" Astaghfirullahalazim "
Mengucap panjang Puan Aisyah tatkala mendengar pengakuan dari Adam. Dia yang baru saja selesai menyediakan sarapan pagi terduduk di sebelah anaknya. Matanya tak lepas dari memandang muka Adam. Berita Faiqa hampir di rogol benar-benar menyesakan dadanya.
Adam genggam tangan umminya. Dia pandang wajah tua ummi yang berubah resah. Terbit rasa bersalah kerana terpaksa berterus terang tentang kejadian semalam pada Ummi. Tapi Adam risau andai tak diberitahu Ummi akan salah sangka. Dia tak nak cerita mengaibkan ini muncul dari mulut orang yang tak sepatutnya.
" Habis tu Faiqa macam mana sekarang? Dia okay tak? " tanya Puan Aisyah risau. Ada getar di hujung suaranya. Faiqa sudah dianggapnya seperti anak sendiri. Sudah tentu dia kasihan bila Faiqa diperlakukan seperti ini.
" Alhamdulillah. Luaran nampak tak ada apa-apa. Tapi ... Adam risau. Adam takut emosi Aika terganggu. Semalam pun dia banyak diamkan diri. " terang Adam.
Wajahnya nampak tenang saja tapi dalam hati pelbagai rasa yang ada. Semalaman dia tak tidur memikirkan tentang kejadian yang menimpa Faiqa. Dia risau jika apa yang terjadi memberi kesan buruk pada gadis itu. Sudah lah sejak malam tadi dia tidak dapat menghubungi Faiqa, mesej yang dihantar juga tidak di balas. Mungkinkah Faiqa cuba jauhkan diri dari dia? ah, tak mungkin. Faiqa perlukan aku.
" Siapalah yang tergamak sangat buat Aika macam tu. Aika kenal ke perlakunya? " soal ummi. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
Adam mengeluh. Soalan ummi buat dia berfikir sejenak. Lambat lambat kepalanya digelengkan. Rasanya Ummi tak perlu tahu siapa punya angkara. Biarlah dia simpan saja rahsia itu.
" Habis tu Adam bersiap ni nak pergi mana? Nak jumpa Aika ke? " Puan Aisyah senyum segaris. Sempat lagi dia menilik penampilan Adam yang kemas memakai t-shirt polo dengan seluar slack berwarna kelabu.
" Taklah. Pagi ni Adam ada urusan sikit. Petang nanti baru Adam singgah rumah Aika. Ada hal lagi yang belum selesai "
Ya, setelah apa yang jadi, dia tak boleh lepas tangan. Kes dia dituduh berkhalwat semalam secara tak langsung telah mengheret maruah keluarga Faiqa. Dia perlu bertanggungjawab. Dia tak boleh mengharapkan Haqiem sepenuhnya biarpun dia tahu Haqiem pasti sudah menceritakan semua kebenaran kepada kedua orang tuanya.
Ummi mengangguk pelahan sebelum dia kembali memandang muka Adam.
" Hal apa? "
Adam telan liur. Berita dia di tangkap khalwat masih belum diberitahu kepada ummi. Dia risau kalau ummi fikir yang bukan-bukan. Dia lagi risau kalau Kak Ainaa tahu tentang hal ni. Mulut mak anak dua tu bukan boleh di jangka. Apa yang keluar dari mulutnya semua menyakitkan hati. Nak-nak lagi membabitkan Faiqa. Entah apa yang dia benci sangat dengan Faiqa pun Adam sendiri tak tahu.
" Sebenarnya ada satu perkara lagi yang Adam belum ceritakan pada Ummi " ujar Adam gugup. Nafas ditarik pelahan.
" Cakaplah apa dia? "
" Sebenarnya semalam... semalam Adam dengan Faiqa kena tangkap khalwat "
Adam menunduk. Anak matanya sudah dilarikan dari menjadi mangsa renungan Ummi.
" Apa khalwat??? " jerit Ainaa di muka pintu dapur. Mulutnya sudah terlopong. Dia yang sedang mendukung anaknya Alysa memandang Adam tak berkelip.
Adam dan Puan Aisyah saling berpandangan.
Habis lah.....
.
.
.
" Bodoh! tak guna! sebab kau semua rancangan aku musnah tahu tak! " teriak Rafiq geram. Satu tumbukan padu dilepaskan ke muka Kuzir. Timbul segala urat di matanya. Nafasnya juga turun naik menahan amarah. Berita Faiqa ditangkap khalwat dengan Adam telah membunuh segala impiannya untuk memiliki gadis itu.
Kuzir terduduk. Tak sempat dia mengelak tumbukan padu Rafiq. Hujung mulut kirinya dipegang. Sakit siot.
" yang kau nak salahkan apa hal sial? kau yang suruh aku call orang pejabat agama dan sekarang kau nak bodohkan aku pulak? " marah Kuzir. Anak mata mencerlung memandang Rafiq yang sudah mengamuk seperti orang gila. Sudahlah datang tak di undang, lepas tu pukul orang pulak.
" Hei bodoh! Aku upah kau mahal-mahal bukan suruh Faiqa kena tangkap khalwat dengan laki tu tapi dengan aku lah setan! supaya senang aku kahwin dengan dia. Tapi sekarang apa? kau dah tahu laki tu masuk rumah, yang kau pergi call orang pejabat agama lagi buat apa? Musnah semua rancangan aku. Musnahhh! " Rafiq menghentak kuat tangannya di atas meja. Kerusi yang di duduki Kuzir tadi di sepak geram.
Kuzir mendengus. Kepala digelengkan. Makin sakit hatinya.
" Kau ingat mata aku ada merata tempat. Boleh nampak kau keluar ikut pintu belakang? " jawab Kuzir masih membela diri. Dia jadi sakit hati bila Rafiq seolah menuduh dia punca semua kegagalan. Dia membuang pandang ke arah sekeliling pusat karaoke. Bising! Nasib saja pertelingkahan mereka tak mengundang perhatian orang lain.
" Arggghhhhh.... semaklah! baik kau berambuslah! " Bentak Rafiq sambil mengempal penumbuknya. Bertambah sakit hatinya mendengar jawapan Kuzir.
Tanpa berlengah Kuzir berlalu pergi. Tak kuasa nak layan lelaki seperti Rafiq. Kerja nak menyalahkan orang je!
.
.
.
" Faiqa ...! "
Faiqa tersentak. Dia yang baru melangkah ke arah pintu pantas menoleh mencari arah datangnya suara itu. Di ruang tamu dia dapat melihat Datuk Heykal, Datin Faridah serta Haqiem sedang duduk berkumpul.
Melihat wajah tegang ayah dia tahu pasti Haqiem sudah menceritakan segalanya. Pelahan langkah di atur ke arah mereka.
Faiqa mengambil tempat di sebelah Datin Faridah yang menunduk. Dia pandang sekilas ke arah Haqiem. Tegang saja muka abangnya. Masih marahkan dia la tu.
" Bersiap awal ni nak ke mana? " soal Datuk Heykal. Nada suaranya tegas dan dingin.
Faiqa gugup. Dia menilik penampilannya. Awal pagi lagi dia sudah bersiap-siap. Niatnya nak balik sekejap ke rumah sewanya untuk mengambil beberapa barang penting di sana. Semalam dia pulang ke sini tanpa sempat mengambil apa-apa barang keperluannya.
" Err.. Aika nak balik rumah sewa ... " pelahan saja dia menjawab.
" Tak boleh! ayah tak izinkan! dah jadi macam ni pun masih sibuk lagi nak balik ke sana." tengking Datuk Heykal. Sesak nafasnya bila mengetahui anaknya hampir di rogol. Selama ini perkara itu lah yang paling dia takutkan. Sebagai bapa dia rasa bersalah membiarkan anak gadisnya hidup diluar tanpa kawalan.
Terjongket bahu Faiqa. Tengkingan Datuk Heykal kuat dan menakutkan. Dia toleh ke arah Datin Faridah meminta simpati tapi reaksi mama sedikit mengecewakan. Mama hanya diam membisu. Tak ada secebis senyuman di wajah itu. Mama pun marahkan dia ke?
" Mulai hari ni ayah tak izinkan Aika untuk tinggal di rumah sewa tu lagi. Pergi ambil semua barang Aika kat sana dan pindah semula ke rumah ni! " Sambung Datuk Heykal masih tegas. Selama ni dia terlalu berlembut dengan Faiqa, segala kemahuan anak gadisnya dituruti tapi kejadian semalam buat dia tersedar, dia masih gagal melindungi keluarganya dengan baik.
" tapi ayah Aika... "
" Keputusan ayah muktamat! " potong Datuk Heykal.
" Selama ni ayah biarkan Aika tinggal di luar. Ayah ikutkan apa saja kemahuan Aika. Sampai ayah lupa, anak ayah ni perempuan, apa saja boleh berlaku pada dia. Aika masih muda. Ayah tak nak hidup Aika musnah. " Datuk Heykal menyambung kata. Dia pandang Faiqa yang sudah menekur lantai.
Datin Faridah menghela nafas pelahan. Wajah Datuk Heykal yang kemerahan dipandang kejap. Dia tahu suaminya tengah panas. Sebelum Faiqa turun tadi dia pun sudah kena dengan suaminya. Kata Datuk Heykal dia terlalu manjakan Faiqa. Terlalu memberi kebebasan pada Faiqa yang mahu hidup sendiri. Sampai sanggup mengadaikan nyawa dan keselamatan anak gadis mereka. Sekarang Datin Faridah dah tak berani nak pertahankan Faiqa lagi. Segala keputusan Datuk Heykal dia akan sokong sepenuhnya.
" Betul cakap ayah tu. Rumah sewa tu dah tak selamat untuk Aika. Aika pindahlah ke sini semula yer... " pujuk Datin Faridah. Tangan Faiqa yang sejuk dielus lembut.
Faiqa tahan sebak. Hatinya terguris tiba tiba.
" Tolonglah sedar sikit dik.. Kami buat semua ni pun sebab kami tak nak perkara buruk tu berlaku lagi. " sampuk Haqiem. Dia turut memujuk biarpun hatinya masih marahkan Faiqa. Dia sayangkan Faiqa, Faiqa satu-satu adiknya tapi dia tak selalunya ada di sisi Faiqa. Dia tak nak perkara buruk seperti tempoh hari menimpa adiknya lagi.
" Ayah dah buat keputusan .... "
Semua mata memandang ke arah Datuk Heykal. Faiqa berdebar, riak ayahnya serius hingga menakutkan matanya untuk memandang. Apa lagi plan ayah ni?
" Ayah akan kahwinkan Aika dengan Adam. As soon as possible. "
Datuk Heykal berdiri lantas kaki di pacu meninggalkan ruang itu. Melihat kedegilan Faiqa, dia rasa itu saja jalan yang terbaik.
Faiqa melopong tidak percaya. Mutiara jernih mula bertakung di tubir matanya.
" mama..... "
Faiqa sebak. Dipeluk erat tubuh Datin Faridah. Dia mula menangis semahunya. Dia kenal ayahnya, apa saja yang keluar dari mulut lelaki itu adalah muktamat. Tak siapa dapat mengubahnya termasuklah mama.
Tapi ini soal hidupnya. Dia tak nak kahwin dengan Adam. Dia belum bersedia!
to be continue...
Share this novel