" Adam! "
Adam yang baru saja keluar dari ot menoleh ke belakang saat namanya di laung kuat. Tersengih saja lelaki itu yang sedang melangkah ke arahnya.
" Kau buat apa kat sini? oncall ke? "
Adam mengangguk. Mengiakan tekaan Dr. Firdaus. Kalau tak tanya pun mesti Dr. Firdaus dah boleh agak. Pagi begini buat apa lagi kat hospital ni kalau bukan sebab oncall.
" Wah.. member aku yang tak suka oncall sebelum ni dah turun padang. Tahniah bro! Lepas ni bolehlah kita oncall sama-sama. "
Dr. Firdaus tepuk pelahan bahu Adam. Terkejut juga dia sebenarnya bila diberitahu HO yang akan mengantikan tempat Dr. Sarah malam ini adalah Dr. Adam. Ingatkan dia salah dengar. Apa lagi laju dia mengejar Adam tatkala ternampak kelibat lelaki itu tadi.
Adam ketawa kecil. Itu je? Ingatkan apa tadi sampai beria sangat Dr. Firdaus ni panggil dia.
" Kebetulan aku free. Kalau tak memang aku nak elak jugak "
Adam tersengih. Siapa pun tak suka kerja shif macam ni. Penat berganda-ganda. Belum lagi bab nak tahan anak mata yang mengantuk. Macam nak letak lidi je kat biji mata ni.
" Free? malam jumaat macam ni? Wah hebat kawal perasaan. "
Berdekah Dr. Firdaus ketawa. Lagak macam orang masuk air je. Adam hanya tersenyum. Faham sangat maksud doktor anak tiga tu. Otak kuning!
" Kau pun samalah! Shiff kau dah habis belum? "
" Baru habis. Nak baliklah kejap lagi. Bini aku dah mesej tanya dah tu. Gelabah pulak dia tunggu aku " balas Dr. Firdaus dengan senyuman penuh makna.
" ya sangatlah tu. Entah-entah kau tu yang mengelabah lebih. " sinis Adam.
" Aku mengelabah sebab nak ambik berkat. Mana tahu boleh tambah anak lagi "
Adam balas dengan senyuman. Terpancar kebahagiaan di muka lelaki itu. Kalau Dr. Firdaus rasa tak sabar nak balik Adam pulak sebaliknya. Kalau balik pun dia tak tahu nak buat apa. Bosan mendengar bebelan Ainaa yang tak pernah reti nak diam. Pantang tengok muka dia mulalah nak bangkitkan segala macam hal. Dah macam radio rosak. Serius, Adam rimas.
" Eh kau tahu tak esok Dr. Sarah bertunang? "
Adam menggeleng. Memang dia tak tahu menahu hal itu. Dia sekadar mengantikan tempat Dr. Sarah yang diberitahu ada urusan di kampung.
" Aku ingatkan kau dah tahu. Mungkin dia segan nak bagitahu kau kot. " telah Dr. Firdaus membuatkan Adam jongketkan sedikit keningnya.
" Segan apanya? hari-hari aku duk jumpa dia. Nama pun kerja satu tempat. Dia terlupa la tu nak bagitahu aku "
Dr. Firdaus tersengih memandang. Kepalanya digeleng. Adam ni dari dulu sampai sekarang tak pernah nampak Dr. Sarah tu suka kan dia. Sampai ambik cuti kecemasan bila dapat tahu Adam nak kahwin. Kecewa sungguh.
" Memanglah segan sebab dia kan ada hati kat kau. Kau tu aje yang tak perasaan. Orang lain semua nampak cara Dr. Sarah tu pandang kau. She have feeling for you "
Terhenti langkah Adam. Muka Dr. Firdaus di pandang tepat.
" Eh, kau ni biar betul. "
" Laa, takkan aku nak tipu pulak. Memang dia syok kat kau lah. Tapi nak buat macam mana jodoh korang tak ada. Esok pun dia dah nak bertunang, dia dah move on lah tu agaknya. " terang Dr. Firdaus. Langkah yang terhenti tadi di teruskan semula.
Adam masih lagi diam. Terkejut juga sebenarnya. Tapi Adam ada perasan Dr. Sarah tak pernah berani pandang matanya. Itu ke tanda orang sukakan kita?
" Ala, kau tak payahlah nak fikir sangat. Aku tengok kau pun apa kurangnya. Bahagia dengan bini kau. Dah dapat yang cantik molek macam tu jaga elok-elok bro. Zaman sekarang ramai penyodol. " Nasihat Dr. Firdaus. Cuba menitipkan pesanan kepada sahabat yang baru berkahwin seperti Adam.
Adam tersentap.
Cepat-cepat pandangannya dilarikan dari tatapan Dr. Firdaus.
Adam akui kebenaran setiap kata-kata itu. Memang isteri dia cantik tapi sayangnya Faiqa tak setia. Paras rupa saja tak menjanjikan apa-apa. Bagi Adam biar buruk rupa tapi jangan buruk perangai. Sekarang Adam benar-benar faham maksud peribahasa itu.
" Okaylah bro, aku gerak dulu. Risau pulak kang sampai lambat kat rumah. " ujar lelaki itu saat mereka sudah sampai di ruang depan unit Pediatrik.
Adam angguk. Dia pun sebenarnya nak rehatkan badan sekejap sambil menunggu azan subuh. Langkah terus di atur menuju ke biliknya yang terletak hanya beberapa meter dari situ.
" Eh, kau ni biar betul. Takkan dia orang bergaduh dekat tempat awam pulak? "
Bunyi itu menusuk masuk ke telinga Adam. Adam berhenti. Telefon yang baru dikeluarkan dari poket digenggam kemas.
" Betullah. Takkan aku nak tipu kau pulak. Kebetulan aku pergi makan kat area situ dengan suami.aku. Itu yang aku nampak scene drama dia orang bertengkar tu. Dasyat wei. "
" Macam tak sangka pulak kan. Padahal dia orang tu baru je kahwin. Hari tu masa wife dia datang ke sini bukan main romantik aku tengok. Terpaling bahagia la katakan. Alih-alih bergaduh pulak. "
" Air yang tenang jangan di sangka tak ada buaya. Biasalah manusia bila bahagia bukan main nak tayang. Bila dah gaduh habis di maki hamun. Samalah macam Dr. Adam tu, kita nampak je dia bahagia padahal tak bahagia mana pun. Dekat tempat awam pun nak bergaduh. Buat malu je "
Adam ketap bibir. Bercerita perihal dia rupanya?
" Tapi kau rasa betul ke wife Dr. Adam tu curang? "
" Hmm, entahlah. Dah itu yang Dr. Adam cakap. Lagipun memang ada lelaki lain dengan wife dia masa tu. Hensem lelaki tu. Bujang agaknya. Maklumlah orang cantik, kaya pulak tu memang selalu jadi rebutan. "
" Tak sangka betul kan, perangai wife dia macam tu. Baru beberapa bulan kahwin dah curang dengan lelaki lain. Kau rasa kenapa wife dia jadi macam tu? aku rasa sebab Dr. Adam tak pandai jaga hubungan atas katil kot? itu yang bini sanggup makan luar tu "
" Tak pun sebab wife dia tak cintakan Dr. Adam. "
" Eh, kau ni. Kalau tak cinta buat apa dia orang kahwin. " sangkal si teman.
" Mungkin dulu cinta, sekarang dah tak cinta. "
" Nampak gayanya jadi duda la Dr. Adam lepas ni "
" Duda hot gitew... " berdekah keduanya ketawa.
Hati Adam mengelegak. Sakit hatinya mendengar ketawa dihujung perbualan staff nurse itu tadi. Tak tunggu lama Adam terus masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik di hempas kuat.
Argghhh.....
.
.
.
' Sahabat yang setia adalah sahabat yang sanggup menempuh hujan bersama-sama dengan kita. Bukannya yang hanya menumpang payung semata-mata untuk berteduh '
Faiqa senyum.
Mesej dari Rizwan buat Faiqa rasa terharu. Allah hadirkan seseorang dalam hidupnya saat dia rasa kehilangan. Sekurang-kurangnya Faiqa tahu dia masih ada tempat untuk mengadu biarpun bukan semua harus di ceritakan. Faiqa tahu batas. Faiqa tahu dia masih isteri Adam biarpun entah sampai bila dia akan digantung seperti ini.
Pintu bilik di ketuk dari luar. Selang beberapa saat muncul Qadeja di muka pintu.
" Puan, Encik Haqiem baru call saya tadi. Dia bagitahu dia mungkin akan sampai lewat sikit kat office so nanti dia minta Puan tunggu dia kat lobi. " terang Qadeja setelah mendapat panggilan dari Haqiem sebentar tadi. Memang dialah yang akan jadi pengantara jika Haqiem gagal mencari Faiqa. Nama pun PA aka setiausaha kan.
Dahi Faiqa berkerut. Kenapa pesan pada Qadeja pulak? call dia terus kan senang.
Telefon dalam beg dikeluarkan. Dahinya di tepuk. Bagus sangatlah perangai kau ni Faiqa. Silent lagi telefon. Mana nak dengar orang call. Haish..
" Okaylah kalau macam tu. You pulak nak balik dah ke? " soal Faiqa kemudian.
Qadeja mengangguk. Sudah jam 5.40 petang. memang masa untuk dia pulang. Lambat balik lambat pula dia ambil anaknya di rumah pengasuh.
" Kalau macam tu kita turun sekali lah. I kemas table I kejap eh. "
Qadeja mengangguk lagi sebelum dia juga turut keluar menuju ke meja kerjanya. Seperti selalu sebelum pulang dia akan memastikan semuanya dalam keadaan baik bagi melancarkan urusannya untuk hari esok.
" Puan okay ke tak ni? "
" Okay je. Kenapa ? "
" Muka Puan pucat. Puan tak sihat ke? " tanya Qadeja lagi saat mereka berdua sudah berdiri depan pintu lif. Ketika itu keadaan agak tenang sepertinya sudah ramai pekerja lain yang dah balik sebelum mereka.
Muka Qadeja dipandang kejap sebelum tangan naik menyentuh kedua belah pipi sendiri.
" I okay. Cuma kepala je rasa pening sikit. Mungkin sebab I makan lewat tadi kot. " ujar Faiqa terus terang sebelum mereka berdua melangkah ke dalam perut lif.
Faiqa sedar sejak hubungannya dengan Adam jadi begini dia selalu tak jaga makan minumnya. Fokusnya hanya pada kerja. Faiqa ingat bila dia sibukkan diri dengan kerja dia boleh lupakan Adam. Memang dia berjaya tapi malam hari dan ketika dia sunyi ingatannya tak pernah lari dari mengingati suaminya.
" Puan sabar ye. Puan kena yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. "
Qadeja lempar senyuman. Tangan Faiqa ditepuknya pelahan. Memberi sedikit semangat biarpun dia sendiri tahu hati Faiqa tengah derita sekarang. Qadeja tahu tak mudah untuk perempuan seperti Faiqa lalui semua ini. Qadeja sangat bersimpati saat Fakrul menceritakan apa yang telah berlaku. Memang betul Fakrul kawan baik Adam tapi Fakrul sendiri tak setuju dengan tindakan membuta tuli lelaki itu. Tambahan pula dia sendiri sudah menjelaskan apa hubungan Rizwan dengan Faiqa. Selama Rizwan ada di MH Holding belum pernah dia melihat aksi luar batas antara keduanya.
" Thanks Qadeja. "
Faiqa ukir senyum. Nasib saja hanya mereka berdua di sini. Sebolehnya Faiqa memang tak nak orang luar tahu masalah ini. Faiqa tak nak cerita rumahtangganya di ketahui orang tapi nak buat macam mana Qadeja sudah tentunya tahu. Fakrul ada di tempat kejadian. Tapi Faiqa yakin Qadeja bukan jenis suka bercerita hal orang.
Faiqa diam. Kepalanya yang semakin berdenyut dipicit pelahan. Mabuk naik lif agaknya.
Saat mereka berdua melangkah keluar. Kelibat Fakrul sudah ada di lobi. Ni lagi satu buat Faiqa rasa cemburu, Fakrul kalau menjemput isterinya tak pernah hanya tunggu dalam kereta. Lelaki itu pasti akan keluar dan menunggu isterinya di kerusi yang terdapat di lobi. Romantik kan? saling menghargai pasangan. Jarang-jarang kita jumpa suami penyayang seperti ini.
" Hai Faiqa. Sihat? " sapa Fakrul saat kedua wanita itu sudah berada depannya. Qadeja sudah mengambil tempat di sebelah suami hanya pamer senyum.
" Alhamdulillah sihat. " Setakat pening kepala. Kira sihat la tu kan.
" Baguslah kalau macam tu. Lewat you balik. Bukan selalunya bos balik awal ke? " ujar Fakrul cuba beramah mesra. Padahal dia sedia maklum pergi balik kerja sekarang Faiqa bersama Haqiem.
" Itu bos. I kuli je. Punch card kena ikut time. " Faiqa koyak senyum. Suami isteri itu juga membalas dengan senyuman. Faiqa kerling jam. Lambat lagi ke Haqiem ni? kepala dah rasa nak berdentum ni. Pening.
" Rasanya lambat lagi Encik Haqiem tu. Jomlah kita orang hantarkan Puan balik. Dekat pukul 6 dah ni " Kali ni Qadeja pula yang bersuara. Jatuh kasihan dia melihat muka pucat Faiqa yang semakin jelas diwajahnya.
" It's okay. I tunggu Haqiem je. Mungkin dia stuck kat trafic jam. " tolak Faiqa lembut. Dia hargai perlawaan Qadeja tapi dia sendiri rasa tak selesa dengan Fakrul. Sekarang ni pun sehabis baik dia cuba kawal perasaannya. Malunya tempoh hari masih berbaki.
" Okaylah kalau macam tu kita orang gerak dulu. Assalamualaikum "
Faiqa menghantar suami isteri itu dengan pandangan yang berbalam. Kepalanya dipicit. Semakin kuat rasanya denyutan kepalanya sekarang. Faiqa perlu duduk. Ya, dia perlu duduk di kerusi hujung sana sementara menunggu Haqiem datang ke sini.
Baru saja kaki mahu melangkah Faiqa mula hilang imbangan. Tak sampai sesaat tubuh itu sudah terkulai menyembah lantai.
" Faiqa.... "
to be continue....
Share this novel