Bab 56

Romance Completed 57501

" I ceraikan you dengan talak 1 "

Faiqa terkesima.

Mulutnya ditekup tak percaya. Berkali-kali kepalanya digeleng menidakkan perkataan keramat yang baru saja keluar dari mulut Adam. Pelahan-lahan tubuh Faiqa longlai terjelupuk atas kerusi depan Adam. Mutiara jernih mula mengalir laju.

" Abang... please abang..... "

" I lepaskan you Faiqa. You pergilah ke mana pun yang you nak. You keluarlah dengan seberapa banyak laki sekalipun. I dah tak kisah. You bukan lagi isteri I. Dosa you bukan lagi I yang tanggung "

Adam usap lehernya. Kesal? tak sesekali. Adam dah nekad. Adam tak nak lagi cintanya dipermainkan. Cukuplah. Faiqa buat dia rasa betul-betul serik menyintai seseorang.

" Sampai hati abang buat Aika macam ni " Faiqa mengogoi menangis. Teresak dia depan Adam yang hanya menayangkan wajah tak bersalah.

Adam ketawa sinis. Sangat sinis.

" what do you means sampai hati? you nak I jadi suami dayus ke? masih simpan isteri yang dah terang-terang curang pada I " Hilang kesabaran Adam. Habis semua rasa cintanya bila melihat gambar Faiqa berdua-duanya dengan lelaki yang langsung Adam tak kenali. Begini rupanya permainan Faiqa di belakangnya.

Faiqa capai kaki Adam. Dipegang kaki Adam seakan mahu di ciumnya saja kaki itu. Tak apa Faiqa sanggup andai ini bayaran untuk Adam kembali bersamanya.

" Semua ni fitnah. Aika tak pernah curang dengan Abang. Sumpah! Demi Allah! Aika tak buat semua tu. " sangkal Faiqa bersungguh-sungguh. Dia perlu membela diri. Dia tak sanggup di tuduh curang, benda yang dia tak pernah sesekali buat. Dia bukannya tak tahu hukum Allah. Dia masih tahu dosa pahala.

" Huh! Demi nak selamatkan diri, sampai sanggup main nama tuhan. Hebat! "

" Ini bukan soal nak selamatkan diri. Tapi ni soal maruah. Abang dah tuduh Aika macam-macam. Jadi Aika kena pertahankan hak Aika. " Laju Faiqa menjawab.

" Tapi sayang, I dah jatuhkan talak pada you. Tak guna you nak sumpah bagai. Its all over! We are finished now. " Adam tolak tangan Faiqa yang masih melingkar di kakinya. Terdorong tubuh kecil Faiqa ke belakang. Faiqa pegang pinggangnya yang terkena bucu kerusi. Sakitnya Ya Allah...

Adam meluat. Setiap rintihan dan tangisan Faiqa betul-betul buat Adam rasa meluat. Adam takkan mudah tertipu lagi. Adam dah tak sanggup jadi suami kepada perempuan seperti Faiqa. Rasa geli dan jijik setiap kali memikirkan Faiqa adalah perempuan yang menemani tidur malamnya. Kenapa lah selama ini dia tak nampak sikap sebenar Faiqa. Faiqa bukanlah perempuan setia seperti yang dia harapkan.

Faiqa cepat-cepat bangun bila melihat Adam mula meninggalkan ruang tamu. Ya, Faiqa perlu kejar Adam. Kali ni tangan Adam pula yang Faiqa pegang. Faiqa perlu pujuk Adam. Takkan nak biarkan hubungan mereka berakhir macam tu je. Walaupun talak dah jatuh tapi mereka masih boleh rujuk. Faiqa masih cintakan Adam.

" Tapi kita masih ada peluang. Kita masih lagi boleh rujuk. Please.. abang bagi Aika peluang. Aika sayangkan abang. Aika tak boleh hidup tanpa Abang. " meruntun hati Faiqa bila Adam mahu meninggalkannya di situ. Faiqa peluk tubuh Adam. Rapat. Faiqa tak nak Adam pergi. Faiqa tak boleh teruskan hidup tanpa Adam.

Adam ketawa. Kali ni ketawanya sedikit kuat berbanding tadi. Bahu Faiqa kemudiannya di tolak sedikit ke belakang. Mata Faiqa di renung galak.

" Cukuplah! I dah penat. Kalau ini yang dinamakan cinta I lebih rela buang perasaan ni dari awal lagi "

Serentak itu tubuh Faiqa di tolak ke lantai. Puas hati Adam. Cinta dia untuk perempuan yang jujur. Bukan penipu macam Faiqa.

" Abangggggg.... Jangan tinggalkan Aika... "

Faiqa terjaga. Mukanya diraup berkali-kali. Mengucap panjang Faiqa dengan tangan naik mengurut dada sendiri.

Mimpi rupanya.

Faiqa pandang sekeliling. Sunyi.

.
. .

" Mimpi apa ajak aku makan kat sini? tetiba pulak tu. Rindu aku eh? "

Fakrul angkat keningnya. Muka lelaki berbaju kemeja hitam depannya dipandang kejap. Tak pernah tak mengancam Dr. Adam ni. Patut lah waiter kat kaunter tu asyik usha je kat sini. Nak test market pun tak susah kalau berduaan dengan Adam ni.

Adam picingkan matanya. Rindu? buang tebiat ke apa? nak rindu kat mamat sengal ni. Baik tak payah. Buang masa.

" Hisyh kau ni. Nak mengunyit pun agak-agak lah. Aku ajak keluar pun banyak soal. Kang aku tak ajak kau kata aku lupa kawan pulak. " Adam hirup nescafe O panas depannya. Pelahan dan penuh berhati-hati.

Fakrul ketawa. Memang dah lama mereka berdua tak berjumpa. Sejak Adam kahwin baru 3 kali mereka keluar bersama. Entah apa yang mereka sibukkan sampai nak hang out bersama pun tak ada masa. Sibuk ulit bini masing-masing agaknya.

" So how your life? bahagia jadi suami orang? "

Adam diam. Soalan itu sangat tak kena pada masanya. Saat jiwanya tengah bercelaru takkan mungkin dia rasa bahagia. Dia tak rasa happy sekarang. Jiwanya rasa terbeban. Apatah lagi mengingati peristiwa semalam. Benar-benar buat otak Adam bertambah serabut.

" Biasa je. " balas Adam pendek.

Terhenti suapan Fakrul. Anak matanya segera mencari muka Adam. Jawapan Adam meragukan. Bukan ke sepatutnya Adam ceria bercerita tentang kehidupan barunya bersama Faiqa. Ini tidak, berjela yang ditanya, hanya sepatah yang dijawab.

" tapi kau bahagia dengan Faiqa kan? "

Adam senyum tipis. Membiarkan Fakrul membuat telahannya. Bagi Adam dia lebih selesa untuk tidak membahaskan atau menceritakan hal rumahtangganya kepada orang luar. Dia lebih tahu apa yang patut dan perlu dia buat.

" Rul, kejap lagi kau temankan aku boleh? Aku nak pergi beli glove baru la. Glove lama aku dah hilang entah ke mana. "

Berubah ceria air muka Adam saat teringatkan motosikal Kawasaki z1000 miliknya. Motosikal yang sudah lama tidak digunakan sejak dia bergelar suami.

" Aik, bukan dulu kata nak cuci tangan ke? ni tetiba nak cari glove bagai ni apa kes bro? "

" Asyik tunggang kuda putih je. Sekali sekala kuda hitam aku tu pun nak berasap jugak. Mahal tu aku beli. "

Adam ketawa. Ketawanya nampak sangat bahagia. Mana taknya, dari menghadap jem hari-hari lebih baik dia menunggang motosikalnya ke tempat kerja. Jiwa pun lebih tenang.

Telefon atas meja berbunyi tiba-tiba. Adam capai telefonnya. Melihat nama yang tertera di atas skrin buat air muka Adam berubah. Hujung bibirnya diketap.

" Siapa call? wife kau ke? angkat lah. " gesa Fakrul bila telefon Adam tak berhenti berbunyi.

" Biarlah. Tak penting pun. " balas Adam seraya menghabiskan minuman yang masih berbaki separuh.

Otak Fakrul mula memikirkan sesuatu.

.
. .

Faiqa kerling ke arah ruang garaj. Hanya ada kereta Mercedes Benz dan BMW X1 di situ. Hati Faiqa lega. Bermakna Datuk Heykal dan Haqiem sudsh bergerak ke tempat kerja. Dengan pelahan pintu keretanya di buka. Bagasi di belakang bonet diambik dan ditolak menuju ke pintu masuk utama.

Langkah Faiqa lemah dan longlai. Sedikit menggigil tubuhnya pagi itu. Sejak malam tadi dia tak dapat melelapkan matanya. Dan pagi ini digagahkan dirinya untuk datang ke sini. Itu pun setelah memastikan Adam sudah keluar dari rumah.

" Ibuk.... Ibuk.... "

" Ish, dah kenapa pulak dengan kamu ni Wida. Ruang tamu depan kamu dah bersihkan? " marah Datin Faridah bila Wida berlari sambil memanggilnya dengan kuat. Buat terkejut dia saja. Muka cuak Wida di pandang. Apa kena pulak ni? Dah macam orang kena kejar hantu je. Nak cakap hantu, siang hari buta.

" Itu.. itu... di depan. Ada orang datang. " kelam kabut Wida memberitahu majikannya sebaik saja dia nampak kelibat Faiqa di depan tadi. Faiqa nampak lain sangat. Dia yang melihat pun hampir saja tak kenal anak majikannya sendiri.

Datin Faridah kerut dahi. Siapa pulak yang datang ke rumahnya awal pagi begini?

" Salah rumah kot. Kat luar pintu pagar ke? " tanya Datin Faridah semakin pelik. Kawasan perumahan elit seperti ini, bukan sebarangan orang boleh masuk. Dan kalau ada orang masuk sekalipun dah tentu pengawal keselamatan akan menelefonnya terlebih dahulu.

" Bukan di luar buk. Tapi di dalam rumah." Jari Wida menunjuk ke arah ruang tamu utama yang baru saja selesai di bersihkannya.

Datin Faridah kacip gigi. Laju kaki di bawa ke arah yang di maksudkan.

Panggg

" Astaghfirullah al azim... Aika! "

Berlari Datin Faridah mendapatkan Faiqa yang sudah terjelupuk atas lantai.

Tuala kecil yang sudah dibasahkan diletakkan perlahan-lahan di atas dahi Faiqa. Sejak tadi Datin Faridah setia menunggu anaknya di situ. Menunggu dengan penuh sabar Faiqa sedar dari pengsan sambil mulut tak berhenti berdoa.

Datuk Heykal dan Haqiem sudah turun ke bawah sebaik melihat keadaan Faiqa. Terdiam kedua lelaki itu dengan pelbagai soalan sedang menerjah ruang fikiran mereka. Apa sebenarnya yang telah berlaku pada Faiqa sampai sebegini teruk keadaan gadis itu. Padahal tiga hari lepas sewaktu Faiqa datang ke sini, wajahnya ceria saja. Langsung tidak nampak apa-apa perubahan yang pelik. Dan hari ini tersayat hati mereka bila melihat keadaan Faiqa yang tak ubah seperti orang yang sedang mengalami depression yang sangat teruk.

Perlahan-lahan Faiqa membuka kelopak matanya setelah dia rasakan ada seseorang sedang memegang telapak tangannya. Dia menoleh. Memandang mamanya dengan mata yang terkedip-kedip melawan pantulan cahaya lampu yang terang.

" Alhamdulillah anak mama dah sedar. " ucap Datin Faridah seraya mencium dahi anaknya. Hampir luruh jantungnya bila melihat keadaan Faiqa tadi. Tiba-tiba saja pengsan. Nasib baik tubuh Faiqa tak jatuh atas meja kaca di ruang tamu.

" Ha..haus. " Faiqa kerdipkan matanya pelahan. Berapa jam agaknya dia pengsan sedar-sedar dah malam macam ni.

Datin Faridah capai gelas diatas meja disebelah Faiqa. Di sandarkan tubuh Faiqa di kepala katil lalu segelas air diberikan pada anaknya.

" Aika nak apa-apa lagi tak? "

Faiqa menggeleng.

" Aika nak makan? Mama boleh ambilkan?

Faiqa menggeleng lagi. Dia tak terasa nak makan. Dia belum lapar.

" Mama turun dulu. Kalau Aika nak apa-apa Aika call mama ye. Ni mama letak telefon Aika dekat sini. " pesan Datin Faridah. Sedih hatinya melihat tubuh Faiqa yang lesu tak bermaya.

Faiqa capai telefon.

Laju jemarinya menari atas telefon. Dibelek telefonnya dengan penuh harapan Adam akan mencarinya tapi Faiqa hampa. Adam langsung tak ada call atau mesej dia.

Abang betul-betul dah buang Aika ke?

Faiqa sebak. Tangisannya kembali berlagu. Memang itu sajalah yang mampu dia lakukan sekarang.

" Macam mana mama? Aika dah sedar? Aika okey tak? "

Belum pun sempat Datin Faridah duduk, Haqiem sudah menyerangnya dengan soalan. Riak risau dimuka Haqiem sama seperti tadi. Dia tahu Haqiem risaukan Faiqa. Mahu tak risau, seharian Faiqa tak sedarkan diri. Ketika melihat Faiqa di bilik tadi, Haqiem sendiri terkejut. Muka Faiqa pucat tak berdarah. Matanya bengkak. Tubuhnya lemah. Buat Haqiem betul-betul nak tahu apa sebenarnya yang dah jadi.

" Alhamdulillah Aika dah sedar. Tapi mama tak cakap banyak pun dengan dia. Mama nak dia rehat cukup-cukup. " Bagitahu Datin Faridah. Muka Datuk Heykal yang tenang di kerling. Suaminya macam itulah. Selalu tenang dalam apa jua keadaan. Berbeza dengan Datin Faridah yang memang tak reti nak tenang bila keadaan macam ni terjadi. Huru hara.

" So mama nak Aqiem call Dr. Norman tak? " Dr. Norman adalah doktor peribadi keluarga mereka. Memang menjadi kelaziman setiap pesakit dalam rumah ni akan mendapatkan rawatan dari kawan baik Datuk Heykal itu.

" Dr. Norman outstation. Mama dah call tadi. Tengoklah kalau keadaan Aika still tak okey, kita bawak dia terus pergi hospital " cadang Datin Faridah. Kalau setakat demam biasa bolehlah jugak Datin Faridah tolong ubatkan tapi kalau lebih dari tu memang wajib di hantar ke hospital.

Haqiem mengangguk. Datuk Heykal masih seperti tadi. Diam sambil tangan memegang tab. Pantau saham MH Holdings lah tu.

" Kalau macam tu Aqiem call Adam la. Biar Adam datang ke sini. Aika pun mesti perlukan suami dia. " ujar Haqiem lantas telefon dikeluarkan dari poket seluar. Bukan Haqiem tak cuba telefon Adam tadi tapi asyik masuk mailbox je. Nak ke rumah mereka Haqiem was-was takut Adam tak ada pula kat sana. Jadi jalan terbaik telefon saja Adam dan minta Adam datang ke sini.

" No. Jangan call. " Datuk Heykal yang tadinya diam mula bersuara.

Serentak kepala Datin Faridah dan Haqiem memandang ke arahnya.

" But why? " Haqiem kerut dahi. Tak faham maksud jangan Datuk Heykal tu. Isteri sakit takkan suami tak diberitahu.

" i think something happened between us. You see the luggage in Faiqa room? so I dont want to make any trouble. "

Haqiem berfikir sejenak. Memikirkan kebenaran pada setiap kata-kata Datuk Heykal. Jadi ada sesuatu telah terjadi antara mereka. Oh, patutlah keadaan Faiqa teruk sangat.

Apa yang kau dah buat ni Adam?

to be continue.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience