" Kau pergi rumah family kau dengan Adam? Habis tu parent kau dah tahu la ni? So dia orang cakap apa? cepatlah cerita kat aku. " ujar Aliah beriak teruja. Dia sudah mengambil tempat di sebelah Faiqa. Jajan ditangan dikunyah pelahan.
Faiqa diam. Dia yang sedang mengelap rambutnya yang basah rasa sedikit terganggu dengan kehadiran Aliah yang secara tiba-tiba. Muka Aliah dipandang geram. Sejak dari tadi Aliah tak sudah bertanya itu ini kepadanya. Penat mulutnya nak menjawab.
" Aika, cepatlah cerita! aku nak tahu apa yang dah jadi? " gesa Aliah. Paha Faiqa di tepuk kuat. Geram bila Faiqa seperti sengaja tidak melayan soalannya.
Faiqa menyeringai. Pahanya digosok pelahan.
" Kau ni menyibuklah. Gelojoh sangat nak tahu. Siang tadi bukan main seronok kau tinggalkan aku dengan Adam kan? sekarang aku tak nak cerita apa-apa kat kau. " bentak Faiqa merajuk. Tuala tadi disanggul atas kepala sebelum jajan di tangan Aliah di ambil dan di kunyah.
Aliah senyum sinis. Merajuk konon.
" alaa, kau ni dengan aku pun nak berkira. Niat aku baik tau, aku cuma nak bagi ruang kau berdating dengan abang doktor kesayangan kau tu. Kalau aku ada nanti, tak dapat lah korang berdua nak bersweet-sweet " ujar Aliah membela diri. Dia tersenyum kecil. Bukan senang nak dapat kawan memahami macam aku ni Aika oii...
Faiqa pusingkan bebola matanya. Ada saja jawapan Aliah untuk lepaskan diri.
" Sweetlah sangat. Cepatlah. Apa yang kau nak tahu? " ujar Faiqa. Dia buat muka bosan. Sudahlah tadi dia di buli Haiqem. Lelaki tu ada aje point nak kenakan aku depan Adam. Memalukan sungguh.
Aliah senyum lebar. Memang banyak benda yang dia nak tanya.
" Ayah dan mama kau dah tahu? "
Faiqa mengangguk
" Haqiem?
Dia mengangguk lagi.
" Habis tu apa reaksi parent kau? Diaorang marah tak kau bercinta dengan Adam? "
Berkerut dahi Faiqa. Terjongket keningnya ke atas.
" Tak ada maknanya nak marah, suka ada lah. Aku pulak yang naik segan dengan Adam. Kau pun bukan tak tahu mama aku tu memang dah lama berkenan nak bermenantu kan Adam tu tapi... " katanya terhenti di situ. Faiqa diam sejenak.
" tapi? "
" aku keliru.. "
" maksud kau? " tanya Aliah pelik. Bukan semuanya masalah dah selesai ke?
" Aku terima Adam pun sebab aku tak nak lukakan hati dia. Aku rasa bersalah sangat sebab libatkan dia dalam masalah aku tapi aku dah janji kat dia yang aku akan cuba sayang dan cintakan dia. Kau rasa betul ke tindakan yang aku buat ni? " tanya Faiqa masih keliru dengan keputusan yang dibuat.
Tempoh hari setelah Adam mendesaknya untuk berkata jujur, dia telah meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Memang dia tak cintakan Adam tapi dia minta peluang untuk menyayangi lelaki itu. Dia jatuh kasihan bila Adam terlalu jujur cintakan dia. Dia jadi bertambah serba salah bila ummi dan mama sudah mengetahui hubungan mereka. Dia tak sanggup dibenci Puan Aisyah seandainya wanita itu mengetahui perkara sebenar. Sebolehnya dia mahu menjaga hati orang tua itu yang sudah dianggap seperti ibu.
" Aku sokong tindakan kau. At least, Adam dah tahu perkara sebenar dan aku tak sangka dia sanggup bagi peluang kedua untuk kau cintakan dia. Itu buktinya dia betul-betul ikhlas sayangkan kau. Kau kena hargai dia Aika.. " nasihat Aliah. Kali ni dia yakin Faiqa akan lebih bahagia. Lelaki sebaik Adam bukan senang nak jumpa. Dah kena main pun sanggup lagi bagi peluang kedua.
