[ BAB 76 ] DBS

Romance Completed 253377

Not bad. Riaksi pertama bila melihat rumah yang disediakan Mega Holdings. Ermm.. 2 tahun kalau tinggal di sini, selesa sangat ni. Rumahnya besar, ada penghawa dingin, perabut serba moden. Ada kolam mandi kecil di dalam. Mewah.

“Selesa?” Tangan Cik isteri dikucup mesra. Khairil pun tak sangka rumah pekerja buat Umaira seperti ini. Thanks to Tan Sri Sufrie bagi keselesaan pada isteri kesayangannya.

Matanya melilau mencari cctv. Perlu ada cctv dalam rumah sebesar ini. Lagilah cik isteri akan bekerja dengan lelaki bernama Izzuwan, dia mahu sentiasa tahu jika Izzuwan datang mengganggu.

“Besar sangat untuk sayang duduk seorang. Kalau abang ada lainlah.” Umaira ke ruang tamu. Dia tak ada mood nak melihat bilik tidur. Rasanya dia akan guna bilik yang di bawah sahajalah sepanjang tinggal di sini. Malas rasanya nak naik ke tingkat atas.

Khairil menarik ke dua tangan Umaira memeluknya. Dipeluk erat isteri kesayangan. “I’m sorry, kahwin dengan abang, sayang dapat macam-macam masalah, kan?”
Wajah didongakkan memandang Khairil. “Apapun masalahnya, kalau dengan abang, sayang sanggup terima.” Ayat beli jiwa. Dan dengan jawapan itu dia dapat hadiah kucupan di dahi.

“Nanti kita pergi pasar malam Sibu, ya.”
“Bunyi macam best. Kat mana?”
“Abang dah upah tour guide. Nanti dia juga akan jadi pembantu peribadi sayang sepanjang kat sini. Full time. At anytime sayang perlukan bantuan dia, dia akan sedia berkhidmat.”

“Lelaki eh? Ermm bagus juga, boleh teman buka puasa nanti. Taklah rindu kat abang.” Sengaja nak buat encik suami cemburu. Masih kekal dalam pelukkan Khairil di tengah ruang tamu, sambil mata berpandangan.

“Sayang rasa abang nak upah lelaki ke?” Kening dijongket-jongket. Tentulah tidak, Khairil kuat cemburu. Cemburunya setinggi Eiffel Tower.

“Perempuan? Kalau perempuan suruh dia tinggal sinilah, teman sayang. Bolehlah abang..” Jarinya dibawa bermain di dada bidang Khairil. Habit barunya itu nampaknya menyenangkan hati encik suami. Diapun tak tahu kenapa dia suka menarikan jarinya di badan sasa suaminya.

“Kalau abang datang sini, ok ke dia ada sekali tengok kita manja-manja macam ni? Kalau abang tersalah bilik, macam-mana? Rumah dia kat simpang depan tu. Dekat je. Sayang boleh jerit je.”

“Takkanlah tersalah bilik, abang ni pun. Tapi kalau abang ada sini, kan lagi bagus.”

“Kan lagi bagus kalau sayang yang duduk KL dengan abang.” Dia menarik tubuh Umaira serapat yang boleh, sehingga dia boleh merasa bentuk tubuh isterinya itu. Bagaimanalah hendak berjauhan dengan si cantik dan manja ni. Kalau dulu masa bujang, taklah hairan sangat, ini dah kahwin. Sunyilah malam dia, tanpa peneman di sisi.

“Sayang nak resign dari Mega Holdings. Sayang nak apply suri rumahtangga sepenuh masa dengan Encik CEO Khairil Izhan. Ada tak kerja kosong?” Matanya dikebil-kebil, senyum secomel yang boleh dia pamerkan.

“Tak ada. Jawatan tu dah ada orang punya.”

“Siapa? Puteri?”

“Sementara sayang kat sini, jawatan tu Puteri isi.”

“Abang!” Umaira menolak tubuh Izhan. Ishk, geramlah dia dengan encik suami. Takat cemburu dia dah menyamai Gunung Everest ni.

“Alah, merajuk ke? Abang guraulah sayang.” Teruk nampaknya merajuk kali ni. Panggilan ‘abang’ tadipun, tinggi nadanya.

“Abang jangan macam-macam dengan Puteri eh, sayang kat sini ada Izzuwan. Kalau boring sayang boleh saja call Imran. Abang Imran tu kalau sayang call, cep..” Mulutnya ditutup Encik suami.

“Sebut lagi nama tu, abang cium. Tak cukup dengan Izhan seorang saja ke sayang? Abang nak merajuklah macam ni. Balik KL lah.”

Alah-alah. Encik suami ni, kalau Umaira nak merajuk, nanti dia pula yang merajuk. Reverse psychology ke? Bila nak sudahnya, dari Umaira yang perlu dipujuk, Umaira pula yang memujuk.

“Abang tu janganlah sebut nama Puteri. Sayang jeles tau. Puteri cantik, seksi, daring, tengok gaya dia, macam memang nak rampas abang dari sayang.”

“Apa kurangnya Izzuwan dengan Imran? Hensem, segak, tinggi, bergaya, smart.. apalagi, Imran kaya, banyak kapal kargo. Abang ni apalah, CEO biasa je, masih under probation. Itupun dah banyak buat hal, tak tahulah BOD setuju ke tidak abang jadi CEO.” Khairil melabuhkan punggung nya ke sofa, dia bersandar, tangan dibawa berpeluk tubuh.

Umaira tak tahu bagaimana hendak memujuk. Hatinya jatuh kasihan. Ya dia tahu, suaminya itu baru pulang ke Malaysia. Dia juga tahu, banyak cabaran yang suaminya hadapi, kenapalah Umaira sentiasa nak mencari fasal dengan Izhan. Errmm.. eh? Chop! Izhan yang cari fasal dengan Umaira tadi kan?

Ting tong.
Bunyi loceng pintu, menyelamatkan keadaan. Umaira melangkah ke pintu, dia tidak nampak siapa yang menekan loceng. Kasut dipakai dan terus ke pagar. Pintu kecil pagar di buka.

Macam kenal. Dia mengamati orang yang menekan loceng.

“Cik Nurin!”
“Hana?”
“A’ah. Hana. Eee tak sangka Cik Nurin kahwin dengan Encik Khai.”
“Hana buat apa kat Sibu, ni?’
“Hana dapat tawaran kerja, jadi pembantu peribadi Cik Nurin.”
“Ia? Hana tahu ke jalan kat Sibu ni?”
“Tahu, Hana dulu pernah kerja kat sini. Sebelum kerja kat KT.”
“Ishk, kat KT cakap loghat Ganu, kat sini lancar je dia cakap KL eh. Jom masuk.”
“Encik Khai mana?”
“Ada kat dalam.”

Umaira dan Hana saling berpandangan melihat Khairil. Tertidur sudah encik suami. Kasihan dia penat. Malam semalam, lewat tidurnya. Dalam flight tadi pun dia minta izin tidur, terlentuk di bahu Umaira sambil jarinya menggenggam erat jemari cik isteri.

“Penat sungguh tu.” Bisik Hana. Mereka kemudian ke dapur.

“Macam-mana Hana boleh dapat kerja ni?”
“Mat Dan cakap Encik Khai nak cari pembantu peribadi Cik Nurin, saya pun mohonlah, sebab pernah kerja sini dulu. Tahulah sikit-sikit jalan area sini.”
“Mat Dan?” Umaira kerut dahi. Mat Dan artis mat saleh yang duduk Terengganu tu ke?
“Hamdan lah Cik Nurin. Kami panggil dia Mat Dan.”
Aahh, Hamdan. Umaira sengeh sendiri.

“Hana dah beli barang dapur semalam. Semua dalam peti. Encik Khai suruh sediakan barang dapur. Hana ada kunci spare. Tapi tadi taknaklah buka sendiri. Tuan rumah ada. Hehe! Malam ni kita ke Pasar Malam Sibu, esok kita pergi Pantai Belawai. Nanti lusa Encik Khai dah balik KL kan?” Balik KL? Bermaksud Umaira akan tinggal sendirian di rumah besar ni?

“Hana.. kalau Encik Khai balik KL, Hana tinggal sini teman kak Nurin ya. Awal-awal ni, takutlah tinggal seorang. Lagipun kak Nurin belum biasa dengan tempat ni.” Umaira memujuk Hana. Dia memang inginkan teman, dia tak mahu berseorangan di rumah besar ini. Kesunyian akan membuatkan dia rindu pada Khairil Izhan.

“Dulu kat KT ok jer kak Nurin tinggal seorang?”
“Masa tu tengah frust, lagipun risau you all bercerita pasal skandal Encik CEO. “
“Jadi betullah kak Nurin yang diorang dok cakap-cakap, skandal CEO tu ya? Ada juga Hana baca kat IG.”

“Dia bukan skandal.” Tegas suara tu.

Mereka menoleh. “Dia isteri CEO, bukan skandal CEO.”

“Maaf Encik Khai.” Hana tersengeh. Hensem gila Encik Khai ni dari dekat. Tinggi lampai pula tu. Dulu kat resort dapat tengok dari jauh jer. Pergh harum semerbak perfume dia. Minyak wangi tumpah ke? Boleh tahan pula hidung Cik Nurin ngan bau wangi ni. Kalau Hana dah pening kepala.

“Awal-awal ni, tidur sini teman Cik Nurin ya. Jangan bagi orang lain masuk terutama lelaki, selain saya.”

“Faham.. faham.” Hana mengangguk. Sayang betul kat Cik Nurin, ialah orang baru kahwin, kentut pun wangi. Kalau dah lama nanti, minyak wangi pun busuk. Tawa Hana dalam hati. Suka dia melihat kemesraan pengantin baru di hadapannya. Sweet sangat. Macam Romeo and Juliet, atau Uda dan Dara.

“Pukul berapa nak keluar?”

“Pukul 4, waktu kat sini lain, dah set dah waktu solat? Sini awal sikit waktu solatnya. Ke nak keluar lepas Maghrib, dalam kul 7 ke?”

Ialah kan, waktu kat sini macam awal sejam. Umaira teringat setiap kali berbuka puasa, Sabah dan Sarawak pukul 6 lebih dah masuk waktu.

“Nanti I text. Abang nak mandi, sayang nak mandi sekali tak? Bilik mandi dia besar, bath tub boleh masuk 2 orang.”

Hana dah ketawa kecil. Seolah faham dengan kata-kata Encik Khai, dia terus minta diri. “Nanti apa-apa roger ya.” Masih dengan ketawa kecilnya, dia melangkah pulang ke rumah pekerja yang disediakan buatnya.

***

“Nak jumpa? Dinner?”
Wajah berkerut Encik CEO di sebelahnya dipandang. Bluetooth di telinga ditekan. Siapa yang call nak jumpa tu?

“Encik Khai, belok-belok. Kiri.” Itulah tadi aku nak drive, kau sebok nak drive kan dah salah simpang. Bebel Hana dalam hati.

“Sorry.” Tak selesa hendak duduk di belakang seorang, atau bersama Umaira, itu yang Khairil rasa lebih baik dia yang memandu. Tapi itulah, dia terlepas simpang dek kerana menjawab telefon dari Ramzi.

Siapa Ramzi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience