Faiqa menilik penampilannya. Mulutnya sudah muncung sedepa. Melihat ayah dan mama keluar dari kereta buat dia rasa nak menjerit geram.
Dia mendengus.
Pelahan pintu kereta ditolak kasar. Kaki dipaksa melangkah menuju perkarangan rumah banglo Nek Cha yang sudah dipenuhi sanak saudara.
Hatinya merugut lagi. Majlis yang diadakan sekadar kenduri doa selamat atas kepulangan Nek Cha yang baru saja selesai menunaikan umrah tapi gaya pemakaiannya tak ubah seperti sambutan hari raya aidilfitri.
Ini semua salah mama. Tak patut mama paksa dia pakai baju kurung. Bukan mama tak tahu dia tak suka. Dari rumah lagi, dia dah lancarkan perang mogok dekat mama tapi boleh pulak mama buat derk jer. Langsung tak dipujuk. Sekarang mereka sudah sampai, apa lagi yang harus dia buat.
Argghhh.. nak kena jalan kepit kepit la pulak. Ish, tak selesa betol! Faiqa merungut lagi.
Dari jauh Nek Cha melempar senyum. Cucunya yang sorang ni makin besar makin susah nak jumpa. Dulu comot, sekarang kemain lawa. Pujinya.
“ Sampai pun cucu Nek Cha yang sorang ni. Adik apa khabar? sihat? “
Lembut saja Nek Cha bertanya. ‘Adik’ adalah panggilan manja Nek Cha pada Faiqa. Maklumlah ayah anak bongsu dari empat beradik. Faiqa pulak anak bongsu ayah. Memang sesuai sangat panggilan tu. Rasa muda belia sentiasa.
Tangan wanita lewat 70an itu di raih. Kemudian pipi kiri dan kanan di cium.
Hilang terus muncung sedepa tadi.
“ Adik sihat jer. Nek Cha ada beli ole ole tak untuk adik? “ terus saja dia bertanya. Teruja lebih, tadi bukan main mogok.
Datin Faridah disebelah dah tersenyum senang. Mood Faiqa mudah saja berubah. Itu sebab dia tak layan mogok Faiqa tadi sebab dia tahu anak gadisnya kalau merajuk tak lama.
“ Ada. Jom masuk ke dalam dulu. “ ajak Nek Cha.
Makin lebar senyuman Faiqa.
Tak toleh kiri kanan laju saja dia melangkah masuk. Datin Faridah hanya mengekor. Datuk Heykal sudah hilang entah ke mana. Pasti lelaki itu sedang beramah mesra dengan adik beradiknya yang lain. Kesempatan yang harus dimanafaatkan.
Nek Cha menyerahkan satu beg kecil kepadanya. Laju Faiqa membelek. Beberapa aksesori wanita yang dihadiahkan kepadanya membuatkan dia rasa teruja.
Seketika dia menoleh ke arah sisi. Ceria saja muka mama sambil berborak dengan Nek Cha. Bercerita sakan keduanya. Mesti mama lagi banyak dapat hadiah.
Mama kan salah seorang menantu kesayangan Nek Cha.
“ Sorang je ke? “
Faiqa menoleh ke sisi kiri. Wajah empunya suara di pandang. Tersenyum senyum lelaki itu ke arahnya. Tanpa di pelawa, lelaki itu melabuhkan punggung.
“ Sekarang ni sorang la.. Datang tadi bertiga. “
Rizwan mengangguk. Adik sepupunya itu dipandang. Penampilan Faiqa yang berbaju kurung menyerlah keayuannya. Serius.. dia lawa sangat!
“ Dah makan ke? “ tanya Rizwan.
Dia cuba menghidupkan suasana. Walaupun mereka sepupu tapi mereka jarang bertemu. Dia tinggal bersama keluarganya di Johor Bahru. Hanya dengan majlis seperti ini akan mempertemukan mereka.
Faiqa menggeleng.
Dari tengahari dia tak makan apa apa.
Itula.. mogok lagi kan dah lapar.
“ Jom makan, I pun belum makan lagi “ teruja saja Rizwan. Dia sudah bangun berdiri.
Rizwan salah seorang sepupu yang paling rapat dengannya. Mereka sebaya. Faiqa masih ingat sewaktu kecik dulu rumah Nek Cha la tempat mereka selalu bermain. Selain Rizwan, mereka ada anggota lain iaitu Hani dan Dania.
Faiqa hanya menurut. Mereka melangkah ke halaman rumah Nek Cha yang menyediakan pelbagai juadah. Faiqa hanya mengambil ayam bakar. Maklumlah dia tengah on diet sekarang.
“ Wei Aika! sini… ” dari jauh Hani sudah melambai tangan ke arah mereka.
Faiqa bagai teruja. Laju saja langkahnya. Di meja itu juga ada Dania. Cukup ahli untuk membawang.
Setelah pipi berlaga pipi, Faiqa kembali fokus pada kedua sepupunya. Kelihatan Rizwan sudah mula menyuap makanan.
Orang lelaki kalau tak ada member macam tu la. Makan tak peduli orang.
“ Lama giler kita tak jumpa, last raya tahun lepas kan? “ Hani sudah membuka cerita.
Faiqa mengangguk, mengiakan kata Hani. Nama jer sepupu, jumpa pun jarang.
“ Betol ke kau dah kerja sekarang? Wahh… akhirnya pencen jugak kau jadi penganggur terhormat kan. "
Dania pula bersuara. Kedengaran ketawa di hujung ayatnya.
“ Dulu belum dapat hidayah lagi.” Selamba badak saja Faiqa menjawab.
Hani dan Dania hanya mencebik. Poyo jer.. Rizwan pula sudah tersengih.
" Dah jadi manager ni boleh la open table. " Hani menambah lagi.
Bahu Dania dilaga mesra. Cuba mendapat sokongan dari si adik. Dania mengangguk sekali dua.
" table apa kau nak? dinning table? office table? aku on jer. "
Faiqa sudah ketawa berdekah.
Hilang dah ciri perempuan melayu terakhir. Bergabung dengan dua beradik ni mana boleh sopan sopan. Masing masing kepala gila.
Hani mencebik. Loya buruk!
" Dinning table pon ok. Boleh buat main congkak " Rizwan menyampuk tiba-tiba.
Teringat pulak kes main congkak atas meja Nek Cha. Gara gara berebut guli, tanpa sengaja papan congkak jatuh terkena kaki Haqiem yang kebetulan sedang makan. Apa lagi, seminggu kaki Haqiem berbalut lebam.
" ni mesti teringat kes kaki Haqiem berbalut kena papan congkak kan? Disebabkan kes tu, tak pasal-pasal kita semua kena marah dengan Nek Cha. " cerita Dania mengembalikan ingatan masa lampau.
Faiqa ketawa.
Selain kena marah dengan Nek Cah yang paling kelakar bila Haqiem dipaksa pakai tongkat.
Mulanya dia malu nak pakai, kata Haqiem orang tua je yang pakai tongkat ni tapi bila dengar ayah nak bawak pergi makan KFC terkinja-kinja dia nak ikut. Nasib baik time tu ada tongkat arwah atuk. Hilang sekejap perangai perasan hensem Haqiem.
“ Bercakap soal Haqiem, dari tadi aku tak nampak dia. Dia tak datang ke Aika? “ tanya Hani pula. Panjang lehernya memandang sekeliling.
“ Aah. Dia tak datang. Last minit ada hal yang nak kena uruskan. “ beritahu Faiqa. Kadang kesian juga dia dengan Haqiem. Sibuk sangat uruskan syarikat, sampai masa nak berseronok pun tak ada.
Alamatnya lambat lagi la aku nak berkakak ipar. Kempunan mama nak bercucu.
Malam itu banyak yang mereka bualkan. Sesekali meja mereka gamat dengan suara ketawa. Semua cerita zaman kecik mereka ungkit semula.
Faiqa kalau dah jumpa Hani dan Dania terus bertukar jadi mak lampir. Ketawa dia aje satu banglo Nek Cha boleh dengar. Nak nak lagi bila Hani bercerita tentang ular plastik yang di baling Haqiem kepada mereka. Kerana terlalu takut mereka bertiga terjun ke dalam kolam renang Nek Cha sebagai tempat pelindungan.
Rizwan yang jantan tu pun boleh tahan penakutnya. Sampai ikut sekali mereka terjun dalam kolam padahal Rizwan bukannya pandai berenang. Dah tak pasal-pasal mereka pula yang kena selamatnya lelaki itu.
to be continue...
Share this novel