Turun naik nafas Adam tatkala pintu utama rumah teres 2 tingkat itu diredahnya. Melilau mata merahnya mencari kelibat Ainaa di situ. Saat matanya menangkap susuk tubuh Ainaa yang bersantai di kerusi sofa laju kakinya di bawa ke situ.
" Eh kak! Apa yang kau dah buat pada rumahtangga aku hah?! "
Tangan Ainaa disambar dan ditarik sedikit menjauh dari kedua anaknya. Ainaa yang terkejut dengan tindakan itu hampir saja terjelupuk atas lantai. Bengang dengan tindakan Adam, Ainaa pantas menolak tubuh adiknya ke belakang.
" Kau ni dah kenapa? balik je terus nak mengamuk kat aku apahal. "
Ainaa pegang pergelangan tangan yang terasa sakit. Sakit hatinya bila Adam layan di sekasar ini. Kepala di toleh semula ke belakang. Kedua anaknya sudah berpelukan sesama sendiri. Pasti mereka juga terkejut. Tak pernah lagi mereka melihat Uncle Adam mereka semarah ini.
" Aku kenapa? Eh, dahlah. Kau tak payahlah nak berlagak naif. Aku dah tahu semua plan kau. " Tajam tunak Adam memandang Ainaa yang masih beriak tenang.
" Kau merepek apa ni? plan apa? aku tak fahamlah. "
Ainaa ketap giginya. Menentang anak mata Adam tanpa sedikit pun rasa gerun. Entah apa lagi tak kena dengan Adam ni. Tak habis lagi ke nak marahkan dia pasal hal semalam? dahlah dia tengah stress dengan Syira. Tetiba mesej nak pinjam duit. Banyak pulak tu.
" Sengaja kau buat-buat tak faham kan? "
" Dah aku tak taham. Aku tanyalah! " bidas Ainaa lantang.
Adam merengus. Mukanya di raut kasar. Ainaa memang spesis talam dua muka. Buat-buat naif. Buat-buat tak bersalah. Padahal dibelakang dia... Arghhh....
" Ikutkan hati marah aku ni, memang nahas kau ni aku kerjakan. Aku tak sangka kau tergamak rancang dan berpakat dengan Syira untuk porak perandakan rumahtangga aku. Sampai kau sanggup fitnah Aika tu curang dengan lelaki lain. Eh, memang setanlah kau ni kak! " tempik Adam kuat.
Rahangnya bergerak-gerak bersama dada yang berombak kencang. Hembusan nafasnya terhembus kuat hingga mampu melahirkan rasa cemas pada Ainaa.
Tatkala ini hilang sudah rasa hormatnya pada kakak kandung sendiri. Selama ini dialah manusia yang paling bodoh kerana membiarkan kanser seperti Ainaa terus merebak dalam rumahtangganya.
" Aa.. apa benda kau cakap ni? kalau kau tak suka Syira okay tak apa. Aku takkan paksa kau untuk terima dia. Tapi jangan sedap mulut kau nak tuduh aku yang bukan-bukan. " gugup Ainaa jadinya. Berdebar jantungnya tapi sebaik mungkin dia cuba menepis segala tuduhan yang dibuat Adam tadi.
Adam pandang jelek Ainaa atas bawah. Tak sangka Ainaa masih mahu menafikan biarpun dia sudah ada semua bukti.
" Aku tuduh kau? eh, aku tak busuk hati macam kau lah. Dan kau tak payahlah nak belagak suci macam malaikat depan aku. Sebab aku dah tahu semuanya. Kau memang sengaja plan semua ni untuk pisahkan aku dengan Aika kan? "
Tangisan kedua anak Ainaa mula kedengaran. Adam masih tegak berdiri depan Ainaa. Langsung tak peduli dengan keadaan sekelilingnya. Apa yang Adam tahu dia perlu selesaikan semuanya sekarang juga. Ainaa perlu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku pada rumahtangganya.
" Tak! mana ada. Aku tak ada apa kaitan pun dengan masalah rumahtangga kau. " Ainaa masih cuba menafikan. Kepalanya digeleng laju. Masih menidakkan biarpun segala telahan Adam tepat belaka.
" Ainaa! Adam! korang ni dah kenapa? terjerit sana sini. Tak malu ke? "
Terkocoh-kocoh Puan Aisyah mendapatkan cucunya yang sudah teresak menangis. Dia yang baru muncul di situ memandang kedua anaknya silih berganti.
Ainaa kerling umminya sekilas. Belum sempat Ainaa menjawab pertanyaan Ummi, sekeping envelope coklat sudah menapak tepat ke mukanya. Memang Adam dah agak Ainaa takkan mudah mengaku salah. Tapi dengan semua bukti ni Ainaa takkan dapat mengelak lagi.
Ainaa terpampan.
Beberapa keping gambar yang jatuh dari dalam envelope tersebut dipandang.
Itu kan gambar... Argh, macam mana Adam boleh ada semua gambar tu.
" Masih nak menafikan? masih nak cakap kau tak ada apa-apa kaitan dengan masalah rumahtangga aku? Kau betul-betul keji kak! Kau sanggup ainaya adik kandung kau sendiri. Apa dosa Aika pada kau hah? Sampai kau sanggup fitnah dia macam ni sekali. "
Hati Adam merintih. Tak tertanggung dosanya kerana menuduh Faiqa yang bukan-bukan. Entah berapa banyak kata hinaan dan makian yang telah keluar dari mulutnya untuk sang isteri. Ah, terasa jahilnya diri kerana memfitnah orang yang tak bersalah.
" Adam, kau.. kau dengar dulu penjelasan aku.. Pasal gambar ni aku boleh jelaskan. Aku tak ada kaitan dengan semua ni. Ni semua plan Syira. Sumpah! Aku tak tipu. "
Bersungguh-sungguh Ainaa cuba menyakinkan Adam. Tangan Adam cuba diraih namun cepat saja Adam menepisnya. Dan tindakan itu menyebabkan Ainaa terjelupuk jatuh ke lantai.
" Kau tak payahlah pura-pura tak tahu. Ke kau nak aku heret Syira ke sini baru kau nak mengaku? kalau tak kenangkan anak kau yang masih kecik tu, dah lama dah aku heret kau ni pergi balai. Dasar hati iblis. "
Adam tak ada pilihan tatkala melihat Ainaa yang masih berdegil tak nak mengaku kesalahannya. Ainaa dengan Syira sama je. Luaran nampak indah tapi dalaman kotor berkarat. Ilmu agama yang ada tak mampu menghilangkan rasa hasad dengki mereka berdua.
Ainaa meneguk liur. Ugutan Adam sebentar tadi buat dia mula rasa cuak. Pandangan tajam Ummi buat hatinya semakin gundah. Ainaa tahu dia takkan terlepas lagi kali ni.
Nak menyesal tapi masih sempatkah?
" Tahniah kak. Tahniah sebab semua plan kau dah berjaya. Kau berjaya buat aku lukakan hati orang yang paling aku sayang. Kau berjaya buat aku abaikan zuriat aku sendiri. Kau tahu tak bertapa sakitnya hati aku bila aku mula fikir anak yang dikandung Aika tu bukan darah daging aku. Aku harap kau puas kak! Aku harap kau puas sebab dah berjaya musnahkan hidup aku. "
Suara Adam mulai kendur. Sebak mula hadir saat mengingatkan zuriat yang tak berdosa turut menjadi mangsa. Dia khilaf. Dia berdosa pada isteri dan anaknya.
" Adam... aku... "
Adam letak jari telunjuknya atas bibir. Memberi isyarat dia tak nak dengar apa-apa lagi. Hatinya remuk. Hatinya sakit.
Setapak demi setapak Adam berundur ke belakang sebelum dia berhenti dan kembali memandang Ainaa.
" Kau ingat kak. Kalau ada apa-apa jadi pada rumahtangga aku, sumpah aku takkan maafkan kau sampai aku mati! "
Adam terus berpaling. Laju langkahnya di bawa keluar dari rumah itu ditemani air mata yang mula menitis keluar.
Sayang, maafkan abang sayang...
" Jawab Ainaa! Betul ke apa Adam cakap tadi tu? Kau ada kaitan dengan gambar ni semua? "
Sekeping gambar Faiqa bersama seorang lelaki di layangkan depan muka Ainaa. Meskipun bukti sudah ada depan mata tapi hati seorang ibu masih cuba menafikannya.
" Naa minta maaf Ummi...Naa salah. Ampunkan Naa.. " rintihnya. Kedua kaki Ummi di cari. Kalau tadi Adam menolaknya, tindakan Ummi juga sama. Menepis tangan Ainaa yang mula memaut kedua kakinya.
" Bertaubatlah! Moga Allah ampunkan dosa kau Naa. " Hanya itu yang mampu Puan Aisyah ucapkan.
.
.
.
" Hati I sakit bila dapat tahu you ada lelaki lain. I sangkakan bila I buat macam tu you akan berkahwin dengan I tapi I silap. You semakin jauh dari I. "
Terlayar semula ingatan Faiqa pada Rafiq. Mati niatnya nak keluar dari wad saat mesin penafasan di sebelah lelaki itu berbunyi nyaring. Sedikit demi sedikit kelopak mata Rafiq yang tertutup mulai terbuka.
Perasaan Faiqa ketika itu risau, takut, marah semuanya sebati menjadi satu rasa. Faiqa tak tahu kenapa kaki masih kaku meskipun otak sudah memberi isyarat supaya segera beredar dari situ.
" Waktu majlis kahwin you I ada datang. I datang senyap-senyap. You nampak cantik sangat dengan baju kahwin color biru tu. "
Faiqa terngadah.
Rafiq ada datang? Bukan lepas kes tu dia larikan diri ke oversea ke? Bermain-main persoalan itu di lubuk hati Faiqa.
" Dahlah Fiq. You rehatlah dulu. You pun tak berapa sihat. "
Akhirnya Faiqa buka mulut. Walaupun banyak perkara yang ingin dia tanyakan tapi melihat dada Rafiq yang beralun tak sekata buat Faiqa jatuh kasihan. Tentunya lelaki itu sedang paksa diri untuk semua ini.
Rafiq menggeleng. Peluang seperti ini takkan selalu datang. Sementara masih ada waktu untuknya. Esok lusa belum tentu dia masih boleh bernafas seperti sekarang.
" It's okay. Don't worry. " Nafas ditarik panjang.
Faiqa yang duduk di sebelah katil Rafiq hanya mengangguk. Kalau ini kemahuan Rafiq dia akan turutkan meskipun Faiqa mula rasa canggung. Hanya mereka berdua di sini. Yusrina dan Aliah berada di luar seolah sengaja memberi ruang untuk mereka berborak.
" I'm sorry for all the thing i've done. I know is not easy for you but believe me I never meant to hurt you "
Faiqa angkat muka. Mata Rafiq di cari.
You play drama u get karma.
What goes around comes around.
Padan muka kau. Allah bagi kau sakit sebab nak balas kejahatan yang kau dah buat pada aku.
Kalau lah hati dia masih sakit seperti dulu dah lama dia cakap macam tu pada Rafiq.
Tapi...
Itu dulu. Waktu hati dia masih belum memaafkan lelaki itu. Tapi harus dia akui, Rafiq juga pernah membahagiakan dia meskipun akhirnya dia derita.
Faiqa betulkan baringnya. Perutnya di usap pelahan.
Saat ini terbayang pula muka pucat dan cengkung Rafiq. Sekelip mata Allah boleh tarik segala nikmat yang Dia berikan pada hambanya. Sesungguhnya tiada suatu pun yang akan kekal menjadi milik kita.
" I happy tengok you bahagia. Bertuah sangat lelaki yang dapat miliki you sebagai isteri. "
Terngiang kembali pujian dari lelaki itu tadi. Ya, Fiq aku bahagia meskipun cinta aku dan Adam berada di landasan yang berbeza.
Hati aku pernah terluka, aku pernah menangis kerana cinta aku di sakiti tetapi percaturan takdir itu begitu indah. Dalam kesedihan Allah hadirkan seseorang yang buat hidup aku kembali bernyawa. Anak ini hadirnya tepat pada masanya. Hadiah terindah untuk aku.
Tapi semuanya terzahir dalam hati saja. Hanya senyuman yang Faiqa berikan sebagai jawapan. Entah kenapa pertemuan empat mata itu membuatkan Faiqa rasa sedikit janggal. Seluruh anggota seakan selesa begini. Lebih selesa mendengar dari menjawab.
" You betul-betul dah maafkan I? "
Faiqa mengangguk.
" Ya. I dah maafkan you Fiq. I nak lupakan semuanya. "
Sebuah senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. Mungkin gembira mendengar lafas keramat itu keluar dari mulut Faiqa yang masih lagi di cintai.
" Terima kasih Aika untuk semuanya. Andai ini pertemuan terakhir kita I nak you tahu kenangan bersama you adalah yang terindah buat I. "
Nafas di ambil. Sebelum Rafiq menyambungnya kembali.
" You jaga diri you baik-baik. Selagi I masih bernafas I akan sentiasa doakan kebahagiaan you walaupun I tahu masa I dah terlalu suntuk "
Faiqa menggelengkan laju.
" You mengarut apa ni? you tak nampak ke semua doktor kat sini tengah cuba untuk pulihkan you? You still boleh sihat macam dulu. Trust me. "
Mata Faiqa mula berkaca. Hatinya sebak tiba-tiba. Argghhh.. Kenapa Rafiq perlu cakap soal ajal. Serius Faiqa tak suka.
" Ssyhhh... please Aika.. jangan menangis depan I.. Simpan air mata tu untuk perkara lain yang lebih penting dalam hidup you tapi bukan untuk I. I bukan siapa-siapa untuk you. "
" You kawan I Fiq. I nak you sihat. "
Faiqa mula mengogoi di situ. Tak dapat dibendung lagi kesedihan hatinya saat ini.
Yusrina meluru masuk ke dalam. Deruan nafas Rafiq yang sudah tidak sekata buat hatinya jadi resah gelisah. Dada anaknya di urut pelahan sebelum alat penafasan kembali di tekup ke batang hidung lelaki itu.
Aliah yang baru masuk terus mendapatkan Faiqa yang sudah teresak menangis. Mata Aliah juga turut berair. Dalam Faiqa tak sedar Aliah curi dengar perbualan dua sabahatnya itu. Hati Aliah jadi pilu. Takdir manusia semuanya tak sama. Di uji dengan cara yang berbeza-beza.
Bertabah lah saat di uji meskipun manusia lain hanya mampu melihat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
.
.
.
Sudah dua puluh minit Adam betapa dalam keretanya. Sesekali dia melirik ke arah pintu pagar berukir kayu yang masih tertutup rapat. Hatinya berbolak balik. Mahu tapi dia malu untuk menjengah masuk ke dalam. Risau penerimaan keluarga mertuanya setelah apa yang dia lakukan terhadap Faiqa.
Adam letak dahinya atas streng. Matanya dipejamkan rapat. Bagai pita rakaman satu persatu kejadian siang tadi kembali bermain di fikirannya.
Bantu aku Ya Allah. Aku tak kuat.
Tok! Tok!
Bunyi ketukan di cermin kereta buat Adam pantas mendongak. Lantas cermin kereta di turunkan.
" Kau buat apa kat sini? " soal Haqiem yang sudah tegak berdiri di tepi kereta Adam. Raiknya bersahaja dengan posisi kedua tangan dimasukkan dalam poket seluar.
Adam segera betulkan duduknya. Tangan di hulurkan. Haqiem menyambut biarpun lambat. Nafas di tarik panjang.
" Aku.. aku nak jumpa isteri aku Qiem... "
Gugup Adam jadinya bila tiba-tiba Haqiem muncul di situ. Namun dia redha. Dia tahu dia perlu berdepan dengan semua orang agar dia dapat perbetulkan khilafnya.
" Masuklah. " sepatah ayat dari Haqiem sebelum lelaki itu beredar ke arah keretanya.
Adam telan liurnya. Dah bersedia ke dia nak berdepan dengan semua ni.
to be continue.....
Share this novel