal kahwinkan adik aku dengan kau! " muka Haqiem yang tegang berubah kendur saat mengingatkan dia antara orang yang bersetuju mengahwinkan Faiqa dengan Adam dulu. Kalau lah dia tak mendesak. Tentu adiknya tak merana macam sekarang.

" What?!... Mengandung? "

Adam berteriak kuat. Terlopong mulutnya saat berita itu singgah dicuping telinga. Muka Haqiem dipandang tak berkedip. Dia tak salah dengar kan?

" Kenapa terkejut? sebab tak sangka adik aku akan mengandung? ke kau nak cakap anak tu bukan anak kau? yelah, adik aku tu kan perempuan jahat. Manalah layak nak mengandungkan zuriat keturunan suci macam kau ni. Tapi kau lupa satu benda, kalau kau rasa adik aku tu tak layak nak jadi isteri kau, aku pun rasa kau tak layak nak jadi bapak pada anak sedara aku tu nanti. Aku bukannya apa, aku risau dia mewarisi kebodohan otak kau ni! " sinis Haqiem cukup mendalam. Malah sengaja ditekan kuat perkataan kebodohan itu agak Adam sedar betapa teruknya cara lelaki itu berfikir perihal isterinya.

" Qiem.. "

Tanpa mempedulikan panggilan Adam, Haqiem terus masuk ke dalam kereta. Rizwan disebelah di kerling sekejap. Memberi isyarat supaya mereka segera beredar.

Tak apalah Adam...

Demi adik kandung, aku sanggup hilang kawan macam kau.

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience