[ Bab 52 ] DBS

Romance Completed 253377

Belumpun 10 minit menjejakkan kaki ke bumi KL, Helmi dilihatnya serba tidak kena. Seolah ada yang hendak Helmi katakan, namun dia dalam keadaan serba-salah.

"Bos..."

"Errm... dah kenapa dengan kau?"

"Bos.. ni.." Tunjuk Helmi. Screen shot dari Instagram Puteri disua kepadanya.

'Kenapa mesti ada dia, di antara kami? Kenapa mesti ada dia, dalam percintaan kami? Kenapa perlu ada skandal dalam hubungan ini...' Caption yang ditulis, pada gambar Khairil dan Umaira. Oh! gambar kat resort? Siapa yang bagi gambar ni pada Puteri? Gambar Khairil dan Umaira yang sedang ketawa, bahagia bersama. Cantik gambar ni, Khairil pun tak ada simpan gambar ni.

Ni kerja Imran ke? Hanya Imran yang ada contact no Puteri. Ishk nak kena Imran ni. Kawan makan kawan rupanya.

"Ishk Imran ni.."

"Tak boleh juga terus salahkan encik Imran. Siapa-siapapun di antara kita semua boleh dituduh, bos. Mungkin ada spy dikalangan kita, who knows?" Helmi mengangkat bahu. Betul juga kata Helmi tu.

Khairil mencari kerusi untuk duduk. Dia perlu bertenang. iPhone dipoket segera diambil. Terus sahaja dia ke Instagram Puteri. Puteri Qaisya, Public Figure. Sudah ada 6 ribu likes, dan beratus komen. Rata-rata yang menulis semuanya menyuruh Puteri bersabar, dan tak kurang juga yang mengutuk Umaira dan Khairil.

Harap gambar ni tak sampai pada Umaira. Kasihan cinta hatinya itu. Ada komen yang menghina Umaira sebagai 'perempuan tak guna'. Allah, kenapalah Puteri sanggup buat Khairil macam ni. Macam-mana lagilah yang hendak Khairil jelaskan, cintanya hanya pada Umaira. Puteri sudah dianggapnya seperti adik sendiri.

"Encik Khai.." Juita seakan serba-salah hendak berkata. Dia lihat wajah sugul lelaki di hadapannya itu.

"Umaira dah tengok gambar tu. Ada member share kat dia. Nanti dia suruh Encik Khai call dia bila dah sampai rumah. Dia okay."

Khairil sekadar mengangguk.

"Bos nak balik sekali ke?"

"Tak apalah, you all gerak dulu. I balik sendiri."

Telefonnya berdering, nama Imran terpapar di skrin. Dengan malas dia menekan icon hijau. Tangannya sempat melambai ke arah Helmi, Juita dan rakan-rakan Umaira yang lain. Kepalanya pening, dia memicit pelipis.

"Kau kat mana?"

"Ada ni haa.. masih kat airport."

"Lembek jer. Dah tengok IG Puteri eh?"

"Dah." Jawabnya malas. Nafas kasar ditarik. Semak rasa kepalanya dengan kerenah Puteri. Khairil perlu cepat kahwin dengan Umaira, supaya Puteri tidak terus mengganggu hidupnya. Apalah agaknya yang keluarga Umaira cakap kalau mereka nampak gambar ni. Lagilah dengan komen-komen negative.. dia perlu buat sesuatu. Serang balik dengan IG miliknya... atau buat kenyataan live di IG story?

"Aku kat luar airport ni. Jomlah balik dengan aku. Aku tunggu. Cepat sikit, tak boleh lama ni. Karang kena halau."

"Ok." Suaranya lemah bagaikan orang tidak makan 10 hari. Jiwanya menjerit benci. Kenapa semua orang dengki nak tengok dia bahagia. Lebih baik dulu, dia tidak pulang ke Malaysia, duduk tinggal di London, uruskan business di sana. Bahagia dengan Aunty Mariam dan Uncle George. Kahwin dengan minah salleh di sana, dapat anak rambut blonde.

Matanya melilau mencari kereta BMW Imran. Sana. Langkahnya lesu, menyeret kaki. Pintu sebelah penumpang di buka, terus sahaja duduk. Entah betul entah tidak kereta itu milik Imran dia langsung tidak memandang ke arah si pemandu.

"Aik. Muka macam tapai basi." Imran ketawa. Pedulilah kau nak kata apa, aku dah malas nak fikir.

"Bukan kau dah balik awal ke?"

"Aah. Turun flight aku dapat notification IG, Puteri ada share a post, so aku tengoklah. Terkejut juga aku. Mana dia dapat gambar tu. Mesti kau ingat aku yang kasi Puteri kan, sebab aku ada contact number dia. Tapi aku belum bodoh lah nak buat kerja gila macam ni. Aku sahabat baik kau, takkan aku nak aniaya kau?"

"Manalah tau, sebab kaupun ada hati kat Umaira tu kan, cara ni jer nak buat hubungan aku dengan Umaira kacau bilau."

"Relax lah Khai. Matang sikit. Kita dah sama-sama dewasa. Yang buat kerja ni aku rasa budak-budak baru nak up ni. Maybe ada spy Puteri dalam group ofis kau, atau maybe ada somebody yang jelous."

"Kau nak kata Izzuwan?"

Terus segar badan Khairil. Ya, Izzuwan mungkin.

"Tak boleh terus tuduh. Siasatlah dulu."

"Aku risaulah, apa kata family Umaira kalau dia orang nampak gambar tu. Mesti Umaira kena marah lagi. Mesti dia orang ingat aku selalu pergi sana jumpa Umaira."

Khairil sudah berkira-kira hendak menghantar pesanan di Whatsapp pada Farid. Sejak kejadian tumbuk dulu, mereka jadi rapat. Bukanlah jadi best friend macam Imran, tapi keraplah juga bertanya itu ini di Whatsapp.

Hanya Farid tempat dia mengadu rindu pada Umaira. Selalu dia dikutuk Farid, perihal perempuan, lelaki segagah Hercules pun boleh lembik.

Nantilah, bila sampai di rumah, dia akan menghubungi Umaira, juga Farid. Moga juga setibanya dia ke rumah, tidak ada kelibat mommy mahupun daddy. Dia tidak mahu menambah kusut dan sakit kepala.

Dia sekadar membuang pandang ke luar kereta. Tidak berbual sepatahpun dengan Imran. Dan langsung tidak mengambil tahu ke manakah kereta Imran menghala.

“Kita minum dululah ya. Bagi relax sikit emosi kau tu. Aku risau kau fikir yang bukan-bukan. Kau tu bab cinta ni, cam cetek fikirannya. Walhal banyak dah menuntut ilmu merata tempat.”

Khairil menoleh pandang ke arah Imran. Kenapa Imran cakap macam tu? Takut Khairil terfikir ke arah yang itu ke? Hai lah si Imran ni, selalu sangat ingat Khairil nak buat Umaira macam tu. Umaira tu calon isteri, Khairil tentu saja tak mahu lukakan hati Umaira. Tapi jika ‘kunci’ itu adalah jalan penyelesaian terbaik, dan Khairil boleh memiliki Umaira dengan segera, dia pasti akan lakukannya.

Akan dia rancang dengan baik. Akan dia fikirkan baik buruk hal kunci pendua itu. Dia juga sudah penat dengan perangai Puteri, juga dengan rindu yang terlalu dalam pada Umaira. Lagi cepat Umaira menjadi miliknya yang sah, lagi bagus. Biar semua mulut yang bercerita pasal cinta mereka terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience