Faiqa melangkah masuk ke dalam supermarket. Hari ini tiba pula gilirannya untuk membeli barangan rumah yang sudah kehabisan stok.
Faiqa mengeluh.
Hari minggu begini memang dia tak ada mood nak keluar. Dia penat. Jadual kerjanya agak padat minggu ni. Banyak kertas kerja dan tender baru yang harus disiapkan. Tak cukup di ofis, dia menyambung pula tugas itu dirumah.
Ingatkan pagi ni dapatlah dia rehat, sambung tido ke, alih - alih Aliah mengadu stok makanan kat rumah dah habis. Nak tak nak terpaksa jugak dia menapak datang ke sini.
Zip sling bag berjenama Chanel dibuka, mencari kertas yang diberikan oleh Aliah kepadanya tadi. Melihat senarai barangan saja dah buat dia pening kepala. Aliah ni bila turn aku kemain banyak senarai dia tulis. Tengok ni, senarai jajan dia pun sampai berbaris-baris. Hadoi, kuat makan betul budak ni.
Baru saja dia menolak troli, telefonnya berbunyi. Ada mesej masuk.
' Abang kat depan rumah sayang ni tapi tengok kereta tak ada pun. Sayang keluar ke? semalam kan dah janji nk breakfast sama-sama ' - Adam
Aduh, sorry. Aku lupa la Adam. Bebel Faiqa seperti Adam itu ada kat depan matanya.
' Aika kat luar ni, nak beli barang dapur. Abang datangla sini ' - me
Dia menghantar pula location kepada Adam. Sekejap lagi tentu Adam akan datang ke sini. Lagipun supermarket ni taklah jauh mana dari rumah sewanya.
Troli yang tadinya kosong sudah hampir separuh dipenuhi dengan barang. Setiap barang yang diambil akan ditandakan. Mudah guna cara macam ni, kang kalau tak cukup beli bebel pulak mak cik Aliah tu. Dia melangkah pula ke bahagian barangan basah. Walaupun dia tak tahu memasak tapi Aliah masih boleh harapkan dia untuk membeli. Yelah, setakat ayam, ikan, sotong, udang tu takkan la dia tak kenal. Dia bukanlah teruk sangat.
" Faiqa! "
Dia mendengar namanya di panggil. Pelahan dia menoleh ke kiri dan kanan, tiada. Didepan pun tiada. Dia menoleh pula ke belakang, dari jauh terlihat seorang lelaki sedang datang ke arahnya. Dahinya berkerut. Siapa ni? tetiba panggil nama aku. Aku kenal dia ke?
" Faiqa tak kenal saya ke? " tanya lelaki tadi. Lelaki tinggi dengan badan sedikit gempal itu dipandangnya.
Faiqa menggeleng. Dia tak cam siapa lelaki itu. Kalau nak kata kawan sama universiti memang taklah kot sebab kat sana dia memang tak ada kawan lelaki. Rafiq tu kuat mengongkong. Mana bagi aku rapat dengan lelaki lain.
" Saya Rayyan, yang kerja kat kedai printing tu. Faiqa dengan kawan selalu datang print sampai lewat pagi, ingat lagi tak? " sedaya upaya dia cuba mengingatkan tentang kejadian lalu.
Faiqa diam. Dia cuba mengingati semula apa yang diberitahu oleh lelaki itu. Kedai printing? lewat pagi? eh, ni kan abang yang tolong aku untuk final projek tu kan? Pelahan dia mengukir senyum. Senyum malu pun yer jugak. Banyak kisah tragis dia pernah berlaku depan mata lelaki ni.
" Err.. Abang Yan kan? " soal Faiqa serba salah.
Laju lelaki itu mengangguk. Kenal pun. Kalau tak buat malu jer dia tegur. Tadi dia jugak nak membahasakan dirinya abang kepada Faiqa tapi segan pula sebab mereka dah lama tak berjumpa. Nampak janggal pun yer walaupun Faiqa memang memanggilnya dengan panggilan itu.
" Sorry, tak cam tadi. Abang Yan buat apa kat sini? beli barang jugak ke? "
Nadanya sudah bertukar ramah. Dulu dia selalu menggunakan khidmat lelaki itu. Kalau nak print assigment kedai lelaki itulah yang jadi pilihan dia dengan Aliah. Kedai pun bukak 24jam. Memang sesuai sangatlah dengan dia yang selalu buat kerja last minit, yang paling rare final projek jam 2 pagi dia gegar kedai si Rayyan ni. Macam mana orang tu tak ingat muka dia
" Biasalah, hari minggu macam ni memang teman orang rumah beli barang. Banyak Faiqa beli barang? " Matanya sudah fokus pada troli
yang di depan gadis itu. Boleh tahan berbelanja.
" Stok sebulan. " Jawab Faiqa ringkas. Padahal kadang tak sampai pun sebulan. Kena elok lagi 2 minggu dia dah datang semula ke sini. Tengok pada tahap kerajinan mereka memasak. Eh, bukan mereka tapi Aliah sorang. Hihi.. Aliah memang pandai memasak. Kena dengan cara bertambah nasi dia makan.
" Wah, bagus-bagus. Faiqa dah kerja ke sekarang? " Banyak pulak rasanya dia nak tanya soalan pada budak depan ni. Faiqa pun sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
" Aah dah kerja. Makan gaji kat company keluarga jer. Boleh la dari tak ada. " Faiqa sudah ketawa. Malu pulak nak mengaku diri tu bos. Kang kena gelak je dengan si Rayyan ni sebab aku pernah kantoi menangis gara - gara assigment aku kena reject dengan pensyarah. Sekarang nak cakap dah jadi bos? ish, memang tak la.
" Okey la tu. Kerja kat mana mana pun tak kisah, janji rezeki halal. Ni kawan Faiqa tak ikut sekali ke? " Dari tadi dia perasan hanya Faiqa seorang di situ.
" tak. Faiqa so... "
Belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya, bahunya terasa dipegang. Dia memandang ke sisi. Adam!
Adam senyum manis ke arah Faiqa. Rindunya kat si buah hati. Baru semalam mereka jumpa harini dah rindu. Dahsyat kau punya rindu Adam. Wajib kahwin dah ni.
Tadi puas jugak dia mencari Faiqa, ingatkan dah siap membeli. Alih-alih kat sini lagi rupanya. Tengok syok berborak dengan lelaki yang dia sendiri tak pernah tengok. Eh jap, Borak? Lelaki? Dia kembali menoleh ke depan. Malu bila lelaki tadi sudah tersenyum ke arah mereka.
" Adam. " Dia memperkenalkan diri sebaik saja tangan mereka bersatu. Rayyan di lihat sedikit berusia darinya. Mungkin pertengahan 30-an.
" Rayyan " jawabnya sepatah. Dia masih tersenyum pada sepasang manusia di depannya.
Faiqa berdehem. Dia jadi kekok pulak bila Adam hadir di situ.
" Abang Yan, saya gerak dulu la yer. Banyak lagi nak kena beli ni. " kertas senarai barangan tadi di tunjukkan sekilas kepada Rayyan.
Rayyan sekadar mengangguk. Dia pun nak cepat. Pasti isterinya sudah selesai memilih barangan keperluan mereka.
" Siapa tadi tu? " soal Adam tiba - tiba. Ketika itu mereka sudah pun berada di sebuah restoren mamak. Pekena teh tarik dengan roti canai.
Faiqa dah buat muka pelik. Dah kenapa tetiba tanya macam tu. Cemburu ke?
" Kenapa? "
Adam angkat muka. Rasanya tak ada yang salah dengan soalannya tadi.
" Saja nak tahu. Nampak macam mesra jer. " Dalam hati dah ada pelbagai rasa, yang jelas dia sedikit cemburu melihat kemesraan yang ditayangkan sebentar tadi. Rasanya cemburu itu normal bagi pasangan bercinta.
" Aika dah lama kenal dengan Abang Rayyan tu. Dia ada kedai printing. Masa study dulu selalu la datang kedai dia dengan Aliah, print assigment. " terang Faiqa. Dia kembali menyuap roti canai ke dalam mulut. Wajah kelat Adam dijeling sekilas. Merajuk ke cik abang? Abang Rayyan tu suami orang lah!
" Okey " jawabnya ringkas.
Faiqa pandang Adam. Sepatah jer dia jawab. Lelaki ni betul - betul merajuk ke? ala, takkan nak kena pujuk pulak.
" Abang ni dah kenapa? takkan dengan Abang Rayyan pun nak cemburu. Dia dah kahwin la. Anak pun dah ada 5 orang. "
Faiqa simpan senyum. Suka hati dia je cakap Rayyan tu bapak anak 5. Jumpa keluarga dia pun tak pernah.
Adam senyum segaris. Dia diam melayan perasaan. Mungkin dia tak patut ada rasa cemburu terhadap Faiqa. Faiqa berhak berkawan dengan sesiapa saja lantaran gadis itu pun belum sepenuhnya menjadi milik dia. Lagipun dia sayangkan Faiqa, dia tak nak rosakkan hubungan mereka dengan perasaan cemburu buta.
Melihat Adam diam Faiqa juga turut diam. Dia lebih menumpukan perhatiannya pada makanan yang terhidang depan mata. Namun otaknya juga sedang berfikir. Dia tahu apa yang sedang ada di fikirkan Adam, walaupun Adam tak pernah dianggap sebagai kekasih tapi tak salah jika Adam nak rasa cemburu. Dia juga pernah bercinta. Rasa cemburu tu baginya suatu perasaan yang normal, yang tak mampu dihalangi oleh sesiapa saja.
" Lepas ni kita nak pergi ke mana? " Adam bertanya setelah agak lama mereka berdua mendiamkan diri. Muka Faiqa dipandang. Rasa cinta pada Faiqa tak pernah kurang. Semakin hari semakin dia menyintai gadis itu.
" Balik kot. Kenapa? Abang ada plan ke? " Soal Faiqa. Sebenarnya dia sedikit risau andai Aliah sedang menunggunya di rumah. Dahlah stok makanan habis, mau kebulur kawan aku tu.
" Abang ingat nak ajak pergi tengok wayang. Itu pun kalau sayang nak. " Dia mengeluarkan 2 tiket dari poket seluar dan diserahkan pada Faiqa. Memang niatnya nak meluangkan masa hujung minggu bersama kekasih hati.
" Wow! Mission Impossible Fallout. " Faiqa membaca tajuk pada tiket di tangannya. Movie baru ni. Terus terbayang muka Tom Cruise yang terlajak hensem tu.
" Aah, nak tak? " soal Adam lagi. Senyuman sudah terukir di bibirnya. Awal-awal dia beli tiket ni semata nak tengok dengan Faiqa. Dia memang suka tengok filem aksi. Hanya genre tu kena dengan jiwanya.
" Giler tak nak. Tom Cruise kot yang jadi hero. Dah la hensem. Pandai berlakon pulak tu. " selamba saja Faiqa menjawab. Apa dia tak sedar depan dia tu siapa. Boyfriend kot!
Membulat mata Adam. Gigi diketap pelahan. Rasa nak cubit-cubit je bibir mungil Faiqa. Boleh pulak Faiqa puji laki lain depan dia. Apa dia ni tak cukup hensem ke? Rasa kat hospital tu dia yang paling hot.
Faiqa senyum sumbing. Muka Adam yang tegang dipandang sekejap. Amboi, bukan main sentap laki ni. Makin lama kenal makin terserlah sifat cemburu Adam. Semua laki memang macam ni ke?
" Dah, jomlah balik. " Serius saja suaranya. Adam sudah bangun, berkira-kira mahu melangkah ke kaunter. Faiqa yang melihat cepat saja bangun. Dia mengekori Adam di belakang. Selesai membuat bayaran di kaunter, Adam terus kembali ke parking kereta, langkah Faiqa terhenti sebaik saja tiket wayang tadi dihulurkan Adam kepadanya.
Berkerut dahinya memandang. Dia tak faham kenapa Adam perlu bagi tiket ni kepadanya. Kan lebih senang jika Adam sendiri yang pegang. Kata nak pergi sama-sama.
" Abang tak jadilah pergi. Aika ajak Aliah je. Abang nak balik "
Faiqa terpana. Dia hanya memerhati tubuh Adam yang sudahpun berada dalam kereta Range Rover putih milik lelaki itu.
Eh, Biar betul! takkan merajuk sampai cancel tengok movie dengan aku ??
to be continue.....
Share this novel