Faiqa duduk bersandar. Kepalanya dipicit pelahan. Selesai saja mesyuarat tadi dia terus kembali semula ke office. Niatnya untuk keluar makan dengan Haqiem juga terpaksa di batalkan, kepalanya jadi pening tiba-tiba. Mungkin faktor cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini.
Pintu bilik di ketuk, Faiqa angkat sedikit kepalanya, Qadeja muncul di balik pintu. Dia senyum segaris.
" Maaf gangu Cik Faiqa. En. Haqiem suruh bagi ubat ni. " ujar Qadeja seraya meletakkan satu bungkusan plastik berwarna putih.
Faiqa mengangguk. Plastik tadi di beleknya sekejap. Dia koyak senyum. Haqiem kalau bab sakit demam dia memang selalu ambik berat.
Dia kembali memandang Qadeja yang ayu berbaju kurung.
" Hari ni I ada appoitment dengan sesiapa lagi tak? "
" Tak ada. Sebelah petang Cik Faiqa free. " bagitahu Qadeja ramah. Setiap hari tugasnya adalah menghafal jadual majikannya.
Faiqa mengangguk lagi. Setakat hari ini dia memang puas hati dengan hasil kerja Qadeja. Wanita itu cekap melaksanakan tugasnya.
" Okay, thanks. Kalau you nak keluar lunch pergilah. Jam 1 dah ni. " ujar Faiqa. Dia kembali menyandarkan kepalanya di kerusi.
Qadeja mengangguk sebelum dia mula melangkah meninggalkan Faiqa.
.
.
.
" Kalau adik nak sihat adik kena makan ubat ni. nanti boleh balik rumah, boleh jumpa kawan-kawan " pujuk Adam lembut
Ubat di tangan jururawat yang bertugas itu di ambil lalu di suakan kepada anak kecil lelaki yang bernama Ziyyad. Sejak hari pertama di masukkan ke situ dia menerima aduan Ziyyad memberontak tak nak di ubati.
Ziyyad hanya memandang. Beku saja tubuhnya tak bergerak. Dia langsung tak hiraukan huluran ubat dari Adam. Dia tak perlukan semua itu.
" Doktor tipu! mana ada ubat untuk penyakit macam saya ni. Kalau saya makan saya tetap akan mati kan? " bentaknya kasar. Ubat di tangan Adam di tepis kuat.
Adam senyum nipis. Wajah tegang Ziyyad dipandang tak lepas. Dia faham emosi budak berusia 10 tahun itu masih belum stabil. Bukan mudah menerima berita tentang penyakit yang dihidapinya.
" Siapa cakap tak ada ubat? semua penyakit boleh sembuh dengan ikhtiar. Ubat ni sebahagian dari ikhtiar kita. Kalau adik terus tak nak makan ubat, macam mana abang nak tolong adik? " lembut saja Adam memujuk. Dia duduk di kerusi tepi katil. Wajah Ziyyad yang memerah di pandang. Di usap pelahan bahu Ziyyad.
" Adik kena percaya mati tu pasti. Bukan semua orang sakit je yang akan mati. Abang yang sihat ni pun boleh mati kalau Allah berkehendak. Adik jangan cepat menyerah. Abang yakin dengan izin Allah, insyallah adik boleh sembuh. " sambung Adam lagi. Sebagai doktor tugasnya tidak terhad hanya mengubati, jika perlu memujuk dan menasihati pesakit dia akan lakukan. Dia nak lihat semua pesakitnya sihat dan sembuh.
Ziyyad pandang muka Adam. Sikit sebanyak kata Adam menyentuh tangkai hatinya. Biarpun usianya masih mentah tapi dia faham apa yang cuba di sampaikan oleh Adam.
Melihat keadaan Ziyyad yang tenang, jururawat yang bertugas kembali menghulurkan ubat kepada Ziyyad. Lambat-lambat Ziyyad mengambil juga ubat tersebut. Ya, dia harus percaya orang sekeliling sedang berusaha untuk mengubatinya.
" Good boy. Abang keluar dulu yer. Kalau ada apa-apa adik panggil je nurse yang bertugas " pesan Adam sebelum kepala Ziyyad di gosok mesra.
" Pandai jugak you pujuk patient tadi eh? Kalau tak bukan main susah dia nak makan ubat " puji Dr. Sarah sebaik saja dia dan Adam melangkah keluar. Tadi sempat juga dia melihat aksi pujuk memujuk antara Adam dan Ziyyad. Tak sangka Adam hebat juga bab memujuk.
Adam senyum. Sejak akhir-akhir ini dia agak rapat dengan Dr. Sarah. Banyak kes membabitkan mereka berdua. Waktu kerja mereka juga hampir sama. Lagi pula tak ada sebab untuk dia tidak berkawan dengan doktor Dr. Sarah yang mudah mesra dengan orang sekeliling.
" Biasa lah budak-budak. Kadang emosi tak stabil. Kalau kena gaya pujuk okay lah dia " ujar Adam. Telefon di poket baju putihnya di ambil.
Dr. Sarah senyum. Kelakuan Adam diperhati. Dia suka berkawan dengan Adam. Lelaki ini bijak mengawal emosi. Tengok la tadi, tenang saja dia memujuk Ziyyad yang memberontak. Padahal boleh saja Adam serahkan tugas itu kepada jururawat yang bertugas.
Langkah Adam terhenti. Mesej dari Haqiem di bacanya. Dahinya berkerut. Terbit riak risau di wajah itu.
.
.
.
Perlahan Faiqa mengosok kelopak matanya. Langsung matanya mengerling jam di dinding. Dah jam 9 rupanya. Lamanya dia tidur.
Eh, tapi kenapa Aliah tak datang kejutkan dia. Selalunya jika dia terlena lama begini pasti Aliah akan datang mengejutkannya.
Petang tadi kerana terlalu pening, dia terus melelapkan mata. Baju kerja yang dipakai pagi tadi juga masih terletak elok di tubuh.
Faiqa capai telefon disisi kiri. Ada beberapa miss call dari Adam. Mesej pun ada.
' sayang are you okay? Haqiem cakap Aika tak sihat. ' - Adam
' Kenapa abang call tak angkat? ada apa-apa berlaku ke? sayang jangan buat abang risau - Adam
Faiqa senyum. Mesej yang di hantar Adam petang tadi baru kini dibacanya. Haqiem ni pun satu, aku pening pun nak mengadu kat Adam. Buat malu je.
' sorry, Aika baru bangun. Don't worry, i'm okay. Just little bit dizzy ' - me
Telefon tadi di letakkan semula diatas tilam. Tuala yang tersidai di hujung katil di ambil. Dia perlu mandi dan membersihkan dirinya terlebih dahulu.
Usai mandi, Faiqa melangkah keluar dari biliknya. Suasana rumah yang gelap gelita buat dahi Faiqa berkerut pelik. Semerta kepalanya menoleh ke arah bilik Aliah, juga gelap. Sah, Aliah masih belum pulang dari kerja.
Tak menunggu lama, suis lampu di hujung tangga di tekan. Automatik ruang yang gelap tadi bertukar terang. Langkah terus di bawa ke ruang dapur. Pintu peti segera dibuka. Sebotol minuman sejuk dicapai. Di tuang dan di minum.
Tikk.
Faiqa tersentak. Lampu yang baru di pasang tadi tiba-tiba saja terpadam. Kini seluruh pelusuk rumahnya sudah bertukar gelap kembali.
Segera langkahnya di bawa keluar dari ruang dapur. Faiqa mahu naik semula ke biliknya. Mengambil telefon dan menghubungi Aliah. Bertanya keberadaan gadis itu sekarang. Sungguh, Faiqa fobia duduk dalam gelap sorang-sorang macam ni.
Aucchhhh!!
Faiqa mengaduh kesakitan. Pahanya yang terlanggar tepi bucu meja digosok pelahan. Bila dalam keadaan gelap macam ni, nak berjalan dalam rumah sendiri pun terasa susah.
Mata dah memerah. Rasa nak nangis pulak bila ada dalam keadaan macam ni. Namun segalanya tercantas saat telinga Faiqa tiba-tiba menangkap satu bunyi dari arah pintu utama rumahnya. Sepertinya pintu itu sedang di buka orang.
" Lia kau ke tu? "
Teragak-agak Faiqa bertanya. Waktu itu dia dapat melihat ada satu tubuh mulai membolosi masuk sebelum pintu utama rumahnya kembali di tutup. Faiqa ketap bibir. Kebisuan Aliah buat hatinya menjadi tak keruan.
" Lia kenapa kau diam? kau okey ke? "
to be continue....
Share this novel