[ Bab 70 ] DBS

Romance Completed 253377

“Abaaangggg...” Suaranya merengek manja.

“Ya sayang.” Yang menjawab bukan Encik suami, tapi Imran, siap sudah berdiri bersedia hendak memenuhi apa sahaja permintaan Umaira.

Umaira tidak memandang Imran, matanya memandang encik suami. Khairil Izhan ni sejak sudah menjadi suami, lain sikap nya. Dahulu selalu saja memanjakan Umaira, selalu ada kata-kata manis, tapi sekarang? Lelaki sebelum dapat bukan main berjanji bagai, dah dapat, mula diabaikan. Eeee! Umaira nak merajuklah macam ni.

“Jangan nak melebih Im. She’s my wife.”
“Alah gurau sikit pun sentap.”
Don't you remember, she’s your scandal. Bisik Imran di dalam hati. Entah kenapa dia nampak Umaira semakin cantik. Perasaan yang telah lama dibuang jauh dari hati, tiba-tiba muncul kembali.

“Kenapa sayang?” Khairil Izhan mendekati Umaira.
“Abang lama lagi ke?”
“Tak tahu, dah mengantuk ke?”
“Kalau saya nak rehat-rehat dulu, boleh? Nanti nak gerak abang panggillah.”
“Ah, boleh. Bilik abang, naik atas, belah kanan, pintu warna coklat.”
Yes! Dapatpun naik atas.

Jam dah hampir pukul 10, serius ke nak balik KL malam ni? Mau 4 jam juga drive. Tahulah kereta dia orang laju, esok nak kerja pula. Kenapa tak tidur saja di sini, atau balik ke Kulai dahulu. Esok pagi-pagi geraklah.

“Nak abang teman ke?” Khairil tidak jadi kembali ke meja kopi.
“Nak” Jawab Umaira sambil mengelip-ngelip matanya.
“Menggatal je kakak ni lah.” Bob mengejek. Umaira menjelir lidah pada Bob. Bila mata bertentangan dengan Imran, cepat dia melarikan pandangan. Lain pandangan Imran padanya, tidak macam Imran yang sebelum ni.

“Jom.” Khairil menarik tangan Umaira.
“Kenapa nak balik malam ni juga? Abang tak penat ke nak drive.”
“Kalau abang mengantuk, sayang lah drive.”
“Ishk tak pandailah bawa kereta abang tu.”
“Aik, kereta abangpun auto juga, sama macam Myvi sayang tu. D for drive, N for neutral, P for park, R for reverse." Dah macam cikgu sekolah memandu.
“Itu tahulah abang. Kereta abang tu besar. Tak pandai nak parking. Bila nak bawa Myvi saya ke KL?”
“Biar tinggal kat kampunglah, boleh Bob guna. Dia nak ambil lesen dah kan. Nanti abang settle kan payment Myvi sayang tu.”
“Habis tu saya nak pakai kereta apa nanti?”
“R8 ada, gunalah.” Seriuslah? Lagilah Umaira tak mahu.

Mereka berhenti di hadapan pintu berwarna coklat. Gementar pula Umaira nak masuk. Dia memang teringin nak melihat tingkap dan juga balkoni yang selalu budak lelaki itu berdiri.
Sebaik kaki melangkah masuk, Umaira sudah terpegun. Wah besarnya bilik, ada katil bersaiz king, siap cadar satin berwarna peach, ada meja study, ada meja solek, ada tv, wardrobe nya besar. Luas bilik sudah mengalahkan ruang tamu rumah Umaira. Carpetnya lembut tenggelam kaki. Mewah nya.
Ada telescope, kamera. Dah macam stalker. Paling menarik minat Umaira, ada beberapa patung robot Gundam Banzai tersusun di rak.

“Ini bilik abang?”
“Yup.”
“Serius?”
“Ya sayang. Tu.” Muncung di hala ke sebuah gambar.
“Masa abang dapat dean’s award kat Heathrow.”
“Dean’s award?” Wah hebat lah Encik suami. Dahlah kaya, pandai, hensem, wangi.. eh.. jauhnya beza dengan Umaira. Umaira biasa-biasa je. Belajar pun nak kata bijak sangat pun tidak, tak berapa bijak pun tidak juga, sedang-sedang saja.

“Abang selalu tengok sayang dari tingkap ni. Selalu intai guna binoculars, ada lagi rasanya abang simpan dalam kotak. Kalau pandangan abang terhalang, baru abang ke balkoni.” Izhan membuka kunci dan menolak sliding door.
“Nampak post guard kat depan tu?”
Yelah dari balkoni nampak lebih jelas.

“Pernah tak sayang terfikir, akan kahwin dengan crush masa kecil?”
Umaira menggeleng. Memang dia ada teringatkan budak lelaki muka ketat tu, tapi dia tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan budak tu. Dia sedar diri budak tu anak orang kaya, lagipun dia selalu kata budak tu sombong, tidak mahu berkawan dengannya, walaupun dia sudah melebarkan senyuman sampai ke telinga.

“Abaangg..” tangannya menari-nari di lengan Khairil.
Melihat senyuman di bibir Encik suami, dia tahu Encik suami boleh mengagak adalah yang Umaira hendak katakan.
“Kenapa kita tak balik esok jer?”
“Esok abang ada meetinglah sayang.”
“Alaaa..” Umaira sudah buat muncung itik.
“Kenapa nak balik esok?” Khairil pula bertanya.
“Nak tidur sini.” Umaira menunjuk ke arah katil bersaiz king yang cantik dengan cadar satin. Senyum semanis candy dihadiahkan buat encik suami.
“Tidur je? Boleh buat senaman tak?” Khairil menarik Umaira ke dalam pelukannya.
“Tidur je.” Umaira melarikan dirinya.
“Sayang, kalau tidur je jomlah kita balik KL. Tidur kat rumah kita lagi best.” Khairil masih cuba menarik Umaira.
“Tidur je.” Umaira lari ke pintu. Pintu berjaya di buka, tapi Khairil dapat menarik dia. Terjerit kecil Umaira.

“Wah, husband and wife ni, main kejar-kejar ya?” Imran berdiri di muka pintu.
“Ayah cari kat bawah.”
“Oh, okay. Sayang nanti kita sambung.” Khairil mencuit hidung Umaira.
“Ada apa?”
“Nenek suruh ayah tidur sini.”
Ayah? Kau panggil bapa mertua aku ‘ayah’? Lain macamlah bunyinya Imran
“Balik esoklah ni?” Khairil garu kepala.
“Kau tak boleh postpone ke meeting tu?”
“Dah janji dengan Dato Zamri.”
“Dato Zamri ke anak dia?”
“Eh, mulut kau.”
Khairil yang sedikit bengang, kemudian turun ke bawah.

Umaira hanya memerhati dua sahabat itu berbual. Dato Zamri? Puteri Dato Zamri ke yang dimaksudkan? Berebut nak balik KL sebab nak jumpa Dato Zamri dan anak dia ke? Ini boleh mendatangkan cemburu yang melampau.

“Mengapa kita kasih yang terpisah. Bersatu cumalah hati. Menangis sedih biarlah ku temui di taman fantasi.” Imran menyanyi di hadapan Umaira. Serius Umaira tak faham ni.
“Usop?”
“Lirik dia tu.”
Lirik? Kasih yang terpisah? Bila pula mereka berkasih? Umaira cuma berkasih dengan Khairil Izhan. Tak pernah ada Imran di dalam hatinya.

Kenapa dengan Imran? Tidak selesa dengan pandangan Imran, Umaira masuk ke bilik. Boleh dia melihat-lihat sekitar bilik Khairil. Menunggu Khairil di bilik, buat Umaira rasa mahu terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience