Bab 4

Romance Completed 57501

“ Please.. I sayangkan you.. I really need you.“

Rafiq masih cuba memujuk. Faiqa di sebelah dipandang tajam. Jelas sekali dia tak puas hati dengan lagak biasa yang sedang dipamerkan oleh gadis itu. Berlagak seperti tak ada apa yang berlaku. Sedangkan dia sudah beberapa hari tidak tidur malam memikirkan arah hubungan mereka.

Faiqa hanya diam. Udara segar di sekitar tasik itu dinikmati sepuasnya. Seawal jam 9 pagi Rafiq sudah mengheretnya datang ke situ.

Semuanya demi meluahkan rasa tak puas hatinya atas layanan yang dia berikan pada lelaki itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sejujurnya memang dia tak nafikan. Memang dia sengaja menghadkan masa untuk mereka bersama. Dia mahu Rafiq sedar dan tahu dia bukannya budak hingusan yang perlu patuh pada setiap arahan lelaki itu. Apatah lagi fokusnya kini pada kerjaya yang baru dibina. Tapi entahlah, serasa sukar untuk dia menerangkan semua itu kepada Rafiq.

" Sayang... "

Sentuhan jemari Rafiq pantas mengembalikan semula Faiqa ke alam nyata.

“ Tolong bagi I ruang.. I tak rasa ini masa yang sesuai untuk kita bercakap soal ni. “ ujar Faiqa tenang. Tika ini hatinya benar-benar sedang berbolak balik. Terlalu banyak hal yang sedang menganggu fikirannya. Namun apa saja keputusan dia harus memikirkan perasaannya terlebih dahulu berbanding orang lain.

" tapi kenapa? "

" sebab I nak fokus pada kerjaya I dulu. "

Wajah lelaki berkumis nipis itu dipandang kejap. Entah kenapa perasaan sayangnya pada Rafiq sudah tidak semekar dulu. Terasa semakin hari sudah semakin hilang magisnya.

Oh hati.. kenapa tiada lagi kemanisan saat aku bersama dengan lelaki ini?


“ tapi cara you macam nak jauhkan diri dari I je? dalam minggu ni saja dah berapa kali I ajak you jumpa tapi macam-macam alasan you bagi. Mesej I pun you balas nak tak nak jer. Why?? “ soal Rafiq sambil mengelus lembut jemari kekasihnya.

Faiqa mengeluh. Ternyata sehingga kini Rafiq masih tak faham kehendak hatinya. Dia risau jika Rafiq masih terus mendesak begini, sayangnya akan bertambah pudar pada lelaki itu.

" Sebab you masih tak faham apa yang I nak.. " balas Faiqa mula berjauh hati. Segera tangannya ditarik dari genggaman Rafiq.

" You nak apa? cuba you bagitahu I. Selama ni you tak pernah pun macam ni. Kenapa hari ni perangai you nampak lain sangat? atau jangan-jangan you dah ada orang lain tak? " marah Rafiq tib-tiba. Tak semena wajahnya bertukar bengis. Mungkin sakit hati tatkala memikirkan kemungkinan dirinya telah di curangi.

Tajam panahan mata Faiqa ke arah Rafiq. Kata-kata barusan lelaki itu sedikit sebanyak mencalit rasa duka dan kecewa di hatinya.

" you merepek apa ni?! "

" I tak merepek. I cuma bagitahu apa yang I rasa. tapi... tak mustahil benda tu boleh berlaku kan... "

“ apa masalah you nak tuduh I macam tu? you ada bukti ke? Kalau you dah tak percayakan I sangat, baik kita putus je la. “

Wajah Rafiq dipandang geram. Nampak sangat selama ni Rafiq tak percayakan dia. Kalau dah sampai nak menuduh dia yang bukan-bukan baik Faiqa tamatkan saja hubungan mereka. Dia penat melayan perangai Rafiq yang kuat mengongkong. Kalau betul Rafiq sayangkan dia, lelaki itu perlu bagi dia ruang. Bukannya tuduh dia macam ni. Ingat cinta dia murah sangat ke?


Rafiq tersentak.

Muka Faiqa di renung tajam. Dia macam tak percaya Faiqa berani melafaskan kata putus padanya. Tangan Faiqa cuba di raih tapi Faiqa sempat mengelak.

“ I'm sorry, it's all my fault. I tak patut tuduh you macam tu. Please sayang... I tak nak kita putus. I sayangkan you. You pun sayangkan I kan? We love each other.. “ rayu Rafiq. Permintaan Faiqa langsung tak boleh terima akal. Dia terlalu sayangkan Faiqa. Malah cintanya setia dan utuh buat gadis itu. Cuma tadi dia akui dia sudah terlajak kata. Bukan niatnya mahu menuduh Faiqa yang bukan-bukan.

“ Itu dulu. Tapi sekarang kita dah tak sehaluan. I rasa ada baiknya kita buat hal masing-masing je. Senang. “ jujur Faiqa


Rafiq mendengus marah. Disebak kasar rambutnya ke belakang. Rambut yang tadinya kemas kinu sudah jadi kusut serabai. Dengan kasar tangan Faiqa di tarik. Kemudian tangan itu digenggam sekuatnya. Dia jadi geram bila Faiqa seperti nekad mahu menamatkan hubungan mereka.

Faiqa menyeringai kesakitan. Tangan Rafiq cuba di tolak namun gagal. Cengkaman tangan Rafiq terlalu utuh dan erat. Selama mereka berkawan ini kali pertama Rafiq bertindak sekasar ini kepadanya.


“ Lepas tangan I Fiq.. sakittt ! “ Faiqa mula merintih.

Wajahnya sudah bertukar kemerahan. Genggaman tangan Rafiq perit dan menyakitkan.


Rintihan Faiqa langsung tak mampu menyejukkan hatinya yang sedang panas. Malah kenyataan Faiqa tadi semakin buat dirinya rasa tercabar. Maruahnya seakan di pijak. Setelah dia serahkan hatinya, ini yang dia dapat? Perempuan jenis ni memang tak reti menghargai.

" Fiq lepaslah... tangan I sakit.. "


“ I boleh lepaskan. Dengan syarat you tarik balik kata - kata you tadi! “ ujar Rafiq serius. Dia tersenyum senget. Melihat Faiqa yang merintih buat hatinya berasa sedikit puas. Dia yakin Faiqa akan kembali semula padanya.

“ Lepaslah! Sakit tahu tak! “ naik seoktaf suara Faiqa. Geram bila Rafiq langsung tak mengendahkan rayuannya. Rafiq ingat tangan dia tali getah ke? boleh ditarik sesuka hati.

Rafiq buat tak endah saja. Dia tersenyum seperti orang di rasuk. Sikit pun dia tak menunjukkan tanda mahu melepaskan tangan Faiqa. Sebaliknya tubuh Faiqa pula yang menjadi mangsa pelukannya.

" Fiq you buat apa ni? you dah gila ke? lepaskan I sekarang! " bentak Faiqa nyaring. Desah nafasnya sudah beralun tidak sekata.

Kelakuan pelik Rafiq benar-benar buat Faiqa jadi semakin takut. Sekuat tenaga dia cuba melepaskan dirinya dari pelukan lelaki itu namun gagal. Lilitan tangan Rafiq terlalu kemas dan utuh.

“ Hoi! kau buat apa ni? “ jerkah satu suara dari arah belakang.


Rafiq berdecit. Anak matanya mencerlung memandang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Dari cara pemakaian nampak macam orang sedang berjogging. Rasanya tak perlu untuk masuk campur urusan peribadinya.

" Gentle la sikit bro. Kalau orang dah tak nak, tak payahlah nak paksa-paksa. "

Dahi Faiqa berkerut. Dia cuba mengecam suara yang sedang membelakanginya itu.

“ Eh, kau siapa ha?? jangan menyibuk hal akulah! " marah Rafiq. Menyinga wajahnya. Malah pandangan tajam lelaki itu membuatkan dia semakin mengeratkan pelukannya pada Faiqa.

" Aku bukan nak menyibuk. Aku cuma nak ingatkan kau je. Ini tempat awam. Kalau ada yang rakam dan viralkan apa yang kau buat ni, sia-sia je hidup kau. “ ejek Adam sebelum menolak kuat bahu Rafiq hingga terlerai lilitan pelukannya pada Faiqa.

Faiqa yang tidak bersedia terus terjelupuk jatuh. Rafiq cuba menghampiri namun cepat saja Faiqa menghalangnya. Tangan kirinya diangkat sedikit tinggi. Seolah memberi amaran jangan datang dekat.

“ please go!! “ marah Faiqa.

Melihat Rafiq ada di situ buat hatinya jadi sakit. Kalau boleh dia tak nak tengok muka Rafiq lagi. Air mata cuba ditahan dari mengalir.

“ Sayang, I... ”

Belum pun sempat Rafiq meneruskan katanya. Adam terlebih dahulu memintas katanya.

“ Dah. Kau tak payah nak pujuk dia lagi. Baik kau bla je lah! " Bidas Adam lantas menolak kasar tubuh Rafiq.

Adam jadi geram bila mengingatkan perilaku lelaki itu sebentar tadi. Tubuh Rafiq terundur sedikit ke belakang Melihat badan tegap Adam buat Rafiq akur. Adam bukan lawannya.

Dia memandang Faiqa sekejap sebelum dengan berat hati, dia melangkah pergi. Tapi ingat, kita belum selesai lagi Faiqa. Aku akan pastikan kau jadi milik aku selamanya.

Adam menunduk sedikit. Tubuh kecik Faiqa di tarik pelahan ke arah kerusi berhampiran. Faiqa hanya menurut. Tangan yang sakit diurut pelahan.

“ tengok tangan tu.. “ pinta Adam. Ada kerisauan di wajah itu.

Tanpa membantah, dia menghulur tangan kepada Adam. Biar yang lebih arif tengok. Adam kan doktor.

“ Dah bengkak ni. Jom. Abang letak ubat. “ Dia mula mengarah.

Faiqa hanya mengangguk. Menonong saja dia mengikut arah kaki Adam.

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience