Bab 43

Romance Completed 57501

Adam angguk saja kepalanya.

Dari tadi dia mendengar celoteh Faiqa pasal Rizwan. Rizwan kelakar lah, Rizwan dah tak macam dulu lah yang paling makan dalam bila Faiqa puji Rizwan makin hensem. Adam rasa tergugat betul.

Faiqa ni pun satu hati suami bukan reti nak jaga. Dah tahu Adam tu suami mesti lah dia cemburu, kau cerita pasal laki lain kot depan dia. Takkan dia nak gelak ketawa macam kau pulak.

" Lepas tu tadi masa kita orang tengah minum, ada seorang girl ni datang mengedik nak mintak nombor telefon Riz. Bila Riz tak bagi dia boleh buat muka sebal. Aduh, buat malu je kot. Semua orang tengok kita orang. " bersungguh betul Faiqa bercerita, siap dengan mimik muka sekali. Nasi goreng yang terhidang depan mata dibiarkan tak bersentuh.

Adam diam. Suapan demi suapan selamat masuk ke dalam mulutnya. Adam tak berminat dengan cerita Faiqa. Ada baiknya dia makan saja. Perut kenyang. Hati pun tak sakit.

" Abang.. dengar tak ni? " Faiqa tolak sedikit tangan Adam. Berusaha menarik minat Adam untuk fokus pada apa yang cuba disampaikan.

Adam mengangguk malas.

" Hah? ada lagi satu story. Masa kita orang nak balik..... "

" Sayang! fokus makan dulu boleh tak. Nanti-nanti lah pulak sambung cerita tu. " ujar Adam mula sakit hati. Tak tahan Adam nak tadah telinga dengar cerita si isteri tentang orang lain. Faiqa ni satu, pantang bagi peluang bercakap, pot pet pot pet.

Faiqa mencebik. Adam dijeling sekilas sebelum dia mula tunduk mencapai sudu dan garfu. Adam tak sporting! bencikk!

" Depan rezeki jangan buat muka macam tu. Tak elok! " tegur Adam lagi. Entah apa yang nak di marahkan sangat. Orang suruh makan pun buat mulut itik. Gomol nanti baru tahu.

" Okay. " sepatah Faiqa menjawab. Mood dah tak seceria tadi. Masih banyak yang dia nak ceritakan pada Adam. Tapi Adam tak nak layan. Ermmm......

" How was you work today? Has it been a good day for you? " tanya Adam memulakan bicara tentang mereka. Dah lah petang begini baru dapat jumpa isteri, kan lebih baik bercerita perihal mereka saja. Bukan orang luar yang Adam sendiri tak kenal siapa.

" so far okay but a bit tired. Kerja banyak yang tertangguh " Faiqa suap nasi goreng kampung ke mulut. Dah petang begini baru jumpa nasi. Seharian busy dengan kerja.

" Tak apa. Nanti malam abang urut eh? " Adam kulum senyum. Muka cemberut Faiqa dipandang.

" No thanks. Aika nak tidur awal malam nanti " balas Faiqa selamba. Tahu sangat makna senyuman Adam tu. Tak sah kalau tak mengada kan.

" It's okay, as long as abang jadi bantal peluk sayang. Itu pun dah buat abang lena sampai ke pagi "

Adam ketawa. Senang betul buat muka Faiqa jadi merah. Merah tu tanda malu atau tanda marah?

" Makan tu fokus boleh tak ? mulut tu tutup, jangan asyik nak bercakap je. " bidas Faiqa geram. Tadi bukan main marahkan aku kan. Sekarang rasakan. Biar adil.

Adam jeling isterinya. Aik, aku pulak yang kena marah. hadoiii...

.
. .

" Ayah pergi mana mama? tak nampak pun kereta kat garaj? " Faiqa duduk di sebelah mama. Tadi seusai makan dia dan Adam ambil keputusan untuk singgah ke sini sekejap. Lagipun Adam nak singgah solat maghrib. Faiqa yang datang bulan ni bole lah bermanja sekejap dengan mama.

" Ayah baru keluar. Dia pergi rumah Nek Cha. Pak Ngah sekeluarga kan ada dekat sana. Nak jumpa adik beradik dia lah tu... " balas Datin Faridah. Kuih karipap sardin yang baru siap di goreng diletakkan dalam piring.

Melebar senyuman Faiqa. Tak tunggu lama, karipap yang masih panas itu diambil. Di tiup-tiup pelahan karipap itu sebelum di masukkan ke dalam mulut. Karipap mama the best.

" Mama tahu tak Rizwan join MH untuk tempoh 6 bulan? " tanya Faiqa selepas sebiji karipap selamat masuk dalam perutnya.

" Ya ke? mama tak tahu pulak. Sebab apa? " bergaris dahi Datin Faridah Memang dia jarang bertanyakan urusan MH kepada Datuk Heykal. Bagi Datin Faridah cukup lah kedua anak dan suaminya menguruskan syarikat keluarga mereka, dia lebih senang untuk tidak masuk campur.

" Pasal resort family dia kat Mersing tu lah. Dia lantik MH jadi kontraktor pembinaan. Konsep idea semua Rizwan yang tentukan so Pak Ngah mintak untuk Rizwan stay kat MH. " terang Faiqa. Apa yang di sampaikan sama seperti yang diberitahu oleh Rizwan siang tadi.

Datin Faridah mengangguk. Patut lah suaminya bersungguh nak ke rumah Nek Cha. Mungkin berbincang pasal hal ini barangkali.

" Macam mana hidup kat rumah sendiri, okay ke? " tanya Datin Faridah mengubah topik perbualan. Muka Faiqa dipandang dengan rasa ingin tahu.

Faiqa garu kepala. Soalan mama mengingatkan dia pasal ikan tempoh hari.

" Err... stress la mama kena buat kerja rumah. " jawab Faiqa pelahan. Mulut laju mengunyah sebiji lagi karipap.

" Buat kerja rumah pun stress? itulah dulu masa duduk sini malas. Semua mama nak kena uruskan. Ni dah kahwin takkan tak reti nak buat sendiri. Ish buat malu jer anak mama ni.. " panjang bebelan mama. Tergeleng kepalanya mendengar si anak yang masih culas.

Faiqa tayang gigi putihnya. Bila mama dah membebel, tadah telinga je lah. Sapa suruh terus terang sangat.

" Ala mama ni. Adam okay jelah. Dia tak kisah pun. "

Terjongket kening Datin Faridah mendengar jawapan tak matang Faiqa.

" Hishh budak ni. Jangan nak memalukan mama boleh tak. Cuba belajar sikit buat kerja rumah tu. Nasib baik lah Adam tu jenis tak cerewek "

Faiqa sengetkan mulutnya. Pening pulak dengar bebelan mama.

" yaaa.... nanti Aika belajar. " senada Faiqa menjawab. Mama ni bab Adam semuanya okay. Pujiannya melebih-lebih. Mana mama tahu Adam tu tak cerewek? aku yang duduk dengan dia pun rasa pitam. Setiap kali bangun tidur kena kemas katil. Cadar kena bagi lurus. Baru 5 hari pakai dah kena tukar cadar baru. Baju kotor tak boleh lebih dari dua hari duduk dalam bakul, mesti nak kena cuci. Padahal duduk berdua je. Tak ke cerewek namanya tu? oit Faiqa, tu bukan cerewek tu namanya pembersih. Kau bising-bising pun bukannya kau yang buat.

" Mama Aika ada benda nak tanya mama. "

" Tanyalah. Pasal apa? " air teh yang sudah siap dituang dihirup pelahan.

" Hari tu masa wedding Aika kenapa Nek Cha tiba-tiba moody? Dia kecik hati dengan family kita ke? " soal Faiqa. Dah lama dia nak tanyakan hal ini tapi asyik lupa je. Alang-alang teringat ni lebih baik tanya.

Datin Faridah tersentak. Cawan ditangan diletakkan semula. Soalan Faiqa buat dia teringat kes tempoh hari. Marahnya Nek Cha pada Datuk Heykal.

" tak ada apa lah. Biasa lah tu orang tua, kadang-kadang mood tak berapa nak baik. "

Faiqa perasan air muka mama berubah tatkala menjawab soalannya.

" tapi haritu Aika ada dengar Nek Cha bercakap dengan Mak Ngah dia kecewa dengan ayah. Ayah tak tunaikan permintaan dia. Permintaan apa? " Faiqa menyoal lagi. Memang itu salah satu sebab kenapa dia beriya nak tahu. Setahu Faiqa ayah anak yang patuh, sentiasa menurut segala permintaan Nek Cha. Buktinya ayah dan mama disatukan atas permintaan Nek Cha.

" Er.. hal orang tua. Aika tak payahlah ambik tahu. " Datin Faridah mengelak lagi. Sebolehnya dia tak nak ungkit lagi soal itu. Keputusan di tangan Datuk Heykal. Dia sebagai isteri hanya mengikut meskipun hati kecilnya juga turut menolak.

" Kalau hal ni ada kaitan dengan Aika, Aika nak tahu. Please..Mama cerita la. " pujuk Faiqa. Dia mula rasa semacam bila riak mama tak seperti biasa. Selalunya mama bukan seperti ini. Mama suka kongsi cerita dengannya, nak-nak lagi perihal ahli keluarga terdekat.

" Adam mana? "

Faiqa kerut dahi. Dah kenapa pulak tetiba nama Adam yang muncul. Curious.

" Adam solat kat bilik. " bagitahu Faiqa yang mula perasan muka mama nampak serba salah nak bercerita padanya.

" Mama boleh cerita tapi janji jangan sampai ke telinga orang lain. Depan ayah pun jangan. Ayah tak suka mama ungkit pasal hal ni. "

Faiqa jadi semakin ingin tahu. Laju kepala diangguk tanda setuju.

" Nek Cha kecewa sebab ayah tak tunaikan permintaan dia untuk satukan Aika dengan Rizwan. " bagitahu Datin Faridah terus terang. Bertahun lamanya dia menyimpan rahsia itu. Memang sejak Faiqa kecil lagi Nek Cha berimpian untuk satukan kedua cucunya itu menjadi suami isteri, meskipun dia sendiri tidak pernah bersetuju dengan cadangan itu.

Faiqa melopong. Dia tak salah dengar kek? Biar betul Nek Cha nak aku jadi isteri Rizwan.

" Rizwan anak Pak Ngah tu? sepupu Aika? " Faiqa terkedu. Kaget bila melihat anggukan kepala mama. Susah otaknya nak hadam. Nak dijodohkan dengan sepupu sendiri bukan lah suatu perkara yang mengembirakan. Tapi nasib baik lah aku dah kahwin. Ni kalau Adam tahu ni mesti dia.. hah Adam, mana pulak laki aku ni? lamanya dia solat. nak tunggu isyak sekali ke apa? Faiqa mula menoleh mencari kelibat Adam. Tiada.

" Ingat! simpan rahsia ni. Jangan sampai Adam tahu. Mama tak nak Adam salah faham. Lagipun Adam dah sah jadi suami Aika. Aika kena taat sebab syurga Aika ada pada dia. Dan lagi satu. Mama tak nak Aika rapat sangat dengan Rizwan. " pesan Datin Faridah lagi.

Faiqa mengangguk. Ya, Adam tak perlu tahu pasal hal ni.

.
. .

Faiqa goyang-goyang kakinya. Senang betul hatinya berbalas mesej dengan Aliah. Sejak Faiqa kahwin belum ada peluang lagi mereka hang out bersama.

' Takkan hujung minggu pun busy? kau busy benda lain ni kan? kau jangan sampai aku hantar bom C4 kat sekolah si Khairul tu ' - Faiqa

Faiqa senyum seorang. C4 ? wah tak beragak kau punya ugutan kan. Bunyi mesej masuk lagi.

' Haha.. asal Khairul pulak jadi mangsa. Kau kalau bosan pergi lah keluar dating dengan Adam tu. Ajak abang sado kau tu pergi shopping. Asyik nak berkepit dengan aku je. Bosan doh. ' - Aliah

ceh ! berlagak kau eh? mentang-matang Khairul tu dah stay kat sini. Aku ajak keluar pun kau dah tak layan. Tak apa, ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Berpantun pulak Faiqa malam ni.

Faiqa jeling Adam di sebelah. Hah, yang ni lagi sorang, dari tadi sibuk membaca buku medic dia tu. Aliah dengan Adam ni sama je. Tak membantu langsung menceriakan mood aku. Spoil mood betol.

" Good night abang. Sweet Dream "

Adam kerling Faiqa sekilas. Tengkuknya digosok kasar. Kenapa mesti Rizwan?

to be continue.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience