Bab 66

Romance Completed 57501

" Puas hati akak sekarang? Akak dah pun musnahkan semuanya! "

Adam mendengus geram. Rambutnya diramas kasar.

Dia kembali semula berhadapan dengan Ainaa setelah pujukannya pada Faiqa sebentar tadi gagal. Kecewanya Adam bila panggilan dan teriakkannya langsung tak membawa apa-apa makna bila Faiqa nekad sekali lagi meninggalkannya.

" Hah eloklah tu. Kau pun memang dah tak ada hati pada dia kan. Alang-alang dia dah ada kat sini biarlah dia tahu. "

Ainaa tersenyum puas. Langsung tak ada rasa kasihan pada adik sendiri yang masih menaruh harapan agar rumahtangganya kembali terjalin. Apa yang dia fikir, Syira mampu bahagiakan Adam lebih dari Faiqa.

" Siapa cakap hati saya dah berubah? Hati saya masih untuk Faiqa. Saya masih sayangkan dia. Dia isteri saya kak. "

Terdengar kasar hembusan nafas Adam. Kian sakit hatinya dengan sikap Ainna di hadapannya. Ainaa seolah lebih arif apa yang ada dalam hatinya. Adam sedar dia tersilap percaturan. Dia kecewakan Faiqa dengan tuduhan melulu tapi semua manusia layak diberikan peluang kedua kan? dan dia sedang cuba menuntut itu pada Faiqa. Tapi malangnya kehadiran Ainaa benar-benar telah memusnahkan semuanya.

" Habis tu yang kau bagi harapan kat Syira tu apa dia? kau nak permainkan perasaan dia ke? Kau jangan macam-macam eh Adam. "

Ainaa dah berubah riak. Muka Adam terus menjadi mangsa renungannya. Kebelakangan ni bukan main ligat Adam keluar dengan Syira. Takkan tak ada tempat lagi untuk Syira di hati Adam.

Adam raut muka dengan telapak tangan. Turun naik nafasnya tatkala itu.

" Siapa yang bagi harapan? Saya keluar dengan Syira pun sebab akak yang paksa saya. Dan tak pernah sesekali pun keluar dari bibir saya ni saya kata suka kat dia. "

Adam geleng kepalanya. Apa sebenarnya Ainaa ni nak. Selama Faiqa meninggalkan Adam semua kehendak Ainaa dia turutkan. Tapi tak bermaksud Faiqa sudah tak ada dalam hatinya. Cintanya pada Faiqa tak pernah pudar.

" Tapi Syira tu sukakan kau! "

" Dia suka saya tapi saya tak pernah sukakan dia! Hati saya masih setia untuk isteri saya seorang iaitu Faiqa. "

Ainaa gelisah. Segera dia menghampiri adiknya yang duduk di kerusi dengan tangan menampung dagu.

" Kau dah lupa ke Adam. Isteri kau tu kan dah curang dengan kau. Takkan semudah tu kau nak terima dia semula. Cuba celikkan biji mata kau tu luas-luas. "

Adam hela nafas. Di pandang muka Ainaa yang tak senang duduk.

" Dahlah kak. Saya dah pun maafkan dia. Saya nak lupakan semuanya. Faiqa layak diberi peluang kedua. "

Ya, Adam dah nekad. Dia nak pulihkan semuanya. Peluang kedua adalah cara terbaik untuk pulihkan keadaan tapi Ainaa dah pun musnahkan semuanya. Faiqa tentu takkan terima dia lagi. Hati Faiqa mungkin bernanah kembali dengan semua ni.

Tentu Ainaa tak tahu, selama ni Adam tersiksa berpisah dengan Faiqa. Ainaa tak nampak ke jiwa Adam kesepian. Hati Adam kosong tanpa insan bergelar isteri.

" Tapi Adam... "

" Akak baliklah. Saya dah tak ada apa lagi nak cakap dengan akak. "

Pelahan tapi ada ketegasan dalam ayat yang dituturkan Adam. Sekarang bukan masa sesuai untuk berdebat. Adam perlukan masa. Adam nak bersendirian menenangkan hatinya yang rawan di tinggalkan Faiqa.

" Akak...."

" Just go!!! "

Bergema rumah itu dengan suara teriakkan dari Adam. Adam tertekan.

.
. .

Aliah membeku.

Setiap ayat yang keluar dari bibir Faiqa buat hati Aliah jadi runtun. Bertalu dugaan datang dalam hidup Faiqa buat dia terkadang berfikir sayangnya Allah saat memberikan ujian itu pada wanita seperti Faiqa. Di abaikan sang suami saat mengandung bukan lah sesuatu yang mudah untuk di tanggung. Kalau dia di tempat Faiqa sudah tentu dia takkan sekuat ini.

" Habis tu laki kau tu dia buat apa je? takkan dia tak pertahankan kau langsung? " tanya Aliah tak tertahan. Marah betul Aliah saat Faiqa datang dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya.

Faiqa diam.Perlahan-lahan kepalanya digelengkan.

" Tak guna punya suami! Dasar doktor skema ubi! Apa jenis laki macam tu. Langsung tak back up isteri sendiri " gumam Aliah sakit hati. Muka kemerahan Faiqa dipandang. Jatuh kasihan Aliah melihat nasib Faiqa yang terusan di timpa musibah. Adam dan Ainaa sama saja. Dua dua kejam. Tak ada hati perut.

" Jahat sangat ke aku ni Lia? sampai anak aku yang tak berdosa ni pun dia orang nak pertikaikan. " tanya Faiqa dalam esakkan yang masih bersisa. Kalau Ainaa saja yang pertikaikan dia boleh lagi terima tapi Adam sendiri sangsi dengan anak yang aku kandungkan. Ya Allah.. Hina nya Faiqa rasa sekarang.

Aliah pantas menggeleng.

" Kau tak jahat Aika. Yang jahat tu.. Kak Ainaa mulut puaka tu. Dia tu kalau aku dapat. Aku cili-cilikan jugak mulut dia tu. Pasal apa dia suka sangat menyibuk hal rumahtangga orang lain. Diri tu dah cukup sempurna sangat ke? ish, sakit pulak hati aku dengar cerita kau ni lah "

Aliah ketap gigi. Bukan dia tak pernah berjumpa dengan Ainaa sebelum ni. Ada beberapa kali. Dari segi penampilan dan air muka langsung tak mengambarkan perangai Ainaa seteruk ini. Malang sungguh Faiqa ada kakak ipar mulut puaka macam ni.

" Lia, kau percayakan aku kan. Sumpah Lia, ni memang anak Adam. Aku tak pernah tidur dengan laki lain. Aku setia dengan Adam sorang je. " makin deras air mata Faiqa mengalir. Besar betul tuduhan Ainaa pada dia kali ni.

Aliah genggam erat jemari Faiqa. Diusap tangan Faiqa yang lembut. Badan Faiqa yang terhenjut-henjut akibat tangisan yang masih belum surut dipandang sayu.

" Ya. Aku percayakan kau. Kita kawan dah lama, Aika. Aku tahu kau jenis orang yang macam mana. Sekali kau dah sayang orang tu, kau akan terus setia biarpun diri kau yang merana. Macam sekarang. Kau merana kerana cinta Adam. "

Memang itu sifat yang jelas dalam diri Faiqa. Menyintai biarpun berkali disakiti.

" Thanks Lia. Kau sahabat aku dunia akhirat " Sebuah senyuman di ukir biarpun tak seindah selalu. Kini benar lah kata pepatah. Sahabat yang baik umpama bintang, tak selalu kelihatan tapi sentiasa ada bila kita memerlukan.

" Tak ada apa yang aku mampu tolong kau selain nasihat. Kau kena yakin Aika, selepas hujan pasti ada pelangi. Setiap ujian pasti ada hikmahnya. Allah uji sebab dia sayangkan kau. Kau sabar ya "

Faiqa anggukkan kepalanya. Ya dia yakin tentang itu. Tiap-tiap ujian pasti ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin sekarang dia hilang orang yang dia sayang tapi dalam masa yang sama Allah bagi dia zuriat. Zuriat yang mampu menjadikan dia orang yang lebih kuat. Dan tentunya zuriat ini adalah penyambung cintanya terhadap Adam yang tak mampu di teruskan.

" Aika... "

Faiqa mendongak. Bersedia dengan soalan Aliah.

" Betul ke Adam nak ceraikan kau? " pelahan suara Aliah bertanya. Entah kenapa susah untuk dia percaya lelaki seperti Adam sanggup lakukan semua ini.

Pelahan Faiqa mengangguk dengan riak kecewa. Memang itu yang di beritahu oleh Ainaa tadi. Andainya Ainaa hanya mereka-reka cerita kenapa Adam hanya membiarkan?

" Kalau dia ceraikan kau, dia lelaki yang paling bodoh yang pernah aku jumpa. Dia doktor kot. Kalau dia takut sangat ni bukan anak dia. Buatlah ujian DNA. Dasar otak sempit "

Faiqa terjeda.

Kalau Adam bertindak senekad itu, sudah tentu hatinya akan bertambah kecewa dan terluka. Terbukti Adam memang tak percayakan dia. Sampai sanggup mencurigai kejujuran dan kesetiaannya dia selama ini.

" Kalau dah itu kehendak dia, aku redha, Lia. "

Faiqa sandarkan tubuhnya pada kerusi. Sakit kepala bila menangis tak berhenti dari tadi. Faiqa ingatkan kejadian lalu menjadikan dia semakin kuat. Tapi nyata dia sekali lagi tewas dengan airmata yang dicipta oleh manusia kejam disekelilingnya.

" Aku tahu kau kuat. Kau jangan menangis lagi eh. Kesian kat anak angkat aku ni. Kang tak pasal keluar cembel macam muka kau. Dah tak lawa. " usik Aliah.

" It's okay. As long tak garang macam muka Untie Lia dia. "

Faiqa dan Aliah ketawa serentak. Menceriakan suasana kelam sebentar tadi.

Kelibat Aliah yang sudah hilang di sebalik tembok yang memisahkan ruang tamu dengan dapur dipandang kosong. Faiqa mengeluh perlahan. Nasib baik Aliah ada di rumah. Bolehlah juga dia menghilangkan rasa sedihnya di sini. Kalau terus balik ke rumah, naya kena soal jawab dengan mama. Yes. dengan Haqiem juga. Lelaki tu mana boleh tengok dia bersedih.

Faiqa terjaga ketika jam menunjukkan angka 7.30 malam. Bangun saja terus Faiqa cari telefonnya. Mesti semua orang sedang mencarinya.

" Kau cari telefon ke? "

" Aah kau ada nampak tak? "

Faiqa kerling Aliah yang baru keluar dari bilik dengan lengkap bertelekung. Baru lepas solat maghrib agaknya.

" Ada atas meja tu. Aku tolong cas. Dari tadi asyik berbunyi je telefon kau. "

Faiqa pandang arah muncung Aliah sebelum matanya tertacap telefonnya yang bercas di suis tepi televisyen.

" Ada orang call aku ke? siapa?"

" Siapa lagi kalau bukan bakal duda kau tu "

Faiqa mencebik. Suka hati Aliah je, gelarkan Adam tu duda dia, macam mendoakan pulak dia ni kena cerai.

" Hah, lagi satu. Tadi Haqiem ada call. Aku angkat. Aku cakap kau ada kat sini. Tapi jangan risau aku tak cakap apa-apa pun pasal hal tadi. "

Faiqa tarik nafas lega. Nasib baik Aliah pandai cover. Kalau boleh dia tak nak kejadian Adam di pukul berulang kembali.

" Tapi kan, aku rasa bagus jugak kalau Haqiem tu tahu pasal hal tadi Biar dia belasah lagi si Adam tu. Mana tahu lepas ni baru berfungsi sel-sel otak doktor sengal ubi tu. " gerutu Aliah geram.

Faiqa senyum. Sengal ubi? Hmm, macam sesuai je panggilan tu untuk Adam. Kalau tak kerana sengal Adam semua ni tentu tak akan jadi.

" Lia, pinjam telekung. Aku nak solat. Lepas tu aku nak balik. Mama mesti tengah berkawad tunggu aku kat rumah tu. "

Faiqa bangun. Perutnya diusap pelahan. Mengeras pulak baby dalam perut ni.

" Eh, tak payahlah balik. Kau tidur jelah kat sini. Boleh temankan aku. Lagipun kau pun tentu penat kan. " pujuk Aliah. Paling tidak boleh Faiqa temankan dia malam ni. Ada juga teman berborak.

Faiqa diam. Berfikir sejenak.

" Hmm, okay. Tapi esok petang kau free kan? temankan aku boleh? "

" Kau nak pergi mana? "

" Rahsia. "

" Hah? ajak aku teman tapi nak berahsia bagai. Tah apa-apa. " gerutu Aliah.

" Ala, kau ikut jelah. "

" Hmm, yelah. "

Faiqa ketawa. Pipi Aliah di cubit geram sebelum laju dia masuk ke bilik air.

.
. .

Seperti yang dijanjikan petang itu habis saja waktu kerja Aliah terus mengikut Faiqa. Tatkala kereta Faiqa membelok masuk ke simpang yang dipenuhi kenderaan bersiren menyebabkan otak Aliah mula dihujani dengan pelbagai soalan.

" Ini ke tempat rahsia kau tu? "

Faiqa senyum. Muka kendur Aliah dikerling sekilas. Kemudian mata Faiqa terus fokus mencari petak parking yang kosong.

Aduh, semua penuh. Takkan satu pun tak ada untuk aku.

Sepatutnya ibu mengandung macam aku ni kena ada parking khas. Kalau tak macam ni lah. Berpeluh ketiak nak cari parking.

" Aika, kita datang sini nak buat apa? " soal Aliah. Matanya terus meliar membantu Faiqa mencari petak parking yang kosong.

" Rahsia "

" Eh eh kau ni. Dari semalam nak berahsia dengan aku. Cakaplah. Kalau tak.... "

" Hah .. tu parking kosong. Rezeki.. Rezeki " bersorak gembira Faiqa. Laju pedal minyak ditekan. Lambat kang melepas.

Aliah cebik bibir. Dan-dan je. Nak mengelak soalan aku la tu.

Selesai mengunci kereta. Kaki dibawa menuju ke lif. Sekali lagi Faiqa belek telefonnya. Peti mesej di buka.

Kenanga 11, katil 20A

" Kau silap tempat ni Aika. Check up ibu mengandung dekat bangunan depan sana tu. " ujar Aliah sambil menarik tangan Faiqa yang baru saja mahu menekan button lif.

" Eh, bila masa pulak aku nak buat check up. " Faiqa tarik semula tangannya dari genggaman Aliah. Button lif ditekan.

" Habis tu? kita buat apa kat sini? "

" Melawat kawan kita. Dia sakit. "

Aliah garu kepalanya. Muka Faiqa dipandang pelik. Makin keliru dia jadinya.

" Kawan kita tu siapa? "

" Er... "

Right now, I'm in a state of mind
I wanna be in like all the time
Ain't got no tears left to cry
So I'm pickin' it up, pickin' it up

Lagu nyanyian Ariana Grande itu mengejutkan Faiqa. Menyala-nyala telefonnya minta di angkat. Segera button hijau ditekan.

" Aah dah sampai. Ada kat depan lif ni. Okay kejap lagi Aika naik. Waalaikumusalam "

Button merah ditelefon ditekan.

" Dah jom naik cepat. Dah masuk waktu melawat ni. "

Aliah di sebelah hanya mengangguk. Kaki hanya mengikut langkah Faiqa yang sudah laju ke depan.

Kawan kita? siapa dia tu...

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience