[ Bab 94 ] DBS

Romance Completed 253440

Setiap yang keluar dari mulut Dr. Zalikha, Khairil sangat faham. Dia tahu ini kali kedua isterinya jatuh. Kalaupun selepas ini risikonya dia tidak boleh mengandung lagi, Khairil tidak peduli, janji isteri dan anaknya selamat. Walau dia juga tahu, usia kandungan belum cukup matang. Andai jika dia harus memilih, dia akan memilih Umaira. Dia bersalah pada isterinya itu. Dia mohon diberi peluang menebus segala apa kesalahan yang telah dia lakukan.

"Ya, I agree. Apa yang doc suggest itu yang terbaik, kan. Yang penting isteri dan anak saya selamat, tolong ya doc. I cannot live without my wife. Saya berdosa pada dia."

Nak cakap apa lagi? Tak akanlah nak argue dengan doktor yang lebih pandai dan pakar dari dia.

"Can I see my wife doc?"

"Kita sama-sama doa ya. Inshaa Allah, I akan cuba sebaiknya."

Kakinya melangkah lemah ke arah ayah mertuanya. Tidak peduli pada mata yang memandang, dia harus mendapatkan kemaafan dari ayah mertuanya. Apa yang berlaku dia sendiri tidak sangka. Memang sudah hampir sebulan dia tidak menemui isterinya, tapi setiap hari dia menelefon Umaira, video call, berbalas meseg. Dia tidak pernah lupakan isterinya itu. Tapi sekalipun Umaira tidak pernah bercerita tentang meseg yang dia dapat. Kalau Umaira bertanya, tentu sahaja dia akan bercerita, diapun bukan nak berahsia sangat. Dia cuma ingin suprise Umaira sahaja. Tidak disangkanya dia pula yang mendapat 'surprise'.

"Ayah.." Dia duduk melutut di hadapan Haji Noordin. "Khai minta ampun, ayah. Khai tak sangka semuanya jadi macam ni. Khai tak kahwin pun dengan Puteri. Puteri kahwin dengan orang lain. Bukan dengan Khai." Kedua tangan Haji Noordin dikucupnya lama, bagaikan minta ampun di pagi raya.

"Tak payah nak berdrama sangatlah Khai." Angah Farid masih dengan bengangnya. "Angah." Along Haris yang sudah tiba, menegur kata-kata sinis Angah.

"Aku geramlah Long. Boleh dia buat adik aku macam tu."

"Kita semua melakukan kesalahan Angah. Tapi selagi kita ada peluang meminta maaf dan baiki kesilapan kita tu, kita kena lakukan. 2 perkara yang harus kita ingat, adalah dosa diri sendiri, dan kebaikan yang orang lain lakukan. Dan 2 perkara yang kita harus lupakan, adalah dosa orang lain, dan kebaikan diri sendiri. Ingat tu angah." Memang kalahlah kalau bercakap dengan Ustaz Haris. Ada sahaja kata-kata hikmat yang dia akan kongsikan.

"Cakap kat angah buat apa, beritahu pada Khai tu, kalau tak, tu haa pada Puan Sri kekwat yang tak suka adik kita jadi menantu dia." Angah menjeling ke arah Puan Sri Maria. Ingat dia buat muka singa macam tu, Farid nak takut. Dijerkah nanti, menikuslah dia. Ini semua dia punya pasal, sebok menghasut adiknya memujuk Khairil berkahwin lain. Apa agaknya yang didengkikan sangat.

Kehadiran Puteri yang cantik bertudung memeranjatkan keluarga Umaira. Buat apa agaknya datang ke sini, untuk mengeruhkan lagi keadaan ke? Di belakangnya ada seorang lelaki, berbaju melayu kaler cream. Inai di jari Puteri sepadan dengan di jari lelaki itu.

"Kau ni kawan Umaira kat ofis dia dulu, kan? Yang sukakan Umaira tu?" Angah menyoal siasat. Ialah dulu dia pernah gertak lelaki ini. Jangan dikacau adiknya.

"Ia, saya. Betul. Tapi hari ni, biar saya perkenalkan diri. Saya Izzuwan, suami kepada Puteri Qaisya. Maaf kalau ada salah sangka di mana-mana, kami baru bernikah pagi tadi."

Jadi betullah bukan Khairil yang bernikah, tapi gambar yang Umaira dapat tu, dari siapa? Tak akanlah Puteri sendiri yang menghantar gambar kepada Umaira, jika dia hendak berkahwin dengan lelaki lain. Angah Farid seolah mencium bau hati busuk di situ. Dia seakan dapat meneka siapa yang berhati hitam itu, lantas dia duduk di sebelah Khairil. Dia menaip sesuatu di Whatsapp dan menghantarnya kepada Khairil yang duduk di sebelah. Khairil menoleh dengan dahi berkerut. Ek eleh mamat ni, tadi nak tumbuk aku, ni duduk sebelah-sebelah pun nak Whatsapp ke? Dia membaca dari notification di skrin.

'Logik juga' Khairil mengangguk. Dia faham apa yang Farid maksudkan. Telefon Umaira yang dipoketnya diambil. Dalam runsing memikirkan Umaira yang masih belum keluar dari bilik pembedahan, dia mencari Whatsapp yang Umaira terima.

Nombor asing di telefon Umaira ditekan video call. Dia menunggu. Telinga nya menangkap bunyi deringan telefon, pantas dia menoleh. Matanya memandang ke arah bunyi itu. Dia menutup panggilan, dan ringing juga berhenti. Dia mencuba lagi, dan bunyi yang sama dari tempat yang sama turut berbunyi. Semua mata sudah memandang ke arah yang sama. Ke arah sebuah beg tangan yang dipegang seseorang.

“Daddy.” Seolah faham, Tan Sri Sufrie merampas beg tangan tersebut dan terus menyelongkar mencari telefon yang berbunyi. Panggilan video di Whatsapp, butang hijau ditekan. Wajah Khairil terpapar di skrin. Telefon disua pada Khairil, ya mereka sudah dapat menangkap siapa yang punya angkara.

“You, Maria?” Bengangnya Tan Sri Sufrie rasa, bila mendapat tahu isterinya sendiri yang memporak-perandakan rumah-tangga anak sendiri. Sanggup beli handphone dan nombor baru, semata-mata untuk melaksanakan niat jahatnya.

“Mommy.. how could you do this to me? How could you, mommy..? How could you..? Memang tak ada belas ke kat hati mommy pada Khai, pada Umaira, pada anak Khai? Can’t you just accept the fate yang Puteri tak akan jadi your daughter-in-law? Khai hanya cintakan Umaira mommy. I have loved her since the first day I saw her mommy. Dari Khai kecil, mommy. Kenapa susah sangat mommy nak faham..”

"Kalau bukan Puteri sekalipun, tapi bukan anak perempuan Noordin!" Bentak Puan Sri Maria. Tak termakan dia dengan kata-kata Khairil.

"Hati kau busuk Maria. Apa yang kau benci sangat pada aku?"

"Satu keluarga KAU aku benci! Dari ayah kau, sampai anak KAU!" Jerit Puan Sri Maria macam orang gila.

"Maria!" Satu tamparan kuat singgah di pipi. Hampir terpusing Puan Sri Maria. Perit yang dirasa di pipinya ketika itu, tidak seteruk rasa perit di hatinya. Hilang sabar Tan Sri Sufrie pada isterinya itu, hingga dia tidak dapat mengawal tangannya. Tangannya menggigil menahan perasaan marah.

"You sedar tak apa yang you cakap? Eh, kalau you rasa you tak boleh nak terima Umaira sebagai menantu you, jangan harap I akan terima you sebagai isteri I. You pilih Maria, you want stay or you want to get lost! Enough. I'm sick of you. Aku dayus kalau aku tak suruh kau berambus dari sini, Maria. " Dia menolak tubuh Puan Sri Maria.

"Sabar daddy, bawa mengucap." Khairil menarik daddy nya. Beberapa orang nurse yang lalu, menyuruh mereka senyap. Mana tidaknya dari tadi asyik bertengkar. Patutnya sekarang semua orang sedang berdoa untuk keselamatan Umaira dan anaknya, bukan bergaduh dan saling memaki-hamun.

Tan Sri Sufrie tahu, memang dari awal isterinya tidak sukakan keluarga Pak Mustapha. Pak Mustapha banyak mengajar Khairil tentang agama, mengaji, solat. Dia juga tahu, Pawang Hitam meramalkan cucu perempuan Pak Mustapha akan membawa malang pada kehidupan Khairil, sebab itulah isterinya bertegas hendak Khairil ke London, ikut Mariam. Dan mahu Khairil jauh dari segala ilmu yang mommy nya tuntut, dia akur melepaskan anaknya itu tinggal berlainan benua dengannya.

Tapi siapa kita hendak menyangkal takdir dan ketentuan Allah, kalau sudah dinamakan Jodoh, asam di darat, ikan di laut, di dalam belanga bertemu juga. Walau mereka terpisah hampir 20 tahun, walau banyak rintangan, akhirnya mereka bertemu dan berkahwin. Bukankah perancangan Allah itu maha hebat.

"Mommy.." Khairil jadi serba-salah. Hendak dia memanggil mommy nya itu agar tidak meninggalkan daddy, mulutnya terasa berat. Tapi dia tidak mahu keluarganya jadi kacau bilau dek kerana perangai mommy nya yang keras-kepala itu. Cukuplah dengan masalah yang ada sekarang.

"Maafkan aku Din. Aku patutnya dah lama ajar Maria. Dan aku juga patutnya dah lama sedar apa yang dia lakukan pada Umaira. Mungkin sebab aku terlalu cintakan dia, sebab tu aku jadi buta."

Ya, kau memang cintakan Maria, Sufrie. Haji Noordin terimbau perbualannya dengan Mariam, ketika di majlis persandingan Khairil dan Umaira. Sufrie memang cintakan Maria, Mariam sekadar alasan sebab dia juga tahu Noordin sukakan Maria. Hanya selepas Noordin mula berkawan dengan Hasmah, Sufrie berani menyuarakan cintanya. Sufrie ingin menjaga persahabatan baiknya dengan Noordin, sahabat yang pernah menyelamatkan dia dari lemas di sungai.

"Ya, cinta itu membutakan kita pada banyak perkara." Haji Noordin ingin meleraikan pertengkaran tadi, tapi dia juga ingin sesekali Maria diberi pengajaran. Padanya tidak akanlah Sufrie akan bertindak sehingga menceraikan isterinya. Paling tidak pun marah nya akan hilang nanti.

Suasana menjadi sunyi seketika. Khairil masih mundar-mandir dan resah gelisah. Walau beban di bahunya sudah sedikit berkurangan, kerana dia sudah tahu siapa sebenarnya yang tidak pernah puas hati dengan perkahwinannya, namun kerisauan akan keselamatan Umaira mengatasi segalanya. Tidak putus dia berdoa akan keselamatan isterinya. Andai apa-apa terjadi, bagaimana dia hendak berhadapan dengan kehidupan.

Jika Umaira selamat, tapi kandungannya tidak, bagaimana reaksi isterinya itu. Adakah dia akan bersedih dan mula menyalahkan Khairil, Khairil sendiri tidak tahu. Dan jika sebaliknya.. Ya Allah, Nauzubillahiminzalik. Moga Kau jauhkan aku ya Allah dari segala perkara buruk.

Sedang Khairil mundar-mandir, Dr Zalikha keluar dari bilik pembedahan. Khairil sudah menerpa. "My wife macam-mana doktor?"

"Errmmm... Alhamdulillah, ibu dan anak selamat. Tahniah Encik Khairil. Cuma..."

"Cuma apa doktor?" Semua yang ada sudah tidak sabar hendak mendengar.

"Cumanya, Puan Nurin banyak tumpah darah, jadi dia perlu rehat yang banyak. Untuk tempoh 24 jam ini, saya minta jangan ganggu dia dulu. Sebabkan pramature baby, nanti nurse akan beritahu Encik Khairil untuk azan dan iqamat kan baby." Semua khusyuk mendengar, semua bersyukur mendengar.

"Azan dan iqamat?" Farid bertanya.

"Ya, congratulations Encik Khairil dan semua, you got twins babies. Sepasang. Cuma.."

"Cuma apa lagi ni doktor?" Haji Noordin sudah tidak sabar jadinya, dah berapa kali 'cuma' doktor ni.

"Both kami akan pantau di NICU. Abangnya Alhamdulillah, walaupun premature tapi sihat, adiknya kurang berat dan nanti apa-apa doktor baby akan beritahu yang selanjutnyalah ya." Senyuman yang terukir di bibir Dr. Zalikha membuatkan semua yang ada di situ melepaskan nafas lega. Ya Allah, terima kasih Ya Allah.

"Boleh saya tengok isteri saya doktor?"

"Nanti dah dipindahkan ke wad, boleh tengok. Cuma.." Dr. Zalikha tertawa kecil. "Cuma macam yang saya cakap tadi, dia perlukan rehat yang cukup."

"Faham, faham doktor. Thanks doc." Dr. Zalikha berlalu meninggalkan kumpulan keluarga yang sedang bersorak riang itu.

Dapat anak kembar. Dapat cucu kembar. Masing-masing tidak sabar hendak beritahu yang lain.

..

Share this novel

Ella Halim
2020-11-03 00:01:04 

tahniah umaira dan khairil dapat baby twins

Dayyah
2020-11-02 16:46:37 

Arghh tk sabar nk tunggu next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience