[ Bab 88 ] DBS

Romance Completed 253377

Badannya terasa sangat penat. Fikiran pula melayang entah ke mana. Dia menekan butang air panas mesin Cuckoo, ingin membancuh Milo untuk diri sendiri.

“Sayang!”

Terkejut dengan panggilan, cawan yang dipegang hampir terlepas. “Ya Allah, air dah penuh dah ni. Kena tangan tak?” Khairil mengambil kain lap. Dikesatnya lebihan air panas yang tumpah ke lantai.

“Kenapa ni? Abang tengok dah berapa hari sayang macam ni. Papa pun perasan, kopi sayang manis, telur dadar masin.. sayang kenapa sebenarnya ni.. errmm cuba cerita kat abang..” Khairil meraih kedua tangan Umaira, dikucupnya lembut. Dia tahu ada yang mengganggu fikiran isterinya, dia tahu ada sesuatu yang ingin isterinya bicarakan.

Bagaimana Umaira hendak menjelaskan, bagaimana Umaira hendak memula kata, renungan mommy, meseg mommy memang boleh buat jiwa dia sakit yang sangat. Jauh di sudut hati, dia ingin mommy menerima dia sebagai menantu, dan dia sanggup buat apa saja demi itu, namun.. disebalik itu, dia juga punya perasaan tidak mahu berkongsi kasih Khairil dengan perempuan lain. Dia tidak mungkin mampu melihat Khairil mengucup tangan Puteri, dia juga mungkin tidak mampu melihat Khairil memeluk Puteri. Argh! Hatinya merintih dan menangis sedih.

Tidak menjawab pada soalan Khairil, dia mengheret kakinya menaiki tangga menuju ke bilik tidur. Diusap perlahan perutnya yang semakin besar. Sesekali terasa sakit di pinggang. Lenguh di kaki, namun sakit di hati melebihi kesakitan di badan. Badannya direbahkan ke katil, memejam mata, memohon Allah meringankan sedikit rasa debar di dadanya.

“Sayang.. jom bangun solat Suboh. Dah pukul 6:30, jom bangun..”

6:30? Dah Suboh? Oh, semalam dia tertidur? Ya Allah, syukur dia mendapat peluang menghirup udara segar sekali lagi, dan melihat khalifah keluarga nya.

“Sorry abang, semalam sayang tertidur.”

“Tak apa, sayang solat dulu, abang tunggu kat bawah ya.”

“Abang dah solat?”

“Dah, tengok sayang tidur nyenyak, abang kasihan nak kejut. Abang bangun awal tadi.” Bangun awal? Dia sebenar nya tidak mampu lelap, risaunya dia pada perubahan sikap Umaira. Sakitkah isterinya itu, ditanya tidak menjawab.

Umaira turun selepas siap mandi dan bersolat. Khairil sudah siap membancuh air, juga telah membeli sarapan. “Hari ni sayang tak payah buat sarapan, abang beli kat kedai depan taman. Sayang rehat saja ya.” Terharu dia melihat layanan Khairil, selalu memikirkan perihal dia, jika Khairil berkahwin dengan Puteri adakah dia akan dapat layanan seperti ini lagi nanti. Hatinya menjadi lebih sedih.

“Baby sayang, jaga umi baik-baik ya. Abi pergi kerja dulu.”
Senyum segaris terlakar di bibir. Sorry Abi, Umi sedih sangat ni. Handphone diambil dan contact list Kak Long dicari, dia menghantar meseg.

- Salam.. Kak Long masak apa arini?

Seketika menunggu, Kak Long membalas.

- Waalaikumussalam..
- Terung masak asam rebus, ikan caru goreng sambal.
- Nak makan sini tak? Kak Long tak kerja hari ni.

Sedap nya. Terliur rasa. Dia terus naik ke atas, menukar baju dan dengan perasaan yang kosong dia membuka aplikasi Grab Car. Walau ada kereta di parkir, tapi dia tidak mahu memandu di kala hatinya tidak tenang.

Setiba di rumah Along, sikapnya masih sama, diam dan terus diam. Pandangannya kosong, bila disuruh makan, dia makan, bila disuruh berehat, dia berehat, bagaikan robot yang tidak mempunyai perasaan. Kak Long yang sedari tadi memerhati, terasa sangat susah hati. Bila dilihat Umaira sudah tertidur, dengan cepat dia menelefon suaminya.

“Abang, kakak ada kat sini, tapi dari tadi diam saja, makanpun secubit dua.”

Sesekali Kak Long menjengah Umaira yang sedang lena. “Abang baliklah sekejap tengokkan dia. Dia bergaduh dengan Khai ke?”

Setengah jam kemudian, Abang Long Haris pulang ke rumah. Dia meminta half day, demi untuk melihat adik perempuan kesayangannya. Adik yang manja, yang comel, tapi kelihatan lesu dan tak bermaya.

“Mungkin sebab dia mengandung agaknya, dia penat. Perut dia pun besar tu.”

Dia mengejut perlahan Umaira. Dia ada menelefon Khairil tadi, bertanya jika Umaira ada meminta izin suami untuk ke rumahnya. Dia juga punya perasaan yang lain selepas mendengar kata-kata isterinya.

“Tak ada pula Umaira minta izin, bang. Tapi tak apa, Khai izinkan. Janji dia selamat, sebab dah 3, 4 hari ni dia lebih banyak diam, macam ada sesuatu yang mengganggu.”

Diusap perlahan bahu adik perempuannya. Memberi kekuatan, pada wajah sugul di hadapannya.

“Kenapa ni, kakak? Khai tahu tak kakak datang sini?”
Hanya gelengan sebagai jawapan. Mukanya sudah mencemek, matanya sudah digenangi airmata.

“Kakak tahukan, kakak kena minta izin suami. Allah haramkan segala kejahatan pada isteri yang sentiasa meminta izin suami.”
Laju Umaira mengangguk, tapi seketika kemudian dia sudah menangis di bahu abangnya. Abang Long sentiasa penuh dengan nasihat, sentiasa tenang dalam segala segi, dia tahu abang Long mampu memberinya semangat.

Kak Long datang menghampiri. Duduk di sebelah dan memeluk Umaira. Dia dapat merasa adik iparnya itu ada masalah yang susah hendak dinyatakan.

“Abang dah call Khai tadi. Khai suruh rehat kat sini, petang nanti Khai ambil. Kakak ambil wuduk dulu, dan rehat dalam bilik ya.”

"Eh kita nak ke mana ni? " Tan Sri Sufrie rasa ni bukan jalan ke rumah Khairil.

"Rumah Along, daddy. Umaira dia mengidam lauk kak long." Tak akan nak cakap Umaira ke rumah Along tanpa beritahu.

Apa nak jadi, jadilah, malam ni dia akan tanya Umaira kenapa Umaira berubah sikap. Biasa isterinya itu tak pernah buat hal, awal mengandung pun dia tidak ada pembawakan, dia kurang mabuk, sesekali tu adalah.

"Betul juga tu, Khai. Sesekali kenalah bawa Umaira tu makan di luar. Hari-hari dia masak. Sesekali kena entertain isteri Khai. Makan kat rumah daddy nak, lama dah Mak Mun tak masak sedap-sedap."

Khairil mengangguk. Dia sudah tidak sabar hendak sampai ke rumah Along. Sedang buat apa agaknya cik isterinya yang cantik.

"Doktor tak kata, baby kamu tu kembar ke, lelaki ke perempuan ke?"

"Doktor nak cakap, tapi kami tak nak tahu. Kalau scan pun, kami tak tengok. Just beritahu baby sihat, Alhamdulillah. Umaira nak surprise."

"Perut dia bulat besar, tak larat daddy tengok dia nak bawa perut dia. Kamu kena pilih bilik bawah untuk dia. Kasihan kena naik tangga."

Betul juga tu. Mungkin sementara ni, boleh guna bilik tetamu di tingkat bawah untuk kesenangan Umaira. Balik nanti boleh bincang.

Setibanya di rumah Abang Long Haris, Khairil beberapa kali memohon maaf. Dia sebolehnya tidak mahu Tan Sri Sufrie tahu, masalah yang sedang dia hadapi. Masalah yang dia sendiri pun tidak tahu apa puncanya. Dia tidak sangka Umaira akan ke rumah Abang Long Haris. Untunglah abang Long jenis yang sangat penyabar dan selalu memberi nasihat. Ini kalau ke rumah Angah mahupun Uda, mahu telinga nya sudah pekak mendengar jeritan marah, silap-silap penumbuk melayang ke muka.

"Sebenarnya, kita semua, anak dan ibu bapa saling memerlukan. Anak memerlukan doa dari ibu bapa untuk berjaya dalam hidup, dan ibu bapa pula perlukan doa dari anak-anak apabila telah meninggal dunia. Jadi sentiasalah kita berbuat baik sesama kita, kerana kita akan saling memerlukan." Tazkirah selepas Solat Maghrib dari abang Long. Umaira mengeluh. Jika mommy tidak gembira dengan perkahwinan anaknya sendiri, mommy tak redha, adakah mommy mendoakan kejayaan Khairil.. Mommy hanya bahagia jika Khairil kahwin dengan Puteri. Dan Umaira mahu mommy merestui perkahwinannya. Jadi dia perlu berterus-terang sahaja dengan Khairil. Apapun keputusan Khairil nanti, dia akan ikut.

----

"Abang.."

Khairil yang sedang menonton tv, menekan butang off di remote.

"Ya. Apa yang sayang nak beritahu abang."

"Errrmmm..." Jarinya bermain di peha Khairil. Rasanya sudah lama dia tidak sebegitu, manja dengan Khairil seperti sebelum dia mengandung.

"Haa adalah tu yang nak diminta tu." Khairil tersengeh, tanpa tahu apa sebenarnya masalah yang membebani kepala isterinya.

"Abang... Sayang nak minta tolong.."

"Tolong apa?"

"Tolong kahwin dengan Puteri."

"Hah!" Kening Khairil bercantum, dahinya berkerut. Dia tak salah dengar ke? Umaira yang cakap macam tu? Suruh dia kahwin dengan Puteri? Biar benar ni.

"Kenapa nak abang kahwin dengan Puteri? Puteri pun abang dah lama tak jumpa."

"Tapi dia menantu pilihan mommy.."

"Oh, jadi ni semua mommy lah yang suruh cakap dengan abang? Nilah punca muka tu masam, buat kerja semua tak betul. Macam tu?"

"Abang janganlah marah. Abang patut suka, sayang suruh abang kahwin dengan Puteri." Dia cuba membela dirinya. Suara tegas Khairil buat dia takut.

"Ishk, nonsense lah. Abang tak nak. Sayang seorang nipun abang tak terjaga. Nak suruh jaga Puteri yang menggedik tu? Hei.. tak payahlah." Khairil bangun dan terus naik ke tingkat atas. Marah agaknya.

Umaira ke dapur dan membancuh secawan kopi pekat. Dia kena kuat, dia kena buat sampai Khairil berkahwin dengan Puteri. Dia tak sanggup nak dapat meseg mommy bertanya bila dia hendak pujuk Khairil. Kopi pekat dihulur pada Khairil.

"Abang..."
"Abang tak nak kopi. Hati abang tengah panas ni, abang nak teh o ais."

Boleh pula nak meminta-minta. Umaira turun semula ke bawah, membawa perutnya yang besar, melangkah satu demi satu anak tangga. 10 minit kemudian dia menyua segelas teh o ais pada Khairil.

"Dah tak ada mood nak minum teh o. Abang nak Milo. Lepas minum boleh tidur."

Umaira akur, dia turun semula. Dan kemudian naik dengan sedulang air. Tega nya hati Khairil nak suruh cik isteri yang sedang sarat turun naik tangga. Peluh menitis di dahi. Mengahnya tidak boleh dikata. Serasa berlari marathon 10km.

Ada 4 cawan di dulang, kopi pekat, teh o ais, Milo dan segelas cawan yang kelihatan kosong, tapi kelihatan basah.

Dia tahu Umaira sedih, matanya yang merah sudah menunjukkan kesedihannya. Kulitnya yang cerah, kalau dia selsema pun cepat naik merahnya.

"Ni air apa?"

"Airmata....." Umaira letak dulang dan terus ke katil. Khairil terkedu mendengar.

"Tak akanlah sayang sanggup buat abang macam ni? Abang tak nak kahwin dengan Puteri. Puteri pun dah hilang dah. Dato Zamri pun tak ada kat Malaysia ni. Sayang sanggup nak jual abang kat Puteri?"

"Tapi mommy hanya akan bahagia kalau abang kahwin dengan Puteri."

"Tapi sayang tak rela kan abang kahwin, kalau sayang ok, sayang tak macam ni."

"Tapi sayang nak jadi menantu mommy, sayang nak mommy terus sayang kat sayang. Mommy akan terima sayang sebagai menantu kalau abang kahwin dengan Puteri." Katanya sambil mengongoi sedih, airmatanya mencurah turun. Hiba hati Khairil, tapi dia perlu tegas. Dia memang dah agak dah mommy akan macam tu. Daddy saja yang kata tidak.

"Tidurlah, abang nak keluar ambil angin."
Dia mencapai wallet dan handphone. Turun ke bawah mencari kunci kereta. Kemudian terus keluar dari rumah.

"Jumpa aku kat kedai makan biasa." Voice note dihantar.

"Anak kau berapa?"

"Empat. Apasal?"

"Perempuan mengandung memang macam-macam eh?"

"Biasalah, lain anak, lain pembawakkannya. Kenapa, Umaira mengidam yang bukan-bukan ke?"

"Aah, dia mengidam aku kahwin dengan Puteri. Dia tengah menangis pujuk aku kahwin lain, kat rumah. Kau rasa tu pembawakkan ke?"

"Tu rezeki namanya, bro. Jarang dapat isteri suruh suami kahwin lain. Rare betul lah adik aku tu. Untung ler kau."

"Ishk kau ni."

Tak membantu betullah Angah Farid ni.

...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience