[ Bab 77 ] DBS

Romance Completed 253440

Tidak kelihatan kelibat Izzuwan. Khairil sudah menarik nafas lega. Mendapat panggilan telefon dari Ramzi buat dia terlepas simpang. Nak jumpa dan nak ajak dinner. Sebab? Nak perkenalkan team projek Sibu. Macam tak boleh tunggu esok.

“Encik Khai?”

“Yes. Nice to meet you.” Senyum kecil dan selebihnya muka ketat dipamer buat tatapan semua mata.

“Cantik”
Dia menangkap satu suara, kepala ditoleh. Kau puji siapa? Tangannya mencari jemari Umaira. Cik isterinya boleh pula berdiri jauh.

“Ini ke Cik Nurin Umaira, Interior Designer kita?”

“Puan.” Dia ni dah kahwin ya, isteri CEO. Bukan staf biasa-biasa. Dah kenapa ya dengan Khairil Izhan, cemburu dan marahnya melampau-lampau.

“Puan Nurin Umaira, my beautiful wife.”

“Oh, isteri Encik Khai?” Ramzi menghulur tangan. Upps. Kemudian dia menutup mulut dan ketawa. Khairil dah merah muka menahan rasa marah di dalam hati. Mahu kena tumbuk ni.

“Jom Encik Khai, Puan, kita dinner dulu. Maaf tadi tak tunggu kat Airport. Harap Encik Khai tak marah.”

Ramzi peramah orangnya, senyum tak lekang dari bibir.

“Kami berbincang tadi, sebab tahu yang Encik Khai baru kahwin, dan bawa wife ke sini, kami tak mahulah ganggu Encik Khai. Esok lusa boleh bawa wife pusing Sibu. Tapi tak sangka pula wife Encik Khai, Interior Designer kita. Cantik pula tu.” Aku tak kiralah kalau kau ikhlas memuji, atau ikhlas merancang makan malam ni, tapi boleh tak mata tu jangan tenung isteri aku lama-lama. Marah Khairil dalam hati.

Hana duduk di sebelah kiri Umaira, Khairil pula duduk di sebelah kanan. Mereka yang lain memenuhkan kerusi yang ada. Khairil menarik nafas lega bila hadapan Umaira kosong. Mungkin masing-masing segan nak berhadapan dengan si cantik Umaira. Dan bertambah lega bila kelibat Izzuwan langsung tidak kelihatan.

Umaira hairan kenapa dia tidak diperkenalkan sebagai ketua projek. Mereka menyapa dia sebagai interior designer. Ah, tak kisahlah. Kalau dia bukan ketua projek, lagi bagus rasanya, tidaklah kepalanya dibebankan dengan pelbagai masalah. Mengenali rakan sekerja yang bakal dia berurusan sepanjang 2 tahun ini, nampaknya mereka semua mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang masing-masing.

“Our project manager will be late, Encik Khai. Dia call tadi kata dia ada hal.” Kata-kata Ramzi itu membuatkan Khairil memandang satu-satunya kerusi kosong di hadapan Umaira. Ya, dia tahu siapa project manager tu, dia sudah baca email yang dihantar padanya. Email itu sangat mengganggu konsentrasinya, malah juga emosinya. Kalau Umaira bukan project manager, jadi kenapa masih mahukan Umaira ke Sibu selama 2 tahun? Boleh saja gugurkan nama Umaira dari senarai. Nampak sangat ada unsur dengki di situ.

Hampir 15 minit kemudian, seorang lelaki datang dalam keadaan termengah-mengah, mungkin berlari agaknya. Mata semua memandang ke arahnya.

“Sorry, I terlewat. Hai semua, Hi Encik Khai, sorry for being late. I’m your Project Manager, everyone can call me, Wan.” Tangan dihulur untuk bersalaman. Boleh tak kalau Khairil tak nak sambut salam tu. Boleh tak kalau Khairil nak tumbuk saja muka lelaki di hadapannya.

“Stomachache?”

“Haha! Betul tu Encik Khai, tak biasa makanan sini, sekali perut tak tahanlah.” Izzuwan ketawa. Khairil pula rasa nak tolak saja Izzuwan biar jatuh terlentang. Kalau berguling-guling lagi bagus. Terus keluar dari restoran, tak payah makan semeja.

“Jom makan, Encik Khai, Encik Wan.” Si Ramzi yang peramah, memperlawa makan.

“Sorry lah Zi, perut meragam. Makan bukan-bukan jer, maklumlah bujang.”

“Tu kena kahwin cepat Encik Wan, cari orang rumah yang pandai masak, tak payah makan luar.” Ramzi si peramah ketawa berdekah.

Izzuwan memandang satu-satunya kerusi kosong yang ada, matanya bertembung dengan mata Umaira.

“Hai.” Sapanya mesra.
Umaira sekadar mengangguk tanpa senyum.
“Can I sit here?” Soalan minta penumbuk tu Izzuwan. Tak akanlah nak cakap tak boleh.

“Makin cantik sekarang ni.” Pujian Izzuwan mengundang lirikkan mata harimau Khairil. Rasa macam nak terkam dan koyak-koyakkan daging Izzuwan. Macam-mana nak tinggalkan Umaira di sini, dengan lelaki yang dah semakin bergaya itu.

Mereka menjamu selera dengan tenang. Sehinggalah bila Umaira ingin mengambil udang yang sedikit jauh dari tempatnya. Butter prawn kegemaran Umaira. Yang berdekatan Umaira dah habis, tapi Umaira nak lagi, walaupun dah banyak dia makan. Lengan blaus nya disinsing menayangkan kulit tangannya yang putih, licin dan mulus. Bak kata Khairil bagaikan ada cahaya.

Hampir semua mata lelaki di meja makan itu memandang. Ramzi yang duduk di hadapan Khairil, sudah bangun ingin membantu. “Puan, saya tolong.” Khairil dah pandang Umaira semacam, abang hero ada kat sebelah, kan, kenapa tak minta tolong? Biasa boleh saja manja-manja.

Sorry abang, sayang tak sengaja.. Peha Khairil Umaira gosok perlahan. Senyum kelat dia hadiahkan buat Ramzi.

“Abang...” Dia tahu Khairil marah.
“Errmm..” Perlahan dan hampir tak dengar. Selera dah hilang nak makan. Bukannya dia tak perasan Izzuwan asyik memandang Umaira.
“Abang..” Panggilnya lagi dan lebih perlahan. Umaira hampir menangis dibuat Khairil.

“Umaira nak saya tolong?”
“Hah?” Umaira panggung wajah. Dahinya berkerut memandang Izzuwan. Kepala digeleng. Sudu sudah diletak di pinggan.
“Buka mulut.” Khairil menoleh sambil menyua udang yang sudah dikopek. “Sedap? Banyak dah makan udang ni sayang, nanti sakit perut.”
Butter prawn dia sedaplah, Umaira suka. Mulutnya dibuka, airmatanya bergenang dipelupuk mata. Terkebil-kebil dia memandang Khairil.
Sorry...

“Sibu terkenal juga dengan syurga makanan, Encik Khai. Pulut panggang pun sedap. Mee kampua, roti kompia ke, Encik Khai kena bawa Puan cuba. Mana tau mengidam ke.”

“Baru 2 minggu kot.. tak akanlah mengidam.”

“Eh, tak boleh cakap juga Encik Khai, kalau bunting pelamin, ah, tak mustahil.”

“Macam banyak experience jer.”

“Haha! Anak dah 5 ni, Encik Khai, faham dah kerenah orang mengandung.”

“5? Boleh tahan.” Khairil ketawa kecil.

Masing-masing sudah berborak kosong. Makanan sudah habis dipinggan. Ada yang merokok di luar. Bagaimanalah Khairil nak tinggalkan Umaira dengan kesemua lelaki di hadapannya itu. Tak ada staf perempuan ke? Dia CEO, tapi perihal projek Sibu dia langsung tak tahu menahu, semuanya Tan Sri Sufrie yang uruskan. Tahulah dia masih under probation, tapi tak perlulah berahsia dengan dia. Masuk meeting tapi tak pernah capai persetujuan, sudahnya lain pula keputusannya.

“Thanks to all. Hope this project will run smoothly as planned. No delays and may all matters will be easier by Allah. Anything problem, can call me.”

“Thanks Encik Khai, belanja makan.”

“No problem. One more, minta tolong jaga my wife, I trust all of you, so hope boleh tengok-tengokkan dia, as colleagues, as sister, sebab Hana tak akan sentiasa dengan dia.”

Ramzi berborak dengan Khairil, tak tahu apa yang dibualkan. Umaira menunggu dengan sabar dengan Hana. Angin sejuk menyapa tubuhnya. Ya, dia lupa untuk memakai inner, blaus yang dipakai tidak ada butang atau cerut dipergelangan. Itu yang melorot bila dia mengangkat tangan.

Izzuwan menghampiri bila melihat Khairil masih lagi berbual dengan Ramzi.
“Jalan-jalan mana, esok?”
Umaira tidak menjawab. Dia hanya berdiri di belakang Hana. Seolah faham, Hana memegang tangan Umaira.
“Cik Nurin tak tahu lagi nak pergi mana.” Hana yang menjawab.
“Cik Nurin?” Izzuwan tersengeh.
“Sedap juga panggil Nurin. Nampak lebih comel. Nurin. Yes I like.” Jahat senyumannya.

“You drive dan terus balik ya. I nak bawa Mrs. Khairil jalan-jalan.” Kunci dihulur pada Hana. Hana mengangguk. Bagus juga mata dah mengantuk ni, perut kenyang. Balik terus tidur.

“See you at office, Izzuwan. We will have a meeting as Tan Sri’s email.” Tangannya dihulur. Izzuwan menyambut salamnya. Boleh tak kalau dia nak genggam kuat-kuat tangan Izzuwan, dia dah kumpul marah dan geram dari tadi ni.
“My pleasure, Encik Khai. Don’t worry, saya akan tengok-tengokkan Umaira nanti, you can trust me.” Tangan masih tak lepas dari bersalaman. Mata harimau Khairil sedang berlawanan pandang dengan mata jahat Izzuwan.

“She’s my wife.” Backoff Izzuwan.
“Ya I know. Well know. You marry your scandal, Encik Khai. You should not marry your scandal. By the way, she will be under my supervision, just like at Mega Holdings and I will take care off her.”

Damn you. Oh please Khairil Izhan, no harsh word. Istighfar banyak-banyak. Izzuwan memang sedang cuba mencurah minyak pada api yang sedang menyala, jangan biarkan api itu marak dan membakar seluruhnya. Jangan jadi seperti yang Izzuwan mahukan.

“Abang.. jom. Kata nak jalan-jalan.” Umaira tidak boleh tengok pergaduhan 2 lelaki di hadapannya. Dia menarik lengan Khairil. Dia perlu bawa Khairil jauh dari sini. Jauh dari Izzuwan. Dia perlu fikir bagaimana hendak memujuk Khairil. Dan bagaimana dia hendak berhadapan dengan Izzuwan nanti.

Apalah nasib yang bakal menimpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience