Faiqa yang baru keluar dari bilik air dengan hanya bertuala singkat separas paha melangkah laju ke arah meja solek. Entah apa yang silapnya minggu ni saja sudah ada 2 biji jerawat merah jambu menapak di mukanya.
Takkan tersalah pakai produk?
Faiqa belek lagi mukanya. Di tekan-tekan jerawat itu dengan hujung jari telunjuk. Jerawat ni pun pandai pulak pilih port, kot ya pun nak tumbuh janganlah betul-betul atas dahi. Ni confirm kalau sujud sembahyang meleleh air mata. Sakit woo..
Saat Faiqa sedang leka di meja solek, pintu biliknya tiba-tiba ditolak. Laju Faiqa menoleh. Apabila melihat muka Adam yang terjengul di situ Faiqa kembali semula ke posisi sama seperti tadi. Dari ekor matanya Faiqa dapat lihat Adam sedang mencari sesuatu di almari wardrobe.
" Abang cari apa? " soal Faiqa saat melihat semua pintu wardrobe sudah terbuka luas.
Adam yang sedang menunduk, angkat muka memandang Faiqa yang dah pun berdiri di sebelahnya.
" Ada nampak paperbag tak dalam almari ni? " tanya Adam sambil menggaru-garu kepalanya. Dia sangat pasti dalam wardrobe ini lah dia meletakkan paperbag itu tempoh hari.
" Warna hitam ke? "
" Yes. you ada nampak tak? "
Faiqa tidak terus menjawab. Kakinya di bawa ke arah satu almari yang terletak di hujung wardrobe.
" Hari tu abang tersalah letak dalam almari Aika. " beritahu Faiqa lantas menyerahkan beg kertas itu pada Adam.
Sehelai kemeja berwarna kuning yang dikeluarkan dari beg kertas itu mengundang rasa pelik di hati Faiqa.
Bukan baju baru itu yang menjadi persoalannya tapi sejak bila Adam suka pakai baju warna terang?
" Esok abang nak pakai baju ni ke? Nak Aika tolong gosokkan? " lirih Faiqa menyoal. Mukanya cuba dimaniskan sebaik mungkin. Biar sedingin apa sekalipun layanan Adam terhadapnya, sebagai isteri dia tetap akan melaksanakan tanggungjawabnya.
" Tak payah. Baju ni I nak basuh dulu. Gosok je baju kemeja I yang lain. " ujar Adam tanpa memandang muka Faiqa. Masih leka membelek baju di tangannya.
" Abanggg... "
" Hmm... "
Faiqa paut lengan Adam. Satu senyuman penuh makna diberikan buat suaminya.
" Malam ni.. boleh tak abang temankan Aika tidur? " Jemari Faiqa bermain-main atas urat hijau yang ada di tangan Adam. Rindunya Faiqa pada tangan itu. Tangan yang selalu menjadikan tidurnya bertambah lena.
Adam meneguk liur. Di perhatikan saja lenggok tubuh Faiqa yang mengiurkan. Dia faham apa yang sedang cuba Faiqa sampaikan. Dia juga rindukan setiap sentuhan dan belaian manja dari isterinya. Tambahan pula dalam keadaan Faiqa begini, sangat menyiksa jiwa batinnya. Namun ego Adam mengatasi segalanya. Marahnya tempoh hari masih lagi berbaki.
" I ada kerja nak buat. You tidurlah dulu. " balas Adam bersahaja. Sempat pipi Faiqa diusap sebelum dia keluar bersama kemeja kuning tadi.
Faiqa kecewa.
Kan betul, Adam dah tak sayang aku.
.
.
.
Pagi itu selesai saja sembahyang Subuh, Faiqa terus bergegas turun ke dapur. Lain macam terujanya bila pertama kalinya Faiqa akan menyediakan sarapan untuk Adam. Hari ini Faiqa akan pikat hati Adam. Faiqa nak buat Adam jatuh cinta padanya sama seperti dulu. Bab kata pepatah nak pikat suami kena lah ikat perutnya dulu. Kebetulan hari ini dia masih lagi bercuti.
Bahan-bahan yang baru dikeluarkan dari peti sejuk dipotong dengan penuh berhati-hati. Maklumlah orang baru belajar pegang pisau. Selesai urusannya di dapur, Faiqa melangkah keluar. Niatnya untuk memanggil Adam di bilik terbantut saat melihat kelibat suaminya.
" Abang. "
Langkah Adam terhenti. Adam yang baru turun dari tangga dengan lengkap berkemeja lantas menoleh.
" Jom sarapan. Aika ada masak nasi lemak. " beritahu Faiqa dengan wajah ceria. Disebabkan terlalu teruja, dia terus menarik lengan Adam ke meja makan.
Pertama kali Faiqa memasak. Dan dia mahu menjadikan Adam orang pertama yang akan merasa air tangannya.
Adam pandang sarapan yang sudah siap terhidang. Lama sekali. Nampak menyelerakan. Kemudian pandangan Adam beralih pada mata Faiqa yang bersinar-sinar.
Faiqa koyak senyuman sampai ke telinga. Kali ni Faiqa yakin Adam pasti terkejut dengan sarapan yang disediakan dan kalau Adam bertanya Faiqa sudahpun ada jawapannya. Faiqa belajar memasak demi menjadi isteri sempurna untuk Adam.
" You masak semua ni? "
Laju Faiqa mengangguk. Ada riak bangga diwajahnya.
" Jom makan. Abang nak sambal bilis atau sambal sotong? " tanya Faiqa sambil mengisi nasi ke dalam pinggan.
Adam diam. Tak lama kepalanya digeleng.
" I minum je kot. Sarapan ni heavy sangat. " Adam capai gelas yang sudah siap berisi air. Riaknya langsung tak ada rasa bersalah. Padahal bukan Adam tak tahu, awal pagi lagi Faiqa sudah turun ke dapur menyediakan semua ini.
Faiqa ketap bibir. Mati terus senyumannya. Senduk di tangannya dilepaskan pelahan-lahan. Hatinya mula terusik tapi cepat di kawal. Dia tak nak Adam nampak riak kecewanya.
" Kalau macam tu tengahari nanti abang balik ye. Aika masak. Boleh kita lunch sama-sama "
Faiqa masih mencuba biarpun hatinya terguris. Nampaknya Adam masih marah padanya bila usahanya pagi ini langsung tak di hargai. Nafas ditarik dalam-dalam. Segala anasir luar cuba disekat dari terus menyerang sel otaknya. Dia kena positif. Dia tak boleh cepat melatah.
Belakang Adam yang sudah pun berada di muka pintu dipandang. Kemudian matanya beralih pula pada hidangan di atas meja. Nasi lemak sotong. Apa yang beratnya? Bukan ini ke yang Adam selalu makan setiap kali breakfast dengan dia.
.
.
' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya, dia akan mendapat pahala kebajikan atas apa yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya '
Faiqa ulang ayat itu berkali-kali. Dia cuba memahami setiap maksud yang tersurat. Akhirnya senyuman terlakar mekar di bibirnya. Jadi dia tak boleh mengalah. Dia kena perbetulkan dan pertahankan rumahtangganya.
Faiqa nekad sebelum hatinya semakin rapuh dan lemah, dia perlu pulihkan kembali hubungannya dengan Adam. Dia tak boleh biarkan keadaan berterusan begini. Dia dan Adam perlu duduk berbincang. Takkan nak tunggu setahun baru nak tamatkan semua ni. Kalau Adam tak nak pulihkan hubungan mereka tak apa, biar dia saja yang mengalah. Tak luak apa pun kalau dia mengaku salah dan perbaiki semuanya.
Faiqa menghembus nafasnya pelahan. Tengahari nanti dia akan bercakap dengan Adam perihal semua ini. Makin lama di biarkan makin sakit hatinya melayan sikap dingin Adam.
Ikan tenggiri sebesar telapak tangan dimasukkan berhati-hati ke dalam periuk yang sudah diletakkan segala jenis rencah dan ramuan. Kemudian dimasukkan pula bendi dan tomato yang sudah siap dipotong dua. Semerbak bau aroma daun kesum mencucuk masuk ke dalam rongga hidung. Faiqa senyum sendirian. Hasil menuntut ilmu dengan mama akhirnya Faiqa mampu menyediakan hidangan sebegini untuk makan tengaharinya bersama Adam nanti.
Kalau pagi tadi Faiqa kecewa bila hidangan nasi lemak sotong yang di masak langsung tak disentuh tapi kali ni Faiqa yakin Adam pasti sukakan masakannya. Menu kesukaan Adam asam pedas ikan tenggiri.
Faiqa kerling jam. Panjang lehernya memandang ke arah pintu utama. Kenapa jam begini Adam masib belum balik. Takkan Adam lupa pulak. Tadi kan dia dah pesan suruh balik makan tengahari.
Faiqa melangkah pelahan ke ruang tamu dengan jari bergerak-gerak pada permukaan telefon. Nama Adam di cari. Faiqa lekap telefon pada telinga. Gagal. Faiqa cuba sekali lagi. Pun sama masuk mailbox. Faiqa mengeluh.
Baru saja Faiqa mahu melangkah semula ke dapur, telefonnya berbunyi nyaring. Faiqa teruja. Telefon diambik. Bila melihat nombor asing yang tertera, dahinya mula berkerut. Siapa pulak ni?
.
.
" Hubungan kami memang tak pernah baik sebelum ni. Rafiq anggap Abang Yan seperti musuh. Mungkin sebab tu Rafiq tak pernah cerita yang dia ada seorang abang. "
Melihat air muka Faiqa, Rayyan tahu Faiqa sedang keliru sekarang. Yelah takkan semudah itu Faiqa nak telan segala apa yang dia sampaikan. Sekurang-kurangnya hati Rayyan tenang sekarang. Bukan mudah untuk dia berdepan dengan Faiqa setelah apa yang sudah Rafiq lakukan.
" Keputusan Aika muktamat. Aika takkan sesekali datang berjumpa dengan dia. " tegas Faiqa.
Membuak rasa marahnya. Rafiq ingat dengan menghantar Rayyan datang ke sini hatinya akan menjadi lembut? tidak! Faiqa takkan mengikut segala permintaan lelaki itu untuk bertemu. Tak semudah itu untuk Faiqa melupakan semuanya. Malah setiap detik peristiwa hitam itu tak pernah pudar dari ingatannya.
Rayyan mengangguk lemah. Dia dah agak. Tak semudah itu permintaan Rafiq dapat di tunaikan. Tapi tak apa lah sekurang-kurangnya dia sudah mencuba. Dipandang muka Faiqa yang sudah berubah kemerahan. Ternyata marah gadis itu pada adiknya tak pernah surut.
" Abang Yan tak paksa. Faiqa berhak menolak. Abang Yan hanya sampaikan permintaan Rafiq, itu saja " jelas Rayyan.
Sebolehnya dia tak nak Faiqa salah anggap. Antara dia dengan Faiqa selama ni memang tak apa apa-apa masalah. Jadi sebolehnya Rayyan tak nak disebabkan Rafiq mereka berdua bermasam muka.
Faiqa diam.
Tak ada sepatah ayat keluar dari mulutnya ketika itu. Jiwa Faiqa mulai lemah. Lepas satu-satu masalah yang hadir dalam hidupnya. Masalah dengan Adam pun tak selesai lagi dan sekarang Faiqa kena berdepan pulak dengan masalah baru. Tak sangka panggilan dari orang yang tak di kenali tadi rupanya dari Rayyan. Dan paling Faiqa tak sangka bila Rayyan mengaku dia adalah abang kepada kekasih lamanya. Ya allah, kebetulan apakah ini.
" Jadi Abang Yan tahu lah yang... "
" Abang Yan sendiri tak sangka dia boleh bertindak sejauh tu. Abang minta maaf bagi pihak Rafiq. Apa yang terjadi sekarang mungkin balasan atas semua dosa dia pada Faiqa. " kesalnya Rayyan dengan tindakan Rafiq. Kalaulah Rafiq lebih bijak mengawal perasaan rasanya dia tak perlu tebalkan muka di hadapan Faiqa, seolah dia pula yang melakukan kesalahan.
Faiqa genggam kedua jemarinya rapat. Timbul segala urat yang ada ditangannya. Hati Faiqa tiba-tiba jadi sakit. Kalau selama ini hidupnya bercelaru di sebabkan Rafiq dan sekarang perlu ke dia rasa gembira dengan perkhabaran terbaru dari Rayyan tadi?
" Abang Yan tahu sampai sekarang Aika masih lagi belum dapat maafkan Rafiq tapi tolong pertimbangkan. Sekurang-kurangnya sebelum penyakit dia semakin teruk "
.
.
.
Adam pejamkam matanya sambil bersandar pada permukaan sofa. Batang lehernya dipicit-picit bagi menghilangkan rasa lenguh setelah seharian bekerja tanpa sempat dia merehatkan diri.
" Abang nak minum? Aika ada buatkan air untuk abang. "
Pertanyaan Faiqa memaksa Adam membuka kembali matanya. Dia melirik pada Faiqa yang sedang mengambil tempat di sebelahnya.
Air yang dihulurkan oleh Faiqa disambut. Diminum sedikit sebelum diberikan semula pada Faiqa.
Faiqa menguntum senyum. Melihat Adam yang sudi menyentuh minuman yang disediakan buat hati Faiqa berbunga riang.
" Abang penat? Nak Aika urutkan badan abang? " mesra Faiqa menyoal.
Dia cuba menghidupkan suasana mesra di antara mereka. Dan baru saja jemarinya ingin menapak pada lengan Adam, lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
" No need. "
Faiqa akur.
Sisi kiri Adam dipandang. Kalau dulu lelaki inilah yang akan selalu mendakap dan mencium pipinya setiap kali balik dari mencari rezeki. Tapi sekarang ....
Ah, semuanya bagaikan kenangan yang takkan mampu Faiqa dapat lagi.
" Tengahari tadi kenapa abang tak balik makan? Aika ingat nak makan sama-sama dengan abang. Aika ada call abang tapi abang tak angkat pulak. Abang sibuk sangat ke hari ni? "
Faiqa beranikan dirinya untuk bertanya. Biarpun terpaksa berdepan dengan kedinginan Adam tapi dia memang nak tahu.
Tengahari tadi dia bukan saja menghubungi Adam untuk mengingatkan lunch date mereka tapi Faiqa juga ada menghubungi Adam untuk meminta izin untuk keluar bersama Rayyan. Tapi kesemua panggilannya tak di jawab. Dan yang lebih menambahkan lagi kecewa di hati Faiqa bila Adam langsung tak menghubunginya kembali.
" Sorry. I busy sangat hari ni. Nak tengok phone pun tak sempat " Adam betulkan duduknya. Rasa tak selesa pula diterjah dengan pelbagai soalan dalam keadaan tubuh yang sedang kepenatan.
Faiqa hilang kata-kata. Terkilan dengan alasan mudah dari Adam. Kalau pun Adam sibuk, takkan satu mesej pun Adam tak boleh nak hantar.
" Aika ada masak lauk kesukaan abang. Asam pedas ikan tenggiri. Nanti lepas abang mandi, bolehlah kita makan sama-sama. "
Faiqa senyum. Bangga dengan pencapaian diri sendiri yang sudah mampu memasak lauk kesukaan Adam.
" Hmm, tak kot. Perut I masih kenyang lagi. " mendengarkan jawapan Adam buat hati Faiqa bertambah kecewa. Sebak terus dadanya.
" Abang masih marahkan Aika ke? "
Adam diam. Hanya deruan nafasnya saja yang kedengaran.
" atau abang masih belum maafkan Aika lagi? "
Adam pura-pura pejamkan matanya. Dia malas mahu membalas apa-apa.
Hati Faiqa kian sebak. Respond negetif dari Adam benar-benar melukakan sekeping hati seorang isteri.
Faiqa beranikan diri menyentuh jemari Adam. Diusap pelahan jemari itu seakan memujuk sang suami yang sedari tadi hanya membisu. Ikutkan rasa hati mahu saja Faiqa meraung sekuatnya. Menzahirkan apa yang sedang dia rasa. Sungguh, jiwanya tersiksa bila Adam memperlakukan dia seperti orang asing.
" Sampai hati abang layan Aika macam ni? Abang buat Aika ni macam orang luar je. Padahal Aika ni isteri abang. Takkan sikit pun abang tak boleh nak maafkan salah Aika. Atau salah yang Aika buat tu terlalu besar sampai abang langsung tak boleh nak maafkan? "
Tanpa dapat ditahan, air mata Faiqa laju merembes keluar. Teresak-esak dia menangis dihadapan Adam. Sungguh Faiqa kecewa. Kecewa dengan sikap Adam. Entah apa lagi yang Adam tak puas hati agaknya. Padahal sudah acapkali dia memohon maaf pada khilaf yang dia sendiri tak pernah lakukan.
" I need some space. "
Berkerut dahi Faiqa. Dia tak faham apa yang cuba Adam sampaikan.
" What do you mean? "
" After all this, give me some space. I tak boleh tipu hati I. Memang betul I masih belum maafkan you. I dah cuba tapi tak boleh. Terlalu banyak kecurangan yang you lakukan di belakang I. "
Mulut Faiqa melopong. Air matanya diseka laju. Tunaknya menikam tajam anak mata Adam.
Apa Adam tengah mengarut ni? Bila masa pulak dia berlaku curang?
" Curang? bila masa pulak Aika curang? Abang jangan sesuka hati nak tuduh Aika. Sepanjang kita kahwin, tak pernah sekali pun Aika buat perangai tak senonoh belakang abang! " ujar Faiqa dengan hujung suara yang bergetar.
Adam memang dah gila. Kalau pun Adam masih enggan memaafkan dia, janganlah sampai sanggup menuduh seperti itu. Apa Adam ingat curang tu perkara kecik ke?
Adam tergelak sinis.
Sebab tu dia malas nak cakap apa-apa. Sebab dia tahu Faiqa takkan mengaku salahnya.
" See! You still tak nak mengaku kan? that why sampai sekarang I masih tak boleh nak maafkan you. Sebab you munafik! Depan lain belakang lain. Eh, dahlah. I malaslah nak buang masa bercakap dengan orang macam you ni. " tempelek Adam.
Perempuan memang unik. Serba boleh. Berlakon depan suami pun menjadi.
" No. Abang tak boleh pergi. Abang kena jelaskan dulu apa maksud kata-kata abang tadi. "
Faiqa halang langkah Adam. Dia perlukan penjelasan. Jadi inilah punca kenapa Adam bersikap dingin dengan dia selama ni? dia curang dengan siapa? takkan Adam nak tuduh dia curang dengan Rizwan lagi.
" Eh, dahlah. I malas nak mulakan. You just bagi I ruang. Bagi I pulihkan hati I yang dah ditipu berkali-kali oleh you ni. Nanti kalau hati I dah okey, I sendiri yang akan cari you. But now, kita buat hal masing-masing! "
" Tak! Abang tak boleh buat macam ni! Abang dah tuduh Aika curang dan sekarang abang mintak ruang? Eh, apa semua ni? " bentak Faiqa mula hilang sabar.
Dia berdiri tegak sambil menentang pandangan Adam. Lantaklah Adam nak tengking atau telan dia hidup-hidup atau apa saja. Dia tak kisah. Dia tak buat salah. Jadi buat apa dia takut.
Adam geleng kepala. Sinis dia memandang muka Faiqa yang jelas masih menayakan muka tak bersalah.
" Dahlah! you tak payahlah nak berlakon baik depan I. Selama ni I percayakan you. I ingat you isteri yang baik. Tapi I silap. Belakang I bukan main ligat you keluar dengan lelaki lain. Ke sana sini tanpa izin I. Dan hari ni you keluar lagi kan? eh, banyak betul lelaki dalam hidup you kan Faiqa Eryna! " suara Adam naik satu oktaf. Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa amarah.
Kenapa susah sangat Faiqa nak mengaku salah. Berhari-hari dia bagi peluang untuk Faiqa jelaskan semuanya tapi Faiqa hanya diam. Dan bila dia bertindak dingin seperti ini tahu pulak Faiqa nak menangis seperti anak kecil.
Atau tangisan itu semata-mata untuk menutup kesalahan yang telah dia lakukan?
" Abang! sampai hati abang cakap macam ni pada Aika. "
Adam menyungging senyum. Pelakon airmata betul.
" Kenapa? sakit hati? habis tu sakit hati I ni pernah you fikir? tak pernah kan? sebab tu you boleh berseronok dengan lelaki Iain. Serius Faiqa, I memang bodoh sebab percayakan you. I berikan segalanya dengan harapan you akan bahagia dengan I. Tapi apa yang I dapat? nothing! Tak ada apa-apa yang I dapat melainkan satu penipuan yang sangat menyakitkan! "
" Demi Allah, Aika tak buat semua tu! "
Terburai tawa Adam. Terhibur hatinya dengan penafian Faiqa yang tiada henti.
" You masih lagi nak menafikan? Eh, I takkan tuduh kalau I tak ada bukti la! I ada semua bukti kecurangan you dengan lelaki lain. Kalau you nak pun I boleh bagi. Tataplah puas-puas. Mana tahu esok lusa you boleh jadi milik diaorang pulak. I pun dah tak kuasalah nak hadap perempuan hipokrik macam you ni! "
Faiqa hanya mampu memandang susuk tubuh Adam yang kian menjauh. Sungguh. Hati Faiqa remuk seremuknya. Dia terlalu kecewa dengan tuduhan melulu dari Adam.
to be continue...
Share this novel