[ Bab 93 ] DBS

Romance Completed 253377

Anak dan daddy berpakaian sedondon. Segak mengalahkan pengantin. Puan Sri Maria gagal menyiasat, dengan siapa Puteri akan berkahwin hari ini. Hatinya jadi geram. Semua yang ditanya menjawab tidak tahu. Gurau senda anak dan daddy buat dia sakit hati. Memang sengaja hendak menambah geram di hati dia.

"Selamat pengantin baru, Encik Jamil." Khairil ketawa besar. Daddy CEO pun ketawa sama. Mommy CEO macam biasa, muka mencerut marah.

Mereka keluar dari kereta, memasuki rumah Puteri dan bersalaman dengan tetamu. Puan Sri Maria, terus mencari Puteri. Puteri yang sedang bersiap, terkejut melihat mommy CEO yang masam muka.

"Puteri kahwin dengan siapa?" Tanpa salam, tanpa ucap tahniah, itu soalan pertama setelah mereka tidak berhubung sekian lama.

"Auntie, duduklah dulu. Nanti kita borak." Puteri sudah berjanji dengan Khai dan uncle, nanti tiba masanya auntie tahulah Puteri kahwin dengan siapa.

Puan Sri Maria yang bengang terus ke ruang tamu, matanya memandang pelamin. Pandangannya terarah pada Khairil yang sedang tersenyum manis. Khairil tidak duduk di alas pengantin. Jadi siapa pengantin lelaki ni? Sufrie ke? Hatinya tiba-tiba menjadi risau. Mungkin beginilah perasaan Umaira bila dia mendesak Khairil berkahwin lain. Mana Sufrie ni? Tok Kadi pun dah ada ni.

"Pengantin perempuan dah siap?" Tok Kadi bertanya, lima minit kemudian Puteri dibawa keluar. Tapi tempat pengantin lelaki masih kosong.

Tan Sri Sufrie masuk bersama Dato Zamri, sambil memeluk bahu. Berdebarnya dada. Kalau Tan Sri Sufrie yang berkahwin, dia akan mengamuk di majlis ini. Dia akan pastikan suaminya tidak akan berkahwin dengan Puteri yang dia mahu menjadi menantunya, bukan madunya. TIDAK!! Hatinya menjerit marah.

Kemudian Imran masuk dengan segak berbaju melayu putih. Lengkap bersampin dan bersongkok cantik, Imran ke pengantin lelaki? Segak anak Dato Harun itu, tapi kalau Imran, mana pergi keluarganya? Tak akanlah Dato Harun dan Datin Faridah tidak ikut sekali. Mustahillah kan.

Tapi kenapa, macam Tan Sri Sufrie yang hendak duduk di alas pengantin.

"You!" Oh risaunya dia jika suaminya yang duduk di situ. Tidak jadi hendak duduk, Tan Sri Sufrie memandang isterinya. "Why?"

"Duduk sini." Dia menunjuk di sebelahnya. "Eh, tempat saya kat sini." Dia tidak nampak tangan Tan Sri Sufrie menunjuk arah mana. Alas pengantin ke? Ishk. Geramnya.

Siapa sebenarnya pengantin lelaki ni? Hatinya bertanya tanpa henti.

"Siapa sebenarnya pengantin lelaki ni?" Tanpa sedar, suara hatinya terlontar di mulut. Kuat dan buat semua memandangnya.

"Saya Puan Sri." Hah?! Hampir pengsan dibuatnya.

****
"Bagus jumpa you all kat sini. Tak payah nak plan apa-apa, abang akan masuk meminang Puteri, cukuplah jangan rosakkan rumah-tangga abang lagi. But, not for me, for Tan Sri Sufrie. Puteri setuju tak?" Dialog pertama pertemuan empat pasang mata di Sibu.

"Chop! Abang nak suruh Puteri kahwin dengan uncle?" Puteri senget muka, memandang daddy CEO. Amboi pandangan tu, macam tak yakin daddy CEO boleh kahwin muda ya. Masih kuat dan bertenagalah.

"Aah, dengan uncle, sebab abang tak nak kahwin dengan Puteri. Fullstop. Abang cintakan kak Umaira seorang saja, lagipun abang dah nak dapat baby. Puteri tak usahlah kacau abang."

"Tapi Puteri tak nak kahwin dengan uncle. Ishk, not my taste." Mata dijulingkan. Hei, kenapalah tak hensem ke daddy CEO, tengok anak dia dah tentu tahu ayahnya mcam mana kan.

"Habis tu nak kahwin dengan abang juga ke?"

"Puteri dah ada pilihan lain. Puteri baru sedar, kehadiran dia dalam hidup Puteri. Selalu support Puteri, selalu ada ketika Puteri sedih, dan sentiasa mendengar rintihan hati Puteri. Until one day, Puteri fall in love with him."

"Siapa?" Soalan hampir serentak anak dan daddy CEO.

"Him."Tangan Puteri menunjuk ke arah Izzuwan. Izzuwan?!

"Hah?!..." Suara terkejut bercampur lega juga hampir serentak anak dan daddy CEO.

"Allah.. Alhamdulillah. Uncle pun bukanlah nak kahwin sangat, Khai ni saja yang buat propa." Daddy CEO cover malu.

"Macam-mana?" Khairil tak puas hati dibuatnya.

"Sejak tinggal di Australia, hidup Puteri sunyi. One day Wan ada Whatsapp. Start dari tu kami berbalas Whatsapp.. dan ke video call. Then its happend sebulan dua juga, until papa tanya, Puteri dah jatuh cinta ke? Puteri happy, setiap hari tunggu video call. Papa tanya bercinta dengan siapa? Then finally, I noticed that I'm in love. Puteri dah lupa dah tentang abang, everyday Puteri nak tunggu Wan call, Wan puji Puteri, Wan ingatkan Puteri makan, minum, solat.. Abang.. Puteri dah solat penuh sekarang. Alhamdulillah. Puteri akan jadi macam Kak Umaira pada Wan, dan Wan akan jadi seperti Khairil Izhan pada Puteri."

"Eh, mana boleh jadi macam abang, abang cuma ada 1 jer hasil gabungan uncle dan auntie, macam kak Umaira juga. She's the one and only kurniaan Allah buat ibu bapa mertua abang. Tak ada klon." Khairil ketawa. Hati punyalah happy sampai lupa nak order makan.

"The problem is, Wan ni anak yatim piatu. Membesar pun di rumah anak yatim dulu kat Perlis. Tak ada family. Siapa nak tolong Wan pinang Puteri? Uncle boleh tolong tak?"
Maka itulah terjadinya plan pernikahan yang sangat tertutup ini.

****

"Kenapa you tak percaya? You ingat I ke yang nak kahwin? Kalau ikut hati memang I nak kahwin muda. Ada orang belai, ada orang sayang, tapi Puteri tak nak dengan I. Dia dah jumpa pilihan hati dia. Diapun dah tak cintakan Khairil."

Lega bukan kepalang. Bukan Sufrie yang berkahwin. Bukan juga Khairil, tapi Izzuwan. Puteri kahwin dengan lelaki yang sama berpakat dengan dia untuk meruntuhkan rumah-tangga Umaira dan Khairil. Macam-mana semua ni boleh terjadi? Dari berpakat jahat, mereka berpakat membina masjid.

Telefon di dalam beg diambil. Mencari sudut yang sesuai, gambar Khairil yang sedang tersenyum diambil, dan di belakangnya Puteri sedang menunggu di pelamin. Langsung tidak ada kelibat pengantin lelaki yang sebenarnya. Dia terus menghantar pada seseorang.

Akad nikah berlangsung dengan sempurna. Alhamdulillah. Khairil orang yang paling gembira, lebih gembira dari pengantin, dia tidak sabar hendak mengambil gambar Izzuwan dan Puteri. Dia ingin memberitahu Umaira, selepas ini tiada siapa akan kacau perkahwinan mereka. Dia akan balik Kulai, ambil Umaira, dia akan meminta ibu dan ayah mertuanya tinggal dengannya, sehingga Umaira bersalin. Dia mahu ibu menjaga Umaira sewaktu dia bekerja. Sudah sebulan, dia rindu hendak memeluk isterinya itu.

Dia langsung tidak mendengar handphonenya berbunyi. Gelak tawa, riuh rendah suasana menenggelamkan vibrate handphonenya yang sudah ditukar ke mode silent.

Langsung tidak perasan yang telefonnya sudah ada 5 missed call.

Imran meraba poket baju. Mencari handphone nya yang berbunyi. Umaira? Senyum terukir di bibir. Pelik, tak pernah Umaira menelefonnya sejak sudah berkahwin.

“Hai sayang abang..” Dia ingin bermanja-manja. Walau dia tahu tak akanlah Umaira nak termakan dengan ‘sayang’ dia.

“Ini Imran ke Khairil?” Alamak! Suara lelaki lah. Siapa ni ayah Umaira ke?

“Eh, maaf. Imran.” Aduh, jangan orang di sana salah sangka sudah. Matilanak. Debar hatinya.

“Imran, ni pak cik, ayah Umaira. Khairil ada dengan kamu?”

Khairil? Apasal tak telefon Khai saja. “Ada.”

“Dengar sini pak cik nak beritahu ni.” Imran terus bangun. Tadipun Khairil sudah menjongket kening padanya. Risau kalau Khai dengar, baik dia menjauh dari keriuhan gelak tawa.

“Minta Khai ke hospital sekarang, Umaira jatuh.” Jatuh? Ya Allah, Umaira tak apa-apa ke? Kasihannya.

“Hospital Kulai ke pak cik?”

“Eh taklah. Hospital tempat checkup Umaira tu. Apa ke namanya. Pak cik kat KL ni. Umaira tadi ajak ke rumah siapa, macam ada kenduri kahwin. Tapi tak sempat masuk dia terjatuh dan pengsan. Eh cepat beritahu Khai. Kami dah nak sampai ni. Jangan lewat, takut menyesal.” Takut menyesal? Kenapa cakap macam tu? Serius sangat ke? Macam-mana nak beritahu pada Khairil ni? Baik beritahu Uncle Sufrie.

Imran menggamit Tan Sri Sufrie. Sebaik lelaki tua itu mendekat, cepat dia menarik ke luar rumah.

“Uncle.”

“Ada apa ni, Imran? Macam serius saja.”

“Umaira jatuh. Kat hospital sekarang ni. Jom uncle, kena cepat.”

“Kulai ke? Jauh tu.”

“Sini saja uncle. Katanya tadi Umaira ke kerja kahwin. Umaira tahu ke Puteri kahwin hari ni?”

“Rasanya tidak."

"Saya tak pandai nak cakap dengan Khai. Nak beritahu Datok Zamri lagi. Uncle lah beritahu.”

“Serius ke?”

“Ayah Umaira kata, jangan lewat, takut menyesal.”

Allah. Berat bunyinya tu. Tan Sri Sufrie masuk semula ke dalam rumah. Untung akad nikah sudah selesai. Dia berbisik di telinga sahabatnya. Khairil sudah bangun, macam ada yang tidak kena saja. Puan Sri Maria pun turut mendekati suaminya.

“Apa yang kecoh ni?” Puan Sri Maria buat muka singanya.

“I nak ke hospital sekejap ada emergency. You kalau nak tinggal sini, silakan. Kalau nak ikut, jangan banyak cakap. Jom Khai.”

Khairil pelik. Hospital? Emergency apa ya? Memanglah dia tidak akan terfikirkan Umaira, pada dia isterinya itu berada di rumah keluarganya di Johor.

“Siapa sakit daddy?” Imran sudah menunggu di kereta. Naik dengan Imran? Kan tadi datang dengan kereta sendiri, boleh saja naik kereta mereka hanya untuk ke hospital. Something fishy lah. Khairil mengambil handphone dipoket seluar. 5 missed call dari Umaira?

Khairil duduk di hadapan. Seat belt dipakai. BMW Imran meluncur laju, berdecit bunyi tayar. “Eh, kau laju-laju ni kenapa? Tak sayang nyawa ke?”

Dia kembali memandang handphone. Nak return call ke? Errmmm.. call sajalah. Kasihan isterinya itu, 5 missed call mestilah penting. Dia menunggu panggilannya dijawab.

“Khai!!” Belum sempat dia hendak bercakap, suara di sebelah sana menjerkahnya kuat. Berdesing boleh pecah gegendang telinga.

“Sampai hati kau buat adik aku macam ni eh Khai.”

“Apa ni Farid?” Dia kenal suara tu. Itu suara Farid, tapi macam-mana Farid yang jawab? Farid balik kampung ke?

“Jangan buat tak tahulah Khai. Aku jumpa kau, memang aku tumbuk muka kau!” Eh dia ni nak marah-marah tak tentu hal pula. Suka-suka nak tumbuk Khairil. Ingat Khairil punching bag ke? Talian telefon sudah dimatikan. Hatinya panas. Namun dia cuba bertenang. Sesekali dia meraup mukanya. Ada apa ni?

“Emergency apa ni daddy?” Khairil tak puas hati. Hatinya tiba-tiba berdebar. Semua orang pula berdiam diri.

“Eh beritahulah emergency apa ni, sebelum aku tarik hand break ni, biar semua terbabas.”

“Sabar Khai.” Imran cuba menenangkan, sedang hati dia sendiri sedang berdebar dan gelisah.

“Apa sabar pula ni. Cuba cakap daddy apa yang emergency ni? Aduh jangan buat Khai panik lah daddy. Ada kaitan dengan Umaira ke ni? Umaira kat mana sekarang? Im!”

“Aku tengah drive ni Khai. Kau tu bawalah bertenang.”

“Ishk!” Khairil tak puas hati. Nombor ayah mertuanya ditekan.

“Ayah, Umaira kat mana?”

“Kat emergency. Tapi doktor kata tadi nak kena operation. Tunggu Khai datang sign borang. Dah kat mana ni? Cepat sikit boleh?” Operation? Sign borang? Ah Khairil sudah gelap mata. Jauh tu KL dengan Kulai, boleh pengsan Khairil dalam kereta memikirkan Umaira.

“Khai. Aku bawa kau jumpa Umaira. Kau relax jer. Dah nak sampai ni. Umaira kat KL. Aku rasa dia ingat kau yang kahwin.”

“Kat KL? Aku yang kahwin? Siapa beritahu dia? Kalau aku sekalipun yang kahwin, bukan itu ke yang dia nakkan sangat. Kenapa...” Kepalanya pusing. Dia memicit pelipis. Tekaknya mula terasa loya. Dia beristighfar di dalam hati.

“Tarik nafas pelan-pelan Khai. Ikut cakap daddy. Inhale, exhaled. Inhale, exhaled. Slowly and deep Khai. Istighfar banyak-banyak, doa yang baik-baik.”

Sekarang ni masalahnya, siapa yang punya angkara ni, siapa yang beritahu Umaira? Dia nak surprise, dia nak perkenalkan Puteri dan Izzuwan pada Umaira. Dia nak lihat senyuman manis Umaira yang dulu. Sejak Umaira asyik memaksa dia berkahwin dengan Puteri, isterinya itu sudah kurang tersenyum. Puan Sri Maria mendiamkan diri, mengecilkan diri seolah dia tiada di situ.

Imran memberhentikan kereta di hadapan lobi emergency. Khairil sudah bergegas keluar walaupun terjerit Tan Sri Sufrie menahan. Dia bimbang jika Khairil diserang panik. "Cepatlah you." Dia memarahi isterinya. Hei, itulah dengan kasut tinggi bagai, jalan terkedek-kedek, dah tua buatlah cara dah tua. Bebelnya.

Puan Sri Maria? Kakinya terasa berat hendak melangkah.

"Kau janji dengan aku kau tak akan kahwin dengan Puteri. Kau kata sampai matipun kau akan setia dengan adik aku. Tapi apa kau buat sekarang ni?!" Jerkah Angah Farid sebaik Khairil muncul di ruang menunggu hospital. Dengan wajah marah, dia sudah mencekak leher baju melayu Khairil. Sebelah tangannya sudah mengenggam penumbuk.

"Angah!" Jerit Haji Noordin. Cepat dia meleraikan. Hampir tersungkur tubuh tua itu ditolak Angah yang sedang marah, untung ada Bob.

"Kalau jadi apa-apa pada adik aku macam-mana? Kau ingat boleh ganti dengan Puteri ke?!" Ishk, kalau tak tahan perasaan geram di hati, memang melayang penumbuk dia di muka adik iparnya itu.

"Kalau kau rasa muka aku ni punching bag kau, pukullah Farid. Pukul. Kalau memang tu selayaknya aku dapat. Tapi aku tak kahwin dengan Puteri. Aku tak akan duakan Umaira walau dia paksa aku sekalipun." Berombak dada Khairil menahan pelbagai rasa, risau, marah, geram.

"Habis ni apa?!" Handphone ditangannya disua pada Khairil. Handphone yang sudah retak skrin nya, tapi masih boleh dilihat jelas.

"Siapa punya kerja ni? Allahuakbar." Setiap gambar yang ada di situ Khairil lihat. Tanpa sedar, matanya bergenang air jernih. Damn! Siapa punya kerja ni?

"Kau rasa? Puteri Qaisya kan nama tu? Kenapa nak seksa adik aku, Khai. Dia pagi-pagi paksa ayah aku hantar dia ke sini, nak halang kau dari berkahwin agaknya. Tapi kau.. rahsiakan semuanya dari dia. Kau dah berapa lama tak balik jumpa dia, gembira ya kahwin lain? Aku tahulah adik aku tu bodoh, ikut cakap mak mertua dia nak bermenantu kaya, tapi jangan buat adik aku macam ni Khai, apa-apa jadi pada dia, kau tak mampu ganti dia dengan siapa-siapapun Khai. Kami semua sayang dia, Khai. Aku memang marah kalau orang usik dia. Dia cahaya dalam keluarga kami.. Jangan sampai aku rasa menyesal kahwinkan dia dengan kau.. Apa kurang dia Khai? Apa kurang dia..." Angah menolak dada Khairil. Airmata lelakinya tumpah ke pipi. Siapa tak sayang adik, lagilah satu-satunya adik perempuan yang dia ada, penyeri keluarga dia.

"Angah..." Ibu bangun dan terus memeluk Angah. Tersedu sedan ibu menenangkan Angah yang juga sudah tidak mampu menahan perasaan hampa di dalam dirinya.

"Ya Allah. Sumpah aku tak kahwin dengan Puteri, buat apa aku nak kahwin dengan isteri orang. Daddy, tolong cakap dengan ayah, dengan Farid, dengan semua.. Khai tak kahwin dengan Puteri, ok betul Khai salah, Khai tak beritahu Umaira, Khai tak beritahu semua. Tapi Khai tak kahwin dengan Puteri. Allah." Dia memegang dadanya. Sakit yang sangat. Kepalanya pusing, tekaknya mula rasa semacam. Kaki sudah tidak mampu berdiri. Beratnya rasa dada. "Khai.. Khai!" Dia sudah terduduk di kerusi.

"Doktor!"
Tan Sri Sufrie memeluk anaknya. Diusap perlahan belakang Khairil. “Khai tak kuat daddy.” Bisik Khairil perlahan.

“Siapa suami Puan Nurin Umaira, doktor nak jumpa.” Masing-masing memandang Khairil. Dengan lemah dia bangun. Sampin di pinggang dileraikan. Songkok yang sudah terjatuh, dipegang Imran. Hatinya berdebar tidak terkata, hendak mendengar apa yang doktor bakal kata. Ya Allah selamatkanlah isteri dan anakku Ya Allah.

...

Share this novel

Ella Halim
2020-11-01 02:54:25 

alamak kesiannya Khairil.Apa punya mak datin la ikut kepala sendiri.


NovelPlus Premium

The best ads free experience