[ Bab 55 ] DBS

Romance Completed 253377

Tangan sudah di stereng kereta, bila-bila sahaja boleh bergerak ke destinasi, namun Khairil masih bermenung. Dia masih mengingati cerita Hamdan tentang perkahwinan tanpa restu. Dia tidak mahu nanti jika Umaira berkahwin dengan dia, isterinya itu tidak disukai keluarganya. Tapi daddy dan Khairina tidak ada masalah dengan Umaira, cuma mommy sahaja. Entah bila mommy hendak bersetuju.

Khairil mengambil parkir yang sama, petang tadi dia sudah berada di situ, mengintai Umaira dari jauh. Mengintai? Tidaklah, Khairil tidak mengintai, Khairil cuma melihat-lihat, memerhati dari jauh, mencari kekuatan untuk berbincang dengan Umaira. Mengintai itu bunyinya macam jahat sahaja.

Tadi sewaktu bersolat jemaah di surau di taman perumahan itu, beberapa mata memandangnya. Mungkin sebab dia tidak pernah dilihat di situ. Dia harap dia tidak mengganggu ketenteraman taman perumahan itu, manalah tahu ada yang menganggap dia orang jahat ke.

Cinta di dalam dirinya semakin menebal bila dia mendapat tahu, Nurin Umaira adalah si comel yang suatu ketika dulu pernah mencuit hatinya. Dia memang sudah berniat hendak mencari si comel itu sebaik pulang ke Malaysia. Dia akan upah penyiasat untuk mencari di manakah keluarga Pak Mustapha yang suatu ketika dulu pernah menjadi pengawal keselamatan di rumah agam milik neneknya.

Dia pernah mencuri ambil gambar si comel itu dulu. Dompetnya diambil, dia mencari disebalik poket, dan sekeping gambar lama dikeluarkan. Gambar si comel bertocang dua, yang sedang tersengeh. Si comel yang tidak sedar gambarnya dicuri ambil oleh Khairil. Nasiblah ketika itu nenek menghadiahkan kamera yang boleh zoom, jadi dapatlah dia mengambil gambar si comel itu.

Walau dia tidak pernah menunjukkan dia berminat hendak berkenalan dengan si comel itu, manakan tidak setiap kali mereka bertembung mata, Khairil hanya mempamerkan muka ketatnya, sedangkan si comel itu tersengeh sampaikan ke telinga. Seolah ada perkataan ‘kau siapa nak berkawan dengan aku?’, namun disebaliknya, dia sangat ingin mengenali si comel itu. Sebab itulah dia mengumpul duit, dia sudah siap membeli hadiah jika nanti dia akan bertemu dengan si comel itu.

Jika dia dipertemukan dengan si comel yang sudah berkahwin, atau sudah bertunang, atau sudah mempunyai kekasih, dia sudah membeli Pandora berkilauan sebagai hadiah. Dia mahu berkawan dengan pilihan hati si comel itu. Jika ketika kecil dia tidak dapat berkawan dengan si comel itu, dia mahu diusia dewasa ini, mereka menjadi sahabat.

Jika pula mereka dipertemukan sesama bujang, masih mencari pilihan hati, dia masih juga akan menghadiahkan Pandora itu kepada si comel.

Namun suatu hari ketika dia melalui kedai Tiffany and Co., dia ternampak sebentuk cincin yang begitu indah di matanya. Dari luar cermin kaca showroom, hatinya berbisik, ‘andai kata ada cinta yang muncul di antara kami, akan ku sarungkan cincin itu ke jarinya.’ Dan dia bekerja keras di London, mengumpul duit untuk membeli cincin itu. Bukankah perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan, nah sekarang cincin itu sudah di tangan Umaira, si comel yang sedikit bulat dan tembam dulu, kini membesar sebagai seorang gadis yang sangat cantik. Sekali pandang hatinya sudah tertawan. Sekali pandang, dirinya sudah terbang melayang diawangan dengan perasaan yang sangat indah.

“I love you Nurin Umaira..”

Tidak tahu berapa lama dia menunggu di dalam kereta, sampaikan dia terlelap. Oh, jam sudah ke satu pagi, sejuk terasa tubuhnya. Rumah Umaira pun lampu sudah ditutup. Mungkin gadis itu sudah tidur. Dan dia juga harus tidur lena, siang nanti dia akan ke sini lagi, melihat Umaira dari jauh. Dan dia juga ada hal yang ingin dibincangkan lagi dengan Hamdan. Hanya Hamdan yang mampu menolongnya saat ini.

‘Sampai masanya nanti malamku akan semakin indah dengan adanya Nurin Umaira di dalam pelukkanku.’ Hatinya tersenyum riang.

***

Nurin Umaira ke kedai membeli barangan dapur. Sejak tinggal di rumah pekerja di taman itu, dia kerap berbelanja barang dapur di kedai runcit itu. Tuan kedaipun dah kenal dia. Walau awalnya dia tidak berapa faham apa yang dibualkan tuan kedai dengannya, tapi sekarang ada yang sudah difahaminya.

Dia hendak masak nasi lemak, esok pagi nak piknik dengan Izhan. Argh, rindu pula dia pada lelaki tinggi lampai itu. Senyumnya manis, walau sedikit tapi sudah membuatkan Umaira diserang diabetis kerana senyumannya.

“Aku sayang padanya..” lagu Mr Ragaman yang dikedengaran di radio membuatkan Umaira tersenyum sendiri. Ya, aku sayang padanya.. aku cinta padanya.. dan jujur, aku ingin menjadi isterinya, aku ingin berada dipelukkannya.

Ah, Umaira malu sendiri dengan apa yang di fikirannya. Gedik sungguhlah bunyinya. Umaira sudah jatuh cinta, Umaira sudah jatuh suka, walau awalnya dia cuba untuk menjauhkan dirinya dari menjadi cinta hati majikannya sendiri, namun cinta itu buta, tidak mengenal pangkat atau bangsa, atau darjat, atau siapa sahaja. Lagi dia ingin menjauh, lagi dia sangat ingin mendekat.

Ikan bilis sudah siap dikopek. Esok pagi-pagi dia akan masak sambal ikan bilis. Kacang juga sudah disediakan. Nanti dia akan goreng kacang, goreng juga sedikit ikan bilis buat rangup nasi lemak. Timun, lada, telur semua sudah disediakan, agar senang esok pagi, usai Suboh, dia akan terus ke dapur dan memasak.

Bakul piknik juga sudah disiapkan. Pinggan dan cawan plastik sudah disusun. Sebotol air mineral juga ada. Esok dia akan bancuh kopi pekat untuk cik abang kesayangan. Moga apa yang dia akan sediakan memenuhi selera mamat muka ketat kesayangannya.

Khairil Izhan, nama yang sering meniti di bibirnya. Dia tidak pernah sangka, rupanya mamat muka ketat itu adalah anak Tan Sri Sufrie, pemilik perusahaan tempat dia bekerja. Dia tidak pernah menyangka, lelaki yang selalu mengusiknya itu adalah CEO baru yang selalu diperkatakan kawan-kawannya. Walau awalnya dia cuba mengelak, namun dia tidak mampu menolak perasaan yang telah Allah kurniakan padanya. Terima kasih Ya Allah, indah sungguh perasaan cinta di dalam hatiku ini. Semekar mawar merah, sewangi jasmine..

Dia membelek handphone, mencari-cari andai ada pesanan Whatsapp dari sidia. Ermm.. tak online pun. Mungkin juga dia sedang dalam perjalanan ke sini, tak usahlah ganggu dia. Moga perjalanannya selamat, semoga mereka dapat bertemu esok pagi.

Namun apa yang Nurin Umaira tidak tahu, Khairil Izhan sudah duduk semeja dengan Hamdan ketika itu. Entah apa yang dibincangkan, entah apa yang dirancangkan.

‘Ayah’ ditekan di favorite list. Menunggu si ayah menjawab panggilannya. Anak manja ayah memang selalu menelefon ayah, dari menelefon ibu.

“Sayang ayah apa khabar?”

“Baik ayah..”

“Bila nak balik kampung ni?”

“Esok kakak balik. Tapi kan ayah, kakak balik dengan kawan, boleh?”

“Lelaki ke perempuan?”

“Kalau lelaki, ayah bagi tak?”

“Lelaki yang mana satu? Kalau bakal menantu ayah tak nak, sebab ayah dah ada calon. Kalau kawan sekerja kat resort tu, ok ayah setuju. Ingat kena jaga batas hukum hakam agama.”

Ayah asyik cakap yang ayah dah ada calon menantu. Ayah.. biarlah kakak perkenalkan dulu calon menantu pilihan kakak, mana tau ayah nak setuju.. hatinya merajuk.

“Kawan sekerjalah ayah. Kebetulan dia nak balik kampung dia kat JB, Umaira tumpanglah.” Katanya berbohong pada si ayah. Izhan mana ada saudara mara di JB.. Nantilah bila sudah sampai di kampung, dia akan memohon maaf pada ayah, dan perkenalkan Izhan sebagai calon menantu pilihan hatinya.

Harap ayah setuju.. bisik hatinya lagi.
Harap juga Izhan pandai mengambil hati ayah. Harap juga ibu dan adik-beradiknya yang lain akan gembira dengan pilihan hatinya.

"Kakak nak kahwin dengan Khairil Izhan." Jeritnya suka. Biarlah, dia seorang sahaja di rumah. Kalau dia berseronokpun tiada siapa yang tahu. Kalai dia acah-acah menggatalpun tak ada yang nampak.

Tentu seronokkan esok dapat piknik sambil makan nasi lemak dengan Izhan. Agaknya esok Izhan akan memakai baju apa agaknya ya. Ah Izhan tu apa jua pakaian yang tersarung di badannya, akan nampak segak di mata.

Beg pakaiannya juga sudah disiapkan. Jika esok Izhan mengajaknya gerak awal, dia sudah bersedia, tidak perlu untuk lelaki itu menunggunya berkemas. Jika Izhan penat dan mahu berehat dahulu di resort, dia boleh sahaja menunggu di rumah. Ialah kasihan Izhan, baru sampai dari KL sudah terpaksa drive ke JB semula. Jauhkan perjalanan. Tak akanlah Izhan mahu menyuruh dia yang memandu. Dan mereka akan bersama mungkin disepanjang malam ataupun siang. Berjam-jam di dalam kereta.

Macam-macam yang Umaira angankan. Bohonglah jika dia tidak merasa suka dicintai oleh seorang lelaki seperti Izhan. Sangat sempurna di matanya. Pandai mengambil hati, sentiasa manis dengan tutur kata, walau ada ketikanya lelaki itu sebok, namun masih ada masa untuk dirinya.

Cinta itu indahkan.
Senyumnya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience