Satu persatu gambar Faiqa dibeleknya. Dari tadi bibir berkumis nipis itu tidak henti menguntum senyum. Walaupun dia dan Faiqa sudah tidak bersama lagi tapi dia beruntung kerana masih banyak gambar kenangan mereka tersimpan rapi dalam kotak memori telefonnya. Kini, gambar itu sajalah yang menjadi pengubat rindunya.
Faiqa cinta pertamanya. Tak mungkin semudah itu dia dapat menghapuskan semua kenangan mereka. Segalanya masih segar di ingatan. Saat pertama kali Faiqa menerimanya tapi kini? dia ke yang bersalah dalam hal ni?
" Ah, kau memang kejam Faiqa! Sanggup kau tipu aku! "
Telefon tadi di baling kuat ke arah tilam. Melantun telefon itu kemudian jatuh ke permukaan lantai yang bermozek. Dia yang sedang bersandar di dinding tepi katil hanya memerhati. Hatinya tiba-tiba jadi sakit. Dadanya berombak laju. Anak matanya juga sudah memerah, lantas rambut dikuak kasar.
" Apa kurangnya aku? cinta aku ikhlas. Kasih yang aku berikan bukan sandiwara. Masih tak cukup lagi ke untuk kau? " dia merintih seorang. Menangis seperti anak kecil kehilangan ibu dan ayah. Hatinya bagai di rentap saat itu. Nyata dia masih gagal melupakan cintanya bersama Faiqa.
Untuk beberapa ketika dia hanya menunduk. Air mata yang masih galak mengalir di kesat kasar. Dia tak suka kan perpisahan. Dia benci berdepan dengan kesedihan. Dia akan pastikan bahagia tu menjadi milik dia.
Gambar potret yang tergantung di dinding bilik direnung tajam. Kau tunggu! Kau akan tetap jadi milik aku. Bentak hatinya.
" Rafiq!!! "
Kedengaran namanya dipanggil kuat bersama ketukan bertalu-talu di pintu bilik. Dia hanya membiarkan. Dia masih kaku berdiri di tempat asalnya. Langsung tak berniat untuk membuka. Dia tahu itu siapa.
.
.
.
" Macam mana boleh tak? "
Serius saja suaranya. Dia bercekak pinggang memandang lelaki yang sedang duduk dihadapannya. Sedari tadi lelaki itu hanya diam membisu.
Kuzir pandang Rafiq. Kenapa dirasakan sikap Rafiq berbeza sangat hari ni? tegang dan dingin.
" Kau serius ke Fiq? aku.. kalau bab lain okay lagi tapi kalau bab ni aku susah sikit la... " ujarnya serba salah. Air liur sudah ditelan beberapa kali. Rasanya dia bukan lah seorang kawan yang susah memberikan pertolongan tapi apa yang diminta Rafiq terlalu berat untuk dia tunaikan. Kuzir bersandar pada permukaan kerusi. Muka Rafiq yang tegang dipandang tak lepas.
Rafiq mendegus kasar.
" Kau ingat aku main-main ke? boleh ke tak ni?! "
Dia perlukan jawapan segera supaya semuanya dapat dilaksanakan dengan teliti tapi cara kuzir buat dia jadi geram. Dia lantas mengeluarkan sesuatu dari poket seluar belakang.
" Aku bukan mintak tolong free. Aku bayarlah! " bentaknya kasar. Satu envelope berwarna coklat sudah diletakkan di hadapan Kuzir. Berkerut dahi Kuzir sebelum sampul itu diambilnya. Melihat isi dalam saja dah buat mulutnya terlopong. Banyaknya duit. Sebulan makan tak habis.
Kuzir mengosok lehernya. Ada sesuatu bermain di fikirannya sekarang.
" tapi kalau kantoi macam mana? bukan hal kecik ni bro. Kang tak pasal-pasal dengan aku sekali masuk ke dalam. " luahnya mula gelisah. Siapa yang tak nak duit tapi keselamatan pun kena fikir jugak. Hatinya mula berbolak-balik. Situasinya sekarang tak ubah seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Rafiq ketap bibir. Wajah Kuzir dipandang tak puas hati. Sejak bila Kuzir berani menolak permintaannya. Bukan Kuzir pantang nampak duit ke?
" Sekarang ni kau nak tolong aku ke tak? kalau tak nak cakap! Aku boleh upah orang lain. " gertak Rafiq. Mata mercerlung memandang Kuzir. Susah bila Kuzir dah main tarik tali macam ni. Penat dia merancang semuanya. Takkan semudah itu dia nak lupakan.
" Aku..ak.... "
" Dahlah! aku upah orang lain jelah. " belum pun sempat Kuzir menyudahkan ayatnya, Rafiq sudah menyampuk. Kasar saja bunyinya. Tangannya pantas menarik kembali envelope berwarna coklat yang berada digenggaman Kuzir. Orang nak bagi duit mudah pun tak nak. Getusnya
Kuzir tersentak. Lantas dia berdiri mendekati Rafiq. Bahu lelaki itu ditepuk sekali dua.
" Relex la, aku belum habis cakap lagi. " Kuzir tersengih. Envelope di tangan Rafiq di ambilnya semula.
Rafiq senyum sinis. Dia kenal siapa Kuzir. Lelaki itu selalu haus dengan duit. Kalau tak ada duit macam mana nak enjoy. Perempuan keliling pinggang mesti banyak kena tuang.
" tapi kau nak buat apa dengan dia? tak kan kau nak rogol dia pulak, 12 sebatan bro. Merangkak kau nanti "
Kuzir cuba mengingatkan. Dia sendiri bingung tiba-tiba saja di datangi Rafiq yang seakan merancang sesuatu yang buruk kepada bekas kekasihnya. Besar sangat ke salah Faiqa pada Rafiq?
" Kau ambik duit ni, settlekan tugas kau, yang lain kau tak payah nak menyibuk. " ujar Rafiq sinis.
Dia senyum senget. Kau tunggu Faiqa. Kau ingat aku akan berdiam diri. Tidak.
.
.
.
" Nah air untuk kau! " bekas minuman berisi Asian Dolce Latte dari Starbucks itu diberikan kepada Faiqa.
Faiqa menyambut. Air tadi disedut, terpejam matanya saat air melalui anak tekaknya. Wah, nikmatnya. Dahlah cuaca Malaysia sekarang panas, dapat pekena air ni nikmat betol.
Hari ini seperti yang dijanjikan, dia dengan Aliah mengambil kesempatan hujung minggu untuk keluar bersama. Berjalan di Times Square sambil cuci mata. Senang betol hatinya bila Aliah tanpa banyak alasan bersetuju.
Aliah hanya memerhati. Sedari tadi dia perasan Faiqa nampak ceria saja. Dah tak ada lagi muka ayam berak kapur seperti beberapa hari lepas. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? musykil ni.
" Khairul bila daftar tempat baru? " tanya Faiqa. Aliah di kerling sekilas. Bukan main teruja Aliah bercerita kepadanya semalam, bila Khairul yang mengajar dia Pahang sudah mendapat surat pertukaran mengajar di KL, maklumlah 3 tahun BJJ dengan kekasih hati.
Aliah simpul senyum. Sebut saja nama Khairul kembang semangkuk hatinya.
" Isnin minggu depan dia daftar tapi dia datang awal sikit kot. Nak prepair masuk rumah sewa." bagitahu Aliah ceria. Tak sangka usaha Khairul minta ditukarkan lebih dekat dengannya dipermudahkan.
Faiqa hanya mengangguk. Dia tumpang senang bila melihat Aliah gembira seperti itu.
" Eh, kau kata nak cari barang make up kan? Jomlah. " ujar Faiqa. Langkah sudah di bawa ke arah kedai yang dimaksudkan. Kebetulan dia pun nak cari lips balm, cuaca panas buat bibirnya mudah kering.
Aliah mengeluh pelahan. Baru nak tanya Faiqa tentang Adam, laju pulak minah menonong. Belakang badan Faiqa dipandang sebelum kaki melangkah mendekati Faiqa.
" yang ni okay tak? " lips balm berwarna pink itu di halakan ke arah Aliah. Bab make up ni Aliah memang advance sikit. Aliah pun lebih pandai bersolek berbanding dia yang lebih sukakan natural beauty.
Aliah mencebik. Aik, siapa yang layan siapa ni? Dia pulak yang beriya?
" Bukan kau selalu pakai jenama ni ke? kenapa tetiba nak tukar pulak? " tanya Aliah. Dia kenal lips balm yang selalu di pakai Faiqa.
" Saja nak tukar selera. "
Faiqa senyum segaris. Ceria saja mukanya. Lips balm tadi dibeleknya. Sebelum beli harus lah baca penerangan dulu.
" Kau dengan Adam macam mana? "
wajah Faiqa dipandang tepat.
Faiqa angkat kepala. Senyuman Aliah ketika itu dirasakan sesuatu sangat. Bukan semua aku dah bagitahu kat dia ke?
" Macam yang aku bagitahu kau tu la. Aku dah terus terang dengan dia "
" Itu aku tahu. Maksud aku betol ke kau..... "
" Faiqa !! "
Serentak mereka menoleh. Semakin mendekat langkah lelaki itu ke arah mereka. Melihat senyuman itu saja dah buat jantung Faiqa berdengup kencang.
Adam. Apa dia buat kat sini?
to be continue......
Share this novel