“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya Faiqa Eryna Binti Heykal selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal dia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”
Adam menarik nafas lega. Akhirnya majlis akad nikahnya berjalan dengan sempurna. Dia yang segak mengenakan baju songket tiffiny blue mengangkat muka memandang Faiqa yang berada tidak jauh darinya. Dipandang penuh kasih sayang wajah isteri yang baru dinikahinya. Hari ini mereka telah selamat bergelar suami isteri. Adam bersyukur akhirnya doanya termakbul untuk memperisterikan Faiqa yang sudah lama dicintainya.
Faiqa terpegun. Bacaan taklik dari Adam kedengaran amat jelas di telinganya. Setiap ayat yang di lafaskan Adam seakan menyentuh tangkai hatinya. Bertapa indahnya Islam itu. Mengangkat darjat seorang isteri di tempat yang sepatutnya.
Adam melangkah mendapatkan Faiqa yang masih berada di atas kerusi pelamin. Dengan penuh gaya maskulin, Adam duduk di sebelah isterinya. Dari tadi senyuman tak lekang dibibirnya. Wajah Faiqa nampak sangat ayu dengan solekan minimal, sesuai dengan muka Faiqa yang semulajadi cantik.
" Assalamualaikum isteri abang... " ucap Adam lembut dan bersahaja.
Faiqa gugup. Air liur di telan pelahan. Isteri?
Faiqa pandang pula sekelilingnya yang sudah dikerumuni sanak saudara dan kenalan rapat. Semua sudah siap sedia dengan telefon di tangan. Masing-masing tak nak melepaskan peluang mengambil gambar bakal pengantin yang dirasakan sangat ideal. Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan.
Mata Faiqa sempat menangkap tubuh Aliah yang berada hampir di sebelah kirinya. Perempuan ni lagi teruja sampai sanggup habiskan duit beli kamera dslr yang beribu ringgit tu semata-mata nak ambil gambar kahwinnya. Nak sangat jadi jurugambar tak berbayar.
Cincin yg dihulurkn ummi diambil Adam, lalu dengan penuh kelembutan tangan Faiqa di raih. Disarungkan pelahan cincin itu ke jari manis isterinya.
Faiqa yang masih menunduk malu terasa lengannya di siku. Segera dia mencari tangan Adam lalu dicium tangan suaminya penuh hormat. Seakan bermimpi dia kini sudah sah menjadi isteri kepada Adam Qhaliff. Faiqa angkat semula mukanya.
Pelahan Adam meletakkan telapak tangannya di atas ubun-ubun Faiqa.
" Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”
Faiqa menahan sebak. Air mata cuba di tahan dari jatuh, saat doa itu habis di bacakan oleh Adam. Terasa beruntungnya dia memiliki suami seperti Adam. Kasih sayang yang sedikit mula terasa mekar di hatinya.
Adam menarik pelahan tangan Faiqa. Dia mula menghampiri Datuk Heykal dan Datin Faridah yang berada tidak jauh dari mereka. Tangan kedua mertuanya itu diraih dan dicium. Faiqa di sebelahnya juga melakukan hal yang sama.
" Ayah dan mama serahkan anak yang kami sayang pada Adam. Adam jaga lah dia. Adam didik lah dia. Jadikan dia isteri yang solehah. Isteri yang menyejukkan hati suami. Mungkin ada kekurangan kami dalam membesarkan dia, kami harap Adam terima diri anak kami seadanya. " pesanan Datuk Heykal itu lembut dan bersahaja.
Adam hanya mengangguk. Segala pesanan ayah mertuanya meresap masuk ke dalam hatinya. Dia akan jaga Faiqa sebaiknya.
Faiqa angkat muka. Dia pandang wajah Datuk Heykal tak berkedip. Dia rasa sebak dua kali ganda. Ayat ayah seperti sangat redha dan tenang melepaskan dia kepada Adam. Tubuh Datuk Heykal dipeluk.
" Terima kasih ayah sebab jaga Aika selama ni. Manjakan Aika dengan kasih sayang. Layan perangai degil Aika. Moga ayah dan mama panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu " ucap Faiqa sayu. Dia menyeka air mata yang mahu mengalir. Hari ni dia tak nak menangis lagi. Dia nak raikan hari bahagianya dengan senyuman.
Datuk Heykal mengosok pelahan belakang Faiqa Dia bersyukur akhirnya Faiqa selamat di ijabkabulkan.
Datin Faridah yang berada di sebelah ayah sudah lecun dengan air mata. Merah saja mata Datin Faridah. Sedih hatinya bila mengenangkan anak manjanya kini sudah bukan milik mereka lagi. Faiqa sudah bergelar isteri. Pastinya keutamaan Faiqa adalah suaminya. Seperti Datuk Heykal dia juga sentiasa mendoakan kebahagiaan buat Faiqa.
" Doa untuk Along tak ada ke? "
Pelukan Datuk Heykal dilepaskan. Faiqa pandang Haqiem yang berada di belakang ayahnya. Adam hanya senyum segaris.
" Moga Along cepat dapat girlfriend! " Faiqa sengih. Sempat lagi dia kenakan Haqiem. Kelat terus muka abangnya itu.
**
" Tahniah! tahniah! " ucap Fakrul kepada Adam. bahu Adam ditepuknya sekali dua. Sejak awal lagi dia sudah ada di situ. Sempat jugak lah dia menyaksikan muka cuak Adam sewaktu akad nikah tadi. Tapi Adam gentle, sekali lafas je.
Adam angguk saja kepalanya. Mukanya jelas kepenatan. Dari tadi tak sudah dia melayan tetamu yang hadir. Fakrul dan Qadeja adalah tetamu terakhir yang ada di majlis itu. Dia sendiri meminta agar Fakrul berada di situ lebih lama. Fakrul yang terlebih rajin tu apa lagi turutkan saja cakap pengantin baru tu walaupun anaknya dah melalak mengantuk.
" Kau anak bini dah makan belum? " Adam kerling ke arah Qadeja yang sedang mendodoikan anak kecil mereka. Seorang lagi anak mereka sedang leka dengan ipad.
Fakrul mengangguk laju. Bab makan minum semua settle. Tinggal nak mintak pelepasan balik dari pengantin je lagi.
" Second trip dah bro. Makanan sedap. Lagi lama aku duk sini boroi perut aku " Fakrul ketawa kecil. Nasib baik Qadeja sempat melarangnya kalau tak memang kambing golek lah yang dia akan cari.
Adam turut ketawa. Hilang terus penat mendengar lawak antarabangsa Fakrul.
" Bapak anak dua, boroi pun orang dah tak kisah dah. Ke masih jaga market ni? " sengaja Adam menambah rasa. Qadeja sudah tersenyum mendengar. Suaminya memang jaga badan tapi bab makan tak pernah nak pantang. Pastu mula lah meroyan nak ke gym.
" Slow sikit bro. Malu dengar dek orang. Aku market untuk bini je. Kan anje? " seloroh Fakrul. Dia buat muka mimik manja pada Qadeja. Qadeja cebik. Malas nak melayan perangai mengada Fakrul.
Adam tolak lembut bahu Fakrul. Depan aku pun nak mengedik jugak ke ?
" Kau apply cuti berapa hari ni? "
" Seminggu "
" Sekejapnya. Kalau aku rasanya tak cukup tu. " tersengih saja muka Fakrul. Dia memang suka menyakat Adam.
Adam jongket keningnya. Senyuman Fakrul sesuatu sangat. Ah, sudah!
" itu kauuu... dah, jangan nak mengarut. Anak kau tengah tidur tu. Kang tak pasal-pasal menangis macam tadi. " cepat saja Adam membidas Fakrul. Bukan dia tak tahu maksud senyuman Fakrul. Berunsur 18sx sangat.
Dari jauh Adam nampak Faiqa sedang menuju ke arahnya. Tadi dia meninggalkan Faiqa untuk beramah mesra dengan kawan sekuliahnya lantas dia datang ke sini berjumpa Fakrul.
" Dia orang dah balik? " tanya Adam. Dia pandang Faiqa yang sudah berada di sebelahnya.
" Dah. Aliah pun dah balik. " jawab Faiqa. Dia duduk di sebelah Qadeja. Pipi anak lelaki Qadeja yang masih leka dengan ipad dicuit lembut. Mirip sangat muka Qadeja.
Qadeja senyum. Adam dan Fakrul diam memerhati.
" Nampaknya kita pun kena balik jugak lah Anje. Sian pengantin. Senyum pun dah tak berapa nak lebar dah tu. Malam nanti nak... " Belum pun sempat menghabiskan ayatnya, Qadeja sudah menekup mulut Fakrul. Depan Faiqa pun suaminya masih nak buat perangai. Tak reti malu betol.
Adam ketawa. Faiqa senyum simpul. Fakrul pandang muka isterinya tak puas hati. Apa salah aku ?
" Kenapa Anje tutup mulut Bie, Bie belum habis cakap lagi lah. " gerutu Fakrul. Dia gosok pelahan mulutnya.
Qadeja tidak menjawab sebaliknya hanya jelingan tajam diberikan pada Fakrul. Malu dia dengan pasangan pengantin baru ni.
Fakrul buat tak nampak saja jelingan Qadeja, dia dah biasa dengan semua tu. Dia pandang muka Adam yang masih ada sisa tawanya. Seronok sangat eh ?
" Aku nak cakap malam nanti ada bola. Team favourite kau. Asenal lawan real madrid. Mana lah tahu kot kau nak tengok " gigih Fakrul memberitahu jadual perlawanan bola itu kepada Adam. Padahal dia faham pengantin baru macam Adam takkan lah nak layan dengan benda tu semua. Dari mengadap bola, lebih baik mengadap bini.
" thank you bro. "
Adam sengih. Ada-ada je lah si Fakrul ni.
=============
" Nek Cha dah nak balik ke? kata nak bermalam sehari lagi kat sini " Faiqa menghampiri Nek Cha yang sudah siap dengan beg pakaiannya. Dia yang baru saja siap menukar pakaian mengambil tempat di sebelah ibu kepada ayahnya. Hari baru saja menjengah petang. Nek Cha dah sibuk nak balik rumah. Pelik.
Nek Cha pandang cucunya sekilas. Memang dia nak bermalam di situ sehari lagi tapi dibatalkan niatnya kerana merajuk dengan anaknya Datuk Heykal. Dia terasa hati kerana Faiqa di kahwinkan tanpa persetujuannya padahal dia sudah ada calon untuk cucu perempuan sulungnya itu.
" Tak jadi. "
Faiqa ketap bibir. Dia pandang muka Nek Cha dari arah tepi. Secarik senyuman pun tak ada. Kenapa dengan Nek Cha ? apa yang buat dia marah sangat ?
" Alaa, baru nak lepas rindu kat Nek Cha, Tak sampai sehari duduk sini dah nak balik. Adik rindu lah " Kepala di sandarkan ke bahu Nek Cha. Di usap-usap pipi tua itu. Sengaja dia pancing mood Nek Cha untuk bercakap dengannya.
" Adik kan dah kahwin, dah ada suami. Nak rindu kat Nek Cha lagi kenapa? patutnya happy lah, dah ada teman berborak. "
Dalam marah dia menjawab juga soalan dari cucunya. Dengan cucu dia memang kalah, nak-nak lagi dengan Faiqa. Terus sejuk hatinya yang tengah marah.
" Itu suami. Yang ni nenek. Kan lain tu. lagipun bukan selalu Nek Cha datang sini. Tidurlah lagi semalam kat sini. " Lembut saja dia memujuk. Dia yakin pasti ada sesuatu yang menyebabkan Nek Cha merajuk. Tapi apa?
" Lain kali je lah. Nek Cha pun dah telefon Hani. Kejap lagi dia sampai "
" Alaaaa.... "
Faiqa terpaksa mengalah. Malas nak melawan keras hati Nek Cha. Tapi nanti dia sendiri akan tanya hal ni kat mama, apa dah jadi sebenarnya? kenapa mood Nek Cha tiba-tiba berubah padahal siang tadi elok je.
to be continue.....
Share this novel