[ Bab 63 ] DBS

Romance Completed 253440

Hari yang dinanti sudah tiba. Usai menunaikan solat Subuh, Khairil mengeluarkan baju nikahnya dari dalam almari.

Khairina asyik berpesan padanya, supaya bersiap awal. Jurukamera akan datang untuk mengambil gambar, merakam detik-detik indah hari berbahagia. Tapi bukankah awal lagi, biarlah tunggu Mak andam datang dulu, bisiknya sendiri. Menyebut nama mak andam tu, buat dia tersengeh kecil. MUA kata orang sekarang.

Khairil Izhan nak kahwin? Dia sendiri tidak percaya. Dia terpandang gambar sepasang baju berwarna peach gold di dada majalah, ketika duduk santai di butik adiknya. Terus sahaja dia menyuakan majalah fesyen itu kepada Khairina, dan mahukan baju nikahnya dari warna yang sama tapi fesyen ikut suka Khairina. Yang penting cantik dan sesuai buat Umaira.

“Bila nak kahwinnya?” Idham yang bertanya. Wajahnya seakan teruja menunggu jawapan.

“Dalam masa terdekat ni.”

“Bila tu? Dalam bulan ni ke?”

“Maybe. One or two months. Tapi terdekatlah.”

“Dengan siapa?”

“Dengan Umaira, lah. Banyak tanyalah kau ni.” Muka jengkel dia suakan pada Idham.

“Serius ke, sayang? Confirm ke? Bila meminang, apasal abang tak tahu ni?” Diajukan soalan pula pada Khairina yang masih melihat gambar baju yang Khairil tunjuk.

“Tak tahulah, sayangpun tengah confuse ni.”

“Tak payah nak confuse sangat. Ni abang nak beritahu, read my lips, make it in two months. I will marry Umaira in two months.”

“Gelojoh.” Cemek Khairina.
Dan itulah ceritanya. Sebenarnya belum cukup pun 2 bulan.

Khairina lah orang paling sebok. Manakan tidak segala urusan perkahwinan semua dia yang aturkan. Memang dia sudah bersedia awal. Setiap kali Khairil keluar bersama Umaira, bila dia dapat membaca apa yang Umaira suka, dia akan beritahu Khairina. Adiknya lah yang akan mencari semua yang ada di dalam list. Sebab itulah dengan cepat barang hantaran sudah tersedia.

“Sayang beli barang-barang hantaran semua ni awal-awal, bila jangkanya yang abang Khairil nak kahwin?” Suaminya Idham sudah acap kali bertanya. Khairina sekadar angkat bahu. Diapun tidak tahu. Cuma abangnya hanya menyatakan dalam masa terdekat.

Dan dalam tempoh dua bulan yang diberi, Khairina sebok dengan persiapan perkahwinan abangnya. Butik Qaireen Kasih, dibiarkan pekerjanya yang uruskan. Secara senyap, di dalam bilik tetamu rumahnya, dia sudah menyiapkan barang-barang yang abangnya minta. Bimbang jika mertua atau keluarganya ingin bermalam di rumah, Khairina kerap membawa anaknya bertemu atok dan nenek. Semuanya dibuat dek kerana gelojoh abangnya yang hendak sangat berkahwin, namun tidak memberikan tarikh yang tepat. Tetap dengan jawapan, dalam masa yang terdekat.

Tapi hasil kerja Khairina memang tiptop. Bertuah dirinya ada adik yang lulusan sekolah fesyen. Tak sabar nak tengok Umaira memakai baju nikah peach gold yang Khairina reka. Tak ada fitting, hanya ikut ukuran yang lama. Untunglah saiz badan Umaira tidak berubah. Saiz sempurna buat bantal peluknya.

Berdebar? Tentulah debaran tu ada, walau dia selalu berkata dia nak kahwin dengan Umaira, tapi dia tetap merasakan debaran setiap kali menyatakannya. Memiliki Umaira bagaikan ingin memiliki anak kerabat diraja ataupun anak VVIP.

Langkah diatur perlahan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Khairina sebok membaiki barang hantaran, Idham sedang mengendong si kecil. Suasana riuh di dapur, mungkin saudara yang lain ada di dapur. Sayangnya auntie Mariam dan uncle George tidak dapat bersama kerana ada kerja.

“Auntie janji nanti masa resepsi, auntie balik ya.” Itu janji auntie Mariam. Resepsi tak tahu lagi bila, daddy kata paling cepatpun 2 bulan lagi.

"Nenek.." Khairil mendekati seorang wanita yang duduk di kerusi roda. Walau usianya sudah menjangkau 80an, namun masih kelihatan anggun dan cantik.

"Khai.. belum siap lagi?"

"Sekejap lagi nek. Nenek dah sarapan?"

"Nenek nak sarapan dengan Khai, boleh? Entah bila lagi nenek nak bersarapan dengan Khai."

"Nanti Khai bawalah Umaira ke Sabah, atau nenek boleh saja tinggal dengan Khai di KL. Umaira pandai masak tau nek. Dah few times jugalah Umaira masak untuk Khai. Daddy pun dah rasa nasi lemak sambal ikan bilis Umaira. Apatah lagi kopi pekat, memang superb."

"Betul tu nek, butter prawn Umaira masak sedap nek. Im pun nak cari isteri pandai masak macam Umaira lah nek. Tak perlu makan kat luar lagi." Imran yang datang dari ruang tamu terus mengambil tempat di sisi nenek.

"Kalau semua nak cari isteri pandai masak macam Umaira, orang macam Mak Jah dah tak boleh kerjalah. Nak jaga cucu, cucu pun tak ada." Mak Jah sudah lama bekerja dengan keluarga Tan Sri Sufrie, dari usianya belasan tahun, hinggalah ke usia tuanya. Jodohnya pula dengan arwah Pak Murad, juga bekerja sebagai tukang kebun keluarga Tan Sri Sufrie. Mereka tidak dikurniakan anak, hanya pada Khairina, Mak Jah mencurah kasih.

"Mak akan terus ada untuk Rina dan cucu mak." Satu ciuman mesra Khairina hadiahkan di pipi tua Mak Jah. Mak Jah jugalah yang mengasuh Khairina ketika kecil, malah selalu menjaga anaknya bagaikan cucu sendiri. Panggilan 'Mak' sudah cukup buat Mak Jah berbangga.

"Selagi ada madam besar macam Maria tu, ada kerjanya Jah. Bukan dia nak ke dapur ni haa. Makanpun dalam bilik.” Sinis sahaja kata-kata nenek. Ya memang, mommy memang selalu bersarapan di bilik. Makan tengahari selalu di restoran, jaranglah mommy nak makan di rumah.

“Abang, MUA datang sekejap lagi, abang dah boleh tukar baju.”

“Rin, nanti abang Im nak kahwin, nak Rin jadi wedding planner lah. Semua teratur, seminggu boleh complete semua ni.”

“Sekarang ni kan abang Im, yang penting kita ada contact. Makeup, catering, kalau majlis tak menyempat macam abang Khai ni, abang Im kena sediakan duit yang banyak. Harga semua double. Rin bawa semua dari KL tau. Pakai duit Rin, abang belum bayar apa-apapun. Baru kerja dah nak kahwin. Saving pun tak ada.” Bebel Khairina. Khairil tersengeh saja. Dia cuma bagi Khairina kad credit Platinum miliknya untuk membeli barang hantaran.

“Masuk buku 3 lima lah Rin. Cukup bulan baru bayar.” Tawa Khairil.

“Nasiblah Rin ada satu ni jer abang, untuk dia Rin sanggup buat apa saja. Rin nak tengok dia bahagia dengan pilihan hati dia, bahagia hingga ke Jannah, jadi Rin kena ikhlas. Habis majlis nanti Rin bagilah resit.” Khairina turut tertawa.

“Ishk kamu ni, Khai. Buat majlis kahwin ni, tak baik berhutang.”

“Taklah nek. Khai adalah saving. Nenek kan tahu cucu lelaki nenek ni kan suka berdikari. Gaji pound sterling dulu banyak lagi.”

Khairina menjawab panggilan telefon. Mundar mandir adiknya itu, makan pun tak sempat. Anak kecilnya lena digendong Mak Jah. Memang Mak Jah yang selalu menjaga anak Khairina. Sudah bagaikan cucunya sendiri.

“Abang, makan cepat sikit. Kawan Rin dah nak sampai, nak touch up sikit, ambil gambar.”

Khairil menggangguk. Waktu semakin hampir, janji pukul 11 di rumah Umaira. Atas permintaan Ibu Umaira, pernikahan dibuat di rumah sahaja, bukan di masjid. Satu-satunya anak perempuan katanya, ibu mahukan kenangan sepanjang hayat.

Khairil mengambil wuduk sebelum memakai baju. Hati mula menjadi tidak tenang, ada debaran kuat yang melanda. Semakin waktu mendekati, semakin dia rasa sangat gementar.

“Kau dah praktis, Khai?” Haiqal bertanya sebaik melabuhkan punggung ke katil. Dia yang baru sampai dari KL, terus sahaja menemui Khairil dan Imran.

“Dah. Banyak kali juga.”

“Senang jer kan nama Umaira tu. Nurin Umaira, sekali lafaz jer. Aku terima nikahnya..” Ikutkan hati Imran dia nak sebut sahaja sampai habis, tapi dia tak mahu buat sahabatnya berkecil hati.

“Aah nama Umaira memang senang, tapi aku takut tersebut nama ex-girlfriend, tu yang banyak kali praktis tu.” Seloroh Khairil buat gemuruhnya berkurang.

“Hek eleh. Poyo lah.”

“Tengok gambar kau ambil tadi.” Dia hendak memilih gambar terbaik untuk dia upload di IG. Baru dia hendak mencari Khairina memasuki bilik dengan muka cemberut.

“Abang ajak Puteri sekali ke? Dia datang dengan lelaki mana entah, siap warna baru boleh sedondon dengan belah kita.” Bercekak pinggang Khairina. Dia tidak mahu kehadiran Puteri akan mengganggu majlis pernikahan abangnya.

“Bila abang ajak dia? Contact dia pun tak pernah.” Khairil malas nak layan, cari gambar lagi bagus.

“Lelaki mana?”

“Ni hah. Rin ambil gambar dia tadi.” Handphone nya disua pada Imran. “Eh, ni bukan Izzuwan ke?” Khairil menoleh bila nama Izzuwan disebut. Ah, memang spoil the mood lah. Apa tujuan Puteri datang dengan Izzuwan. Hendak merosakkan majlis pernikahan dia ke?

“Don’t worry, Khai. Aku dengan Qal akan sentiasa perhati Puteri dengan Izzuwan. Kau focus pada majlis pernikahan kau ni. Nothing can ruin your wedding day.”

Thanks. Walau suaranya amat perlahan tapi anggukkan kepala kedua sahabat baiknya itu sudah cukup buat dia yakin.

***

“Eh, Encik Khai post gambar laa..” “Mana? nak tengok!” Jerit Dayang penuh teruja. Umaira? Memandang dengan sabar. Diapun nak tengok, tapi terpaksa tahan gelojak hati.

“Wah! Hensemnya dia, dengan baju peach gold dia tu. Uh, segaknya bakal suami kau Maira.” “Hensem kan?” Dayang dan Juita terlebih suka dengan gambar Izhan yang baru di post di IG.

“Finally.. today is the day. Doakan semuanya berjalan lancar, dengan sekali lafaz. I’ll marry my scandal.”

“Fuh.. tak sabar lah aku nak tengok Encik Khai depan-depan. Mesti kacak gila.” Dayang memang mudah teruja. Cerita pasal artis pun, kalau Dayang yang baca, tahap keterujaannya kalah peminat setia.

“Jom post gambar kat IG. Mana phone kau Mai?” Umaira sekadar memuncungkan bibirnya ke arah handphone yang terletak di atas meja solek.

“Mana IG kau ni Mai? Anti sosial media lah kau ni. IG, Fac semua tak pernah buka. Notification pun tak baca. Nasib dah friend dengan Encik Khai. Gambar dia tag pun kau tak tengok lagi Mai? Notification merah lagi ni.” Dayang membebel. Umaira tidak suka semua tu. Dia tidak post gambar di media sosial. Kalau adapun, selalunya Juita yang buat. Juita yang suka post gambar Umaira. Update story ke, update status ke.. itupun Umaira tak suka. Entahlah apa yang dibuat untuk mengisi masa lapangnya.

Juita membaca Whatsapp. Dia ada menghantar gambar Umaira pada Helmi. Dia yakin Helmi akan menghantar pula pada Encik Khai. Satu screen shot perbualan di Whatsapp Helmi kirim pada Juita.

‘Knp kau ada gmbr bakal isteri aku?’

‘Rilex lah boss. Cantikkan dia. Manis, ayu, jelita, semualah.’

‘Ofcos lah, tu kan cinta hati aku tu. Tentulah perfect.’

‘Eleh.’

‘Tentu kau jelous kan? (icon smiley) '

“Nasib dia boss, kalau bukan dah lama kena kutuk.” Tulis Helmi pada Juita. Helmi tidak ikut rombongan sebelah lelaki, dia menunggu di rumah Umaira, memandangkan dia baru sahaja tiba bersama Juita dan Dayang.

Hati berdebar tidak terkata. Ialah, bakal menjadi isteri, lagilah pada Khairil Izhan yang memang asyik mengajaknya kahwin. Harap lepas ni tiadalah lagi yang akan memanggilnya ‘Skandal Encik CEO’. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

Banyak dugaan dan rintangan di sepanjang cerita percintaan mereka. Macam-macam hal, hinggalah kejadian tidak diingini di Kuala Terengganu membawa mereka hingga ke hari pernikahan. Jika dikenang, memang boleh sakit jiwa. Dan perbualan dengan ayahnya terngiang di kepala.

“Dia dah bawa anak ayah ke sana sini, dia juga dah calarkan nama baik anak ayah. Berkahwin dengan dia adalah perkara yang tepat. Walaupun kita akan berhadapan dengan tohmahan orang kampung, sebabkan buat majlis tergesa-gesa, yang penting terhindar dari maksiat. Ayah risau jika dilengahkan akan terjadi perkara yang tidak diingini.” Memang menyedihkan saat mendengar kata-kata ayah. Ada manik jernih yang kelihatan dipelupuk matanya, namun tidak gugur membasahi pipi. Kucupan mesra di dahi Umaira, buatkan airmata Umaira gugur bagaikan manik terlerai dari untaian. Laju tidak sempat disambut.

“Maafkan kakak, ayah.” Sedunya.

Bak kata orang dulu-dulu, ‘menjaga seorang anak perempuan, lagi susah dari menjaga lembu sekandang.’ Itulah yang diibaratkan, hanya ada seorang sahaja anak perempuan, tapi banyak masalah yang timbul. Dengan pinangan yang terpaksa ditolak, dengankan si abang yang over protection, timbul pula cerita dia bukan skandal. Agh, memang boleh buat Haji Noordin dan Hajah Hasmah sakit kepala.

‘I dah nak sampai. Phone pada Imran. Jumpa kat majlis nikah ya.’

“Wei! Tengok Encik Khai post gambar kau kat IG. Ni mesti kau yang bagi kan Jue?” Menggedik semuanya nak tengok posting di IG.

‘Are you ready to be my wife, sweetheart? Today, tonight, tomorrow and till Jannah, you will be mine.’

“Mai! Are you ready?!” Tawa meledak dari Juita dan Dayang. Malah dari beberapa kenalan yang ada, yang masih mahu bergambar dengan Umaira.

“Dia sebut tonight tu, today tomorrow tu tak apa lagi, yang tonight tu kenapa nak sebut ek? Haha! Gelojohlah Encik Khai ni.” Dayang suka dari tadi. Ketawanya tidak henti.

Barang-barang hantaran sudah dibawa keluar. Rombongan lelaki dah nak sampai ke? Debaran yang menggila melanda Umaira, bagai nak pecah jantungnya berdegup. Ada getaran di kedua tangannya. Gementar tidak terkata. Sebenarnya, sudah bersediakah dia hendak menjadi seorang isteri. Bolehkah dia menjadi isteri yang baik.

“Mama Cik! Papa Khai dah sampai.” Papa Khai? Oh, abang uda ni, bila dia ajar anak dia panggil Papa Khai ni.

Beberapa ketika kemudian, dia dibawa ke hadapan. Saat kakinya melangkah ke pelamin, doanya tidak putus, agar majlis pernikahan nya berjalan lancar, agar perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience