Faiqa menarik nafas dalam. Sesekali wajah dihadapanya di jeling geram. Sesak nafasnya bila tiba tiba saja Rafiq a.k.a kekasih hati muncul secara tiba tiba. Sudahnya Haqiem meninggalkan mereka berdua di restoren itu.
Haqiem tak ngam dengan Rafiq. Sememangnya dia antara orang yang menentang hubungan mereka. Atas sebab apa, dia sendiri kurang pasti.
“ You ni kenapa? you tak suka I datang ke? “ suara garau Rafiq mula kedengaran.
Matanya fokus memandang Faiqa dihadapan. Dia dapat merasakan kedatangannya tidak di senangi.
Faiqa hanya membisu.
Air nescafe panas dihadapan di kacau pelahan. Kemudian dihirup sedikit sebelum wajah Rafiq di pandang.
“ Boleh tak you percayakan I.“ nada suara sudah berubah sinis. Sungguh perangai Rafiq yang satu ini sangat tidak digemari.
Selepas setahun perhubungan mereka, Rafiq sudah mula menunjukkan perangai king controlnya. Ke mana saja dia pergi mesti mendapat kebenaran dari Rafiq. Itu yang buatkan dia semakin rimas. Makin tawar rasa cintanya yang disemai hampir 2 tahun.
“ Maksud you? “ bersahaja Rafiq bertanya. Seolah dia langsung tak melakukan apa-apa kesalahan.
Faiqa mengeluh. Susahnya bercinta dengan mamat hati kering ni.
Takkan Rafiq ni tak sedar setiap tingkah lakunya menyakitkan hati aku. Aku tak suka di kongkong!
“ You masih tak percayakan I kan? sebab tu sampai sini you datang cari I, betul tak? “ tegas Faiqa menyoal.
Dia mendengus geram. Ikutkan hati yang marah mahu saja dia menamatkan perhubungan mereka sekarang. Semakin lemas dia nak hadap perangai lelaki depan dia ni.
Rafiq tesentak. Dia mengeleng laju. Menafikan setiap tuduhan Faiqa. Tujuan dia datang ke situ hanya untuk memastikan Faiqa selamat. Itu saja!
iyake? hatinya berbisik.
“ I mesej you tak reply. I just nak pastikan you selamat. You tahu kan, I sayangkan you sangat. " tangan Faiqa cuba diraih tapi cepat saja Faiqa mengelak.
Faiqa mendengus geram. Dia cakap apa ni?
Selamat ?? aku kerja company bapak aku jer kot. Terlebih over protecting la mamat ni.
“ Tolonglah.. I bukan budak - budak lagi. I dah besar, I tahulah nak jaga diri I sendiri. Kalau you masih dengan perangai kuat mengongkong macam ni, better kita break jelah! “ marah Faiqa. Hilang sudah sabarnya.
Pinggan yang berisi mee goreng di tolak kasar. Hilang selera nak makan. Bukan sekali dua Rafiq buat perangai seperti ini tapi sudah banyak kali. Setiap gerak gerinya sentiasa di ekori.
Rafiq ketap bibir.
Cara layanan Faiqa buat dia terasa hati. Salah ke aku nak jumpa kekasih sendiri? Kalau dulu boleh kenapa sekarang tidak? Mesti ada sesuatu yang Faiqa sembunyikan. Atau jangan-jangan Faiqa dah ada orang lain.
" Sayang, I ... "
“ You balik lah! I nak masuk ofis. ”
Tanpa menunggu jawapan dari Rafiq, Faiqa terus melangkah keluar. Biarlah dia malas nak ambik pusing. Rafiq bukan budak kecil yang harus dipujuk dan di dodoi. Pandai la dia nak pikir kenapa aku jadi macam ni.
Rafiq hanya memerhati tubuh kecil itu pergi. Semakin lama semakin menjauh. Hatinya tiba – tiba jadi panas. Penumbuk digenggam. Tindakan Faiqa tadi seolah mencabar kesabarannya. Tergamak Faiqa melayannya seperti ini.
Rambutnya di ramas kasar. Faiqa you’re mine !
.
.
.
Faiqa bergolek malas di atas katil. Bantal busuk dipeluk erat. Bantal kesayangannya di cium berkali-kali. Macam orang cium anak saja lagaknya. Sehari tak boleh berenggang.
Sesekali dia menguap kecil. Hari itu penatnya lain macam saja. Seharian belajar benda baru buat otaknya yang tepu jadi bedenyut tiba-tiba. Mana taknya 8 bulan menjadi penganggur terhormat. Makan tidur jer, alih-alih kena kerja memang boleh krem urat otaknya.
“ Hoi.. dah tido ke? “ Sergah Aliah di muka pintu.
Faiqa menoleh. Bibirnya digigit geram.
Minah ni dah tak reti ketuk pintu ke? Hishh..
“ Ingat hantu mana tadi. Tetibe je muncul. Dah tak reti nak ketuk pintu ke? “ bidas Faiqa. Kelat sudah mukanya.
Muka Aliah di pandang geram.
Dahla muka tepek dengan bedak sejuk. Rambut ikat tocang sekali pandang dah macam hantu pocong. hishh.. boleh lemah jantung
Aliah tersengih. Kepala digaru. Dah biasa sasangat dia kena bebel dengan nenek sorang ni.
“ aku ketuk tapi kau tu.. berangan! “ Sindir Aliah. Sah perempuan ni ada masalah jiwa. Asyik berangan jer kejanya.
Dia duduk di sebelah Faiqa yang terbaring. Sempat lagi dia menjeling ke wajah kelat Faiqa. Kau merajuk pon cantik doh..
“ Susahlah Lia... Aku ingatkan jadi Project Manager ni kerja dia senang jer tapi lagi susah adalah. Jem otak aku nak hadam benda baru. “ tanpa dipinta Faiqa mula bercerita dengan riak muka kelat. Sememangnya dia selalu berkongsi cerita dengan Aliah. Tambahan mereka kenalan dari zaman kuliah lagi.
Aliah ketawa
“ aik.. baru kerja sehari dah bising. Relex la.. “
Faiqa tarik muka. Baru nak buat sesi luah perasan. Alih-alih kena perli pulak.
“ Aku dulu pon macam ni jugak. Nanti bila kau dah mahir, mesti kau enjoy. Lagipun abang kau kan ada. Tak faham tanya la dia. “ nasihat Aliah.
Teringat masa dia mula berkerja dulu, lagi stress. Hari pertama dah kena turun site. Dah la pakai baju kurung, alih-alih kena tengking sebab pakaian tak sesuai.
Tapi Faiqa berbeza, dia hidup dalam keluarga yang berada. Hidupnya serba serbi cukup. Kerja pun di syarikat milik keluarga tapi ada satu sisi yang harus dipuji, Faiqa seorang yang berdikari. Buktinya sejak dari zaman universiti dia hidup asing dari keluarga. Padahal rumah keluarga sendiri jauh lebih selesa.
“ Haqiem?? ermm.. buli aku adalah. ”
Memang betol pun, aku yang tak ada ilmu ni jugakla dia mintak check segala file projek MH Holding. Keja gila namanya.
“ Alaa.. macam tak biasa pulak kena buli. Tak ingat kisah kau dengan Rafiq dulu. Dari kes buli la pastu jatuh cinta. Poyo jer.. “
Aliah ketawa berdekah. Memang lawak bila ingat balik kisah cinta Faiqa dan Rafiq. Clishe sangat.
Faiqa hanya diam. Matanya galak memandang ke arah Aliah. Hilang terus mood nak bercerita bila nama Rafiq menyapa gegendang telinga. Macam takde nama lain jer.
Aliah yang perasan terus menghentikan tawanya. aku salah cakap ke ? aku kan sebut nama kekasih dia Rafiq. Bukan ronaldo, bukan Ronaldi. Hishh... musykil pulak.
“ Kau ni dah kenapa? bergaduh dengan Fiq ke? “ Aliah mula menyoal. Pandangannya sudah ke arah Faiqa.
Faiqa melepaskan keluhan berat. Daripada baring kini badannya sudah bersandar pada kepala katil.
Berkerut kening Aliah. Confirm! mesti ada masalah.
“ Kau ada apa-apa nak share dengan aku ke? ceritalah. Aku sudi dengar. “ soal Aliah yang sudah berubah serius. Pasti ada yang tak kena. Tengok muka pun dah tahu.
“ Tahla.. aku rasa dia dah berubah. “ cerita Faiqa.
“ maksud kau? “
“ Aku dah tak tahan dengan Rafiq. Curiga dia tu melemaskan aku. Ke mana aje aku pergi mesti dia ada. Dia buat aku macam tawanan. Kalau betol aku nak curang dah lama la. “ nafas ditarik sebelum dia menyambung kembali. “ Hari ni pagi-pagi lagi dia dah datang ofis. Alasan nak pastikan aku selamat. Depan Haqiem pulak tu dia muncul. Buat malu jer. " cerita Faiqa. Nafas di hela panjang mencari kekuatan. Dia tahu Aliah adalah orang yang paling sesuai untuk bercerita.
“ Childish betol! “ gerutu Aliah. Kepalanya digeleng beberapa kali.
“ Aku tahu dia tak percayakan aku. Dia takut sangat kalau aku curang kat belakang dia tapi masalahnya kau sendiri kenal aku macam mana kan .. aku bukannya perempuan jenis macam tu. Tak perlu nak control-control pergerakan aku. Lemas tahu tak. Dah macam aku ni tawanan dia pulak. “ luah Faiqa.
Aliah yang mendengar sedikit tersentak. Takkan sampai macam tu sekali. Rafiq yang dia kenal begitu menyintai Faiqa. Kenapa bercinta kalau sekadar untuk menyakitkan.
" Fiq ni buat hal lah. Yang dia nak meroyan tak tentu pasal tu dah kenapa. Confirm, lepas ni mesti Haqiem makin menyampah dengan dia. " ujar Aliah geram. Panas hatinya bila dengar cerita dari Faiqa tentang Rafiq. Ini bukan zaman batu nak kongkong hidup anak dara orang. Gila apa Fiq ni.
" Memang pun. Dia siap warning aku lagi jangan bagi Fiq datang ofis. Dia risau Fiq buat hal. "
Aliah ketap bibirnya. Ada betulnya apa yang Haqiem cakap tu. Buatnya Rafiq meroyan kat ofis lagi parah. Jatuh air muka Datuk Heykal. Anak gadisnya buat drama swasta kat MH Holding.
" Tahap kena nikah dah Fiq ni. Risau sangat kau kena kebas dek orang. "
Membulat mata Faiqa. Kepalanya digeleng laju.
" Dengan perangai dia sekarang ni memang cancel aku nak buat laki. "
" serius? " duga Aliah
Faiqa angguk. Yakin.
“ Fikir masak-masak Aika. Kau dengan dia dah lama. Sayang tau. "
" Aku lagi sayangkan diri aku. Takkan aku nak hidup dengan laki yang penuh rasa curiga macam tu. Entah-entah esok lusa kaki tangan dia naik ke muka aku. "
Melopong Aliah. Takkanlah sampai macam tu. Takkan Rafiq kejam sangat. Mesti ada cara nak perbaiki hubungan cinta mereka.
" Apa pun tindakan kau aku akan sokong. Lagipun kau berhak tentukan masa depan kau. “ nasihat Aliah setelah lama berfikir. Bahu Faiqa di tepuk mesra. Dalam hati dia mendoakan kebahagiaan Faiqa. Sayang hubungan yang sebelumnya baik nak diputuskan begitu saja.
“ thank Lia “
“ Ala.. macam tak biasa. Aku kan motivator kau.” Aliah kenyit mata. Sempat lagi dia loya buruk sebelum meloloskan diri.
Faiqa senget mulut. Gaya nak mengoda sangat. Patutlah si Khairul jinak semacam. Ini sebabnya.
Telefon di sebelah tiba tiba berbunyi. Dia menjeling sekilas. Tertera nama Rafiq. Dia hanya memandang kosong. Hatinya masih bengkak. Lelaki itu harus di ajar. Sampai bila Rafiq mahu terus mengawal pergeraknya. Kalau ini kesudahan hubungan mereka dia tidak sanggup.
Dia nak bebas!
to be continue...
Share this novel