[ Bab 71 ] DBS

Romance Completed 253377

Udara yang segar dengan selimut yang lembut buat Umaira tidak mahu bangun dari tidurnya. Mata bagaikan digam, tidak boleh dibuka. Selepas Suboh tadi dia kembali ke katil. Ingin menyambung tidurnya, ingin menyambung lenanya, walau dia tahu Encik suami sudah pasti berada di bawah.

Namun dia mendengar dengkuran kecil di sebelahnya. Badan dipusing. Oh bila agaknya Izhan memasuki bilik, diapun tak tahu. Langsung tidak sedar. Yang dia tahu, usai solat Suboh, Izhan turun ke bawah.

Sudah masuk hari ke 4 mereka menjadi suami isteri, Umaira belum berpeluang melihat Izhan dari dekat. Sewaktu bercinta, mereka tidak pernah serapat ini, untuk menelek wajah Khairil. Setiap kali mereka berpandangan, dia jadi malu. Tangannya dibuat tongkat kepala. Matanya membelek seraut wajah Izhan. Dia memang tidak pernah menyangka Izhan adalah budak lelaki muka ketat itu.

Dia memang masih menyimpan memori tentang budak lelaki itu, tapi dia tidak ingat akan wajahnya, manakan tidak sudah puluhan tahun. Lagi pula dia hanya memandang dari jauh.

Jarinya menguis lembut rambut Izhan. Pendek dan rapi. Sentiasa wangi. Minyak rambut apa yang dipakaipun Umaira tidak tahu, tapi baunya sentiasa segar dan harum.

Umaira terbeliak mata bila Izhan memusingkan badannya. Tak sempat mengelak bila Encik suaminya itu membuka mata. “Tengoklah puas-puas.” Baru dia hendak memusingkan badan, Izhan menarik pinggangnya rapat. Nafas mula tidak sekata, lagilah bila jarak wajah mereka hanya berjarak seinci. Bunyi nafas pun boleh dengar.

“Jom bangun, sarapan.”
“Tak nak”
“Kenapa, sedap tidur ya? Penat?”
Khairil menarik Umaira ke lengannya. Dipeluk erat Cik isteri.
“Kita balik lepas sarapan ya. Meeting abang postpone ke petang.”
Meeting? Dengan Dato Zamri dan anaknya tu ke?
“Meeting dengan Dato Zamri ke?”
“Aah, tapi lebih manis cakap meeting dengan BOD. Dato Zamri tu salah seorang Board Of Director.”
“Dia tak kisah ke abang tak kahwin dengan anak dia?” Mengingatkan Puteri, Umaira membalas pelukan Izhan. Sebagai isteri, lagilah baru berkahwin tidak sampai seminggu, hatinya terusik bila ada perempuan lain yang dikaitkan dengan suaminya.

“Dato Zamri pernah kata, dia tak boleh paksa dengan siapa abang nak kahwin. Dia tahu abang tak pernah cintakan anak dia. Eh, kita tak perlulah cerita pasal orang lain, sayang. Abang akan jadi suami sayang seorang saja, walaupun sayang paksa abang kahwin lain. Abang cuma nak hidup dengan sayang. Abang milik sayang, dan sayang milik abang. Till Jannah.”
“Sekarang bolehlah cakap macam tu, esok lusa nanti.” Umaira rasa macam nak merajuk. Ialah, lelaki sweet talker macam Khairil Izhan, tentu selalu bermanis mulut dengan perempuan lain.

“Abang..” Umaira mendongak memandang Khairil.
“Errmm..” Kalau panggilannya merengek manja tu, adalah yang dia mahukan. Sisi lain Nurin Umaira yang ini, Khairil suka. Panggilan macam itu memang boleh buat hati Khairil tak menentu jadinya. Lagilah kalau jari halus Umaira menari-nari di dadanya. Cair jadinya hati keras Khairil.
“Nak ikut pergi meeting, boleh? Nak jumpa Juita dengan Dayang. Kat cafe bawah tupun okay. Bolehlah, abanngg..” Hei, jangan macam tu Umaira, Khairil Izhan dah tak menentu dibuatnya.
“Cium abang dulu.” Nafas ditarik dalam biar sekata. Geram dia dengan panggilan manja Umaira.
Satu ciuman singgah di pipi.
“Apa barang cium kat pipi.” Khairil sudah terikut-ikut cara Haiqal berbual. Haiqal memang main langgar tatabahasa kalau berbual.

“Cepatlah sayang..”
“Tak naklah.”
“Tak nak tak dapat ikut.”
“Saya naik grab pergi sendiri.”
“Abang tak izinkan.”
“Abang ni, dahlah tak bawa pergi honeymoon, nak jumpa kawan pun tak izinkan.” Umaira pura-pura merajuk. Tangannya berhenti menari.
“Ok ok. Ni nak jumpa Juita dengan Dayang ke, nak jumpa Izzuwan?”
“Apa abang ni?” Umaira bangun dan terus duduk bersila. Tangan berpeluk tubuh. Ada nama Izzuwan disebut, dia mana ada apa-apa dengan Izzuwan.
“Sorry sayang.” Khairil memeluknya dari belakang. Dagu diletak di atas bahu Umaira.
“Dari jumpa Izzuwan tu, baik keluar dengan abang Imran.”
“Eh, ni dah lebih ni sayang. Kalau macam ni, abang nak merajuklah.” Khairil melepaskan pelukannya, dan merebahkan kembali badan ke katil. Izzuwan, Imran. Apa dia nak buat dengan dua lelaki ni ya? Takat cemburunya sudah mencapai 80% ni. Lagi 20% boleh meletup. Matanya dipejam. Kedua tangannya dibuat alas kepala.

“Sorry abang. Umaira tak nak Izzuwan ke, Imran ke.. Umaira dah ada Izhan. Izhan milik Umaira, Umaira milik Izhan.” Katanya memujuk. Satu ciuman singgah di bibir Khairil. Khairil terus memeluk Umaira.. “Abang.. dah nak pukul la pann..” Suaranya tenggelam dalam pelukan Khairil.

Ayah, ibu dan Bob sudah bergerak pulang ke Kulai. Macam-macam pesanan yang ayah dan ibu titipkan buat Umaira. Paling banyak tentu sekali, meminta izin suami sebelum membuat keputusan ke Sibu. Begitu juga nenek. Sebelum memasuki kereta, nenek juga berpesan pada Umaira, agak berfikir dahulu sebelum menerima kontrak ke Sibu. Umaira mengeluh, dia hanya ingin mencuba untuk menjadi project manager, tapi nampaknya semua orang tidak memahami, semua orang mahu dia menjadi isteri Izhan sepenuh masa. Rugilah dia menuntut ilmu sampai ke universiti, tapi tidak dapat digunakan.

‘Klu abg pn, abg x izinkan isteri abg pegi jauh dr abg, think about it, dear.’

Satu pesanan di WhatsApp dia terima dari Imran. Mungkin Imran perasan air muka Umaira berubah setiap kali ada yang berpesan suruh fikir tentang tawaran kerja di Sibu.

Kenapa tak ada orang yang mahu menyebelahi Umaira, kenapa semua orang berpihak pada Izhan? Dia hanya ingin mencuba. Lagipun dia sudah memberitahu Tan Sri Sufrie dia hanya mahu mencuba dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience