Bab 70

Romance Completed 57670

' Nikmatilah perjalanan duka sebagaimana menikmati perjalanan bahagia. Kerana disitu kita akan belajar lebih menghargai. Percayalah pada Qada dan Qadar ilahi agar kau temui kemanisannya nanti. '

' Sesekali kita perlu lalui derita agar kita kenal erti bahagia. Sesekali kita perlu rasa kecewa untuk kita kenal erti kejayaan. Dan sesekali kita perlu menangis untuk mensyukuri yang apa yang kita miliki '

Faiqa senyum sendirian. Segala apa yang berlaku, tentang rasa dan perasaannya diluahkan melalui coretan.

Blog cinta. Pelik sangat ke bunyinya?

Sebenarnya blog ni memang dah lama wujud. Tapi dah lama juga tak aktif. Wujud masa Faiqa study. Tak aktif sebab busy dengan kerja plus tak ada idea nak menulis. Tapi sekarang selepas semuanya berlalu, Faiqa mula aktif menulis. Segala tentang dirinya akan di luahkan di sini. Nak tulis dalam dairi rasa dah tak relevan. Risau orang baca pun ya jugak. Kalau kat sini dia boleh luahkan sesuka hati. Orang pun bukan kenal siapa dia.

Krekkk.....

Pandangannya beralih saat pintu bilik air terbuka. Terjengul wajah suami kesayangan yang baru saja selesai mandi. Bebola mata Faiqa mengikut setiap langkah Adam. Tubuh kekar Adam yang hanya bertuala di jelajah. Dari arah belakang Faiqa dapat lihat tubuh berotot Adam. Faiqa gigit bibir bawahnya. Seksi sampai dia rasa terseksa.

Senyuman masih di ukir. Saat pandangan mereka bertemu senyuman nakal terhias di bibir sang suami.

"Jangan pandang abang lama-lama sayang. Koyak iman abang nanti " usik Adam nakal. Dia yang sudah siap berseluar ala boxer melangkah ke arah isterinya. Rindunya dia pada sang isteri. Ni baru 12jam ot. Kalau lebih lama mahu rabak mental teringatkan bini kat rumah.

Faiqa ketawa. Sentimental betul dirasakan ayat Adam itu tadi. Entahlah makin nak jadi bapak makin dilayan Faiqa ni macam budak-budak.

" Sayang update blog ke tu? "

Faiqa mengangguk mengiakan. Dengan Adam tak boleh nak sorok-sorok. Terpaksa bagitahu. Kalau tak pot pet pot pet suaminya bertanya itu ini.

" Hai anak Daddy.. hari ni ada meragam tak? Ada buat mummy moody tak? " Adam baring di sebelah Faiqa. Perut boyot Faiqa diusap-usap lembut. Tak sabar rasanya menunggu kelahiran anak yang bakal menyerikan lagi rumahtangga mereka. Setelah apa yang berlaku akhirnya mereka kembali bersatu.

Faiqa ketawa. Merinding urat perutnya bila diusap begitu. Padahal bukan Faiqa tak biasa di layan sebegitu oleh Adam.

" Baby baik je hari ni Daddy. Like mother like daughter. "

" Eh eh bukan like father like son ke? "

Faiqa cebik bibir.

" Alololo.. bukan main panjang muncung mummy. Mummy jealouslah tu baby satu team dengan Daddy kan. " makin galak Adam mengusik.

Kini usia kandungan Faiqa sudah pun mencecah 8 bulan. Setiap pergerakkan Faiqa jadi semakin terbatas. Ke mana saja Faiqa pergi akan di temani oleh Adam sementelah sejak awal bulan lagi Faiqa sudah memohon cuti awal untuk bersalin. Itu pun atas saranan keluarga. Sekurang-kurangnya kesihatan Faiqa lebih terjaga jika berada di rumah.

" Mana ada jealous. "

" Yeke.. Habis tu yang muncung sayang macam itik tu kenapa? "

Faiqa tak menjawab. Dia lantas mengambil telefon lalu di hulurkan kepada Adam.

Adam ketawa lepas. Takkan sebab ni pun nak jeles. Aduhai bini siapalah ni... kuat sentap betul..

" Perlu ke abang explain? "

Faiqa ketap bibir. Bulat matanya memandang.

" Okay okay. Sayang relex. Tarik nafas dulu. Abang explain kat sayang " Adam senyum. Senyuman mengoda. Tangannya masih lagi di perut Faiqa. Seronok bila sesekali ada gerakkan kecil terhasil dari perut boyot Faiqa.

" Haqiem kan nak kahwin so dia request abang jadi pengapit dia. So semalam abang try lah pakai baju ni. Hensem tak abang pakai baju ni yanggg...."

Tepi pipi Faiqa di cium mesra. Bau aroma dari rambut Faiqa menusuk lembut ke rongga hidungnya. Adam rapatkan lagi tubuh Faiqa ke dadanya.

" Tak hensem pun! Bertambah tak hensem dengan caption annoying macam tu. Abang ada niat nak menikah lagi sorang ke? " luah Faiqa geram. Orang laki ni memang pantang agaknya pakai baju melayu dan bersongkak bagai ni. Mulalah nak mengarut cakap pasal nikah. Tulis kat IG pulak tu. Haishh...geram rasa hati.

Mengekek Adam ketawa. Tak boleh nak cover-cover lagi dah. Apalah pemikiran orang perempuan ni. Melalut sampai ke laut.

" Ada pulak cakap macam tu. Hati abang ni hanya untuk Faiqa Eryna sorang je tau. Tak ada niat pun abang nak menambah bini. Tapi kalau menambah anak yess.. abang nak 8 orang! "

Adam sendiri masih ingat janjinya sewaktu mereka mula-mula berbaik tempoh hari. Salah satu janjinya adalah untuk setia sehingga hujung nyawa pada Faiqa. Takkan baru berbaik dah nak cari pasal. Tempah maut namanya

" 8 orang? mampu ke? "

" Laa... bukan susah pun. Benda sedap yanggg.. " Adam kenyit mata. Bab tambah anak ni jangan di cabar. Memang laju orang laki buat kerja.

Perut Adam lantas di cubit. Lain yang di maksudkan. Lain yang otak Adam fikirkan.

" Bab romen laju je kan.. "

Adam menyengih. Mahu tak laju. Dah lama dia puasa kot. Hari-hari dia tunggu Faiqa offer. Tapi nan hado. Asyik kempunan je.

" Memanglah laju. Dah lama tak dapat. Bila mintak orang tu asyik mengelak je.... " usik Adam masih dalam sisa tawanya.

Faiqa buat tak tahu saja. Malas nak melayan otak kuning Adam. Kepalanya dirapatkan sedikit ke dada bidang Adam yang tak berbaju. Setiap dengupan jantung Adam jelas kedengaran ditelinganya.

" Sayang... "

" Hmm... "

" I love you "

" I love you too abang. "

Adam tersenyum bahagia. Indahnya bila ungkapan cinta itu datang dari mulut orang yang kita sayang.

" Thanks sayang sebab bagi abang peluang kedua "

" You deserve it abang. "

Terimbau kembali kejadian beberapa bulan lepas. Saat di mana Adam datang dan meminta maaf kepada mereka sekeluarga. Saat itu sukar untuk Faiqa gambarkan perasaannya. Ternyata maaf Adam mampu meleburkan hatinya yang keras dan beku selama ini.

Kini barulah Faiqa mengerti. Kadangkala kita diuji dengan sesuatu yang tak pernah kita duga. Kita memberontak, kita persoalkan kenapa kita diuji. Tanpa kita sedar, di sebalik ujian Allah itu terselit seribu satu hikmah yang sarat dengan kasih sayangNya dan itu lah yang Faiqa rasakan sekarang. Dia tak pernah menyesal memberi peluang kedua pada Adam untuk kembali menjadi teman hidupnya.

" Pasal majlis hujung minggu ni abang dah jemput Kak Ainaa? "

Adam menggeleng. Bersahaja riaknya.

" Majlis tu kan untuk ahli keluarga. Abang jemputlah Kak Ainaa datang sekali. Sayang pun dah lama tak jumpa anak sedara sayang dua orang tu " pujuk Faiqa. Dia tahu apa yang ada dalam hati suaminya tapi sampai bila, air di cincang tak kan putus.

" Tak payahlah sayang. Dia tak ada pun majlis tu tetap akan berjalan jugak. "

Dingin suara Adam membalas. Sejak peristiwa pertengkaran di rumah Ummi, Adam memang tak pernah ambil tahu lagi perihal kakaknya. Hatinya masih rawan. Sangat susah untuk dia maafkan Ainaa meskipun Faiqa sudah menerima Ainaa kembali.

" Walau apa pun kesalahan Kak Ainaa, dia tetap darah daging abang. Benda dah berlalu tak payahlah nak dikenang lagi. Kak Ainaa pun dah menyesal kan. Abang maafkanlah dia " pujuk Faiqa lembut.

" Menyesal lepas dia buat kita derita? susah untuk abang nak maafkan dia. Kalau bukan sebab dia rumahtangga kita takkan berantakan. " Adam mengeluh. Mengingatkan itu saja sudah cukup buat hatinya jadi sakit.

Faiqa mendongak memandang Adam. Senyuman manis terukir di bibirnya. Penuh kelembutan rahang Adam di sentuhnya.

" Derita hari semalam adalah bahagia untuk hari ni. Kalau bukan kerana dugaan semalam belum tentu hati kita akan bersatu macam sekarang "

Jika Adam memilih untuk tidak memaafkan, Faiqa pula sebaliknya. segala apa yang telah dilakukan oleh Ainaa telah pun dia maafkan. Tak ada lagi rasa marah pada wanita itu sementelah Ainaa juga kini sedang di uji. Dalam diam rupanya Malik telah menikah seorang lagi. Berkongsi kasih mungkin tak indah bagi semua wanita tapi itulah yang harus Ainaa tempuhi. Dugaan manusia tidak semuanya sama.

Adam hembus nafas pelahan. Dalam diam dia mengakui kebenaran kata Faiqa tapi buat masa ni biarlah semuanya seperti ini.

Bripp.. Bripp..

Faiqa pandang telefonnya yang menyala. Menandakan ada mesej baru masuk.

" Siapa mesej? " Laju Adam menyoal bila melihat air muka Faiqa yang berubah. Lain macam riak isterinya.

Faiqa kemam bibir. Telefon miliknya diserahkan pada Adam.

" Alhamdulillah. Nampak sihat sikit dia sekarang. Kalau konsisten dia buat kimo insyallah dia boleh sembuh. Kita doakan dia sama-sama "

Rafiq! satu nama yang pernah menjadi penyebab mereka di satukan. Kalau dulu mungkin lelaki itu di lihat sebagai seorang musuh tapi kini keadaan sudah sebaliknya. Segalanya berubah bila Adam mengetahui tentang penyakit yang dihidap Rafiq. Malah kesanggupan Adam menawarkan diri sebagai doktor peribadi Rafiq menjadi titik tolak hubungan baik antara mereka bertiga.

" Kalau abang izinkan, sayang nak jemput dia datang waktu majlis kita tu nanti. "

" Boleh sayang. Abang izinkan. "

Lebar senyuman Faiqa. Senang hatinya bila Adam sentiasa berfikiran positif seperti ini. Kesilapan lalu membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam komunikasi.

Benarlah, di sebalik dugaan dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat buat manusia kerdil seperti mereka. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.  Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita tapi sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya. 

" Eh, abang lupalah. Tadi abang ada beli mee rebus yang sayang suka tu. " bagitahu Adam tiba-tiba.

Adam turun dari katil. Tangan Faiqa di pimpin penuh hati-hati. Seiring suami isteri itu mengatur langkah keluar dari kamar tidur.

" Blog sayang tulis tu dah ada nama ke? " tanya Adam ketika mereka sudah sampai di meja makan.

Faiqa mengangguk. Seronok mengingatkan nama yang menjadi pilihannya.

" Nama apa? "

" Seindah takdir cinta "

" Wow... intresting! Ni yang buat abang rasa nak stalk blog sayang ni. Mesti banyak kan sayang citer pasal abang kat situ? "

Sekilas muka Adam dijeling.

" Jangan nak perasanlah. Abang stalk sayang block abang laju-laju "

" Hahaha... Tak kira. Nak jugak! "

Berdekah Adam ketawa. Mood asyik nak mengusik bini je. Seronok agaknya melihat muka cemberut Faiqa.

" Abangggg!!! "

Merengek manja Faiqa dengan mata dijengil geram. Menguji kesabaran betul layan doktor kanak-kanak ni.

Benarlah, jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar namun ia tetap menjadi rahsia.

Kadang jodoh itu dekat tapi jalannya sulit. Kadang jodoh itu jauh tapi jalannya mudah. Yakin dan percaya setiap manusia itu diciptakan berpasang-pasangan. Lambat atau cepat bahagia itu pasti akan di kecapi.

TAMAT...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience