Bab 44

Romance Completed 57501

Faiqa menyanyi riang. Lagu Beautiful nyanyian Bazzi teralun pelahan di celahan bibirnya. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, Faiqa melangkah keluar dari bilik mendapatkan Adam yang sudah siap sedia menunggunya di bawah.

" Let's go "

Faiqa berhenti di hadapan Adam. Adam yang asyik dengan telefon angkat muka. Faiqa yang berdiri di depannya direnung lama. Berlapis dahi Adam.

" Why? any something wrong? " Faiqa sudah rasa tak selesa dengan pandangan Adam. Aku terlebih cantik sangat ke pagi ni. Rasanya biasa-biasa je.

" Nak pergi ofis pakai macam ni? Please change! Wearing blouse and pants. " arah Adam tiba-tiba. Dia menunduk semula mengadap telefon. Penampilan Faiqa pagi tu sangat tak berkenan pada matanya. Sakit matanya memandang.

Faiqa pandang diri sendiri. Dia hanya mengenakan dress peach separas bawah lutut yang dibelinya bersama Aliah minggu lepas. Rambut lurusnya pula sengaja di curl pada bahagian hujung. Eh, rasanya okay je penampilan dia.

" No! I don't want to change. I like this dress " bantah Faiqa masih tak berganjak. Dia tak tahu apa masalah Adam sekarang. Pagi-pagi hari lagi dah nak membebel.

" why you so stubbon hah? " kali ni Adam tak main-main. Mukanya sudah berubah riak. Lebih tegang tidak seperti tadi. Dia tak suka Faiqa berlebihan hanya untuk ke pejabat. Berhias untuk suami itu kan lebih baik.

" Eh, abang ni dah kenapa? apa masalahnya Aika pakai dress ni? " bentak Faiqa tak puas hati. Faiqa tak faham kenapa bajunya dijadikan isu pagi ni. Adam yang dia kenal dulu bukan jenis suka memaksa. Namun sejak kebelakangan ni rajin sangat Adam menegur cara dia berpakaian. Padahal sebelum ni Adam tak pernah kisah pun.

" Don't waise my time. I'm late! " naik seoktaf suara Adam. Kenapa Adam rasakan Faiqa semakin degil dan keras kepala. Padahal arahannya tadi bukanlah susah sangat untuk ditunaikan.

Faiqa merengus. Dia lantas menuju semula ke arah biliknya sambil menghentak kakinya dengan kuat. Terkumat-kamit mulutnya membebel gara-gara tak puas hati dengan arahan Adam.

Adam cerewek! semua nak dengar cakap dia! Adam tak betul hati pagi ni! mimpi ngeri agaknya malam tadi. Adam tak sporting langsung! Dress aku labuh kot, aku bukan berbogel.

Adam..... !!!!

Ah, dah tahu lewat kenapa sibuk nak suruh aku tukar baju. Adam, Bla bla bla ......

.
. .

" Lakaran resort tu lebih kurang macam ni. I nak sekeliling resort tu nanti dikelilingi pokok-pokok menghijau yang akan beri feel pada pengunjung yang datang. Target I masyarakat kota yang inginkan suasana desa yang tenang dan mendamaikan. Bahagian dalam pulak I nak mix moden and nature. Biar nampak exclusive. So what do you think? okay or you have any suggestion? " tanya Rizwan setelah panjang lebar hujahnya. Beberapa helaian kertas yang sudah siap dengan lakaran diletakkan di depan Faiqa

Lebar senyuman Rizwan. Terbayang dimatanya resort yang bakal dibangunkan nanti. Pastinya akan menjadi satu tarikan baru di negeri kelahirannya.

Rizwan pandang Faiqa. Jarinya dipetik sekali dua menyedarkan Faiqa yang sudah terlalu jauh mengelamun.

Faiqa tersedar. Riaknya cuba dikawal. Malu betol Faiqa bila kantoi mengelamun depan Rizwan. Rasa nak sorok muka dalam laci. Senyuman mengejek Rizwan dipandang.

" Sorry. Kita kat mana tadi? " Faiqa betulkan duduknya. Dia pandang helaian kertas yang di hulurkan Rizwan tadi. Not bad! lukisan nampak real. Ini mesti subjek drawing A+

" Kat Afrika kot. Tengah tengok cipanzi main kejar-kejar. " usik Rizwan selamba. Dia hanya ketawa bila Faiqa hadiahkan jelingan maut ke arahnya.

" Haha.. kelakar betul Encik Rizwan punya pick up line. Tak sangka ada bakal pelawak dalam ofis ni " sindir Faiqa geram. Entah apa yang jadi pada Faiqa harini. Ingatannya asyik tertumpu pada perilaku sang suami yang semakin susah nak difahami. Kenapa Adam nampak lain sangat sekarang ni. Asyik nak cari salah aku je! dulu taklah macam ni. Sekarang makin menjadi jadi.

" Ini lah yang dinamakan bakat terpendam. Sekali sekala melawak tu perlu. Kalau tak jadi macam you lah. Jauh tersasar ke jalan yang benar. " seloroh Rizwan. Mood nak mengusik dah datang. Habis lah Faiqa jadi mangsa.

Faiqa ketap gigi. Kurang asam mamat skema ni! berani kau cakap kat aku macam tu.

" Eh eh sesedap mulut je cakap orang tersasar eh. Tumbuk nanti baru tahu " balas Faiqa. Muka sengaja dibuat garang.

Ketawa Rizwan dengan muka garang tak jadi Faiqa. Tak ada bakat betul sepupu aku ni jadi pelakon.

" Habis tu, kata nak discussion tapi fokus ke laut. No worries! tak lari ke mana pon doktor kesayangan you tu " Tempelek Rizwan. Tersengih-sengih Rizwan bila dia mengesan pipi Faiqa sudah kemerahan. Kenal sangat mood orang baru kahwin. Selalu hilang fokus.

Faiqa buntangkan matanya. What ever lah!

" so konsep resort ni nanti moden dan natural lah? " Faiqa kembali fokus pada niat utama mereka.

Rizwan mengangguk mengiakan.

" Yes. Like St. Regis, Bali. " Rizwan senyum lebar. Pengalaman berada di resort terkemuka dunia itu buat dia dapat ilham untuk konsep resort di Mersing nanti.

" Good idea! Gabungan dua konsep ni memang sesuai untuk resort tepi pantai. Untuk konsep natural kita boleh guna bahan seperti kayu logwood, bambu dan batu alam. Nampak fresh dan mendamaikan. Manakala untuk moden pulak kita boleh wujudkan dari struktur asas binaan. Contohnya penggunaan lebih banyak kaca pada dinding resort. " hujah Faiqa panjang lebar. Jadi berminat pula Faiqa dengan konsep yang di ketengahkan Rizwan.

Rizwan tepuk kedua tangannya. Nampaknya tak susah untuk Faiqa faham apa yang Rizwan mahukan. Harapnya lebih mudah urusan mereka selepas ni.

" Great! So proceed this concept. "

" Noted. " Faiqa bagi isyarat tangan. Settle satu masalah. Lepas ni boleh fokus masalah lain pulak. Masalah lain? Ya lah. Adam tu bukan masalah ke.

" Jom pergi lunch. I lapar ni.. " Faiqa pegang perutnya yang berbunyi. Meja dikemas serba sedikit sebelum beg diambil dan disarungkan ke bahu.

" Okay so kita nak makan kat mana ni? " Rizwan kerling Faiqa. Jangan harap Rizwan ada idea. Dia duduk sini pun baru sebulan. Nak ke mana-mana pun bertemankan waze. Silap langkah memang berjam nak ke satu tempat.

" Bagi kunci kereta. I bawak you pergi makan kat tempat special in KL " Faiqa pasti Rizwan akan suka tempat lunch mereka nanti. Kunci yang dihulurkan Rizwan di sambut. Masalah jugak eh kalau pergi balik kerja dengan encik suami. Nak gerak ke mana-mana pun payah. Nasib baik lah Rizwan ada. Boleh gunakan khidmat mamat ni.

.
. .

Meliar mata Faiqa mencari kalau-kalau ada meja yang masih kosong. Waktu tengahari begini kedai ikan bakar Jalan Bellamy ni memang tak pernah lengang. Berpusu-pusu orang datang.
Faiqa ukir senyum, dia mencuit pelahan bahu Rizwan seraya jari mengarah ke satu sudut. Ada jugak rezeki mereka untuk makan di sini.

" i pergi cop meja dulu, you pergi ambik lauk. Untuk i apa-apa pun boleh. " Ujar Faiqa setelah melihat anggukan Rizwan. Laju kaki Faiqa melangkah. Lambat nanti tempat mereka kena sambar pulak dek orang.

Faiqa buka telefon. Beberapa mesej dari group whatApp dibaca. Baru Faiqa perasan hari ni Adam langsung tak ada hantar mesej padanya. Marahkan aku lagi lah tu. Otak dia yang tak betul, aku pulak yang kena marah. Dress yang mahal-mahal tu suruh aku pakai kat rumah. Sakit jiwa agaknya laki aku tu. Bebel Faiqa masih tak puas hati.

" Sorry. Banyak sangat pilihan, rambang mata nak pilih. "

Faiqa senyum. Dia dah agak Rizwan mesti terpegun. Faiqa pandang hidangan yang terhidang depan mata. Boleh tahan jugak mamat ni punya lunch. Kalau hari-hari ke sini memang rabak duit poket.

" Selalu ke you datang makan kat sini? " tanya Rizwan setelah agak lama mereka berdua diam menikmati hidangan masing masing. Rizwan senyum melihat telatah Faiqa. Faiqa sama macam dulu, kalau makan penuh satu mulut.

" Tak jugak. Kalau teringin baru datang. " Faiqa senyum kelat. Tahu sangat Rizwan sedang mengata cara dia makan. Ah, lantak lah. Sotong bakar ni sedap kot.

" Dengan Adam? "

Faiqa mengangguk. Mengiakan tekaan Rizwan. Adam kalau datang sini ikan bakar talapia yang di cari. Cecah pulak dengan air asam. Perghhhh.... tak toleh kiri kanan.

" I nak tanya sikit boleh? " Faiqa berhenti menyuap. Muka Rizwan dipandang sebelum dia mengangguk setuju.

" Betul ke you dengan Adam kahwin .... " Rizwan tak jadi meneruskan kata bila dia ternampak kelibat seseorang yang dikenali sedang berjalan menuju ke arah mereka. Faiqa angkat kening. Dia turut ikut menoleh ke arah yang di pandang Rizwan. Berdengup jantung Faiqa.

Dia buat apa kat sini? takkan lunch kat sini jugak kot...

" Sayang....!!! "

Faiqa senyum segaris.

Confirm! cair taik telinga aku kat rumah nanti.

to be continue.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience