" Sayanggg.... "
Adam tepuk pelahan pipi Faiqa. Lena betul Faiqa tidur sampai tak terkutik langsung bila dipanggil.
" Sayang.. bangun sayang.. " kali ni meleret saja suara Adam memanggil isteri tercinta. Bibirnya tak henti tersenyum bahagia. Makin menggunung rasa sayangnya pada Faiqa. Kini hidup Adam benar-benar rasa lengkap bila Faiqa sudi menerima dia sebagai suami.
Adam rapatkan bibirnya di atas dahi Faiqa. Lama sekali. Bagaikan pita rakaman, setiap aksi manja Faiqa kembali menjengah dalam kotak ingatannya. Membuak keinginan Adam untuk beraksi seperti malam tadi. Setiap inci tubuh Faiqa yang sudah sah menjadi miliknya dipandang dengan nafsu yang mulai bergelora. Aduhai, serius Faiqa buat dia jadi angau. Begini rupanya penangan orang dah kahwin. Pantang tengok bini nafsu terus mencanak naik. Astaga...
Adam angkat muka bila cupingnya menangkap bunyi rengekan halus dari mulut Faiqa.
" Good morning sunshine. " ucap Adam saat mata Faiqa sudah terbuka dan memandang ke arahnya.
" Morning. " balas Faiqa seraya mengosok kelopak mata. Mengantuk betul Faiqa rasakan saat ini. Sudahlah semalam dia tidur lewat. Pagi ni badan mula rasa tak sedap.
Adam diam memerhati. Pipi putih gebu Faiqa dielus-elus lembut. Melihat Faiqa yang masih belum ada tanda-tanda mahu bangun buat Adam lantas berbaring di sebelah isterinya.
" Thank you sayang. "
" For what? "
" for the last night. You make my day so wonderfull. " ucap Adam romantis. Tubuh Faiqa dirangkulnya kemas. Terukir senyuman manis dibibir Adam. Adam pandang muka Faiqa tak lepas. Sempat lagi matanya dikenyitkan ke arah Faiqa yang sudah resah dalam pelukannya.
Faiqa kemam hujung bibir. Terasa darah merah mula menyerbu naik ke seluruh mukanya. Adam ni tak tahu malu betul. Hal semalam tak payah nak ungkit pagi ni. Dah la cakap depan-depan muka. Tak reti nak cover langsung. Haish....
" you deserve it abang " lambat-lambat Faiqa membalas. Faiqa cuba maniskan mukanya biarpun kelihatan agak kekok. Tangan Adam yang masih melingkar di pinggangnya dibiarkan. Rasa selesa dibelai sang suami pagi-pagi begini. Kalau dulu kehadiran Adam langsung tak memberi apa-apa kesan pada Faiqa tapi sekarang tak lagi. Faiqa mula rasa sesuatu. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Faiqa mula rasa bahagia. Rasa disayangi dan rasa dihargai. Dia benar-benar sudah jatuh cinta pada Adam.
Adam senyum sampai ke telinga. Syukur. Senang hati Adam mendengar jawapan balas dari Faiqa.
" Eh, sekarang dah jam berapa? " tanya Faiqa tiba-tiba. Matanya segera menoleh ke arah luar jendela. Matahari dah memancar terang.
" Lagi 5 minit pukul 10 "
" Hah? pukul 10. Alamak, Aika dah lewat. Kenapa Abang tak kejutkan Aika. " apa lagi mengelabah Faiqa di sisi Adam. Teraba-raba tangan Faiqa mencari telefon di sisinya.
Adam yang melihat hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Tak kejutkan Aika? habis tu apa yang cuba dia buat tadi? bukan ke dari tadi dia cuba kejutkan Faiqa.
" Sayang tak payah masuk kerja la hari ni. Sayang ambik je Mc. Boleh duduk rumah, temankan abang. " pujuk Adam dengan suara garau yang dibuat manja. Gedik sangat.
Laju Faiqa menggeleng. Muka Adam dijeling tajam. Suka hati Adam je nak bagi dia mc. Tahulah kau tu doktor.
" Hisyh tak boleh. Aika ada urgent meeting pagi ni. Er.. ni abang ada nampak telefon Aika tak? " tanya Faiqa setelah gagal mencari telefonnya. Masa-masa macam ni la telefon tu nak hilang. Aku dah la lewat ni.
" Ada dekat sana tu. Abang tolong caskan. " jawab Adam lantas jarinya naik menunjuk ke arah telefon yang di cari isterinya.
Faiqa pandang telefon yang masih bercas atas meja tepi wardrobe nya. Tangan Adam yang masih melingkar di pinggangnya di tolak pelahan. Faiqa perlu segera menghubungi Rizwan. Pasti Rizwan sedang tunggu dia sekarang.
Saat Faiqa mahu turun dari katil, Faiqa seperti teringatkan sesuatu. Jatuh rahang Faiqa bila melihat tubuh sendiri yang berbogel. Aduhh! Baju aku. Cepat saja dia menarik comforter lalu dililitkan semula ke seluruh badan. Faiqa pandang Adam yang sedang tersengih. Hamboi, suka kau eh?
" Er.. abang tolong ambikkan baju Aika boleh tak? " pinta Faiqa malu dengan muka sudah merona merah. Adoi. Macam mana la dia boleh cuai sangat ni. Dah tak pasal-pasal Adam tengok show free.
" Tak boleh! "
Adam senyum nakal. Mata masih terpaku pada muka kemerahan Faiqa. Tak payah nak tutup beria sangat lah sayang, abang dah tengok lebih dari tu.
Terlopong mulut Faiqa. Jelingan tajam diberikan.
" Abang ni janganlah main-main. Aika dah lambat ni. Cepatlah tolonggg... " meleret suara Faiqa. Kalau baju tu ada dekat, dia pun tak nak suruh Adam. Dia boleh je ambik sendiri. Tapi masalahnya terpelanting jauh ke hujung sana. Siap dengan yang kecik-kecik sekali berterabur kat situ. Aik, jauh betul tersasar.
" Nope. Hari ni sayang tak payah pergi kerja. You look so tired sayang. Abang nak sayang rest or maybe we can repeat ..... "
Sengaja Adam biarkan ayatnya tergantung. Adam senyum meleret. Tertiba otak kuning datang menyerang. Adam rindu setiap belaian Faiqa padanya. Adam letak jarinya di bibir Faiqa lalu bermain jari itu sekitar bibir mungil seksi Faiqa. Denyutan jantung Adam mula tak sekata. Berlari berkeliaran melawan rasa yang tiba datang memuncak. Adam rapatkan mukanya ke Faiqa. Saat bibir mahu bertemu bibir, cepat saja Faiqa menghalang tindakan Adam.
" Not this time abang... "
Faiqa cuba menghalang niat Adam yang tak kena pada masa. Faiqa lawan pandangan mata nakal Adam. Hisyh, sejak bila muka Adam ni terlebih sweet hah? Buat dia jatuh cinta berkali-kali pulak pagi ni.
" but i want you..... "
Kali ni Adam elus leher Faiqa. Ada kesan merah dileher itu. Adam senyum bahagia. Itu bukti cinta mereka telah bersatu.
Faiqa diam. Kali ni tiada jawapan keluar dari mulutnya. Adam sedang menuntut hak sebagai suami. Wajib ke dia patuhi sedangkan dia sendiri ada kerja hakiki yang perlu dia selesaikan. Haish, rumit.
.
.
.
Faiqa letak semula telefon dalam beg setelah panggilan dari Rizwan dimatikan. Faiqa lega. Mujur saja Rizwan boleh bertolak ansur. Tak banyak tanya dan paling penting Rizwan tak melenting bila Faiqa terpaksa batalkan meeting pagi ni. Batalkan? yes batal! Dah suami buat hal takkan nak pergi ofis jugak.
Faiqa kerling Adam di sebelah. Wah bukan main happy orang sebelah ni eh. Macam dapat emas sekilo pulak lagaknya.
" Cover lah sikit senyum tu. Macam orang tak betul dah. " sindir Faiqa bila Adam masih terus-terusan senyum padanya. Tak cramp ke urat muka tu?
" Senyum tu kan satu sedekah "
Faiqa mencebik. Yelah tu. Senyum nakal macam tu pun boleh di kira sedekah jugak ke?
" Masalahnya abang tu senyum gatal! " bidas Faiqa geram. Adam pandang Faiqa yang cemberut. Adam senyum lagi. Tak terkesan langsung Adam dengan kata Faiqa tadi. Makin rasa sayang ada lah.
" Aah gatal sangat. Tolong garukan boleh? " Adam kenyit mata pulak. Masih belum puas Adam mengusik Faiqa. Makin panjang muncung Faiqa makin Adam suka. Comel.
Faiqa cubit paha Adam pelahan. Makin dilayan makin mengada Adam ni. Ada je usikan Adam yang menguji kesabaran. Malas nak layan otak gila Adam, Faiqa buang pandang ke luar tingkap.
" Kita nak ke mana ni? balik rumah kita terus kan? " soal Faiqa bila merasakan jalan yang dilalui mereka sekarang bukan jalan balik ke rumah mereka.
Faiqa duduk menyenget. Adam yang sedang tenang memandu dipandang. Faiqa teliti setiap inci muka Adam dari tepi. Segak laki aku.
" Sebelum balik kita singgah rumah ummi dulu. Dah lama kita tak ke sana. " ujar Adam seraya mencapai tangan Faiqa sebelum tangan itu diletakkan atas pahanya.
Faiqa mengangguk setuju. Muka Adam yang masih memakai Rayban masih menjadi mangsa tenungan mata gatal Faiqa. Baru hari ni Faiqa perasan Adam menepati ciri lelaki idaman. Pakej yang ada pada Adam buat Faiqa rasa nak kurung je Adam dalam rumah. Haha. Kejam.
" Kenapa sayang pandang abang macam tu? abang tahu la abang ni hensem. " ujar Adam perasan. Tangan Faiqa di pahanya diangkat lantas Adam cium tangan itu. Tersengih nakal Adam pada Faiqa. Faiqa nampak lain sekarang. Sesuatu yang baik untuk hubungan mereka. Sebelum ni nak pandang muka Adam pun Faiqa tak nak sekarang bukan main lagi Faiqa curi-curi pandang. Mahunya Adam tak perasan. Agaknya Faiqa dah fall in love sangat pada dia kot.
Faiqa cebik bibir. Malu bila Adam perasan dengan tindakannya tadi. Nampak macam desparate kat laki sendiri. Aduh malunya..
" Eh, kereta siapa pulak ni. Ummi ada tetamu ke? " soal Faiqa saat kereta Range Rover putih Adam sudah berhenti depan rumah teres 2 tingkat milik Puan Aisyah.
Adam diam. Adam macam kenal pemilik kereta itu. Takkan lah....
" Kenapa tak bagitahu Ummi nak datang? kalau tak, boleh Ummi masak special sikit untuk menantu Ummi ni " ujar Puan Aisyah saat pelukan di tubuh Faiqa dilepaskan. Ketika itu Adam dan Faiqa baru saja sampai di muka pintu rumah.
Faiqa koyak senyum. Faiqa ekori langkah Adam menuju masuk ke dalam rumah. Naik segan Faiqa bila Ummi selalu melayannya dengan baik.
" Aik, special untuk menantu je ke? Untuk anak ummi ni tak ada ke? merajuk la macam ni. " usik Adam saat Faiqa sudah mengambil tempat disebelahnya. Faiqa tersenyum malu.
" Mengada. " perli Puan Aisyah.
Faiqa diam memerhati. Adam disebelah dah ketawa melihat cebikkan Ummi. Siapa anak siapa menantu sekarang ni. Dia nak mengada lebih-lebih pun Ummi dah tak nak layan. Terasa dianaktirikan betol.
" Abang Adam. "
Automatik semua mata tertumpu pada figura yang sedang berdiri tegak depan mereka. Faiqa pandang gadis itu. Bukan ini ke perempuan yang aku jumpa tempoh hari? Dia buat apa pulak kat sini.
" Eh, Syira. Buat apa kat sini? " soal Adam tenang. Adam toleh sebelah. Muka Faiqa di cari. Okay! Faiqa tengah pandang dia. Serius pulak tu muka dia. Cemburu ke sayang aku ni?
Syira yang baru keluar dari tandas duduk berhadapan dengan Adam dan Faiqa. Tak sangka rezekinya hari ini dapat berjumpa Adam di sini. Pasangan depan matanya itu dipandang silih berganti. Pertama kali Syira jumpa isteri Adam. Jadi betul lah tekaannya, perempuan di kiosk ais krim tempoh hari ada hubungannya dengan Adam. Patut lah Adam nampak gelabah sangat.
" Datang jenguk Ummi. Kebetulan Syira ada hal kat area sini tadi. Alang-alang dah lama tak jenguk Ummi tu yang Syira datang ke sini. " balas Syira setelah agak lama membiarkan soalan Adam tadi. Meleret manja suara Syira dengan senyum mesra tak lekang dibibirnya. Muka Adam dipandang sebelum matanya beralih pula pada Faiqa. Berubah terus riak muka Syira. Sinis. Ermm... patutlah Ainaa tak suka. Tak menepati ciri wanita muslimah langsung. Terdedah sana sini. Dalam tak sedar Syira mula menjadi juri tak bergaji menilai penampilan Faiqa.
Adam sekadar mengangguk. Adam betulkan duduknya. Tiba-tiba Adam rasa tak selesa dengan pandangan semacam Syira pada Faiqa. Sejenis perangai Ainaa jugak ke ni?
" Eh, Abang Adam tak nak kenalkan Syira dengan wife abang ke? " tanpa rasa malu Syira bertanya. Faiqa dah ketap bibir. Berlagak macam dia pulak tuan rumah. Eh, menyampahnya aku.
" Syira tak kenal lagi ke dengan isteri Adam? Ini lah Faiqa, menantu Ummi. " Ummi yang tadinya hanya jadi pemerhati, mencelah tiba-tiba.
Syira menggeleng. Memang dia tak kenal siapa isteri Adam. Mana nak kenal kalau majlis Adam pun dia tak pergi. Sebab apa tak pergi? of course sebab Adam reject dia sebagai isteri. Bertahun dia berkawan dengan Ainaa untuk dapatkan Adam tapi Adam langsung tak pandang dia. Terkejarkan sangat perempuan macam ni sebagai isteri.
" Syira memang tak kenal Ummi. Waktu majlis dia orang pun Syira tak dapat nak datang. Yang Syira tahu Abang Adam kahwin sebab kena tangkap basah kan? " Syira gigit bibir bawahnya. Adoi, macam mana boleh terlepas cakap pulak ni. Syira tundukkan sedikit kepalanya. Tak berani nak angkat muka bila perasan riak Adam sudah berubah. Habislah aku kalau Adam marah.
Terus berubah air muka Faiqa. Faiqa pandang Syira tak percaya. Dia tahu sebab aku kahwin dengan Adam? tapi kalau dia tahu sekalipun perlu ke mulut tu cabul sangat? Eh, Faiqa rasa nak pijak-pijak pulak mulut tak bertapis Syira tu.
" Tado abang kata haus kan? Biar Aika pergi buatkan air. " tanpa menunggu jawapan balas Adam laju Faiqa berlalu ke dapur.
to be continue....
Share this novel