[ Bab 97 ] DBS

Romance Completed 253377

Senyuman terukir di bibirnya, hatinya tenang dan senang melihat keceriaan di wajah semua tetamu yang datang. Lebih tenang ketika melihat mommy dan ibu yang tertawa riang, berbual mesra. Sudah tiada sengketa. Lebih terhibur melihat gelagat Angah dan Uda, dengan lawak yang selalu mengusik. Sisi lain Angah yang ini sangat menenangkan, berbeza jika dia sedang marah dan mempertahankan adiknya.

Mereka berdua tu walau lahirnya berbeza tahun, tapi akrabnya dah macam kembar. Teringat dia semalam sewaktu Uda Fattah pertama kali ke rumahnya, “Besar gila rumah kakak, untunglah suami dia level kayangan. Ada swimming pool tak?” Habis satu rumah Uda pusing, anak-anaknya pun ikut mengekor ayahnya. Fuyoo sana fuyoo sini mulutnya. Itu kalau dia ke rumah Tan Sri Sufrie bagaimana agaknya riaksi Uda, banglo Khairil tidaklah semewah milik daddynya. "Kita marhaen mana mampu nak beli banglo besar macam kayangan ni."

Keceriaan yang terpancar di wajah masing-masing, menenggelamkan sengketa yang pernah terjadi. Lebih lagi mommy, memang sudah berubah. Sepanjang tiga minggu Umaira berpantang, mommy menjaganya dengan baik. Walau mommy sendiri tidak pandai, tapi mereka saling belajar. Mommy mandikan baby, mommy tolong Umaira berpantang. Benarlah disebalik dugaan yang Allah turunkan pasti ada hikmahnya.

Puteri juga selalu menelefon, bertanya khabar. Kebahagiaan jelas kedengaran dari alunan suaranya. Khabarnya, Izzuwan akan mengambil-alih perniagaan Datok Zamri sebaik projek di Sibu selesai. Siapa sangka, Allah mengubah warna hitam di dalam hati mereka, menjadi warna cinta seperti pelangi. Bohonglah kalau Umaira tidak happy ketika tahu Puteri berkahwin dengan Izzuwan. Dia rasa bagaikan mahu lompat bintang, serasa mahu menjerit suka. Tidak akan ada lagi Puteri yang akan mengganggu perkahwinan dia. Tidak akan ada Puteri yang akan jadi menantu mommy. Dia akan kekal bahagia bersama Khairil Izhan tanpa gangguan hingga ke Jannah.

Khairil menghampirinya dengan mendukung anak Khairina. Si kecil itu sebok hendak melihat baby. “Sayang lapar tak?” Dia hanya memandang Khairil. Tiada jawapan keluar dari bibirnya.

“Jangan tengok abang macam tu, sayang. Bergoyang lutut abang ni.” Khairil tersengeh. Tangan kanannya menarik Umaira ke tubuhnya. Satu ciuman dihadiahkan di pipi Umaira.

“Ishk malulah orang tengok.”

“Apa salahnya, abangkan suami yang romantik."

“Memang tak salah, tapi isteri kau tu dalam pantang lagi, ingat pantang 100 hari, Khai.” Khairil menoleh. “Haiqal” Mereka bersalaman. “Lama kau tak contact aku, ingatkan dah tak ingat jalan ke rumah aku."

“Sorrylah Khai, busy lagipun bini aku mabuk-mabuk.”

“Ada lagi?”

“Mestilah, kau tengoklah siapa.” Haiqal ketawa. Khairil juga ketawa kecil. Matanya sempat menjeling Umaira. Berlainan dengan Umaira, doktor menyuruh Umaira berehat sekurang-kurangnya 2 tahun dari mengandung. Kesihatannya lebih penting. Khairil pun dah ada si kembar comel itu, baginya keluarganya sudah lengkap.

“Comel anak kau Khai. Baby girl ni aku booking eh, tentu dah besar nanti cantik macam mak dia, manis, lembut orangnya. Jadi rebutan lelaki.” Haiqal memandang Umaira, pujiannya ikhlas. Dia memang akui Umaira seorang yang cantik manis. Hati yang marah akan menjadi sejuk jika memandang wajahnya. Sebab itulah dia pelik, kenapa Puan Sri Maria tidak suka pada Umaira, sedangkan Imran pun tergilakan Umaira dalam diam.

“Ehem..” Khairil berdehem. Isteri Haiqal mencubit lengan suaminya. “ Duk tengok isteri orang tu kenapa?” “Cantik..” Haiqal tersengeh.

“Qal, Imran tak ada contact kau?” Cepat-cepat Khairil menukar topik perbualan. Tak mahulah dia jika isteri Haiqal menarik muka masam. Dia mengajak Haiqal ke meja makan, sebaik melihat Umaira sudah berbual dengan isteri Haiqal. Anak kecil Khairina diserahkan pada adiknya.

"Dia ada meseg aku minggu lepas, dia kata dia macam dah jatuh cinta." Haiqal ketawa kecil. Imran jatuh cinta? Errmm.. Imran memang cepat jatuh cinta pada perempuan cantik. Imran juga pernah cintakan Umaira, Imran sendiri yang mengaku. Perasaan itu memang tidak boleh dipaksa.Walau Umaira tidak pernah melayan Imran, perasaan cinta itu hadir tanpa sedar, cuma pilihan itu ada di tangan kita, samada kita nak teruskan dengan perasaan itu, atau kita nak menolaknya dari awal.

"Imran bukan selalu jatuh cinta ke? Dengan Umaira pun dia nak try. Aku kalau tak fikirkan dia best buddy, lama aku karate si Im tu. Bukan aku tak tahu dia Whatsapp wife aku."

"Haha! Dah wife kau cantik, Khai. Wife kau tu manis mukanya Khai. Lembut sedap mata memandang. Kalau jadi wife aku, aku kurung jer dalam rumah. Cuma yang hairan tu, kenapa mommy kau tak boleh nampak cahaya kelembutan Umaira. Nak juga dengan Puteri tu, kalau aku jadi kau, aku kahwin dua-dua sekali. Habis cerita."

"Itu kalau habis cerita, kalau mommy lebihkan Puteri jer, terabai Umaira aku. Silap-silap kena sapu dengan Imran." Tutuplah cerita tentang mommy dan Imran. Tak payah serabutkan kepala lagi dengan kisah lama tu. Imran tak mungkin akan khianati persahabatan mereka. Imran pasti pegang pada janji.

"Kita doakan yang baik-baik untuk Imran, Khai. Mungkin kali ini yang betul. Umur pun dah terlajak dah, lambat-lambat nanti orang ingat, atok yang hantar cucu ke sekolah, padahal anak sendiri."

"Eh, ajaklah wife kau makan. Anak kau mari bagi aku pegang. Aku kena banyak praktis. Baby girl aku tu, aku takut-takut nak pegang, sebab dia kecil sikit dari abang dia. Alhamdulillah nasib baik dua-dua sihat. Cuma tak cukup berat."

Angah dan Uda sedari tadi asyik ketawa, ada saja lawaknya, siapa sangka, Angah yang bermuka bengis itu ada sense of humor. Sekali dia ditumbuk Angah, sekali lagi dia hampir ditumbuk. Tak boleh bernafas bila leher bajunya dicekak Angah. Dia dapat rasakan amarah yang sangat di mata Angah ketika itu, perasaan yang mampu membunuh. Siapa yang tak marah, jika adiknya bertarung nyawa kerana perbuatan bodoh suami sendiri. Lagi dikenang, lagi buat Khairil rasa malu, benci pada diri sendiri, bagaimana dia boleh tega buat surprise sebegitu kepada Umaira. Dia langsung tidak perasan yang isterinya itu tidak mahu dia berkahwin lain. Perempuan, lain di mulut lain di hati. Kan lebih baik berterus-terang dari menyatakan yang berlawanan dengan suara hati sendiri. Kalau betul dia berkahwin dengan Puteri, dan Umaira mahukan perpisahan, dia rela membujang dari terus menjadi suami Puteri.

Puteripun dah berkahwin. Hatinya sudah senang. Mommypun dah berubah. Moga kehidupannya akan baik-baik sahaja selepas ini, bahagia dengan Umaira dan si kembar dua.

"Khai, sini sekejap." Uda melambai tangan. Adalah tu, kalau dah Uda yang panggil. Bob pun dah ketawa, mestilah nak kenakan Khairil lah tu.

"Angah cepatlah buat lakon semula, macam-mana hari tu?" Uda sudah bangun dan menarik baju Khairil.

"Eh, eh. Habis renyuk lah baju aku, Fattah."

"Don't call me Fattah, call me Abang Uda."

"Ialah, ialah, Abang Uda. Adik ipar minta maaf ya, janji tak buat lagi. Janji akan setia hingga hujung nyawa."

"Wah! Baguslah adik ipar ni. Tak jadi nak belasah. Gatallah tangan aku. Ingat nak pindah duk berjiran dengan Khai lah. Kalau dia bergaduh jer, sedap aku dapat tumbuk muka Korea dia tu." Uda Fattah ketawa senang. Dia memeluk bahu Khairil dan sambil sebelah tangannya membetulkan baju melayu Khairil. Perlakuannya tadi, dia langsung tidak mengendahkan tetamu lain yang memandang mereka. Begitulah keluarga Umaira, riang dan selalu gembira.

"Nanti dia marah kau semula, Uda. Dia cakap 'ingat muka aku ni punching bag ke?'"

"Dah muka dia jambu, nak buat macam mana, baru sikit dah merah."

"Macam-mana dulu kau besarkan anak lelaki kau, Din. Tentu riuh rumah kau." Tan Sri Sufrie terhibur dengan gelagat anak-anak lelaki Haji Noordin.

"Farid dengan Fattah memang rapat, kalah si kembar tu. Tapi taklah susah besarkan dia orang, janji ada rotan, gertak jer menikus lah anak-anak aku. Dulu kalau nak takutkan anak lelaki aku, aku selalu cakap, kalau degil lagi, bukan kamu yang kena, tapi ayah pukul kakak. Kalau tak nak ayah pukul kakak, jangan nakal. Dia orang memang over protactive kat Umaira, adik kena gigit kerengga, habis pokok rambutan aku dibakarnya."
Juita dan Helmi yang baru sampai memberi salam pada Haji Noordin dan Tan Sri Sufrie.

"Aku nak tanyalah Rie, macam-mana Khai boleh kena panic attack, dia memang sakit dari kecil ke?" Tan Sri Sufrie menarik nafas dalam. Mengimbau kembali kenangan lama.

"Masa baru-baru di London, dia selalu kena buli. Satu hari tu, Mariam kata, dia balik muka lebam, berdarah sana sini. Baru Mariam nak tanya, ada call masuk, dari Johor.. kata Pak Mustapha meninggal dunia. Dia pula tu yang angkat, entah lepas tu Mariam kata, Khai terus kena sesak nafas, sakit dada, kepala pening, tekak dia loya. Dia kata dia macam nak mati. Doktor kata dia trauma, lagipun dia kan sayang pada arwah ayah kau Din. Entah apa difikiran dia masa tu, aku pun tak tahu."

Haji Noordin mengangguk-angguk. Mungkinlah juga, kalau melibatkan orang yang dia sayang, dia cepat panik. Tapi tak boleh berterusan panik, dah ada anak ni, apa-apa hal berlaku, susah juga.

"Lepas Umaira habis pantang, kita buat kenduri kat Kulai ya Din. Kasihan tu, tak dapat makan. Apa orang kata, terkecap-kecap bibirnya tengok orang makan." Tan Sri Sufrie tersenyum melihat Umaira yang sedang membetulkan sampin Khairil. Lebih mendamaikan hatinya bila isterinya Maria sudah boleh menerima Umaira, dan sudah jauh berubah. Niatnya ingin menunaikan Umrah bersama-sama Maria, Noordin dan isterinya nanti. Dan dia akan menyerahkan Mega Holdings kepada Khairil. Perniagaan yang diwarisi dari ayahnya, dikembangkan dan dimajukan sehingga kini sudah memiliki banyak cawangan. Sampailah sudah giliran Khairil untuk meneruskan legasi keluarga. Moga perniagaan ini akan diteruskan oleh anak cucu Khairil pula nanti.

Datok Harun menghulur salam. Sejak anak-anak mereka bersahabat baik, Datok Harun dan Tan Sri Sufrie juga menjadi akrab. Selalu main golf bersama. Selalu juga dia mendapat nasihat dari Datok Harun berkenaan Khairil.

"Imran mana?"

"Ada tu, dengan kawan dia."

"Imran! Thanks bro sebab datang. Eh?"
Khairil macam kenallah perempuan yang datang bersama Imran. Ya, dia kenal. Macam Ustazah Asiah. Dia tak salah orang kan?

"Sayang" Khairil memanggil Umaira.

"Asiah!" Umaira sudah menyapa dahulu, sebelum sempat Khairil bertanya. Jadi betullah.

"Kau kata kau tak nak, nanti orang kata adik-beradik sebab nama bapa sama, Harun. Apa kes ni?" Khairil membawa Imran melihat anaknya.

"Entahlah Khai. Aku terjumpa Asiah kat masjid tempat aku, rupanya dia ada kuliah kat situ. Jadi kami berbuallah. Dan sampailah ke rumah kau ni."
Matanya sesekali mencuri pandang Umaira, walau dia bermain dengan baby kembar Khairil yang comel di dalam buaian, matanya tetap mencuri pandang. Comelnya kamu sayang, secomel ibu kamu, kalau jadi anak ayahkan bagus. Allah... Jangan Imran, jangan. Cerita pasal hati ni susahkan. Imran dah berkali-kali kata tidak, kadang kala hatinya suka nak bermain dengan api.

"Serius ke?"

"Maybe."

"Alhamdulillah..." Khairil rasa lega bila Imran sudah ada cinta hati, tentulah Imran tak akan mengganggu Umaira lagi.

Tapi berlainan pada Imran, tak dapat Umaira, dapat kawan baik Umaira pun jadilah. Nanti selalulah dia dapat berjumpa dan melihat Umaira. Khairil tentu saja tidak akan syak apa-apa. Dia tahu dia tak akan mungkin memiliki. Dia akan doakan kebahagian Khairil dan Umaira.

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience