" Lia gerak dulu lah, nanti Abang Adam tolong hantarkan Aika balik eh. "
Itu pesanan terakhir Aliah sebelum dengan selambanya perempuan tu tinggalkan Faiqa berduaan dengan Adam. Memang kurang asam jawa punya kawan. Jaga kau balik nanti. Gerutunya dalam hati.
Faiqa pandang Adam yang sedang leka memandu di sebelah. Selepas saja Aliah pulang tadi terus dia menerima panggilan dari Haqiem, meminta dia untuk pulang ke rumah. Adam yang tak ada kena mengena pun turut di minta ikut sama. Entah apa yang di mahukan Haqiem. Macam lah esok tak boleh jumpa.
" Assalamualaikum.. "
Faiqa memberi salam sebaik saja berada di muka pintu. Tanpa menunggu dia terus saja melangkah masuk. Adam pula hanya mengekor di belakang. Dia senyum kecil bila melihat Adam sedikit kekok dan kaku.
Haqiem yang sememangnya sejak tadi menunggu kedua tetamu itu segera menghampiri. Senyuman paling manis di berikan. Faiqa pandang pelik. Senyuman Haqiem nampak sesuatu sangat. Tak tunggu lama dia terus ke dapur untuk mendapatkan Datin Faridah.
" Mama.. " tegur Faiqa.
Tubuh mamanya dipeluk dari arah belakang. Datin Faridah yang sedang leka menyiapkan juadah sedikit terkejut dengan teguran itu. Dia menampar pelahan tangan Faiqa yang sedang erat melingkar pinggangnya.
" Bertuah punya anak. Bila sampai ni? " soal Datin Faridah ceria. Dia menoleh sedikit ke belakang memandang sisi anaknya.
" Baru je sampai. Tapak kaki pun tak panas lagi. " gurau Faiqa. Pipi kanan Datin Faridah pula menjadi mangsa bibirnya. Di cium lama pipi itu. Rindu!
Datin Faridah senyum. Suka dengan layanan manja Faiqa.
" Adam mana? "
" Ada dengan Along. Entah apa mimpi Along tu. Sibuk aje suruh Adam datang ke sini. Kacau daun betol. " ngomel Faiqa. Sempat lagi dia mengambil sepotong puding jagung yang sedang dipotong mamanya. Erm, sedapnya.
" Tengok tu. Anak dara makan berdiri. Hish, buat malu kalau Adam tengok ni. " bebel Datin Faridah. Tergeleng-geleng kepalanya dengan aksi tak sopan anak daranya.
Faiqa mencebik.
Biar je lah Adam tengok. Kalau dia tak nak ramai lagi yang nak kat anak mama ni. Chewaahh.. ayat confident giler.
" Lapar lah. Mama masak apa hari ni? " soalnya teruja. Faiqa memanjangkan lehernya memandang juadah yang terhidang di atas meja. Sambal sotong. Terus membuak nafsu makannya.
.
.
.
" Diam-diam kau bercinta dengan adik aku eh? sejak bila korang berdua ni? "
Tak tunggu lama Haqiem terus serang Adam dengan soalan mautnya. Ketika itu mereka berada di gazebo. Rasa lebih santai di sini. Kebetulan cuaca agak mendung petang itu. Berhari dia memikirkan masa yang sesuai untuk berjumpa dengan Adam. Nampaknya hari ini rezeki berpihak pada dia bila kedua pasangan kekasih ini ada bersama ketika dia menelefon tadi.
" Hah? eh, apa maksud kau ni? " tanya Adam resah. Dia yang awalnya kelihatan tenang mula tak senang duduk dengan soalan Haqiem yang dianggap tidak tahu menahu soal hubungannya dengan Faiqa. Sebab ni ke Haqiem ajak dia datang ke sini.
Haqiem senyum sinis. Konon nak berahsia lagi.
" Dah! kau tak payah nak pura-pura terkejut sangat. Aku dah tahu lah. Mama dah ceritakan semuanya pada aku. Kau dengan Aika bercinta kan? " soalnya lagi. Anak matanya menikam tepat muka Adam yang mula menikus.
Adam resah. Lama dia membisu sebelum akhirnya kepalanya diangguk pelahan-lahan. Nak sorok pun tak guna. Dah terang lagi bersuluh, Haqiem dah tahu semuanya.
" Sorry la Qiem, aku... "
" Aku tahu kau dah lama suka kan adik aku tapi aku tak sangka Aika dengan kau sekarang. Setahu aku dia dengan budak lelaki yang sama belajar dengan dia dulu. " ada sedikit kesangsian dia terhadap perkara itu. Mungkin dia perlu korek dan kaji lagi.
Adam menarik nafas panjang sebelum menghembusnya pelahan.
" perkara yang lepas aku malas nak ungkit lagi Qiem, tapi aku dengan Aika bercinta lepas dia break out dengan ex boyfriend dia tu. " beritahu Adam jujur. Dia tak nak Haqiem salah faham. Terus terang lebih baik. Sekurang kurangnya Haqiem tahu dengan siapa Faiqa berkawan sekarang.
" Kalau betul kau serius dengan Aika, aku tak halang tapi make sure kau jaga adik aku tu baik-baik. Kau jangan nak sakitkan hati dia. Aku tak ada adik lain dah. Jadi apa-apa kat dia, kau orang pertama yang makan penumbuk aku ni. " sempat lagi Haqiem memberikan amaran keras. Penumbuknya di halakan sekilas di depan muka Adam.
Adam sengih. Memang tak berani dia nak cari pasal. Haqiem tu juara taekwando sekolah. Mana mampu dia nak lawan.
" So bila kau nak pinang adik aku? " tanya Haqiem. Mukanya sengaja di buat serius. Dia memang setuju sangat kalau Adam yang menjadi pilihan Faiqa. Selain Adam itu kawan baiknya, dia juga amat yakin Adam mampu membahagiakan adiknya.
Adam tersentak. Air liur yang di telan tersekat ditengah kerongkong. Muka Haqiem di pandang tak percaya.
" Aku bila-bila pun okay. Tapi ada baiknya kau tanya pada Aika sendiri. "
Adam melakar senyum. Jujurnya, dia lega bila Haqiem sudah tahu mengenai hubungannya dengan Faiqa. Syukur, Haqiem merestui hubungan mereka.
Haqiem mencebik. Ayat Adam macam dah tak sabar aje nak berbinikan adik dia.
" tapi serius lah wei... aku masih tak boleh nak hadam girlfriend kau adik aku yang garang tu. Aku ingatkan taste kau ni gadis yang sopan santun, cakap lemah lembut, jalan terkapit-kapit. " mengekek Haqiem ketawa. Bahu Adam ditumbuk mesra.
Membulat mata Adam. Suka hati je Haqiem nak kutuk bakal bini dia kan. Cisss...
" Hamboii.. mengata awek aku a.k.a adik sendiri ke? Nasib baik bakal abang ipar. Kalau tak selepuk aku bagi. " ujar Adam selamba. Dia tahu Haqiem hanya bergurau. Malah dia bersyukur bila Haqiem dilihatnya positif menerima hubungan antara dia dan Faiqa.
" Abang ipar? "
Laju Adam mengangguk.
" Bila masa pulak aku setuju kau kahwin dengan adik aku? " seloroh Haqiem. Dia mula bangun, langkahnya di bawa ke arah pintu utama rumah.
" Kau jangan macam-macam Qiem.. "
Adam cuak. Dia mempercepatkan langkahnya supaya dapat menyaingi langkah Haqiem. Tangannya sudah menapak di bahu Haqiem. Diusap lembut bahu temannya. Seakan memujuk.
Haqiem simpan senyum. Tahu takut.
" tak de, tak de.. ayah aku ada lagi, kau nak kahwin dengan adik aku kan? hah, pergilah mintak izin dekat dia. "
Adam mencebik. Macam ni ke namanya kawan? tolong lah adjustkan untuk aku Qiem...
" mintak izin? siapa yang nak kahwin? " sampuk Datuk Heykal. Dia yang sedang membaca jurnal di ruang tamu memandang pelik ke arah dua lelaki itu. Haqiem dan Adam sudah berpandangan sesama sendiri. Haqiem senyum senget. Adam dilihatnya sudah gelisah di sebelahnya.
Ayah mertua tanya tu, jawab lah!
to be continue......
Share this novel