[ Bab 54 ] DBS

Romance Completed 253377

Helmi sudah dapat tahu. Confirm memang calon manager baru untuk projek di Sibu, memang Nurin Umaira. Dia sudah melihat fail nya. Dia juga sudah nampak dengan matanya sendiri, Tan Sri Sufrie sudah menandatangani contract itu. Cuma tinggal Nurin Umaira yang belum sign contract. Dia juga sudah baca, ia contract 2 tahun dan mungkin lebih. Errmm.. Encik Khai pula entah ke mana menghilangnya. Dari semalam bos nya itu asyik termenung selepas dia menyampaikan berita tentang calon manager Sibu.

Dia juga nampak keceriaan di wajah Izzuwan. Selama ini, lelaki itu biasanya kelihatan sugul. Sungguh dia tidak sangka, Izzuwan dan Puteri kini berpakat untuk merenggangkan hubungan cinta Khai dan Umaira. Errmm.. sama saja macam drama di tv.

Sekali lagi nombor telefon Encik Khai di tekan. Dia mendail lagi, menunggu dengan sabar hingga panggilannya di angkat.

Satu notification Whatsapp terpapar di skrin telefon bimbitnya.

‘I’m not in a mood’

Oh, betullah. Encik Khai mesti tengah sakit kepala sekarang ni memikirkan hal Umaira. Perkara senang saja Encik Khai. Pergi saja jumpa Umaira dan keluarganya. Perkenalkan diri dan kemudian buatlah perjanjian jika benar Umaira akan ke Sibu. Hantarlah tanda, ikatlah dia dahulu walau tidak ada wakil keluarga. Mungkin cara ini boleh melegakan hati yang gusar.

Tapi dia sangat maklum, bos nya itu, apa saja yang berkaitan dengan cinta hatinya, Nurin Umaira tentu saja dia tidak boleh berfikir dengan tenang. Dia pasti akan gelisah, gundah gulana, berfikiran yang bukan-bukan, dan akibatnya, semua kerja ofis terbengkalai. Nak minta tanda-tangan pun susah. Teruk sungguh penangan cinta bos nya tu. Orangnya tampan, segak, kaya, macho, sado, berpendidikan tinggi, banyak sudah menimba ilmu, tapi bila sentuh bab cinta, hati dan perasaan, dia jadi lelaki yang serba tak tahu, selalu buntu, bingung, pening kepala.. terus jadi cair yang asalnya sekeras batu.

‘Apa kata bos pergi saja jumpa Umaira. Tanya Umaira sendiri, mungkin dia tak setuju.’

‘Tentulah dia setuju. Sbb tu dia nak bawa aku jumpa family dia.’

‘Belum tentu bos.’

Kan dia dah kata tadi. Encik Khai mesti akan berfikiran cetek. Cuba positive thinking. Boleh kot pujuk baik-baik Umaira tu. Dia nak suruh Juita tanyakan, tapi tak naklah nanti Umaira fikir yang Encik Khai dah tahu tentang hal ini. Dia tak mahu masuk campur dalam urusan pujuk memujuk cinta Khairil Izhan dan Nurin Umaira.

‘Klu Umaira setuju pun, Sibu masih lagi dlm Malaysia, En Khai masih boleh selalu jumpa Umaira..’

Helmi masih cuba memujuk.

‘2 years.. mcm2 blh jadilah Mie. Lagilah ada Izzuwan..’

‘Bincang dulu dgn Umaira. Ikat dulu dengan tanda.’

***

Whatsapp terakhir Helmi direnung lama. Ikat dulu dengan tanda. Errmm.. Ikat.. Tanda.. adakah dia perlu beli cincin atau dia perlu ikat dengan tanda lain?

Ikat dia dengan tanda. Arghh!

‘Off to Ganu Kiter’

Dia menghantar pesanan di Whatsapp. Betul juga cakap Helmi. Apa-apapun dia kena berbincang dengan Umaira. Lagipun dia sudah berjanji hendak mengambil Umaira di Terengganu lusa pagi. Boleh sahaja jika dia datang awal. Rasanya Umaira tak akanlah hendak menghalau dia kan. Check-in saja di resort seperti biasa.

Dia sudah puas berfikir, jika Umaira menerima tawaran dari Mega Holdings untuk menjadi pengurus projek di Sibu, dia akan menerima keputusan Umaira dengan hati gembira. Dia nekad setiap bulan dia akan ke Sibu untuk berjumpa dengan kekasih hatinya itu. Jika tidak mampu bertahan sebulan sekali, mungkin 2 minggu sekali atau tiap-tiap minggu.. Argh, kita kadang tidak mampu menahan perasaan rindu yang menebal di dalam hati. Kalau dah parah, seminggu sekali lah nampaknya berjumpa.

Klise, kenapa orang kaya mesti hendak anaknya berkahwin dengan orang kaya juga. Bukankah jodoh dan pertemuan itu datangnya dari Allah. Dia sangat cintakan Nurin Umaira, tapi kenapa mommy masih mahu dia mengahwini Puteri.

Puteri sudah ku anggap seperti adikku sendiri. Bagaimana mungkin aku hendak mengahwini dia.

Jauh di sudut hatinya dia ingin menggembirakan hati ibu kandungnya sendiri. Dia selalu berfikir dengan cara apakah dia dapat menambat hati Puan Sri Maria. Selama dia dibawa tinggal dengan Aunty Mariam, dia kurang mendapat kasih sayang dari mommy nya itu. Jika sesekali dia pulang bercuti, Puan Sri Maria jarang luangkan masa dengannya, walaupun dia seharian duduk di rumah menunggu dengan sabar. Kerana bosan dilayan seperti orang asing, Khairil sanggup membeli rumah lain walau dia tahu, banglo mewah Tan Seri Sufrie itu pastinya akan diwariskan kepada dia. Khairina sudah berpindah ke rumah mertua, errmm.. kenapa mommy tidak membantah perkahwinan Khairina dahulu, Khairina berkahwin dengan anak usahawan biasa sahaja. Idham cuma peniaga kecil. Tidak punya bisness berjuta-juta, tapi mommy menerima Idham dengan gembira, malah sangat menyayangi anak Khairina dan Idham. Sedangkan dia, sudah di usia 30an, mommy nya masih mengongkong pergerakkannya.

Adakah dia bukan asal keturunan dari mommy dan daddy? Adakah dia cuma anak angkat yang sudah tidak diperlukan lagi kewujudannya?

Memandu dengan perlahan ke Kuala Terengganu. Dia tidak mahu mengejutkan Umaira, dia mahu bersendirian dahulu, kemudian baru dia akan menemui Umaira. Lagipun janji dia pada gadis itu, akan bertemu lusa pagi. Esok dia akan menenangkan fikirannya.

Dia akan menemui Hamdan, ada perkara yang hendak dia bincangkan dengan Hamdan. Sejak kali pertama datang ke resort dan berurusan dengan Hamdan, dia dapat rasakan yang lelaki itu boleh dipercayai. Sekali sekala ada juga nasihat yang diberikan.

Apa saja, asalkan demi untuk kebaikan, samada hal kerja mahupun peribadi, Khairil Izhan akan bersikap terbuka untuk mendengar pendapat dari orang bawahan. Ego harus diletak tepi, walaupun ada kalanya dia rasa tercabar dengan pendapat dari pekerjanya.

Sambil menunggu Hamdan, Khairil memesan sotong celup tepung dan segelas teh o ais. Dia terhibur melihat gelagat anak-anak kecil yang berlarian sambil bermain layang-layang bersama keluarga. Nanti suatu hari, jika dia dikurniakan anak, mungkin begitu jugalah nanti dia akan berseronok dengan anaknya. Dengan Umaira, sudah semestinya.

Khayal dia melihat keseronokkan di Pantai Batu Buruk itu. Tanpa sedar, Hamdan sudah duduk di hadapannya.

“Jauh melamun Encik Khai?”

“Eh, tak lah. Dah lama sampai?” Khairil hanya mampu tersengeh.

“Baru saja ni. Milo ais ya.” Hamdan bersuara kepada pelayan.

“Encik Khai tak check-in resort ke?”

“Rasanya taklah Dan. Aku tak nak orang nampak. Lagipun janji dengan Umaira lusa pagi baru nak jumpa dia.”

“Alah, setakat check-in tu, saya boleh jer tolong Encik Khai.”

“Payah juga nak sorok kereta lagi. Kalau ada yang cam, kantoi pula nanti.”

“Ia juga ya. Kalau macam tu, tidur sajalah rumah saya. Lagipun saya dengan isteri saya dengan anak kecil saya, tak ada orang lain.”

Baik sungguhlah Hamdan ni. Tapi Khairil tak naklah. Dia ada plan sendiri. Nanti dia check-in lah mana-mana hotel berdekatan. Dia nak menengok-nengok Umaira, sedang apa agaknya Umaira sekarang ini, agaknya ya?

Jika dengan Helmi dia berbahasa santai, aku engkau sahaja, begitu juga dengan Hamdan. Baginya, jika dia berbahasa begitu, dia merapatkan jurang di antara mereka. Lagipun diluar waktu pejabat, mereka bagaikan sahabat, bukan pekerja.

“Aku desperate lah nak kahwin dengan Umaira..” katanya perlahan sambil menyisip air di cawan.

“Desperate, Encik Khai? Saya tak fahamlah.”

“Umaira dah nak transfer ke Sibu. Dia dapat tawaran projek manager kat Sibu”

“Alah, masih dalam Malaysia lagi tu Encik Khai, tak perlu passport pun.” Hamdan tersengeh kecil.

“Ishk tak boleh Dan. Tak boleh. Banyak masalah nanti. Kontrak 2 tahun tu. Ingat nak ajak dia kahwin dululah sebelum dia ke Sibu.”

“Bila dia ke Sibu?”

“Seminggu dua ni..”

“Lagi seminggu dua ni? Laa, mana sempat nak buat majlis kahwin Encik Khai. Lainlah kalau kahwin koboi.” Terperanjat Hamdan mendengarnya. Seminggu dua? Nak buat kerja kahwin? Nikah kat pejabat agama, mungkin sempat agaknya.

“Kahwin koboi? Apa tu?”

“Haha! Entah ya. Saya pun dengar cakap orang, mungkin majlis kahwin ala kadar saja, yang simple, macam cara cowboy buat kenduri kahwin kot.” Hamdan tertawa. Khairil turut tersengeh mendengarnya. Kahwin koboi? Nantilah dia cuba google kalau-kalau ada maksud yang lebih tepat. Sepanjang duduk di London, tidak pula dia ambil tahu tentang cara perkahwinan cowboy zaman dahulu.

“Tak boleh tidak aku kena cari jalan nak kahwin dengan dia paling kurang pun ikat dia dengan pertunangan. Tapi itulah, nak suruh family aku masuk meminang, alamatnya kempunanlah nak kahwin dengan Umaira tu.”

“Family Encik Khai tak setuju ke?”

“Mommy dah ada pilihan sendiri..” Khairil mengeluh. Hemmm.. bilalah agaknya Puan Seri Maria terbuka hati hendak bermenantukan Umaira.

“Restu keluarga tu penting, Encik Khai. Jangan jadi macam saya, hidup terbuang di tempat orang, kahwin tanpa restu. Walau dah macam-macam saya cuba untuk memujuk ibu saya, dia tetap tak boleh terima isteri saya sebagai menantu. Tetap nak saya kahwin dengan adik sepupu saya. Dah tiga tahun, anak saya pun ibu saya tak nak tengok.” Ada keluhan pada suara Hamdan.

Mendengar kan kata-kata Hamdan, buat hati Khairil bolak balik. Matanya dipejamkan, dan dia menarik nafas dalam. Dia sudah bulat tekad, dia akan tetap memilih Nurin Umaira sebagai isteri, walaupun tanpa restu keluarganya. Dia yakin ibunya tidak akan seperti ibu Hamdan. Kalau Puan Seri Maria tidak suka, dia masih ada Aunty Mariam untuk bermanja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience