[ Bab 72 ] DBS

Romance Completed 253377

Puteri Qaisya ;

Semua yang dibuat serasa tidak kena. Hatinya sakit melihat lelaki idamannya berkahwin dengan perempuan lain.

Memang dia akui Nurin Umaira cantik orangnya, bersederhana dari segi pakaian mahupun solekan. Tapi apa kurangnya dia, dia boleh saja berubah demi mendapatkan cinta Khairil Izhan.

‘Kenapa abang Khairil tak suka Puteri? Kenapa abang tak pernah nampak Puteri dah banyak berkorban untuk abang? Puteri sanggup buat apa saja untuk abang. Puteri dah suka pada abang sejak mula-mula kita jumpa dulu. Cinta yang Puteri pupuk sudah lebih 8 tahun, kenapa abang sanggup lukakan cinta yang telah lama Puteri pupuk.’

Hatinya sering merintih. Makannya tidak menentu sejak balik dari majlis pernikahan Khairil. Lebih lagi bila melihat kemesraan Khairil dan Umaira. Hafinya sakit. Hendak saja dia pergi serang Umaira, dia tidak kisah kalau dia tidak dapat Khairil, asalkan Umaira juga tidak dapat lelaki itu.

“Papa nak pergi mana?”
“Ada BOD meeting kat Mega Holdings.”
BOD meeting? Mega Holdings? Puteri sudah kulum senyum. Tentu abang Khairil ada. Abang Khairil kan pemegang share paling tinggi di Mega Holdings.
“Bila?”
“Petang. Khai postpone ke petang, patut pagi ni. Dia belum balik dari JB.”
“Mesti perempuan tu yang tak bagi abang Khai balik awal.”
“Ishk kamu ni. Biarlah mereka kan suami isteri.”
“Habis tu Puteri?”
“Kan Khairil dah cakap banyak kali dengan Puteri, dia TAK cintakan Puteri, dia anggap Puteri macam adik dia. So, what do you expect? Dia nak kahwin dengan adik dia ke?” Dato Zamri sengaja menekan perkataan TAK, biar anak gadisnya itu faham.
“Itu sebab perempuan tu dah guna-gunakan dia, papa.”
“Ada ke situ pula nya. Dah berapa kali papa pesan pada Puteri, hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa. Lagipun papa dengar, Khai dah lama kenal isteri dia tu, dari kecil katanya. Jadi tak ada istilah isteri dia tu rampas Khairil dari Puteri. “
“Papa selalu menangkan abang Khai. Macam Puteri ni bukan anak papa.” Dato Zamri memegang bahu Puteri. Jika ditanya hatinya, dia juga ingin sangat bermenantukan Khairil Izhan. Bukan kerana hartanya, tapi kerana budi bahasa dan sikapnya yang sentiasa menghormati orang lain.
“Apa kata kamu pikat anak Dato Harun tu, siapa nama dia? Diapun tak kurang juga dari segi rupa. Papa rasa mungkin dia lebih kaya dari Khairil.”
“Puteri bukan nak kan harta, Puteri nak kan cinta abang Khairil.” Ishk papa ni, ada suruh pikat abang Imran pula. Harta papa pun dah cukup pada Puteri, tapi masalahnya Puteri hanya mahukan abang Khairil.

“Meeting petang, awal pagi papa dah siap ni, nak ke mana?” Rasanya papa masih bercuti dari kerja, sejak diserang batuk-batuk seminggu lalu.
“Ada nak jumpa Tan Sri Sufrie dulu.”
“Nak ikut papa..” Puteri merengek manja.
“Tak payahlah..”
“Alah, papa mesti nak breakfast dengan uncle kan, bolehlah Puteri ikut. Lagipun abang Khairil tak ada kan? Lagipun papa pun belum sihat sangat, kalau Puteri ikut boleh jaga papa.”
“Ialah. Dah pergi bersiap cepat.”
Dato Zamri sekadar memerhatikan Puteri berlari ke biliknya. Ermm kalaulah isterinya masih ada tentu sudah dapat menasihati anaknya itu. Isterinya meninggal dunia ketika melahirkan Puteri. Sejak dari itu dia tidak berkahwin lagi. Membesarkan Puteri seorang diri. Dan kerana cintanya pada isterinya yang sangat mendalam, dia memahami perasaan Khairil. Dia juga memahami perasaan Puteri, namun dia tidak boleh memaksa Khairil untuk mencintai Puteri atau memaksa Khairil mengahwini Puteri. Dia tidak mahu anaknya dituduh merampas suami orang, dia juga tidak mahu perkahwinan paksa yang akhirnya tidak kekal lama.

“Hai uncle.”
“Wah! Cantiknya Puteri pagi ni.” Puteri nak ambil hati uncle Sufrie ni, Puteri pakai baju kurung Kedah moden. Puteri pun tinggi lampai, Puteri kan model, tentu sahaja cantik menggayakan semua baju.
“Sebok nak ikut breakfast.”
“Abang Khai tak ikut breakfast sama ke uncle?” Soalan Puteri itu mengundang lirikkan mata Dato Zamri. Ishk Puteri ni, bukan tadi dah janji tak mahu tanya pasal Khairil.
“Tak. Dia terus ke ofis petang nanti. Belum gerak balik dari JB. Nenek sebok ajak tidur JB katanya semalam.”
Nenek ke perempuan tu? Cemek Puteri.
Geramlah, kalau dia ada kat sini, Puteri nak ganyang cukup-cukup.

Puteri dah dapat idea. Tadipun dia naik kereta papanya, jadinya dia akan ikut sahaja ke mana papa pergi. Dia akan kepit tangan papa, jalan berdua, dan papa pasti tidak akan halang dia. Tentu dapat jumpa abang Khairil nanti.

Dan rancangannya, dia akan pujuk papa ajak abang Khairil dinner. Dengan uncle Sufrie sekali, dan dia akan call auntie Maria. Yes! Dia pasti abang Khairil tak mampu menolak.

Tangannya menaip sesuatu di WhatsApp. Menyampaikan rancangannya pada Izzuwan. Lelaki itu masih berada di Mega Holdings, masih meneruskan tugas walaupun surat perpindahan sudah diterima. Boleh sahaja minta cuti awal untuk uruskan hal perpindahan. Bagus juga Izzuwan masih bekerja, nanti boleh tengok-tengokkan kalau Nurin Umaira ada ikut Khairil ke ofis.

Apa yang Puteri tidak tahu, Nurin Umaira jauh lebih anggun, dengan kurung moden Johor-Riau nya, solekan nipis di wajahnya, dia bagaikan perempuan melayu terakhir, yang sentiasa ada di sisi suami tercinta, Khairil Izhan. Tidak mungkin Khairil Izhan akan memandang perempuan lain, sedangkan yang di hadapannya bagaikan bidadari Syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience