[ Bab 57 ] DBS

Romance Completed 253377

"Noordin?"

Haji Noordin ayah Nurin Umaira mengangguk dengan wajah pelik. Ada orang kenal dia di Terengganu ni? Dia baru saja sampai, lagipun dia tidak punya saudara-mara di sini.

"Noordin! Ini akulah, Sufrie. Kau tak ingat aku ke? Sufrie yang kau selamatkan dulu masa kat sungai.. Kawan baik kau masa kat kampung dulu.."

Ayah dan Tan Sri Sufrie saling mengenali?

"Sufrie? Maksud kau Sufrie anak orang kaya tempat ayah aku kerja tu ke?"

"Ialah, akulah tu. Kau ingat tak?"

"Ya Allah.. Ingat, ingat. Sufrie lamanya kita tak jumpa.." Mereka berpelukan dan kemudian berbual, ketawa hingga lupa tujuan asal mereka ke situ. Umaira dan Izhan hanya memerhati. Izhan kemudian tersengeh kecil, melihat raut wajah tidak faham Umaira. Mungkin rahsia yang disimpan selama ini, akan terbongkar sekejap lagi.

"Khai ni, anak kau ke?" Tangan menunjuk ke arah Mr. CEO, Khairil Izhan.

"Ialah. Anak sulong aku, satu-satunya anak lelaki aku."

"Ah.. budak lelaki yang dulu tu ke? Kecilnya dunia ni kan.." Haji Noordin hanya tersenyum memandang Khairil Izhan.

"Kita kahwinkan dia orang berdua ni sekarang? Anak bujang aku tu memang dah tergilakan anak kau ni, sampai ke sini dia kejar. Ingatkan dah jauhkan bolehlah dia orang berdua belajar merindu, lain pula jadinya. Gelojoh betul." Tangan Tan Sri Sufrie menepuk kuat belakang Izhan, sedikit terdorong lelaki itu ke depan.

"Daddy.." Malu dengan sikap ayahnya Khairil Izhan memegang tengkuknya dan tersenyum. Manisnya senyuman, boleh kena diabetis dibuatnya.

"Mari kita bincang kat luar."

Sakit kepala datang lagi. Nurin Umaira memicit pelipisnya. Serasa macam nak pitam. Sudahlah dia tidak faham dengan cerita Tan Sufrie dan ayahnya, semakin sakit kepalanya. Dia yang keseorangan di dalam bilik menunggu itu beberapa kali terasa mual di tekak. Perutnya pula terasa semacam. Sudahlah tidurnya tidak nyenyak. Walaupun sepanjang dia menunggu di situ dia tidak diganggu oleh petugas Pejabat Agama, namun dia tidak mampu lena setiap kali memikirkan bagaimana hendak berhadapan dengan masalah yang baru timbul ini.

Dia cuba bangun untuk ke bilik air. Langkahnya longlai, hampir tersungkur dia nasib ada pekerja perempuan yang kebetulan lalu di sisinya, cepat dia berpaut.

"Umaira kenapa ni?" Haji Noordin yang sedang mencari Umaira segera menerpa. Panik dia dengan keadaan Umaira, dia sudah beberapa bulan tidak bertemu anak perempuan kesayangannya itu, bila berjumpa, anaknya dirundung masalah. Dan bila Nurin Umaira terasa loya tekak lagi dan asyik menekan perutnya muka Haji Noordin sudah berubah. Dipeluknya erat anak perempuan kesayangannya itu.

"Khai?" Dia menoleh ke arah Izhan. Panik raut muka lelaki itu, Nurin Umaira sembunyi senyum. Dia tahu mungkin mereka semua sudah berfikir yang satu itu.

Khairil Izhan mengangkat ke dua tangannya ke atas tanda tidak tahu.

"Ayah.." Umaira bersuara lemah. "Umaira tak makan dari semalam.."

"Ya Allah, kamukan tahu yang kamu ada gastrik. Aduhai, ayah dah ingat kakak mengandung tadi. Kalau betul mati ayah kerjakan si Khai tu.. Ubat ada tak?"

Tan Sri Sufrie yang ada di situ juga tersenyum lega. Asalkan loya-loya, sakit perut orang dah syak pregnant, adalagi sintom begitu. Jangan cepat salah sangka.

"Ubat kat rumah. Ayah carikan kakak air panas, boleh?"

"Saya belikan kat luar sekejap ya." Hamdan terus menyampuk dan berjalan laju ke luar. Tidak tahu bila Hamdan muncul, mungkin dia ada bersama semasa perbincangan, ialah diakan ada sewaktu kejadian malam tadi. Baik sungguh Hamdan tu, tak terbalas budi baik dia.

"You tak makan dari semalam?" Izhan bertanya sebaik Haji Noordin dan Tan Sri Sufrie menyambung bual mereka. Umaira disuruh duduk berehat, sementara menunggu Hamdan membeli air.

"Tak. Ingatkan nak bangun awal, nak masakkan awak nasi lemak. Tak sangka pula lain jadinya.."

"Nak masak nasi lemak?" Izhan tersenyum manis.

"Ialah, awak kata nak jumpa saya pagi ni kan, saya nak lah bekalkan nasi lemak.. kata nak piknik." Umaira pula buat-buat suara manja, suara minta simpati.

"Aahh.. Bagus tu, ciri-ciri isteri yang solehah, cuma yang tak baik tu kalau iapun nak masak nasi lemak, kenapa sampai tak makan?" Izhan sudah berpeluk tubuh bersandar di jenang pintu.

"Makanlah, tengahari ke pagi semalam.." Umaira cuba berfikir, rasanya dia cuma ambil 'brunch' saja semalam. Breakfast + lunch.

"Malam?"

"Tak.. Sebab nak tidur cepat, nak bangun cepat, nak masak dan tak sabar nak jumpa awak.."

"So sweet.. Dah sakit macam ni, agak-agak sweet tak?"

"Tak hargai orang langsung.." Nurin Umaira tarik muka. Nak merajuklah kalau macam ni.

"I pula yang kena, you tu yang tak hargai diri you. I datang jauh-jauh nak tengok you sihat, bukan you sakit." Izhan hanya geleng kepala dan kemudian kembali mendapatkan Pak Cik Noordin dan Tan Sri Sufrie.

Setelah hampir sejam kedua orang tua mereka berbincang dengan pihak Pejabat Agama, akhirnya Izhan dan Umaira disuruh menunggu di kereta. Pasti kecoh berita mereka ditangkap khalwat. Hailah, mana lagi nak disorokkan muka ni. Dari KL dia sudah dicop 'scandal Mr. CEO', sampai ke Kuala Terengganu dia dicop sebagai apa pula agaknya. Ermmm..

"Daddy... Tak dapat kahwin hari ni ke?" Nurin Umaira memandang ke arah Izhan. Dia ni tak habis-habis cakap pasal kahwin. Dah kemaruk sangat nak kahwin ke?

"Hujung minggu ni, kat kampung Umaira." Hujung minggu ni? Tak salah dengar ke?

"Apa beza hujung minggu ni dengan hari ni? Sama sajakan? Kahwin dengan Umaira jugakan daddy.. So hari ni sajalah."

"Ishk kamu ni Khai.. Nakkan anak dara orang tu buatlah cara yang betul. Daddy dah habis bincang dengan orang Pejabat Agama dan dah janji hujung minggu ni you all nikah. Kamu ni Khai, masa kat London tak adalah buat perangai pelik macam ni, dah balik Malaysia lain pula jadinya. Malulah sikit dengan Pak Cik Noordin ni haa, dengan Hamdan ke.."

"Kat London tak ada yang secantik Umaira, daddy." Jawab Mr. CEO selamba. Tan Sri Sufrie sekadar geleng kepala.

“Terima kasihlah Hamdan dah bersusah-payah. Nasiblah ada pekerja macam kamu. Tapi lain kali, jangan kamu layan sangat kepala gila bos kamu ni. Tak menjadi apapun. Dalam kepala fikir nak kahwin jer.”

Hamdan tersenyum dan mengangguk berkali-kali. Kemudian meminta diri untuk pulang ke rumah. Izhan memandu kereta company yang Hamdan sudah sediakan menuju ke rumah pekerja yang dihuni Umaira. Sempat sahaja Hamdan mengambil kereta. Atau mungkin dia meminta tolong pekerja lain menghantar kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience