Seminggu sudah berlalu.
Faiqa mula redha dan pasrah. Jika sebelum ini dia masih tertunggu-tunggu dan mengharapkan Adam akan muncul untuk memulihkan hubungan mereka tapi sekarang Faiqa mula kentalkan hatinya.
Tak mudah untuk dia melupakan Adam dan tak guna juga untuk dia terus mengingati Adam. Adam dah buang dia. Dan Adam memang benar-benar maksudkan kata-kata tempoh hari. Buktinya Adam langsung tak ada hubunginya sejak kejadian itu.
Hati Faiqa tiba-tiba jadi sebak.
Ruang yang Adam pinta pada dia rupanya hanya alasan semata. Hakikatnya Adam memang tidak lagi mahu meneruskan hubungan mereka. Andai dah tertulis pengakhiran buat hubungan mereka Faiqa redha. Tak ada gunanya dia memalukan diri, terhegeh-hegeh demi mengejar cinta Adam. Cukuplah. Faiqa dah penat dengan semua tuduhan Adam. Lelaki yang tak pernah memberi dia ruang untuk bersuara, membela diri.
" Mama! "
Diam. Tiada balasan.
" mamaaaaa..... !!! "
Makin kuat Faiqa menjerit memanggil Datin Faridah yang entah ada di mana ketika itu. Tak sampai seminit selepas panggilan keduanya terjengul wanita itu di muka pintu bilik.
" Ada apa? kenapa jerit kuat-kuat? " tanya Datin Faridah cemas.
Faiqa sengih. Matanya melurut jatuh ke bawah.
" Laa..sebab itu je? bertuah punya anak. Mama ingatkan apalah tadi. Menjerit mengalahkan orang kena rompak. " bebel Darin Faridah seraya menghampiri kaki Faiqa yang sudah menjulur ke depan.
Sengihan Faiqa makin lebar. Dah masak dengan bebelan Datin Faridah yang hampir saban hari berlegar dipeluput telinganya.
" Kalau tak menjerit nanti mama tak dengar pulak " adu Faiqa manja.
Dia rasa bersalah sebab terpaksa menyusahkan mamanya tapi siapa lagi yang dapat dia harapkan.
Akhir-akhir ni makin kerap pulak kaki Faiqa jadi cramp. Pantang duduk lama sikit mulalah penyakit kejap ada kejap tak ada tu datang menyerang. Sekali kena rasa nak meraung sakitnya.
Datin Faridah cebik bibir.
" Kan mama dah bagi petua nak hilangkan kebas kaki ni macam mana. Aika dah lupa ke? "
Faiqa kemam bibir. Kepalanya digaru. Lupa.
" Ni mesti telinga tak berkorek ni. Bila orang cakap tak nak dengar. Lain kali kalau kebas kaki, picit ibu jari kaki ni. Kalau sebelah kiri yang kebas, Aika picit ibu jari sebelah kiri. Picit dalam 10 saat macam tu. Insyallah nanti baiklah " pesan Datin Faridah entah kali yang ke berapa.
Terangguk-angguk kepala Faiqa seperti burung belatuk. Petua nenek moyang dulu memang hebat-hebat belaka. Petua semulajadi yang tak lapuk di zaman.
Tapi tu la. Dah dipesan banyak kali pun, dia masih gagal lagi nak ingat. Rasanya memori otak dia dah penuh agaknya. Sebab tu asyik lupa je.
" Tapi mama rasa lebih baik kita pergi ke klinik aje la. Dah selalu sangat Aika cramp kaki macam ni, risau mama tengok. " ujar Datin Faridah sambil mengurut lembut kaki Faiqa.
Mana Datin Faridah tak risau, melalui pembacaannya cramp di kaki selalunya berkaitan dengan penyakit kencing manis dan masalah tulang belakang. Jika benar Faiqa menghidap salah satu dari penyakit itu, sekurang-kurangnya jika diketahui awal, penyakit itu masih boleh diubati. Takkan dah teruk baru nak pergi hospital.
Laju Faiqa menggeleng. Pergi klinik? eh, memang taklah. Dia takut jarum.
" Aika okay lah. Mama janganlah risau. Setakat cramp kaki ni tak payahlah nak pergi klinik sangat. Buang duit je. "
Cepat-cepat Faiqa berdiri bila cramp pada kakinya sudah hilang. Poyo je kan. Sebut klinik terus sihat kaki ni.
" Habis tu takkan nak hilang kaki sebelah baru nak pergi klinik? "
Terkebil-kebil Faiqa depan Datin Faridah. Mama ni pun, ada pulak cakap benda menyeramkan macam tu depan dia.
" Tak baik tau mama cakap macam tu. Macam mendoakan anak sendiri tak ada kaki pulak. " Faiqa tayang muka masam. Pura-pura merajuk.
" Tahu takut. Habis tu yang payah sangat nak pergi jumpa doktor tu dah kenapa? ke masih takut dengan jarum? " Datin Faridah tersengih. Makin panjang muncung Faiqa dengan usikkannya.
" Mama lebih kenal anak mama macam mana kan. Bab lain Aika okay. Tapi bab jarum tu.. ish, ngilu. "
Telefon berbunyi. Cepat-cepat Faiqa angkat bila melihat nama yang tertera di skrin.
" Haa dah sampai ke? okey tunggu kejap. I datang. "
" Mama Aika nak keluar kejap. Nanti kalau ada apa-apa Aika call mama okey. " kedua pipi Datin Faridah segera dicium. Beg silang dicapai, sebelum tergesa-gesa Faiqa berlari keluar dari bilik.
.
.
.
" Confirm ke kedai tu kat area sini? "
" Yes. confirm! "
Faiqa pandang Rizwan. Geram. Dari tadi lelaki itu hanya memberikan jawapan yang sama. Padahal kalau dah pasti kedai tu ada kat sini kenapa sampai sekarang mereka berdua masih mencari? Berpusing-pusing macam orang sasau.
" Entah-entah kedai tu bukan kat sini. "
Faiqa panjangkan lehernya. Menilik satu persatu nama lot kedai yang ada di sekitar mereka. Ragu-ragu betul Faiqa. Dahlah Rizwan ni bukan asal orang sini. Duduk pun baru beberapa bulan. Kebarangkalian untuk buat silap tu memang ada.
" Eh eh you ni, takkan waze tu nak tipu kita pulak. Sabarlah! Mungkin dekat hujung sana kedai tu " panjang muncung Rizwan menghala ke depan. Tak putus asa biarpun dia sendiri keliru dengan alamat yang di cari.
Faiqa cebik bibir. Ek eleh. Apa Rizwan ingat waze tu betul sangat ke? Waze pun kadang tak betul jugak. Ciptaan manusia mana ada yang sempurna.
" Kalau tak jumpa jugak, suruh jelah dia cod kat mana-mana. We waste so many time, Riz. Dahlah kita nak cepat. Pukul berapa pulak kita nak sampai nanti. Sekarang pun dah pukul berapa dah ni. " cemberut muka Faiqa bila terpaksa mengalah dengan Rizwan. Lelaki ni degil. Kalau Rizwan ikut cakap dia tadi kan senang. Tak perlu mereka susah payah mencari seperti ini.
" Okay. Fine. You relex je okay. " Jawab Rizwan tanpa menoleh. Padahal telinga dah bengkak asyik kena bebel dengan Faiqa. Tapi nak buat macam mana siapa suruh ajak Faiqa temankan. Kan dah makan tuan.
" Apa nama kedai kek tu? "
" Han'slicius kitchen and bakery "
Faiqa keluarkan telefon dan pantas nama yang disebut Rizwan tadi di taip dalam carian google map. Lama Faiqa diam sebelum muka Rizwan di pandang semula.
" Bukan kat hujung sanalah! Kedai tu kat seberang jalan sana tu. " tunjuk Faiqa yakin. Memanglah yakin sebab dari tempat mereka berdiri sekarang jelas terpampang signboard kedai bakery itu.
Rizwan diam. Mengalah. Memang silap diri sendiri. Kalau menjawab ni confirm kena bebel lagi.
" you nak tunggu dalam kereta atau you nak ikut sekali? " soal Rizwan tatkala kereta sudah berhenti di hadapan kedai bakery tersebut.
" You jelah pergi ambik kek tu. I nak masuk 7e kejap. "
Tanpa menunggu jawapan balas dari Rizwan, Faiqa terus keluar dari kereta. Menonong saja langkahnya menuju masuk ke dalam kedai serbaneka yang kebetulan berada tidak jauh situ. Faiqa membeli beberapa coklat Cadbury yang sejak malam tadi dihajati.
Selesai bayaran dibuat, Faiqa tidak terus masuk ke dalam kereta. Dia duduk bersandar di luar kedai serbaneka itu sambil menantikan Rizwan selesai mengambil kek Nek Cha. Malam ni ada makan-makan di rumah Nek Cha sempena hari lahirnya. Dia dan Rizwan telah ditugaskan menguruskan bahagian kek dan deko sewaktu majlis itu nanti. Dari duduk bosan di rumah lebih baik dia buat aktiviti begini. Ada juga faedahnya.
