[ Bab 67 ] DBS

Romance Completed 253377

Umaira terus ke bilik sebaik abang-abangnya pulang. Along, angah dan uda tidak dapat cuti yang panjang, mereka pulang selepas bersarapan. Tidak tahu apa yang abang-abangnya pesan, dilihat Umaira asyik mengesat airmata. Tentu sajalah pesanan yang baik-baik.

“Ada apa-apa yang nak dibuat tak, ayah?” Khairil bertanya.
“Dulu, kalau kenduri kahwin, pengantin lelaki kena basuh periuk, tapi sekarang kenduri guna catering, dah tak ada apa nak dibuat Khai. Khemah pun orang catering dah bukak.”
Ialah, Khairil pernah baca perihal pengantin kena cuci periuk tu di satu blog. Dulu-dulu kenduri kendara gotong-royong orang kampung, sekarang upah catering saja.

Dia melangkah ke bilik. Hendak melihat cik isteri, sedang buat apa agaknya. Masih menangis ke? Pintu ditolak, tidak nampak Umaira, mungkin di dalam bilik air. Seketika menunggu, cik isteri keluar dari bilik air, sambil mengesat mukanya.

“Merah lagi tak mata saya?” Tanya Umaira.
“Sini abang tengok.” Dia menggamit Umaira mendekat.
“Taklah. Sayang nangis ke?”
“Buruk eh saya nangis?”
“Eh mana ada. Sayang nangis ke, sayang ketawa ke, sayang merajuk ke, tetap cantik dan ayu.”
“Ialah tu, sekarang semuanyalah cantik. Esok lusa nanti dah kedut, tentu dah tak cantik.”
“Kedut tu apa, sayang?”
“Kedut tu dah tua, wrinkles. Itupun tak tahu.”
“Hai, sayang kan guna Meeracle, tak akanlah ada wrinkles. Elok kan product tu. Sayang tak payahlah nak stress sangat, nanti bertambah banyak wrinkles.” Khairil tersenyum.

Macam-mana nak beritahu Umaira yang dia tak setuju Umaira ke Sibu. Kena susun ayat cantik-cantik nak memujuk.

“Abang start kerja bila?”
“Isnin.”
“Isnin ni ke, Isnin depan?”
“Isnin ni.” Dari duduk bertongkat tangan, Khairil merebahkan badannya ke katil.
“Isnin ni? Lusa? Cepatnya.”
“Kenapa?” Kedua tangannya dibuat bantal. Mengantuk pula rasa mata. Perut dah kenyang, cuaca pun elok, kalau tidur sedap juga ni.
“Tak pergi honeymoon ke?”
Honeymoon? Umaira nak honeymoon? Khairil senyum senget.
“Taklah. Mana sempat. Honeymoon kat rumah kita jer nanti.”
“Tak bestlah kat rumah. Lainlah kalau kat rumah auntie Mariam.”
“Ooo nak honeymoon kat rumah auntie Mariam. Nak pergi London lah ya.” Ok Khairil faham.
“Tak boleh ke?” Umaira duduk bersila di sebelah Khairil.
“Boleh.” Jawab Khairil sepatah. Dia masih berbaring berbantalkan tangannya.
“Bunyi macam tak boleh jer?”
“Tak sempat nak ke London. Sayang pun dah nak tinggalkan abang kan, next week dah nak ke Sibu.” Dia memusingkan badan memandang Umaira, tangan kirinya dibuat tongkat kepala.
“Abang izinkan saya ke Sibu?” Along berkali-kali berpesan padanya agar meminta izin suami dulu sebelum membuat keputusan untuk ke Sibu. Dah ada suami, perlu ada keizinan suami.
“Tak.” Jawab Khairil sepatah.
“Kenapa?”
Kenapa? Errmmm.. banyak sebabnya Umaira, tapi Khairil tak mahu menyatakannya sekarang. Dia hanya memandang ke wajah Umaira. Cantik isterinya itu tanpa tudung menutupi rambutnya. Kulitnya yang putih bersih, tangan rasa nak merayap menyentuh kulit mulus itu.
“Abang, kenapa tak izinkan?”
“Jauh.”
“Abang boleh tengok saya seminggu sekali kan?”
“Seminggu sekali? Penatlah abang kalau seminggu sekali. Turun naik flight, drive.. Lepas tu nak manja-manja dengan sayang lagi. Banyak guna tenaga.”
“Habis tu? Dua minggu sekali ke?”
“Maybe, once a month ke..”
Umaira memeluk tubuh. Raut wajah macam sedang berfikir. Khairil sekadar memandang, kalau ikut hatinya ketika ini, mau saja dia terkam cik isteri yang comel di hadapannya itu.

Bunyi ketukkan dan laungan namanya di luar bilik menyelamatkan keadaan. Khairil bingkas bangun. Membetulkan rambutnya, dan terus membuka pintu.

“Ya, ayah.”
“Buat apa tu?” Ayah menjengah bilik. Umaira masih berpeluk tubuh di atas katil.
“Mak long ajak makan tengahari kat rumah dia.”
“Alah ayah, mak long nanti banyak bebellah ayah.” Pantas Umaira bangun dari katil. Sebut nama mak long, memang boleh buat Umaira pening kepala. Ada saja yang tak kena di mata mak long.
“Ayah pergi sekali?” Khairil bertanya, dia ingat-ingat lupa jalan ke rumah mak long. Dahulu ada sekali Haji Noordin menunjuk jalan, tapi tidak pula singgah.
“A’ah, dia ajak semua.” Khairil kemudian keluar dari bilik dan terus bersembang dengan Haji Noordin.

Umaira sudah mundar-mandir di dalam bilik. Encik CEO tak izinkan ke Sibu. Tapi Umaira nak cuba kerja di sana. Umaira teringin nak jadi project manager.
“Cuba imagine kalau kakak pregnant, boleh ke jauh dari suami?” Soalan angah terngiang di kepala.
“Izhan boleh jer selalu ke Sibu.” Katanya tak mahu mengalah.
“Dia kan banyak kerja. Dia tu CEO, bukan kerja biasa-biasa boleh minta transfer atau berhenti kerja. Syarikat dia besar dan perlukan komitment yang tinggi.” Mungkin ini agaknya sebab kenapa dia dipanggil ketiga-tiga abangnya.
Along sekadar memerhati. Mungkin memberi peluang pada angah dan uda untuk bercakap dahulu.
“Izhan ke yang suruh abang pujuk kakak?”
“Dia tak tahu menahu. Ayah yang suruh. Ayah kata, airmuka suami kakak tu nampak dia tak setuju kakak ke Sibu. Cuba kakak renungkan, kenapa dia tergesa-gesa nak kahwin dengan kakak. Fikirlah elok-elok ya. Yang penting dapatkan persetujuan dan keizinan suami.”
Tapi bukankah tujuan perkahwinan ini sebenarnya untuk menghalalkan hubungan mereka, supaya tidak timbul fitnah kalau mereka kerap berjumpa di Sibu nanti? Atau adakah tujuan lain kenapa Izhan beria hendak mereka berkahwin cepat.

Pintu bilik dibuka, Umaira pantas menoleh ke pintu.
“Dah siap?”
“Pergi mana?”
Hailah, Cik isteri sayang..
“Rumah mak long”
“Oh yelah. Sekarang ke?”
Khairil mengangguk.
Macam ada yang tak kena saja dengan Cik isteri, Khairil mendekati Umaira.
“Kenapa ni?”
Umaira sekadar menggeleng kepala.
“Penat ya?”
Hanya diam sebagai jawapan.
“Nak abang picit?”
“Taklah.” Umaira segera ke almari. Membelek baju yang ada. Memanglah Khairina ada berikan dia beberapa helai baju kurung untuk di pakai bertandang ke rumah saudara-mara, tapi dia tak ada mood nak memilih baju.
“Kenapa ni?” Sudah diulang soalan itu. Khairil memeluk Umaira dari belakang. Matanya terpejam dek khayal dengan haruman rambut Umaira.
“Abang....” Suara meleret manja dengan badannya yang dipusingkan menghadap Khairil, buat perasaan Khairil tak menentu dibuatnya.
“Abang tak izinkan sayang ke Sibu ke?” Suaranya manja, dengan jari telunjuk mencuit dada Khairil. Ishk, menggodalah. Siap bahasakan diri sayang, sessi memujuk ke ni? Kalau macam ni Khairil boleh cair.
“Tak.” Jawapan Khairil masih sama.
“Alaaahhh.. kenapa tak izinkan?” Umaira cemek muka. Membiarkan dirinya kekal dalam pelukan Khairil dan jarinya menari di dada bidang Encik suami.
“Banyak sebab. Tapi sekarang, pergi bersiap, ayah dah tunggu tu. Nanti sambung semula.”
“Tak naklah. Umaira nak merajuk.”
“Eh tak payahlah merajuk. Abang mana pandai pujuk.”
“Lepaslah, macam-mana nak bersiap kalau macam ni?”
Khairil lepaskan pelukannya. Kita tengok sejauh mana Cik isteri nak merajuk.

Umaira yang Khairil kenal sebelum ni, sedikit pendiam dan tak banyak kerenahnya. Tapi Umaira yang ada di hadapannya, ada macam-macam ragam. Kuat merajuk, manja, banyak akalpun ya juga.

Dia tahu Cik isteri memang hendak ke Sibu, kalau Umaira berkeras dia akan izinkan. Jadilah mereka suami isteri jarak jauh. Tak mengapalah, Khairil akan cari masa untuk ke Sibu nanti. Lagipun Umaira pasti kena balik ke KL untuk majlis persandingan mereka.

Handphone nya berbunyi. Pesanan suara dari Khairina di WhatsApp.
‘Malam nanti mak andam datang buka pelamin.’

Badannya penat. Dia kurang berehat seminggu ni. Sebok uruskan perihal pernikahan mereka. Khairil duduk bersandar di kepala katil. Sementara menunggu Umaira bersiap, lelap sekejaplah. Dia mengambil sebiji bantal dan dipeluk erat, bagai memeluk tubuh genit Cik isteri nya yang cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience