Suasana cafe itu sedikit suram dan lengang, yang kelihatan hanya beberapa orang pelanggan saja, itu pun masing-masing berada jauh dari kedudukan mereka, seolah memberi ruang kepada Faiqa untuk lebih tenang di situ.
Wajah Adam tanpa riak di hadapannya dipandang sekilas. Sudah hampir 10 minit mereka bertemu tapi masih belum ada tanda-tanda Adam mahu bercakap dengannya.
Sudahlah 2 hari tak berjumpa, Adam merajuk sampai tak nak mesej, call pun tak. Bila dah ada depan mata diam seribu bahasa. Dah lah aku rindu nak dengar suara macho Adam. Eh eh aku cakap apa tadi? rindu? aik, asal mulut cakap lain hati cakap lain ni Faiqa. tersuka tanpa sengaja ke?
Faiqa pandang lagi muka Adam, rasa nak cepuk pulak muka berlagak tenang si Adam ni. Selalu bukan main Adam tenung muka dia sampai nak tembus mata tu. Sekarang apa dah jadi? Adam ni dah tak rindu kat dia ke? ke marah Adam masih belum surut?
" Abang ada apa-apa nak cakap ke? kalau tak ada, lebih baik Aika balik. " akhirnya Faiqa bukak mulut. Biarlah dia yang beralah. Lagipun memang salah dia pun kan? itu yang Aliah duk ulang selalu.
Adam tarik nafas dan menghembusnya pelahan. Wajah Faiqa dipandang tenang. Direnung wajah itu dalam-dalam sehingga Faiqa terpaksa menunduk malu.
" Kenapa Aika rahsiakan hubungan kita dari mama? " soal Adam tenang. Memang itu tujuan utamanya mengajak Faiqa berjumpa. Dia sendiri terkejut dengan apa yang diberitahu oleh ummi. Dia perlukan penjelasan dari Faiqa. Kenapa hal sebesar ini perlu di rahsiakan? atau Faiqa sendiri malu nak bagitahu orang mereka ini adalah pasangan kekesih.
Berderau darah Faiqa. Berubah air mukanya. Dia memandang muka Adam yang sedang merenungnya. Mama? maksud dia mama aku ke? eh, bila Adam jumpa dengan mama?
" Aa..bang cakap apa ni? Abang ada jumpa dengan mama ke? " tanya Faiqa takut-takut. Pelahan saja nada suaranya. Air liur sudah ditelan beberapa kali namun tak mampu menenangkan hatinya yang gelisah. Apatah lagi saat nama mama disebut Adam.
Adam senyum kecil.
" Bukan Abang yang jumpa mama tapi ummi. Kenapa Aika rahsiakan hal kita dari mama? Bukan mama patut tahu tentang kita ke? " tanya Adam lagi. Dia memandang Faiqa tak lepas. Jelas Faiqa sedang gelisah di situ. Berbeza dari awal pertemuan mereka tadi.
Faiqa ketap bibir. Berubah riak wajahnya.
" Ai..Aika... aa... "
Faiqa kehilangan kata-kata. Kepalanya sudah pun menekur meja. Dia mati akal. Tak tahu apa yang perlu dia rasa sekarang, yang pastinya dia takut melihat ketenangan yang dipamerkan Adam. Ketenangan itu seakan menjerut lehernya dari terus bernafas.
Dah tiba masanya ke untuk dia berterus terang pada Adam? jelaskan pada Adam tentang semuanya? tentang perasaannya, tentang hatinya yang tak pernah menyintai lelaki itu. Dia hanya mempergunakan Adam untuk melepaskan dirinya dari terus diganggu oleh Rafiq.
Lepas tu apa jadi? Adam akan benci dia? Haqiem akan mengamuk? Ummi??? mama??? pelbagai andaian mula menerpa kotak fikirannya. Kepala yang tak pening pun boleh jadi pening bila diasak bertalu-talu begini.
" I'm still waiting! " suara garau Adam kedengaran lagi. Kali ni berbeza dari tadi. Jika tadi suaranya tenang, kali ni lebih tegas bunyinya. Seolah dia sudah tidak sabar menunggu penjelasan dari Faiqa.
Faiqa angkat muka. Dipandang sekilas muka Adam yang sedang berpeluk tubuh. Nak pandang lama-lama muka Adam pun dia dah tak berani. Rahsia bakal terbongkar. Apa patut dia buat sekarang?
" I'm not ready yet . " jawab Faiqa ringkas. Dia tunduk semula menekur meja. Otaknya seakan tepu untuk menjana idea yang sesuai bagi menjawab soalan Adam.
Adam senyum senget. Jawapan yang sama diberikan Faiqa. Tempoh hari jawapan itu juga yang diberikan tatkala Faiqa menghalang dirinya dari memberitahu Haqiem. Apa sebenanrnya yang Faiqa mahukan? atau sebenarnya... ah, dia tak nak fikir yang bukan-bukan.
" tak bersedia? Bila agaknya Aika nak bersedia? atau Aika memang tak berniat nak bagitahu sesiapa pasal hubungan kita? " tanya Adam curiga. Dia merasakan ada sesuatu yang cuba di sembunyikan oleh Faiqa.
Laju Faiqa menggeleng. Dia sudah tersepit di tengah-tengah. Antara kehendak asalnya dan rasa bersalahnya pada Adam.
Aliah, tolonglah aku...
" err...bukan macam tu. Abang dah salah faham. " Dia masih cuba mempertahankan diri. Dahinya yang tak gatal digaru sekejap. Apa lagi alasan kau nak bagi ni Faiqa? cepatlah otak cari idea.
Salah faham? Aku ke yang tak faham dalam hal ni?
" Okay. Kalau macam tu cuba terangkan apa yang abang salah? " mungkin dia perlu dengar penjelasan dari Faiqa sebelum segala keputusan di ambil. Dia masih sayangkan Faiqa tapi hatinya mula mencurigai tindak tanduk gadis itu.
" I'm sorry, is all my fault. Mungkin semua ni takkan jadi kalau Aika tak pentingkan diri sendiri. Memang Aika tak nak orang lain tahu pasal hubungan kita sebab masalah Aika dengan Rafiq masih belum selesai. Aika jugak tipu, Aika memang tak pernah sayangkan Abang. "
Adam terkesima.
" tapi.... "
.
.
.
" Aqiem! mama ada benda nak tanya ni, Aqiem sibuk tak? " tanya Datin Faridah seraya duduk di depan Haqiem yang sedang asyik membelek telefon.
Haqiem pandang wajah mamanya. Telefon segera di masukkan ke dalam poket seluar. Agak pelik bila mama datang meminta izin nak bercakap dengannya. Bunyi macam ada perkara serius je.
" Tak sibuk pun. Mama nak tanya apa? tapi please jangan tanya bila Aqiem nak kahwin. Sebab mama sendiri pun tahu jawapannya kan... " Haqiem gelak. Sengaja nak hilangkan tegang di wajah mama yang serius.
Paha Haqiem ditepuk kuat. Geram dengan lawak tak kena masa anaknya.
" Okay, mama nak tanya apa sebenarnya? " Dia sudah bersedia dengan soalan Datin Faridah. Selalunya soalan mama macam kacang je nak jawab. Tak perlu ambik masa nak fikir. Ke soalan sama macam sebelum ni?
" Aqiem tahu Adam ada kekasih? " Datin Faridah sudah mula dengan mukadimahnya. Dia pandang muka Haqiem yang berkerut. Adakah Haqiem pun sama macam dia, tak tahu tentang hal ni?
Haqiem membetulkan duduknya. Kenapa tiba-tiba mama tanya pasal Adam? apa kaitan kekasih Adam dengan mama.
" Tahu. " jawabnya sepatah.
" Aqiem tahu siapa kekasih Adam? " Mama bertanya lagi. Kali ni makin berkerut dahi Haqiem. Dia menggeleng pelahan. Hatinya sudah dilanda penasaran. Apa sebenarnya yang cuba mama sampaikan?
" Mama nak tanya pasal apa sebenarnya ni? kenapa tiba-tiba tanya pasal Adam pulak? kekasih Adam manalah Aqiem tahu. " Dia garu kepalanya yang jelas tidak gatal.
Datin Faridah bangun. Dia duduk betul-betul di sebelah Haqiem. Malah hampir tak ada jarak diantara mereka. Nasib baik juga suaminya Datuk Heykal tak ada di rumah.Bolehlah dia tanya Haqiem perihal Adam secara langsung
" Aqiem tahu ke Adam dengan Aika tengah bercinta? "
Melopong mulut Haqiem. Dia tak salah dengar ke? Takkan adiknya Faiqa tu kekasih Adam? Haritu masa berjumpa, tak ada pulak adiknya cakap apa-apa pasal hal ni.
" Mama ni biar betul? mama tahu dari mana? ish, tak mungkinlah dia orang berdua tu bercinta. " sela Haqiem. Dia orang yang paling rapat dengan Adam pun tak tahu hal ni.
Datin Faridah mengeluh pelahan. Betul tekaannya. Haqiem sama macam dia, tak tahu pasal hubungan Faiqa dan Adam.
" Hari tu mama ada jumpa dengan ummi Adam. Dia la yang bagitahu mama pasal hal ni. Mereka berdua tu dah lama dah bercinta. Kita je yang tak tahu. " Ceritanya lagi. Jujurnya, dia bukan tak sukakan Adam tapi dia pelik kenapa Faiqa nak rahsiakan dari mereka. Kalau diberitahu pasti semuanya menyambut baik berita ini.
Haqiem ketap bibir. Kecik betul dunia ni. Sekarang baru dia tahu siapa yang berjaya mencuri hati kawan baiknya itu.
" yang buat mama tak habis fikir, bukan sebelum ni Aqiem pernah cakap Aika dengan budak lelaki kolej dia tu ke? kenapa tiba-tiba Aika dengan Adam pulak? "
Ya, dia masih ingat budak lelaki yang pernah dijadikan wallapper di telefon Faiqa. Malah Haqiem sendiri pernah memberitahunya Faiqa sedang berkawan dengan lelaki itu. Apa dah jadi dengan hubungan mereka?
Haqiem menggeleng. Dia sendiri kaget dengan berita ini. Dia perlu tanya sendiri dengan Adam tentang kesahihan cerita ini. Kalau betul memang nak kena Adam ni. Konon nak berahsia sangat.
" Entahlah mama. Bukan mama tak kenal anak mama tu, dia mana suka cerita hal dia kat Aqiem. Bercinta dulu pun sorok-sorok belakang kita. " jelas Haqiem. Kali terakhir dia jumpa kekasih Faiqa di cafe sebelum dia ke Sabah. Lepas tu tak ada lagi bayang lelaki itu.
" Nanti Aqiem tolong tanyakan Adam pasal hal ni. Mama nak tahu betul ke tak dia orang tu bercinta. Aika tu pulak mama nak suruh dia balik hujung minggu ni. Mama nak dia terangkan apa yang dah berlaku. Mama tak suka la dia buat hal ikut kepala dia aje. " bebelnya tak puas hati. Ada hikmahnya juga dia berjumpa dengan Puan Aisyah tempoh hari. Kalau tak sampai ke sudah dia tak tahu perihal anaknya
" Okay mama. "
Isyarat ok diberikan pada mamanya. Ikutkan hati sekarang jugak dia nak jumpa Adam. Patutlah haritu tersasul panggil aku abang ipar.
Cisss....
Adam ni !!! memang nak kena.
to be continue......
Share this novel