Faiqa mengangguk pelahan. Memang betul apa yang di katakan Aliah. Memang dia juga sedang cuba menerima Adam. Hari-hari dia cuba buka pintu hatinya untuk melihat kebaikan Adam. Kalau boleh dia tak nak lukakan hati sesiapa.
" Kau doakan aku Lia. Moga aku mampu balas cinta dia. " muram saja muka Faiqa. Saat ini sokongan kawan seperti Aliah sangat dia perlukan.
" Kau nak risau sangat dah kenapa? lelaki berkerjaya macam Adam tu pun kau tak nak ke? kalau tak nak bagi kat aku jelah. " gurau Aliah. Dia ketawa mengekek bila Faiqa menjeling tajam ke arahnya.
" playgirl jugak kau ni eh? dah tak takut dengan Khairul ke? kang mamat tu cari lain menangis kau tepi bucu katil " ugut Faiqa. Tak beragak nak ambik boyfriend aku.
" Khairul stok buat suami, yang ni stok buat geli-geli jer. "
" Banyak lah kau punya geli-geli. Dah ambik jajan kau ni. Makan sampai kenyang. Jangan sibuk nak rampas boyfriend aku! " ujar Faiqa pura-pura marah. Sempat lagi dia mencubit pipi gebu Aliah sebelum berlalu ke bilik.
Aliah hanya ketawa.
Aku tahu kau dah mula sayangkan Adam.
.
.
.
' sayang dah tidur? ' - Adam
Faiqa senyum. Dia yang baru saja mahu tidur rasa teruja dengan kehadiran mesej Adam.
' Nak tidur lah ni. Abang pulak? kenapa tak tidur lagi? - me
' Ada kerja sikit nak buat tapi sebelum tu nak wish good night dulu kat kekasih abang. ' - Adam
' siapa kekasih abang? Aika kenal ke? ' - me
' Faiqa Eryna Binti Datuk Heykal ' - Adam
Faiqa mencebik. Siap nama bapak lagi dia tulis. Bagus-bagus.
' wah, lulus dah ni nak jadi suami ' - me
Faiqa bulatkan matanya. Alamak, asal aku tulis macam tu. Aduh, cari pasal betol. Cepat saja butang delete di tekan. Dalam hati dah berdoa agar mesej tadi belum sempat dibaca oleh Adam.
' jom kita kahwin sayang? ' - Adam
Faiqa gosok matanya. Dia kembali duduk di atas katil. Tak jadi nak tidur. Hilang terus rasa mengantuk. Mesej dari Adam di baca lagi. Adam tengah lamar aku ke ni?
.
.
.
" Abang rasa macam mana? okay ke? "
Datuk Heykal yang sedang terbaring disebelah di pandangnya.
" Maksud Ida apa? " tanya Datuk Heykal. Muka Datin Faridah dipandang sekejap sebelum matanya kembali fokus pada Ipad di tangan.
" Yelah. Pasal Aika dengan Adam. Abang rasa macam mana? " dari tadi suaminya hanya diam. Sibuk dengan Ipad, malam begini masih sibuk lagi dengan bisnes.
" Adam tu bukannya kita tak kenal. Dari sekolah lagi budak tu berkawan dengan Aqiem. Kalau dah itu pilihan Aika, kita sokong jelah. " mudah saja jawapan Datuk Heykal. Nak rumitkan kepala buat apa, anaknya dah besar panjang Tahu lah dia nak memilih.
" itu Ida tahu. Tapi mak abang macam mana? bukan dia nak jodohkan Aika dengan... "
Belum sempat Datin Faridah menghabiskan katanya, Datuk Heykal sudah meletakkan jarinya di bibir si isteri. Isyarat supaya diam.
" Mak bergurau je tu. Kalau dia serius sekalipun kita ada hak untuk menolak. Pasal jodoh anak-anak ni biarlah mereka yang tentukan sendiri. Kita orang tua ni tak usahlah nak masuk campur " tegas ucapan Datuk Heykal. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu jodoh semua orang tua yang carikan. Malah dia juga dijodohkan atas pilihan keluarga walaupun dia bahagia tapi cukuplah setakat itu. Dia nak anaknya bebas menentukan jodoh masing-masing.
Datin Faridah diam. Bila Datuk Heykal dah bersuara itu tandanya muktamat. Tak ada apa yang perlu di bangkitkan lagi.
to be continue....
Share this novel