" Ini latest report untuk projek kita dekat Bangi. Jangkaan siap dalam masa 2 bulan lagi tapi kalau ada apa-apa masalah Cik Aika boleh direct call Encik Syamil, dia yang handle projek kita dekat sana. " bagitahu Qadeja. Sebuah file berwarna hitam sudah diletakkan atas meja. Tanpa menunggu lama dia terus melangkah keluar.
Dia sedar mood Faiqa tak berapa baik sejak kebelakangan ni. Gadis itu lebih banyak mendiamkan diri tapi nasib baik Faiqa bukan seperti sesetengah majikan, jenis suka menengking mengherdik pekerja sesuka hati.
Faiqa masih diam membatu. Tubuhnya masih bersandar di kerusi dengan posisi kedua tangan di silangkan sesama sendiri. File yang diletakkan oleh Qadeja tadi langsung tak menarik minatnya.
Dia mendongakkan sedikit kepalanya ke atas. Kedua mata dipejamkan rapat. Segalanya kembali menerjah kotak fikiran.
Sudah dua minggu kejadian itu berlalu. Dia masih membiarkan Adam hanyut dengan perasaannya. Dia sendiri jadi keliru sekarang, adakah dia perlu membiarkan saja Adam begitu atau dia perlu berterus terang saja.
Kalau dia berterus terang dia takut memikirkan kemungkinan Rafiq akan menganggunya lagi. Ya, sejak tempoh hari Rafiq tak muncul lagi dalam hidupnya. Dia dah bebas ke mana saja tanpa perlu rasa takut. Tapi kalau dia membiarkan Adam dengan perasaanya, dia risau keadaan akan semakin rumit. Lebih teruk lagi jika hal ini diketahui oleh Haqiem. Apa dia nak jawab? Sayangkan Adam? Cintakan Adam? sedangkan jelas lagi nyata Haqiem sendiri tak tahu hubungan aku dengan Rafiq dah berakhir. Haqiem kuat curiga. Buatnya dia siasat macam mana? kalau kantoi? aduh serabutnya.
“ Kau kena terus terang dengan dia, jangan sampai dia tahu sendiri. Masak kau nak menjawab nanti “ teringat pulak kata nasihat dari Aliah. Balik saja ke rumah malam itu, menadah telinga dia mendengar bebelan Aliah.
Faiqa mengeluh. Semakin sulit pulak keadaan sekarang. Layanan baik Adam buat dia jadi makin serba salah. Dia tak sangka Adam begitu positif menerima segalanya padahal dia tak maksudkan apa-apa. Dia sekadar mahu melepaskan diri dari Rafiq.
Adam, cintanya untuk lelaki itu tak pernah wujud. Sepatutnya dari awal lagi dia tidak libatkan Adam dalam masalah ini.
Bunyi mesej masuk menghentikan lamunan Faiqa.
‘ Sorry sayang. Lunch kita hari ni terpaksa cancel. Nanti malam abang jumpa sayang ok ‘ – Adam
Faiqa ketap gigi. Bahasa yang di gunakan Adam buat pipinya merona merah. Dulu Rafiq pon tak pernah nak bersayang-sayang bagai macam ni. Aduhh, Adam betul - betul buat dia rasa bersalah.
‘ ok, take care ‘ – me
Berada dalam situasi sekarang buat dia rasa nak larikan diri aje. Kepalanya dipicit pelahan.
Bunyi intercom sekali lagi mengejutkan Faiqa. Lantas butang itu di tekan malas.
“ Cik Faiqa, wakil Bina Maju dah sampai. Mereka tunggu di bilik meeting. “ ujar Qadeja.
Faiqa tepuk dahi. Macam mana boleh lupa ni?
“ Okey, Thank you. “ telefon diletak. Buku kecik seakan diari tebal dicapai. Segala maklumat penting sudah siap dicatatkan dalam buku itu. Senang tak payah angkut banyak barang.
Faiqa senyum lega. Perbincangan selama 1jam itu akhirnya berjaya mendapat kata putus yang baik. Akhirnya Bina Maju bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat mereka. Syarikat pembekal bahan mentah sepenuhnya milik Bumiputra. Satu kejayaan jugak bagi Faiqa yang baru menerajui MH Holding.
Perlawaan wakil Bina Maju untuk makan tengahari bersama Faiqa sambut dengan baik. Sempat lagi dia mengajak Qadeja untuk ikut serta. Sekurangnya tak adalah dia rasa kekok sangat nanti.
.
.
.
Adam melangkah keluar dari wad Pediatrik Level 6. Telefon di dalam poket seluar dikeluarkan. Tadi sebelum dia memulakan tugasnya sempat dia menitipkan pesanan kepada si pujaan hati.
Lebar saja senyumannya bila membaca mesej dari Faiqa. Padahal mesej jaga diri je pun. Tapi orang bercinta ni feeling dia lain. Mesej yang simple pun macam dapat selonggok emas. Indahnya bila diri di sayangi. Mencintai orang yang dicintai adalah satu anugerah. Hari yang dilalui terasa begitu indah. Itu yang Adam rasakan sekarang.
“ Dr. Adam! “
Adam menoleh. Dari jauh seorang doktor perempuan menghampirinya.
“ ya, ada apa? “ soalnya bila gadis itu sudah terpacak depan mata.
“ Ini laporan kesihatan pesakit wad 1D “ file berwarna coklat gelap itu di hulurkan. Adam menyambutnya dengan senyuman. File itu di beleknya seketika.
“ Blood disorder?” gumamnya pelahan.
“ Amboiii… puas aku mencari. Rupanya kat sini korang dating. “ seloroh Dr. Firdaus. Entah dari mana munculnya.
Adam hanya senyum. Dr. Firdaus memang begitu, ada saja jenakanya. Di jeling ke arah doktor perempuan di sisi. Sudah merah mukanya. Barangkali malu dengan usikan temannya.
“ .. kebetulan Dr. Sarah dah ada ni jomlah kita lunch sekali. “ pelawa Dr. Firdaus. Memang tujuan asalnya ke situ nak mengajak Adam keluar lunch tapi lain pulak yang dia nampak. Dalam hati dah ketawa riang. Plan nak kenenkan Adam dengan Dr. Sarah bakal dilaksanakan. Ada rezeki bolehlah tumpang makan nasi minyak.
Adam mengangguk pelahan. Seakan memberi kebenaran kepada gadis itu untuk turut serta. Dalam malu Dr. Sarah juga mengangguk. Berada dekat dengan Adam buat jantungnya berdenyut kencang. Selama ini dia hanya memuja dari jauh. Tak sangka hari ini dia berkesempatan untuk makan bersama dengan lelaki itu.
" Confrence kesihatan bulan depan you join tak? " soal Dr. Firdaus kepada Dr. Sarah. Ketika itu mereka baru saja selesai makan.
Sempat anak matanya melirik ke arah Adam di sebelah. Amboi, sibuk betul dengan telefon. Tak lekang.
Dr. Sarah mengangkat muka. Sedari tadi dia asyik menekur meja saja. Dia jadi malu berhadapan dengan Adam. Kebetulan ketika itu Adam duduk di kerusi berhadapan dengannya. Walaupun Adam tak banyak cakap tapi dia dapat rasakan aura lelaki itu sangat dekat dengannya.
" Ikutkan tarikh confrence tu I off day tapi tadi dapat surat kata wajib pulak. So terpaksalah pergi. Nasib baik confrence tu buat dekat area umah I je. " ujarnya ramah.
Nama dah naik, nak tak nak terpaksa pergi. Lagipun sebagai orang yang baru dalam bidang ni agak bagus juga untuk dia, sekurang kurangnya banyak info yang akan dia dapat nanti.
Dr. Firdaus sekadar mengangguk. Dari tadi dia cuba menarik minat Dr. Sarah untuk berborak dengannya. Lebih penting lagi dia cuba mengorek rahsia gadis itu supaya tugasnya menyatukan Sarah dan Adam menjadi lebih mudah tapi masalahnya Adam ni langsung tak menunjukkan minat. Sekurang-kurangnya beramah mesra la sikit. Ini tidak fokusnya lebih pada telefon. Langsung tak angkat muka dari tadi.
" Oh, you asal orang sini. Eh, macam sama la pulak dengan Adam. Kan Adam? " lengan Adam di siku pelahan. Penat aku adjust untuk kau, kau boleh buat bodoh je kan?
Adam tersentak, lantas mengangkat muka. Telefon yang tadi dipegang, sudah terjatuh di atas meja. Nasib baik tak terhempas ke lantai. Tengok syok balas mesej dengan Faiqa boleh pulak kena sergah macam ni.
" Hah? "
Dia pandang dua makhluk dihadapannya silih berganti. Kelihatan Dr. Firdaus sudah jeling tajam ke arahnya manakala Dr. Sarah sudah tersenyum melihat reaksi cuak Adam.
Adam garu kepalanya. Dia cuba mengawal riak yang nyata malu dengan situasi dirinya sebentar tadi. Hey, macam mana aku boleh hilang fokus ni?
to be continue....
Share this novel