" Aduhhh... "
Faiqa mengaduh apabila bahunya tiba-tiba dilanggar seseorang.
" Sorry.. sorry.. I tak perasan. " Lelaki itu panik. Cepat-cepat telefon di tangan dimasukkan semula dalam poket.
Coklat Cadbury kepunyaan Faiqa yang sudah bertaburan di atas lantai segera dikutip.
Faiqa hanya membiarkan. Dalam hati dah merungut-rungut menyalahkan lelaki itu yang tidak pandai menggunakan matanya ketika berjalan.
Dan ketika lelaki itu menegakkan semula badannya, Faiqa terkejut bila mendapati lelaki yang melanggarnya tadi adalah orang yang dia kenali.
" Eh, Fakrul "
" Faiqa. "
Masing-masing nampak kaget. Tak sangka dipertemukan dalam situasi seperti ini. Namun senyuman yang dihadiahkan oleh Fakrul tetap juga dibalas oleh Faiqa.
" You buat apa kat sini? " soal Fakrul ramah sambil matanya liar memandang sekeliling. Entah apa yang di cari agaknya.
Faiqa tidak terus menjawab. Sebaliknya diusap lengannya yang mulai terasa sakit.
" Rul! kita makan kat kedai mamak tu lah "
Faiqa yang baru nak bersuara, kaget sekali lagi. Suara itu macam suara ...
" Eh kejaplah! Ni ha wife kau pun ada ni. Jomlah. Kita makan sekali. " pelawa Fakrul yang tak tahu hujung pangkal cerita. Tersengih dia ke arah Adam yang juga nampak terkejut melihat Faiqa ada di situ.
Adam pandang Faiqa. Bebola matanya bergerak atas bawah. Seolah menzahirkan apa yang sedang dia rasa. Tipu sangat kalau Adam kata dia mampu hidup tanpa Faiqa. Selama isterinya itu meninggalkan rumah mereka, hati Adam tak pernah rasa tenang. Dia rasa kehilangan. Dia rasa kesepian dan yang lebih perit untuk diluahkan dia rindukan Faiqa. Namun dek kerana sakit hati yang masih berbekas dia sanggup menidakkan semua rasa itu.
" Er.. It's okay. You all aje pergi makan. I ada hal. " gugup jadinya Faiqa bila Adam tak lepas dari merenung ke arahnya.
Faiqa cuba kawal perasaan. Seminggu tak jumpa suaminya betul-betul buat jiwa Faiqa rasa kosong. Dia ingat dia sudah mampu melupakan Adam. Tapi ternyata semuanya tak semudah itu. Dan sekarang bila Adam ada depan matanya, dia rasa nak peluk saja tubuh sasa Adam. Sumpah. Faiqa rindu sangat.
" Tak payahlah Rul. Kita berdua jer! "
Fakrul angkat kening. Dia mula hidu sesuatu. Muka Adam dipandang. Tegang. Kemudian matanya beralih pada Faiqa. Riak yang sama. Apa kena dengan laki bini ni? bergaduh ke? Hati mula menyibuk nak tahu itu ini.
" Sorryyy... I'm late. " tiba-tiba muncul pula Rizwan di situ. Sengaja Rizwan melunakkan suaranya. Konon nak cover line. Takut Faiqa membebel sebab terpaksa menunggu lama tapi tak sangka pulak di depan dia sekarang ada suami Faiqa.
Serentak mereka semua menoleh.
Fakrul pandang dengan soalan siapa lelaki ni?
Faiqa pandang dengan soalan kenapa lah kau muncul time ni? pergi masuk semula ke dalam boleh tak!
Adam? celaka ni lagi! tak habis lagi ke nak menepek kat ketiak bini aku?
Rizwan berdehem beberapa kali. Betulkan urat badan sekali dengan urat otak. Tak berfungsi otak bila semua orang sedang memandang ke arahnya.
Rizwan datang lebih dekat.
Tangan dihulurkan ke arah Fakrul. Fakrul membalas dengan senyuman walaupun jelas dia sendiri nak tahu siapa lelaki yang berdiri mesra di sebelah Faiqa sekarang. Bila tiba saat Rizwan menghulurkan tangannya pada Adam lelaki itu langsung tak menyambut malah riaknya tegang seperti singa kelaparan.
Tak tunggu lama. Faiqa tarik tangan Rizwan. Faiqa nampak muka Adam yang sudah berubah kemerahan. Sebelum Adam meletup lebih baik mereka pergi dari situ.
" Tunggu! "
Langkah Faiqa kaku. Pantas tangan Rizwan di lepaskan.
" I salah sangka atau I tersalah tengok? "
Faiqa teguk air liur. Pelahan-lahan kepalanya menoleh semula ke belakang. Menentang pandangan tajam Adam.
Entah apa benda lagi yang Adam nak merepek kali ni. Asyik nak menuduh je kerjanya. Apa yang Adam nampak tak sama dengan apa yang dia fikirkan.
" Please.. jangan nak mulakan. "
Faiqa kawal suara dan mimik mukanya. Tak nak orang lain tahu masalah dalam kainnya. Fakrul yang masih berdiri di sebelah Adam dikerling. Sah-sah mamat ni tak tahu menahu apa yang dah berlaku antara dia dengan Adam. Kalau tak masakan dari tadi asyik tayang muka blur.
" Oh, tahu pulak you malu. Keluar dengan jantan ni tak tahu malu pulak? " sindir Adam tanpa hiraukan pandangan orang yang lalu lalang. Adam kepal penumbuk di tangan. Ikutkan rasa sakit hati memang lebam muka Rizwan di kerjakan. Sebab lelaki ini, hubungannya dengan Faiqa berantakan.
" Bro! kau cakap apa ni? aku dengan Faiqa... "
" Kau diam! " tengking Adam.
Terangkat bahu Faiqa. Terkejut dengan suara Adam yang tiba-tiba memekik. Memang malang betul nasib dia berjumpa Adam di sini. Bersama dengan Rizwan pulak tu. Tak tahu Faiqa nak sorok muka kat mana bila mereka berempat sudah jadi tayangan umum yang ada di situ.
Fakrul terdiam. Kelu lidahnya. Dari tadi dia hanya jadi penonton untuk drama sebabak tengahari itu. Hubungan yang disangka bahagia rupanya dilanda badai. Bergaduh di tempat awam pulak tu. Kena viral tak pasal trending satu malaya.
" You keluar dari rumah sebab senang you nak keluar dengan jantan ni kan? "
Bukk
Faiqa rasa macam ada batu besar sedang menghempap kepalanya sekarang. Tuduhan bodoh apa lagi yang cuba Adam reka ni?
Faiqa malu. Tebal kulit mukanya dengan kelakuan kurang matang yang sedang Adam pertontonkan. Kalau selama ini sehabis baik dia cuba menyimpan rahsia rumahtangganya dari diketahui orang lain tapi sekarang? Maruah dirinya sedang dicarik-carik suami sendiri di depan khalayak ramai.
" Jawablah! Kenapa diam? malu sebab orang lain tahu perangai sebenar you? " desak Adam sakit hati. Matanya mencerlung memandang Faiqa yang sudah tunduk menikus. Selama ni Faiqa menidakkan segala tuduhannya. Sekarang dia mahukan penjelasan. Apa lagi Faiqa nak jawab sekarang!
" Adam, dahlah tu. Malu orang tengok. Bukan begini caranya nak selesaikan masalah. " nasihat Fakrul cuba meredakan keadaan.
Kalau Adam saja yang jadi perhatian orang, tak mengapalah jugak. Ini dengan dia sekali terpalit sama. Ish, malu kot.
" Biarlah. Aku memang nak semua orang tahu perangai sebenar dia ni! Depan aku bukan main baik. Pijak semut pun tak mati. Tapi belakang aku bukan main ligat dia menggatal dengan jantan lain! " herdik Adam seraya menunjal dahi Faiqa dengan hujung jarinya.
Disebabkan rasa marah Adam mula hilang pertimbangan. Tegahan dan larangan Fakrul langsung tak dihiraukan. Malah demi memuaskan hatinya tergamak pula dia memalukan Faiqa tanpa sedikitpun rasa simpati.
Faiqa terpampan.
Dadanya berombak kencang. Dapat dia rasakan aliran darahnya mula bergerak laju ke seluruh badan. Kata-kata hinaan Adam telah mencarik-carik sekeping hatinya yang begitu tulus menyintai lelaki itu. Serta merta Faiqa beranikan dirinya mendekati Adam. Mata Adam dipanah tepat.
" Used your brain Dr. Adam. Bercakaplah guna akal. Jangan bertindak guna nafsu. You nak tunjuk I jahat tapi you tak sedar orang sedang ketawa melihat kebodohan you menjaja aib rumahtangga sendiri! "
Langkahnya terus di bawa ke arah kereta. Rizwan yang masih kaget segera mengekori Faiqa dengan perasaan bercampur baur. Tatkala tubuh Faiqa semakin dihampiri, telinganya menangkap bunyi esakkan halus yang begitu meruntun jiwa. Rizwan kerling ke sisi, setitis demi setitis air mata mula mencemari pipi mulus Faiqa dan Rizwan tak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang.
to be continue....
Share this novel