[ Bab 56] DBS

Romance Completed 253440

Bunyi ketukkan dan orang memberi salam di luar rumah mengejutkan tidur Umaira. Siapa agaknya yang riuh di luar itu, mana mungkin ada yang boleh mengetuk pintu, kalau pagar sudah dikuncinya. Ada rompakankah? Kebakaran?

Tuala dipenyidai diambil. Segera dia menutup kepalanya dengan tuala dan berjalan pantas ke pintu bilik. Eh? Tadi tidur tak kunci pintu? Hatinya sedikit berdebar. Biasa dia mengunci pintu bilik, adakah kerana teruja akan bertemu Izhan dia lupa segalanya? Lampupun tak tutup? Langkahnya pantas menuju ke pintu. Membuka kunci dan memutar tombol. Menjengukkan wajahnya di pintu yang dibuka kecil. Sekadar untuk mengintai.

Wajah panik dipamir. Siapa ramai-ramai ni? Kenapa pagar terbuka? Kereta siapa di belakang kereta company yang elok diparkir di hadapan rumah? Banyaknya tanda-tanya memenuhi kepalanya saat ini. Hatinya berdebar.

Umaira kenal kereta tu. Ya, Umaira kenal. Ya Allah, ada apa-apa ke yang berlaku pada tuan punya kereta tu?

"Assalamualaikum.."

Satu persatu wajah di hadapannya dipandang. Kenapa mereka berbaju melayu? Bersongkok juga.

"Hah? Pejabat agama?" Tersentak Umaira bila tetamu tidak diundang di hadapannya memperkenalkan diri. Kemudian dia terdengar bunyi air di plush dari bilik air yang berada berdekatan ruang tamu. Semua mata memandang ke arah yang sama. Menunggu pintu bilik air di buka.

Seorang lelaki keluar dari tandas, sambil membetulkan tuala di pinggang. Terlopong Umaira memandangnya.

"Khairil Izhan?!" Terbuntang matanya memandang.

"Awak buat apa kat rumah saya ni?" Hampir terjerit Umaira melihat Izhan yang elok berbaju kemeja tapi hanya bertuala keluar dari bilik air.

"Sakit perutlaa.."

"Okay sakit perut, tapi buat apa kat rumah saya ni?" Allahuakbar. Apa dia buat dalam rumah Umaira? Macam-mana dia masuk?

"Ni rumah I juga, kan? Siapa semua ni?"
Allah.. Umaira tepuk dahi.

"Lelaki ni siapa?" Terdengar pertanyaan dari salah seorang tetamu.

"Kami dari Pejabat Agama.."

"Pejabat Agama? Hah? Ya Allah, eh ni salah faham saja ni. I just get in. I baru saja sampai, tak ada niat nak masuk tapi sakit perut sangat, I just nak pinjam toilet." Khairil Izhan panik. Dia menepuk dahinya sendiri.

"Kamu berdua ni apa hubungannya ya?"

"Dia majikan, saya pekerja." Jawab Umaira bingung.

"Bukan. Saya bakal suami, dia bakal isteri. We will get married soon. Very soon. Oh my, please don't ruin the plan. Umaira macam-mana ni?"

"Tetapi masih belum suami isteri yang sah, betul?" Umaira sudah tidak mampu menjawab. Kepalanya sakit. Banyak pertanyaan memenuhi kepalanya.

Seriuslah, macam-mana Izhan boleh masuk dalam rumah Umaira? Diakah yang membuka kunci? Apa niatnya berbuat begitu? Tidak bolehkah Izhan sabar, dia akan perkenalkan Izhan pada keluarganya. Dia ingin memperkenalkan Izhan sebagai calon menantu pada ayahnya. Tapi apa yang Izhan dah buat sekarang ni, benar-benar membingungkan.

Ni semua nak cari fasallah ni.

"Mereka semua ni pencegah maksiat ke?" Umaira pun tak tahu, sekadar mengangkat bahu sebagai jawapan.

"Matilaa.. Aduh.. Demam.. Demam.. I tak ada niat nak masuk. I cuma nak tengok-tengok you dari luar saja. Lepas tu perut sakit sangat. Just nak tumpang toilet saja. That’s all. Then I leave." Cuba menerangkan duduk perkara kepada Nurin Umaira. Bila melihat Nurin Umaira tidak bereaksi dengan ceritanya, Khairil ke bilik tidur tetamu. Seorang dari lelaki berbaju Melayu mengikutinya dari belakang. Khairil keluar semula lengkap berseluar. Kad pengenalannya dihulur.

"Macam-mana ni Umaira?"

"Mana saya tahu. Yang awak datang sini kenapa? Macam mana awak masuk?"

"I ada kunci."

“Ah, jadi betullah awak duplicate kunci rumah saya hari tu?” Umaira bulat mata.

"Kalau nak pinjam toilet pun apa salahnya ketuk pintu. Saya boleh tunggu kat luar. Bukan masuk senyap-senyap macam pencuri or awak memang ada niat tak baik kat saya? Guna akal sikitlah Encik CEO ni Malaysia bukan London."

Hilang rasa hormatnya pada lelaki di hadapan nya itu. Umaira rasa macam nak tumbuk saja Izhan. Sakit hati betul. Selamba saja dia menjawab. "Aduh. Sorry Umaira, sorry sayang."

Dia tidak larat hendak melihat Mr CEO yang sedang menjelaskan sesuatu kepada petugas pejabat agama itu. Kepalanya pening tiba-tiba. Migraine dibuatnya.

Setelah menukar pakaian, dengan terpaksa Nurin Umaira mengikut petugas pejabat agama. Mereka sudah diberitahu agar menghubungi keluarga masing-masing. Berat hati Nurin Umaira hendak menelefon ayahnya lewat malam begini. Risau ayahnya diserang sakit jantung pula kerana terperanjat.

"Agaknya dapat kahwin tak malam ni?" Ya Rabbi.. Dah kemaruk nak kahwin ke dia ni? Kalau macam ini gayanya Nurin Umaira tak ingin hendak berkahwin dengan Khairil Izhan.

"Ingat saya nak kahwin dengan awak? Saya nak cakap apa dengan ayah saya? Dengan all my brothers? Tak cukup ke saya ni dilabel sebagai skandal awak? Nak saya dicop sebagai apa pula lepas ni? Ah, perempuan simpanan?" Berombak dadanya menahan geram. Rasa nak tumbuk-tumbuk sahaja lelaki dihadapannya itu. Arghh! Umaira bengang, Umaira marah, Umaira benci dengan Izhan.

"You call saja your dad, let me talk to him. Dia mesti setuju kita nikah." Confident sangat. Dia belum kenal lagi pak cik Noordin tu orangnya macam-mana. Jangan nanti di suruh mengaji tergagap-gagap pula.

Nurin Umaira melihat Encik CEO sedang bercakap dengan seseorang di telefon, kemudian dia menyerahkan telefonnya kepada petugas di pejabat agama. Entah apa yang mereka bincangkan, dia tidak tahu.

Yang Nurin Umaira tak faham tu, kenapa mesti dia masuk rumah senyap-senyap. Dia ada niat nak apa-apakan Umaira ke?

"Penduduk setempat membuat aduan tentang sebuah kereta yang dah 2 malam dia orang nampak berdekatan rumah cik Nurin. Jadi bila datang dengan polis, kereta ada kat rumah cik Nurin, itu yang dia orang serbu." Hamdan yang entah muncul dari mana memberi penjelasan.

"2 malam?"

"Ya, Encik Khai dah 2 hari ada kat sini. Dia ada berjumpa dengan saya. Sorry cik Nurin, Encik Khai tak beri saya beritahu cik Nurin."

"Habis dah jadi macam ni, mana saya nak letak muka? Saya belum desperate lagi nak berkahwin. Lagilah dengan cara keji macam ni."

"Tapi Encik Khai dah terdesak sangat nak kahwin dengan cik Nurin." Tutur Hamdan perlahan dan hampir tidak didengar Umaira.

"Saya penatlah. Mestilah macam-macam saya kena tuduh. Semakin bencilah keluarga dia dengan saya. Semakin marahlah ayah saya nanti."

Umaira tidak banyak bercakap di Pejabat Agama. Matanya mengantuk, badannya letih, fikirannya entah ke mana melayang. Sesekali dia mengesat matanya, ada rasa sedih yang sangat mengguris hati. Bagaimana jika ayah dan ibu tahu tentang berita ini. Sudah jam 2 pagi, tidak mungkin dia akan menelefon keluarganya seawal pagi begini sekadar ingin memberitahu dia sekarang di Pejabat Agama kerana ditangkap berduaan di dalam rumah dengan Khairil Izhan.

"I dah call your father, he will be in here, early morning with 1st flight from Senai. Hamdan akan ambil di Airport."

"Awak call ayah saya?!" Umaira hampir terjerit. Argh! Macam mana ni? Tentu ayah marah. Tentu ayah akan benci pada Izhan. Gilalah semua ni. Hatinya sudah teresak-esak menangis. Ya Allah. Yang Maha Pengampun, Kau ampunilah aku Ya Allah, aku seorang pendosa. Tangisnya sendirian.

Dia ni.. Boleh ke dia jadi imamku? Mampukah dia membimbing aku ke jalan Allah.. Umaira bermonolog sendirian.

Nurin Umaira cuba melegakan diri duduk di kerusi, kepalanya dilentukkan ke meja. Memang saat ini dia sangat mengantuk. Siang tadi dia penat pusing resort. Meninjau sana sini. Lenguh kakinya belum hilang lagi. Malamnya pula diganggu dengan perkara yang tak masuk dek akal.

Yang hairannya, Encik CEO berlagak biasa sahaja macam tiada apa yang berlaku. Sedangkan jika hendak difikirkan, dia tentu lebih malu dari Nurin Umaira. Dialah pewaris kepada semua kekayaan Tan Sri Sufrie, tapi dia abaikan semuanya hanya kerana mengejar seorang gadis.

Sakit kepala. Sakit kepala sangat. Mungkin sebab dia tertidur berbantalkan lengan di meja. Hanya mampu tersenyum bila ada jaket kulit menutupi badannya. Tidak kelihatan pula di mana Khairil Izhan berada. Nurin Umaira masih belum mampu menghadam semua yang berlaku. Ah, pagi ini dia sudah berangan ingin membuat nasi lemak. Barang-barang semua sudah disiapkannya.

Sebaik Khairil menelefonnya, menyatakan yang dia akan ke Kuala Terengganu untuk menemui Nurin Umaira, dia sudah berangan ingin memasak untuk lelaki itu, tapi dia tidak menyangka lelaki itu sudah berada di dalam rumahnya.

Ialah dia tahu itu rumah pekerja, sebagai majikan mungkin dia berhak ada kunci pendua, tapi dia tak boleh masuk sebarangan ke rumah anak dara. Dia kena tahu berdua-duaan lelaki perempuan bukan mahram, di dalam tempat yang sunyi itu adalah khalwat dan lihatlah sekarang mereka sudah berada di pejabat agama, menunggu keluarga mereka datang.

***

"Apa ni bos? Macam-mana boleh jadi macam ni? Bukan plan kita lain ke bos?"

"Mana tau Dan. Perut sakit, nak pergi stesyen minyak jauh sangat. Teringat ada kunci pendua, aku tumpanglah rumah Umaira kejap. Mana sangka ada orang nak datang."

Nasib ada Hamdan. Tidak tahulah apa yang Hamdan terangkan. Sudahlah banyak yang dia tidak faham akan loghat orang Terengganu, hendak dia terangkan duduk perkara pun susah. Jangan kata dia tak panik, pastilah dia panik, sebab dia memang tidak sangka sebaik membuka pintu tandas, ada banyak mata yang memandang.

Dia memang tidak berniat jahat. Sekadar mahu menumpang tandas. Sejak menerima berita Umaira akan ke Sibu, makannya tidak menentu. Dua hari ini juga dia banyak makan keropok goreng, mungkin perutnya tidak tahan.

Hatinya memang berat hendak menumpang tandas di rumah Umaira, tapi sebaik kereta berhenti di hadapan rumah, perutnya semakin memulas. Kunci pendua yang ada padanya diambil. Membuka pintu pagar, grill dan kemudian pintu utama. Sebaik kaki melangkah masuk, matanya hanya memandang ke arah pintu bilik Umaira. Suara jahat asyik menyuruh dia berjalan ke pintu bilik itu. Bila tombol dipusing bilik berkunci. Tapi dia ada kunci pendua, yang Umaira tidak tahu, kunci pendua yang dia miliki, adalah kunci untuk semua bilik yang ada di dalam rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience