Mukanya diraup.
Dulang yang berisi makanan itu dipandang. Aroma masakan yang tadinya mencucuk lubang hidungnya kini semakin hilang baunya. Dah sejuk agaknya. Mana tak sejuk kalau sudah berjam diletakkan di situ. Baru sekarang perutnya yang berbalut tshirt hitam nipis itu benar-benar terasa lapar. Berbunyi-bunyi perutnya minta di isi tatkala seharian dia duduk mengurung diri dalam bilik.
Tubuh yang sedang terbaring itu cuba mengesot sedikit ke tepi di mana dulang makanan itu diletakkan. Sedaya upaya tubuhnya digerakkan biarpun setiap pergerakkan mengundang rasa sakit pada luka yang masih belum sembuh. Tergawang-gawang tangannya diudara seakan meminta makanan itu untuk datang kearahnya. Tapi mustahil la kan, takkan makanan itu boleh terbang pula.
Satu keluhan berat dilepaskan. Pergerakannya kini sangat terbatas. Kain putih yang terbalut kemas pada kaki kirinya dipandang. Pandangannya jatuh pula pada kaki kanan yang terdapat banyak kesan lebam dan luka. Sayu saja pandangannya. Bodohnya dia kerana tak pernah menghargai masa sihat. Kini hanya tangan dan badan saja yang mampu digerakkan. Nafas yang dihela kian terasa berat. Takkan begini kesudahan nasib aku?
" Lah.. kau nak makan ke? kenapa kau tak panggil aku. Aku ada je kat luar ni " tiba-tiba muncul si abang disebalik pintu yang sedikit terdedah. Pantas Rayyan melangkah masuk ke dalam bilik sederhana besar itu meskipun Rayyan menyedari pandangan tajam sedang terarah tepat padanya.
" Keluar! Kau tak payah nak menyibuk dekat sini! " keras suara itu menyapa gegendang telinga Rayyan. Rayyan senyum segaris. Sikit pun tak ambil hati. Dulang berisi makanan itu di capai sebelum diletakkan atas katil dengan penuh berhati-hati.
" Aku tahu kau lapar kan? Kau nak aku suapkan kau? " soal Rayyan lantas tangan mula ligat bermain dengan sudu dan garpu. Sup ayam yang sudah sejuk itu diambil sedikit bersama dengan nasi sebelum disuakan ke mulut Rafiq yang masih tertutup rapat.
" Tak payah! "
Bengis air muka Rafiq. Rayyan yang berada hanya beberapa inci darinya itu dipandang geram. Kalau pun dia lapar, dia tak akan sesekali minta pertolongan dari sesiapa, terutamanya Rayyan.
" Dah jadi macam ni pun kau masih nak berlagak lagi? dah-dah la tu Fiq. Cuba muhasabah sikit diri tu. " sela Rayyan. Dia masih cuba berlembut walaupun dia sedar kedatangannya ke situ sangat tak dialukan.
" Kau tak payah nak menyibuk hal aku la! Mama mana? " panjang leher Rafiq memandang ke arah pintu yang masih terbuka luas. Selalunya segala keperluannya sejak 2 minggu lalu diuruskan oleh Yusrina. Hanya Yusrina yang berhak ada di situ bukannya Rayyan.
" Mama tak ada. Keluar. Pergi beli barang dapur. " balas Rayyan cuba menahan rasa dengan telatah Rafiq yang masih tak berubah sikap. Kalau bukan kerana Rafiq itu adiknya, dia pun tak hingin nak hadap ego tak bertempat lelaki itu. Dari kecil tak pernah reti nak menghargai orang sekeliling.
Rengusan Rafiq terhambur keluar. Serentak itu tangan Rayyan yang masih memegang sudu langsung ditepis. Makanan yang sudah bertaburan atas tilam dipandang tanpa rasa bersalah. Rayyan ketap gigi menahan sabar.
" Dah! kau bla sekarang. Kau tak payah nak tunjuk baik depan aku. " jerkah Rafiq masih belum puas.
" Habis tu kau nak aku jadi jahat macam kau? malu kan satu family dengan cerita tak senonoh kau tu? " meledak sudah marah Rayyan. Rayyan jadi sakit hati. Hilang sabarnya. Aku pun ada ego. Kecik besar Rayyan pandang Rafiq. Ikutkan hati, aku heret jugak kau ni depan family Faiqa. Biar kau tanggung apa yang kau dah buat. Memalukan keluarga je kerjanya!
" Kau berambus sekarang! "
Mencerlung anak mata Rafiq memandang Rayyan. Rayyan ketawa tiba-tiba. Ketawa yang jelas sengaja dibuat sebelum dia berdiri tegak sambil bercekak pinggang depan Rafiq. Jeritan Rafiq tadi langsung tak mengetarkan hatinya. Dah berbalut kaki macam tu, apa saja yang mampu Rafiq lakukan? nak tendang dia, silakan.
" Kau ni memang jenis tak sedar diri kan? dah jadi macam ni pun masih nak tunjuk keras kepala kau! " bidas Rayyan sinis. Entah apa yang merasuk otak Rafiq sekarang. Manusia kepala batu. Cakap dia je yang betul.
" Aku sedar aku dah cacat so apa masalah kau? kau nak padankan muka aku atau kau nak ketawa puas-puas? silakan! Aku tak kisah lah! "
Rafiq sungging bibir. Rayyan dipandang jengkel. Dulu masa aku sihat bertenaga memang kau bukan lawan aku tapi sekarang aku surendder. Aku dah cacat. Nak bergerak pun aku dah tak mampu. Buat lah apa saja yang kau suka. Aku tak heran.
" aku tak seburuk yang kau sangkakan. tapi kau kena ingat apa yang berlaku sekarang adalah kifarah atas dosa yang telah kau lakukan pada Faiqa. " bidas Rayyan geram. Nasib baik keadaan Rafiq macam ni, kalau tak dah lama penumbuk dia ni singgah kat muka Rafiq. Berapi rasa marah Rayyan saat mengetahui rancangan Rafiq mahu merogol Faiqa. Patutlah tetiba menghilangkan diri. Berbulan lari ke Jakarta. Urusan bisnes konon. Rupanya nak lari lepas pedajal anak dara orang. Bodohnya kau Fiq. Apa maksud cinta pada kau?
Rafiq diam. Berubah air mukanya. Cuak! Jadi Rayyan dah tahu lah. Habis tu Mama? papa? atau semua orang dalam rumah ni dah tahu?
" Kau .... "
" Apa yang bising-bising sangat ni? sampai satu rumah boleh dengar suara korang. Yan! Fiq! apa lagi masalah korang ni. Asal jumpa je nak bertekak. Besar sangat ke masalah korang ni? " jerkah Mahadi yang muncul tiba-tiba di situ. Wajah kedua anak lelakinya dipandang silih berganti. Tak habis-habis nak bertekak. Macam anjing dengan kucing. Nak berehat kat rumah sendiri pun tak senang. Dah macam tinggal dalam zoo pulak.
Rayyan menggeleng pelahan. Rafiq diam beku di tempatnya. Nak menjawab? memang makan penampar la jawabnya. Mahadi tu barannya boleh tahan. Dari kecik anak-anak memang takut dengannya.
.
.
.
Faiqa masuk ke dalam bilik. Kakinya dihentak-hentak pelahan. Sakit hatinya pada Syira masih belum lagi hilang. Dasar perempuan gedik.
Abang Adam konon. Sejak bila pulak suami aku tu jadi abang kau? Mak mertua aku tu Ummi kau ke? ishh.. sakit pulak hati aku.
Nampak je lemah lembut tapi hakikatnya mulut macam tongkeng ayam. Cakap pakai lepas je. Ni mesti Kak Ainaa yang canang cerita aku kahwin dengan Adam sebab kena tangkap basah. Aib keluarga sendiri pun nak jaja kat orang luar. Entah apa -apa.
Faiqa berdiri depan cermin meja soleknya. Faiqa pandang muka sendiri dalam cermin. Orang macam aku ni memang tak layak untuk bahagia ke?
" Sayang... "
Faiqa tersentak. Entah bila Adam muncul di situ. Sedar-sedar Adam sudah rangkul pinggangnya. Adam letakkan mukanya atas bahu Faiqa sebelum bebola mata melirik manja pada sang isteri. Faiqa hanya membiarkan.
" Sayang buat apa lama-lama dalam bilik ni? sayang okay tak? "
Faiqa senyum segaris. Kepala diangguk pelahan sebagai jawapan untuk soalan Adam tadi. Sebenarnya Faiqa tak ada mood nak bercakap atau berjumpa dengan sesiapa sekarang. Dia nak tenangkan fikiran yang tengah serabut sebab makan hati.
Adam tarik nafas pelahan. Adam tahu Faiqa sedang menipu. Kalau Faiqa okay takkan Faiqa hanya duduk berkurung dalam bilik.
" Abang mintak maaf bagi pihak Syira. Memang dia tak patut.... "
" Apa yang dia cakap tu betul. Kita memang kahwin sebab kena tangkap basah. " Laju Faiqa memintas kata Adam sebelum sempat Adam menyudahkan katanya. Jujurnya, Faiqa malu bila mengenangkan sebab utama dia menjadi isteri kepada lelaki di sebelahnya sekarang.
Adam tersentak. Segera dia menggelengkan kepalanya.
" Kalau betul sekalipun dia tak perlu cakap macam tu. Dia patut jaga mulut dia daripada menyibuk hal kita. Satu yang dia tak tahu. Kalau pun bukan sebab kes malam tu abang tetap akan kahwin dengan sayang. Abang cintakan sayang dah lama. Bukan semalam tapi sejak kita masih di sekolah lagi. " Luah Adam. Rasanya ini kali pertama dia meluahkan perasaan begini pada Faiqa.
Faiqa jongket sebelah keningnya. Jadi selama ni Adam cintakan dia? Faiqa lantas pusingkan badannya menghadap Adam. Tangan Adam masih terletak erat dipinggangnya hanya dibiarkan. Faiqa balas renungan mata redup Adam. Bibir Faiqa lantas mengukir senyuman bahagia. Dibiarkan anak mata mereka bersabung sebelum Faiqa melarikan anak matanya bila ternampak senyuman nakal mula terbit di bibir Adam.
" Gatal! "
Adam ketawa lepas.
" Ermm... patutlah dekat sekolah dulu beria sangat nak kawal Aika. Konon takut Aika kena buli. Pantang ada yang datang dekat sibuk je nak bagi amaran. " ejek Faiqa tiba-tiba. Sekarang baru Faiqa tahu kenapa perangai Adam dulu menyebalkan. Berlagak macam abang kandung padahal kenalan Haqiem je pun. Haqiem pun takde perangai macam Adam. Take care Adam berlebihan. Sampai Faiqa naik rimas.
Makin kuat Adam hamburkan tawanya. Pecah rahsia. Tak apa lah janji mood Faiqa okay. Kena bahan pun redha je lah.
" Itu namanya protection sayang. "
Faiqa cebir bibir.
Proctection celah mana? merimaskan ada lah. Ini lah yang dinamakan sambil menyelam minum air. Berkawan dengan si abang tapi dalam masa yang sama nak usha si adik. Poyo sangat.
.
.
.
" Menantu Ummi tu yang terasa lebih. Naa cakap apa yang betul. Takkan itu pun salah. " Menjuih mulut Ainaa ke depan. Masa makan macam ni pun Ummi masih lagi nak membebel. Tak fahamlah apa yang bagus sangat dengan bini Adam tu.
" Apa yang betulnya? Naa tak malu ke cerita kat orang luar masalah keluarga sendiri. Dah tak reti nak jaga maruah adik sendiri? " luah Puan Aisyah geram. Apa saja lah yang Ainaa ni fikir sampai sanggup cerita aib orang lain. Penampilan dah bagus semua terjaga tapi tang mulut tu memang susah betul Ainaa nak jaga. Hishh...
" Kalau Naa tak cerita pun orang lain akan tahu jugalah Ummi. Dahlah kahwin tergesa-gesa. Macam terdesak sangat je nak berlaki. Adam tu pun bodah mengikut jelah apa yang perempuan tu nak. Macam dah kena sihir pulak Adam tu. " bidas Ainaa tanpa rasa bersalah.
" Ainaa! "
Terangkat bahu Ainaa bila dijerkah Malik begitu. Malik yang tadinya diam mula buka mulut bila merasakan Ainaa sudah berlebihan dalam bicaranya. Entah apa lagi yang tak betulnya Faiqa tu di mata Ainaa. Padahal dia nampak elok je.
" Jaga sikit mulut awak tu. Jangan main hembus je. Silap cakap boleh jatuh fitnah nanti. "
Ainaa jeling tajam pada Malik. Ni sorang lagi. Beck up sangat orang luar. Entah apa masalah orang dalam rumah ni. Faiqa aje yang betul, apa yang dia cakap semuanya salah.
Faiqa menekup mulut sendiri. Mati langkahnya yang mahu ke dapur tatkala mendengar keluarga itu sedang bertelagah.
Tubir mata Faiqa mulai terasa panas. Sebelum orang lain nampak dia di sini, lebih baik dia naik semula ke bilik. Namun baru saja dia mahu berpaling, terasa ada tangan sedang menyentuh bahunya. Dari bau saja Faiqa tahu itu siapa. Cepat-cepat Faiqa seka air matanya.
to be continue.....
Share this novel