[ Bab 92 ] DBS

Romance Completed 253377

Ya Allah, berat sungguh dugaan yang dia harus terima. Sudahlah beberapa hari ini, dia kerap sangat menerima meseg dari Puteri Qaisya, menghantar macam-macam gambar. Tujuan gambar-gambar itu dihantar padanya hanyalah untuk membuatkan dia sakit hati. Memang dah berjaya niat orang yang menghantar gambar itu. Umaira memang tengah sakit hati sekarang ini.

Sedang dia cuba menahan geram, dia menerima satu lagi meseg. Sekeping kad jemputan perkahwinan. Esok?? Oh, macam-mana ni? Perlukah dia bertanya pada Khairil. Ya Allah, abang.. kalau iapun hendak berkahwin lain, kenapa abang tak berterus-terang saja pada sayang. Kenapa abang perlu sakitkan hati sayang sampai macam ni sekali.

Istighfar banyak-banyak Umaira.

"Ayah..." Katanya perlahan, cuba menyembunyikan keresahan hati. Si ayah yang sedang menghirup kopi memandangnya dengan penuh kasih.

"Ya kakak."

"Esok kakak nak balik KL, kakak ada check-up. Abang tak tukar appointment kat sini lagi." Katanya berbohong.

"Ia ke? Tak ada pula Khai beritahu. Kalau beritahu awal, petang tadi boleh kita gerak ke KL."

"Ni baru tahu.." Hatinya hampir menangis. Kalaulah kad jemputan itu dapat awal, betul juga mungkin awal geraknya. Tapi kalau dah tujuannya hendak mendengki, tak akanlah nak beritahu awal, untung juga masih ada malam dan esok pagi, kalau dapatnya pada waktu yang sama, masakkan sempat Umaira hendak melihat suaminya berkahwin lain.

"Kita gerak esok pagi ya, ayah. Kakak check-up pukul 11." Betul ke? Akad nikah pukul berapa? Perlukah dia bertanya dengan Khairil. Dengan siapa dia hendak bertanya? Helmi?

"Macam ada yang tak kena saja.." Ibu berbisik pada ayah.
"Ishk awak ni, tak ada apa-apalah. Esok kita ikutkan saja ke KL, awak tu siap-siapkan barang anak tu. Beg baby, kad hospital. Tengok betul-betul hospital mana, doctor mana. Dia dah sarat sangat tu. Risau jadi apa-apa. Perut dah macam belon."
"Abang ni.. Tak nak call Khai ke?"
"Tak payahlah. Nanti bergaduh pula dia suami isteri. Kita tengokkan saja esok. Ada ke tidak si Khai tu. Kalau tak ada tahulah abang nak buat apa. Dia seronok-seronok kat sana, anak kita menangis kat sini. Bukan abang tak tahu." Ya, Haji Noordin sudah mendengar berita. Imam Harun yang bercerita. Tapi dia tidak mahu bertanya, dia tidak mahu anaknya bersedih. Kesihatan Umaira lebih penting, seminggu dua ini, nampak sangat kesihatannya terganggu.

"Khai ada balik sini, Din?" Kaki tidak jadi melangkah mendengar soalan Imam Harun.
"Tak ada. Rasa macam dah sebulan lah, sebok agaknya." Kaki menyarung sandal.
"Din." Macam ada yang tak kena saja Imam ni. Haji Noordin menunggu apa yang hendak ditanyakan.
"Aku memang tak bermaksud nak menyebok. Tapi aku cuma nak kepastian kalau kau dah tahu ke belum. Aku minta maaf kalau kau anggap aku nak campur hal rumah-tangga anak kau."
"Kenapa ni, Imam? Kau buat aku berderbarlah."
"Macam ni. Aku pergi KL hari tu melawat Asiah kat tempat kerja dia. Aku ternampak Khai dengan seorang perempuan, aku pernah nampak perempuan tu kat majlis pernikahan Umaira dulu. Tapi tak kenallah siapa. Dia orang ambil borang nikah. Khai nak kahwin lain ke?"
"Perempuan mana ni, Imam? Yang kata nak bertunang dengan Khai tu ke?"
"Mungkinlah, nanti aku tanya dengan Asiah. Ingat aku Asiah kata model. Tapi setakat itu sajalah yang aku tahu, Din. Aku pun tak siasat, akupun tak tegur Khai masa tu, mungkin dia teman saja."
"Ialah, Imam. Terima kasih sebab bercerita dengan aku. Nanti aku tanya Umaira, tapi yang aku tahu, Maria memang nak Khai kahwin dengan model KL tu. Tapi kalau Khai kahwin senyap-senyap memang cari nahaslah." Haji Noordin dan Imam Harun sama-sama ketawa. Namun jauh di dalam hati Haji Noordin, kalau benarlah Khairil buat Umaira macam tu, makan parang lah nampaknya Khairil. Parang pun dah lama tak diasah.

"Beg baby dah siapkan?" Ibu melabuhkan punggung di birai katil. Dibeleknya kaki Umaira yang sedang berlunjur di katil.

"Dah ibu." Umaira senyum manis.

"Semua baik-baik sajakan? Kaki dah nak bengkak ni.."

"Ialah ibu. Ibu tinggal dengan kakak sajalah nanti, sampai kakak bersalin, berpantang nanti. Takutlah nak tinggal dengan mommy." Dicubanya bawa berbual, membuang segala resah. Dengan siapa dia harus mengadu, kalau tidak pada ibu.

"Kakak tahukan, ibu dengan ayah sayang kakak. Satu-satunya anak perempuan kami. Kalau ada masalah, kakak cerita, jangan pendam seorang diri nak. Dah hampir sebulan Khai tak balik, kakak dengan Khai bergaduh ke?" Ibu... boleh tak kalau kakak nak peluk ibu kuat-kuat, kakak tak kuat sekarang ni ibu.. Ya Allah, kau tahankahlah airmata ku dari gugur ya Allah. Kenapalah murah sangat airmata ku kebelakangan ini..

"Khai sebok ibu." Katanya cuba menahan rasa. Khai sebok dengan majlis pernikahan dia ibu, terus lupa pada Umaira. Tapi salah Umaira juga.. Umaira yang suruh Khai kahwin lain. Umaira yang paksa. Hanya kerana nak menjadi menantu mommy.. sudahnya hati sendiri yang sakit.

"Lepas Subuh kita gerak ya, ibu. Nanti lambat appointment."

"Khai tahu kita nak ke KL?"

"Taa... tahu ibu.." Ya Allah, berapa banyak aku harus menipu ibu dan ayah.

Cepatlah siang menjelma. Wahai mentari, cepatlah kau bersinar. Wahai fajar cepatlah kau menyinsing.

Usai solat Subuh, Umaira sudah bergegas hendak ke kereta. Tingkah lakunya memang sangat mencurigakan hati kedua orang tuanya. Bob sendiri pun pening kepala dibuatnya.

"Sarapan dululah kak.."

"Nanti tak sempat.." Katanya hampir menangis, bagaimana dia hendak meminta keluarga cepat bersiap.

"Ya Allah Umaira pun. Tak akanlah doktor tak boleh tunggu seminit dua."

Doktor memang boleh tunggu ibu, tapi tok kadi boleh ke tunggu? Macam-mana kalau Umaira tak sempat ke majlis tu, bagaimana kalau Umaira tak sempat nak halang perkahwinan tu. Umaira tak nak Izhan kahwin lain. Umaira tak nak kongsi Khairil Izhan dengan sesiapa pun.

"Ialah, ibu.." Tidak mahu terus dihenyak dengan soalan, Umaira akur. Hatinya tidak putus berdoa agar dia sempat menghalang perkahwinan itu, agar dia sempat menyatakan dia tidak mahu suaminya berkahwin lain, agar dia sempat merayu pada mommy terimalah dia seadanya sebagai menantu.

Di dalam kereta dia hanya berdiam diri, nanti bila sudah samapi tol, dia akan bagi alamat rumah pengantin pada Bob. Adiknya itu tenang memandu. Harap Bob boleh cari rumah pengantin tu, Waze ke, Google Maps ke. Yang pastinya sampai ke rumah pengantin tu.

Bodohnya aku melepaskanmu
Sesal yang kurasa menghantui diriku
Sampainya hatiku
Lukakan cintamu
Pedih kau rasa dulu
Kini dekatku

Lagu Sumpah yang berkumandang di radio membuatkan hatinya terus menangis.

"Bob, pergi alamat ni dulu."

"Eh, kat mana ni kak? Mana Bob tahu."

"Waze lah Bob, Google Maps ke.. Cepatlah Bob."

"Kenapa ni kakak? Kata ada check-up, kita terus ke hospital lah." Ayah menoleh ke belakang.

"Tak ayah. Kita pergi alamat ni dulu. Cepatlah Bob!" Hampir menjerit dia, jam sudah pukul 10 pagi. Allah, sempat ke tidak ni.

Tanpa Umaira sedari, ayah menghantar alamat yang diberi Umaira pada Angah dan Along. Dan meminta Angah dan Along ke alamat itu sekarang.

Dia berasa sangat tidak sedap hati, matanya memandang cermin sisi, dia tahu anaknya sedang menangis. Dia tidak mahu menelefon sesiapa, dia tidak mahu menelefon Khai, dia hanya ingin menjaga hati anaknya. Tapi kalau ada apa-apa yang berlaku, memang mati Khairil dia kerjakan. Kau datang meminta anak aku dengan baik, kau janji nak jaga anak aku dengan baik. Tapi sekarang kau kecewakan hati dia. Tapi dia tidak boleh menuduh, tanpa usul periksa.

"Nasib dekat. 20 minit sampai kak."

Hati semakin berdebar. Matanya menjeling Waze yang Bob buka di handphone nya. Semakin dekat, hatinya terasa bagai nak pecah. Debaran sangat menggila. Perutnya tegang, pinggangnya sakit. Duduk pun sudah tidak selesa. Beberapa kali ibu mengusap lembut pinggangnya.

Ibu mengenggam tangan Umaira, "Kenapa ni kak?" Sejuk tangan anaknya, adakah kerana penghawa dingin? Tak mungkinlah, aircond macam tak rasa saja ni. Apa yang tidak kena.

"Kak, rasanya itu kot rumahnya. Banyaknya kereta, siap ada khemah. Ada kenduri kahwin ke? Rumah siapa ni kak?"

Bob memang banyak soalannya. Kereta berhenti. Tapi enjin masih belum dimatikan. Umaira segera membuka pintu kereta. Sebaik tubuhnya lolos dari perut kereta, handphone nya berbunyi. Debaran semakin kuat terasa, tangannya menggigil hendak membuka meseg yang diterima dari Puteri Qaisya.

Sekeping gambar, Khairil yang segak berbaju melayu dengan bersongkok, dan di belakangnya Puteri Qaisya yang berada di atas pelamin yang indah. Handphone terlepas dari pegangan. Kakinya terasa lemah, kepalanya pusing, pandangannya kabur. "Eh! Kakak!" Ibu yang berdiri di belakang tidak sempat memegang Umaira, dan mereka sama-sama terjatuh.

"Ibu!" Farid yang baru berhentikan kereta, meluru mendapatkan ibu dan adiknya. Pantas dia membantu ibu bangun, sebaik melihat ayah dan Bob sudah memapah Umaira.

"Rumah siapa ni, ayah? Bob bawa kereta abang, follow belakang."

Kelam-kabut Haji Noordin melihat telefonnya. Ibu membelek luka di siku. Tapi lebih kasihan pada anaknya yang sudah tidak sedarkan diri.

"Ayahnya.. darah.." Tidak tahu hendak bereaksi bagaimana pada situasi begini.

"Hospital mana ni ayah? Khai mana?!" Angah Farid sudah menjerit marah. Kereta sudah dipecut laju. Penumbuk digenggam kuat. Ishk rumah siapa yang macam ada kenduri kahwin ni? Farid membebel sendiri.

Handphone Umaira Haji Noordin belek. Retak sedikit dek kerana jatuh. Untung masih boleh on. Tidak ada password? Simple sungguh anaknya itu. Dia melihat Whatsapp. Bukan main terkejut Haji Noordin, dada diurut perlahan. Tak apa. Umaira lebih penting.

Nombor Khairil tekan. Menunggu nada dering hingga terputus. Lima kali dia cuba, tidak berangkat. Dicuba juga Tan Sri Sufrie, juga tidak berjawab. Dengan siapa dia hendak menelefon? Nombor Maria dia tidak ada. Imran? Dia mencari nombor Imran di handphone Umaira. Sekali dering, dua kali, panggilan dijawab.

"Hai sayang abang.."

"Ini Imran ke Khairil?" Aku salah telefon ke, kenapa Imran ber 'sayang abang'. Curiga hatinya, adakah Imran punca semuanya?
"Eh, maaf. Imran." Suara lelaki, ingatkan Umaira.

"Imran, ni pak cik, ayah Umaira. Khairil ada dengan kamu?"

"Ada."

"Dengar sini, pak cik nak beritahu ni.."
Imran beralih jauh dari riuh suara. Dia mendengar satu persatu, tapi bagaimana dia hendak menyampaikan pada Khairil. Dia tahu Khairil jika melibatkan Umaira, tentu dia akan susah hati, sakit dada. Dia menggamit Tan Sri Sufrie, perlu rancang dengan tenang jika tidak mahu keadaan menjadi kelam-kabut.

...

Share this novel

Suhaila
2020-10-31 21:05:57 

Sekejap je lagi. 5 minit hehe

xandra
2020-10-31 20:49:03 

Bila nk sambung. Excited nk baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience