[ Bab 44 ] DBS

Romance Completed 253377

Seawal pagi Khairil Izhan sudah terpacak di hadapan rumah pekerja yang didiami Umaira. Terkejut gadis itu melihatkan dia.

Tidurnya tidak nyenyak semalam. Banyak yang difikirkan. Dia tahu Nurin Umaira sudah dalam genggaman, dia juga tahu jawatan CEO tidak akan mungkin jatuh kepada sepupunya, Mukhriz. Tidak mungkin Tan Sri Sufrie akan menyerahkan jawatan itu kepada orang lain, sedangkan dia dengan bersusah payah, membina empayarnya sendiri. Namun setiap kali mengingatkan Puan Sri Maria, hatinya jadi sebal.

Bagaimanakah caranya untuk dia melembutkan hati mommy nya itu. Hatinya sekeras batu. Perasaan kecewanya terhadap ibu kandungnya semakin hari semakin bertambah.

Kecewa buat pertama kalinya, pabila ibunya itu langsung tidak ada perasaan sedih sewaktu dia akan berangkat ke London, sehinggakan pernah dia mengajukan soalan kepada Aunty Mariam, benarkah dia lahir dari rahim ibunya, atau dia hanya anak pungut.

Kecewa semakin bertambah, pabila tiada ucapan hari lahir yang diterima walaupun dari kad, panggilan telefon, mahupun meseg. Sungguh dia rasakan dirinya bagai anak terbuang. Membesar sendirian menumpang kasih ibu saudara di bumi asing.

“Awalnya?”

“Tak boleh tidurlah.”

“Kenapa, bilik tu tak selesa ke? Kan bilik VVIP tu?”

“Bukanlah. Mana nak dapat tidur, Imran kuat berdengkur. Lagipun Umaira tak ada kat sebelah.”

“Menggatal jer bunyinya.”

Umaira memasuki kereta. Dek kerana Izhan yang sudah lama menunggu, mahu tak mahu, Umaira terpaksa bersiap awal. 7 pagi. Dingin pagi masih terasa.

“Sarapan apa yang best kat sini?”

“Semua best.” Umaira nak ajak Izhan sarapan di kedai tepi kampung tu. Lauk gulainya sedap.

“You buatkan I breakfast eh?”

“Hah? Nak breakfast apa?”

“Mee hoon goreng.”

“Dah datang jauh-jauh ke mari, tak nak cuba masakan sini ke?”

“Datang jauh-jauh nak jumpa you, nak bersama dengan you, nak tengok you”

“Ishk, kalau makan kat kedaipun, boleh apa jumpa saya, bersama saya dan tengok saya..” Huhu Umaira buat muka comel. Kemudian dia berpaling muka ke arah tingkap, malu pula rasanya berkata begitu.

“Jomlah kita kahwin. Geram pulalah dengan muka comel dia tu.” Izhan tersengeh. Sungguh dia sangat bahagia setiap kali bersama Umaira. Belum pernah dia rasakan perasaan sebegini. Cinta itu indah.

“Jangan lupa kunci rumah. Nanti ada orang nak pasang cctv.”

“Siapa saja yang nak tengok cctv tu? Kalau pasang kat depan rumah, susahlah saya nak sidai baju, nak kena bertudunglah 24 jam.”

“Habis selama ni keluar sidai baju tak pakai tudung ke? Biarkan mat-mat rempit tengok rambut?”

“Eee.. annoyinglah. Mana ada mat rempit kat sini?” Geram pula rasa hati Umaira dengan kata-kata Izhan. Merepek sajalah lelaki ni. Kalau nak jeles tupun, agak-agaklah. Stress kalau macam ni.

“You kata I annoying? You belum kenal lagi mamat annoying ni, nanti nak berkepit 24jam.”

“Ialah tu, awak yang nak berkepit dengan saya ke, saya nak berkepit dengan awak? Dah berhenti kat kedai hujung tu.” Tak ada mood nak buatkan Izhan sarapan.

“Kata tadi nak buatkan I breakfast?”

“Esoklah.”

“I nak balik KL petang ni, Umaira.”

“So, next time sajalah.”

Izhan hanya tertawa kecil. Seronok padanya mengusik Umaira. Tunggu nanti kalau sudah menjadi miliknya yang sah, muncung tu nanti dia nak tarik dan buat sangkut baju. Hatinya tertawa sendiri.

Sepanjang mereka bersarapan, Umaira hanya berdiam. Mogok. Macam itulah perempuan, cepatnya nak merajuk. Dan Izhan pula bila lihat Umaira macam tu, dia buat tak endah saja. Pujuk tentulah tidak, makin diusiknya adalah.

“Kunci?”

Segugus kunci Umaira suakan pada Izhan. Sebaik kunci berpindah tangan, Umaira terus berlalu. Amboi. Merajuk sungguh nampaknya. Apa yang dia rajukkanpun Izhan tak tahu.

“Muncung jer tu?”

“Entah. Period kot.” Khairil Izhan tertawa sebaik matanya pasti Umaira sudah hilang di sebalik bilik kerjanya.

“Engkau lah ni. Sesubuh hari dah terpacak kat rumah dia, mahu tak angin orang tu.”

“Alaa, aku cuma nak spend banyak masa dengan dia. Nanti dah nak balik KL. Bila pula nak datang sini.”

“Semalam kan dah jumpa. Kau balik dah pukul berapa, kau bukan tidur, aku tengok melamun jer. Pagi-pagi dah hilang. Ajaklah aku sekali kalau iapun nak solat kat masjid.”

“Aik, kau tahu pulak aku melamun ya? Kau punya dengkur, dah macam bunyi motobot. Haha!” Izhan ketawa kuat. Imran juga. Mereka kemudian menuju ke reception. Mencari Hamdan, rupanya lelaki itu bekerja shift malam. Baru sahaja pulang ke rumah.

“Encik Hamdan kata, dalam pukul 9 nanti ada contractor nak pasang cctv. Encik Khai dengan Encik Imran, tunggu kat lobi dulu, nanti apa-apa saya beritahu.” Receptionist berbangsa China bernama Susan itu menunjuk ke arah sofa yang terletak di ruang menunggu.

“Apa-apa call ya. Jom teman aku breakfast.” Imran terus menarik sahabat baiknya itu menuju ke restoran.

Ada dua tempat makan di resort itu. Yang berdekatan dengan pool, ataupun yang menghadap laut luas. Kalau mengikut langkah Imran, dia sedang menuju ke restoran yang menghadap Laut China Selatan.

“Story lah, apasal Umaira muncung. Lawa pulak aku tengok muka masam dia tu.”

“Eeh? Puji boleh, simpan puji dalam kepala kau tu tak boleh eh. Kau tu kuat berangan.”

“Alaa sikit jer puji.” Menu sarapan sudah di order.

Apa salahnya kalau aku beranganpun, kepala aku, aku punya sukalah, lagipun dia belum jadi bini sesiapa. Imran tertawa dalam hati.

“Aku suruh dia goreng mee hoon. Dia kata aku annoying.”

“Kau memang annoying pun. Kunci dah dapat tu, jadi ke kau nk duplicate?”

“Mestilah jadi. Nanti teman aku cari kedai kunci.”

Imran geleng kepala. Idea jahat sahabatnya itu memang dia tidak setuju. Kalau betul Khairil buat, apalah nasib Umaira nanti. Kasihan gadis itu. Malang sungguh.

“Kau serius?”

“Kalau kau tak nak tolong, kau boleh diam.”

“Tak kasihan ke?”

“Sebab kasihanlah aku buat macam ni. Aku dah cakap dengan kau kan?”

“Tapi dia stok buat bini, bro. Kau yang cakap dengan aku. Tak akanlah kau nak pedajal dia?”

Melihatkan Khairil yang berdiam diri, tidak membalas tuduhan yang Imran lemparkan padanya, Imran sangat hendak menasihati lagi.

“Jadi selamanya kau nak dia pegang title ‘your scandal’, macam tu? Kau kahwin dengan Puteri macam yang mommy kau nak sangat tu, kau jadikan Umaira simpanan?”

“Eh aku mampu kahwin lebih kot?” Khairil berang. Imran bukan membantu dia, malah menambah sakit kepalanya lagi.

“Tapi nak ke Puteri tu bermadu? Nak ke mommy kau terima Umaira? Pity of her, Khai. She’s pretty and beautiful, she deserve better.”

Geram, bengang dan sakit kepala, bercampur-campur di dalam diri. Khairil tahu, apa yang Imran cakap itu semua betul, tapi dia hanya mahukan Umaira. Gadis itu pasti akan mengikut kehendaknya bila keadaan sudah memaksa.

Mereka senyap seketika apabila pelayan datang membawa makanan. Khairil hanya meneguk teh tarik yang di order. Imran makan dengan senyap. Malas dia hendak berbalas pendapat dengan Khairil. Sahabatnya itu memang keras kepala, sama sahaja dengan Puan Sri Maria, mommy nya itu. Lagi tak mahu mengaku yang diapun keras kepala.

“Walau macam-manapun, we straight to the plan. Aku tak kira, aku dah habis fikir dah ni.” Khairil meraup mukanya, nampak sangat dia stress.

“Free your mind, Khai. Tarik nafas, istighfar. Tanya balik hati kau tu, kau ikhlas ke nakkan Umaira, atau kau saja nak permainkan dia? Jangan buat benda bodoh dan dilarang agama. Kau belajar agama sampai Mesir, buat apa, kalau akal kau cetek macam ni.”

Wah, nasihat Imran kali ni memang makan dalam. Boleh bertumbuk ni kalau tak kuat sabar. Sekarang ni, Imran yang tak faham perasaan Khairil, atau Khairil yang tidak tahu apa sebenarnya yang hati dia mahu? Ah, semakin berdenyut kepala.

***

Sementara itu, Umaira masih memandang pesanan dari ayahnya di Whatsapp. Siapa calon suami tu? Ayah dan ibu dah ada calon suami buat Umaira... ayah, Umaira cintakan Izhan. Umaira cuma nak Izhan.

Dengan terketar, Umaira cuba menulis sesuatu.

-Ayah...
-Kakak... belum bersedia nak kahwin lagi..

Boleh ke dia tulis begitu? Ah, send sajalah. Moga ayah faham tentang hati Umaira.

-Kenapa, masih tunggu CEO tu ke?

Ayah.. kenapa ayah tak sokong Umaira kali ni, kenapa ayah seksa hati Umaira.. dia melentokkan kepalanya ke meja. Lengan kirinya di buat alas kepala. Menarik nafas dalam dan panjang, membuang keluhan jauh dari hati. Cintanya pada Izhan terlalu mendalam, namun cintanya pada keluarga, pada ayah dan ibunya lebih lagi.

Dia kena belajar untuk redha. Jika jodohnya tiada dengan Izhan, dia pasrah. Lelaki kaya seperti Izhan, pasti senang untuk mendapat pengganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience