[ Bab 50 ] DBS

Romance Completed 253440

Tok! Tok! Tok! “Boss!!!”
Jeritan dan ketukkan di luar chaletnya memekakkan telinga. Khairil baru saja selesai solat Suboh. Jam di handphone dikerling. Ah, baru 6:30 pagi, siapa pula yang terjerit di luar.
Kain pelikat dibetulkan. Kopiah di kepala juga dibetulkan. Dia membuka pintu. Allah. Helmi rupanya. Apalah yang dia hendak pagi-pagi hari ni.
“Mimpi apa kau Mie, pagi-pagi dah duk terpekik.”
“Jom jogging bos.” Oh ajak jogging, patutlah dah siap dengan track suit dan sport shoes.
“Malaslah.” Khairil belum puas tidur kot. Semalam dia tak dapat lelap mata mengingatkan tentang Imran. Dia belum lagi berbual dan bertanya dengan sahabatnya itu. Apa rahsia dia sehingga boleh ke sini, sedangkan siapa tak tahu betapa cantiknya Primula Beach Resort. Kalau tak ada sebab yang lebih penting dari butter prawn tak mungkinlah Imran akan ke sini.
“Jomlah boss. Jogging tepi pantai, lain feel dia bos.”
“Ialah. Kau tunggu kejap aku salin baju.”
“Tak payah lama-lama sangat ya bos.”
Khairil picit pelipis. Nak berjogging guna baju apa eh? Dia bukan bawa banyak baju. Ah terpaksalah berjogging dengan tshirt dan seluar khaki separas lututnya. Lantaklah, bukan nak berjogging sangatpun. Nasib dia memang bawa sport shoes. Kalau tidak ber jogging dengan sandal sajalah.
“Aik pakai baju macam ni je ke bos?”
“Dah kau ingat aku bawa banyak baju? Inipun konon nak pakai siang nanti. Kang bau hamis peluh, muntah pula Umaira nanti.”
“Hehe duk London lama-lama, pandai lagi guna perkataan ‘hamis’ tu ya bos? Hehe..” Helmi tertawa. Mereka berjalan perlahan menuju ke tepi pantai.
Cahaya mentari di kejauhan yang baru nak menampakkan wajah, sangat cantik pemandangannya.
“Buang tebiat apa kau ajak aku jogging ni, Mie?”
“Boring lah bos dalam bilik tu. Propa jer saya tengok Izzuwan tu. Siap menangis semalam.”
“Aik kenapa?” Pelik pula kenapa sampai menangis ya.
“Apalagi, frust lah bos, buah hati kena kebas.” Helmi kemudian berlari anak. Aduh susah juga nak berlari di atas pasir pantai. Tapi dah nama jogging tak akanlah nak berjalan santai, ia tak.
Dia mengekori Helmi dari belakang.
“Oi, Mie. Cerita biar kasi habislah.”
“Semalamlah, lepas solat Isyak saya tengok dia diam jer. Saya tegur, lepas tu tiba-tiba dia menangis pula. Aduh, stress kejap. Apakes jantan sado nangis. Rupanya frust sebab Umaira dah kena kebas.” Mereka memperlahankan larian. Mengah juga berlari sambil bercerita.
“Yang saya ingat dia cakap, belum terlambat untuk dia cuba memikat Umaira. Selagi belum jadi isteri sesiapa, dia tetap akan cuba dan berusaha untuk memikat Umaira. Saya rasa, lebih baik bos cepat, sebelum disambar orang. Manalah tahu dia mandrem si Umaira tu nanti. Melopong bos.”
Memanglah Khairil nak cepat, kalau boleh hari ni lagilah bagus. Tapi, yang menjadi masalahnya sekarang ni, Umaira yang selalu main tarik tali. Sekejap dia nak, sekejap dia seolah macam berfikir pula.
Menjadi suami kepada Umaira, Khairil memang dah tak sabar. Dia akan menjadi imam yang akan membimbing Umaira dan anak-anaknya nanti ke jalan Allah. Insha Allah, Khairil sudah menanam janji. Moga Allah permudahkan segala urusannya nanti.
"Cantik view kat sini kan, bos. Saya tak terfikir pula dapat beriadah dengan bos kat sini. Selalu nak juga ajak bos, jogging petang-petang lepas kerja. Boleh buang peluh sikit, dah seharian mengadap komputer."
"Bagus juga idea tu, Mie. Aku pun dah lama lah rasanya tak bersukan. Kalau dapat main basketball pun bagus juga ni."
"Apa kata, tengahari nanti kita buat sukaneka nak tak bos? Kita main bola tampar ke?"
"Kau lawan aku, gitu? Main dua orang?"
"Aduh, ajaklah Izzuwan dengan Encik Imran sekali. Kot-kot ada yang lain nak joint, kita buat ramai-ramailah. Kalau setakat bos dengan saya jer, baik kita main badminton."
"Eh, loyar buruk pula dia eh?"
"Abis dapat bos sporting. Kita langgar jelah. Asalkan dia tak sentap sudahlah. Kalau bos sentap, saya suruhlah Umaira pujuk.. Hhehe" Helmi kemudian mempercepatkan lariannya. Sengaja meninggalkan Khairil di belakang. Dia akui, Khairil Izhan memang seorang bos yang sporting. Bukan tak pernah dia menasihati bos nya itu. Dan selalunya Khairil akan menerima apa yang dia nasihati. Padanya tidak jatuh ego nya sebagai seorang majikan jika dia menerima nasihat mahupun pendapat dari pekerja bawahan. Kerana setiap idea yang baik itu, harus dimanfaatkan.
Dan kerana itulah, Khairil mahupun ayahnya Tan Sri Sufrie sangat disenangi pekerja. Walaupun dahulu dia berwajah ketat, namun sekarang senyumnya ada terukir di bibir.
Sambil berlari sambil jugalah mereka berbual. Ada sahaja yang hendak diborakkan walhal selalu dah mereka bertemu. Khairil kemudian berhenti dan menyeluk kocek. Telefonnya berdering minta di angkat. Senyum sekacak Remy Ishak dipamer. Umaira yang call.
"Hai sayang."
"Jogging dengan Helmi. Why?"
"Ooo. Ok. Nanti I datang dengan Helmi ya."
Senyum sekacak Remy Ishak sekali lagi dipamer. Helmi sudah menjelir lidah. Mengejek.
"Jom. Umaira ajak breakfast." Rasanya baru 40 minit mereka berlari. Peluh sudah membasahi baju. Confirmlah bau peluh lepas ni. Tshirt tinggal sehelai, jawabnya kena ke dobi lah ni. Mereka ada semalam lagi di sini. Esok sama-sama pulang ke KL dengan menaiki flight.
Umaira sudah menunggu di meja makan sewaktu Khairil dan Helmi sampai. Mee hoon goreng Singapore sudah terhidang di atas meja. Secawan kopi pekat juga.
“Helmi nak minum apa?” Umaira dengan senyuman manisnya bertanya.
“Helmi biar aku yang layan ya.” Juita cepat menjawab bagi pihak Helmi. Dia sudah mengambil tempat di meja sebelah.
“Meh, duk sini, jangan kacau orang nak berduaan.” Dia menarik baju Helmi, di suruhnya duduk dengannya.
Khairil tertawa. Mereka semua sangat memahami.
“You ke yang masak?”
“Aah, hari tu kan pernah janji nak buatkan breakfast, tapi tak sempat kan. Ni jelah yang mampu. Kalau nak breakfast lain, boleh order kat chef.”
“Ni semua ok dah ni. Kalau dapat omelette lagi best.”
“Jap saya ambilkan eh. Nak orange juice tak?”
Khairil geleng kepala. Cukup dah ni. Kalau ada yang dia nak, dia akan ambil sendiri. Ayam goreng berempah pun nampak sedap. Bertuahlah badan, dapat calon isteri pandai masak.
“Wei, Khai! Paginya kau dah breakfast. Wow, menu istimewa ke?” Imran tanpa sapa, terus duduk di sebelah Khairil. Khairil sudah tarik muka. Aduh! Dia ni potong mood lah. Umaira yang tiba dengan omelette di pinggan, hanya mampu senyum kelat.
“Takkanlah time kau gaduh, time susah cari aku. Bila kau dah happy lovey-dovey buat tak ingat plak kat aku ek?” Sengaja Imran menekan ‘ek’ loghat Johor itu. Dia memandang Khairil dengan keningnya yang dijongket.
“Mana ada. Sebab kau tak roger pun nak datang sini, kau dah lama hilang lepas hari tu, tup-tup jumpa kat sini.”
“Ialah. Kat sini ada permata yang indah. Yang boleh menenangkan jiwa aku yang resah. So, I’m here lah. Butter prawn.” Tanpa memperdulikan Khairil, Imran mengambil omelette yang Umaira baru letak di meja. Malas hendak berbalas pandang dengan Khairil, Imran tunduk dan makan perlahan. Manalah diapun nak sangka, Khairil akan ke resort itu, dan manalah juga dia tahu, rupanya ada family day dan jejak kasih. Kalau dia tahu, dia pasti berfikir dua-tiga kali untuk datang ke sini.
Sebaik menjejakkan kaki di bumi Kuala Terengganu ini, Imran sudah menanam hajat untuk bertemu Umaira. Sekurangnya dapat melihat gadis itu sihat dan masih menawan seperti dulu, hatinya sudah gembira. Soal hati ni, memang susah hendak kita menafsirkannya.
Bak kata orang dulu-dulu, tak dapat melihat orangnya, dapat melihat bumbung rumahnya pun jadilah. Begitulah Imran, dapat memandang Umaira dari jauh sudah cukup baginya. Dapat melihat Umaira bahagia bersama Khairil dia juga turut bahagia. Bukan niatnya hendak merampas, cuma dia hanya ingin melindungi Umaira dari niat jahat Khairil.
Tidak terlintas di fikirannya hendak merampas kekasih sahabatnya itu. Dia tahu benar, Khairil sudah jatuh hati pada Umaira, sahabatnya itu sangat serius dengan perasaannya. Dan Umaira pun dilihatnya juga sangat menyintai Khairil, jadi untuk apalah dia hendak menjadi perampas atau perosak hubungan mereka. Lebih baiklah dia berdoa agar hubungan mereka berdua berkekalan hingga ke akad nikah dan hingga ke Jannah.
Imran lebih rasa bahagia begitu. Dari menjadi perampas kebahagiaan sahabat sendiri.
Tapi, andaikata Umaira terluka dengan perbuatan Khairil, Imran dengan senang hati ingin menjadi hero yang mampu mengubati luka itu. Dan jika perlu bertumbuk sekalipun dia sanggup.
Perut yang sudah kenyang, membuatkan badan rasa ingin berehat. Imran melunjurkan kaki dan baru hendak melelapkan mata bila dia perasan Khairil mendekatinya. Helmi dan beberapa orang yang lain sudah bersukaria di dalam kolam. Nantilah baru dia joint mereka tu.
“Kau lama menghilang tiba-tiba muncul kat sini? Apa tujuan kau?” Soalan dari Khairil nampak sangat berbau cemburu. Soalan pun melulu sahaja.
“Nak tengok Umaira.” Jawab Imran tanpa selindung. Tak ada gunanya untuk dia berbohong.
“Kenapa?”
“Salah ke? Dia bukan tunang or isteri kau, kan?” Provok Imran. Khairil dilihatkan sudah tidak senang duduk. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, atau menambah kusut perasaan cemburu Khairil, Imran menepuk peha sahabatnya itu.
“Aku guraulah. Aku minta maaf kalau kau tak suka aku datang sini. Tapi aku memang tak ada niat lain, masa aku dapat jadual seminar tu, aku cuma nak jenguk Umaira, kalau-kalau dia masih kerja kat sini.
Aku tahu she is your soul mate. Aku tahu kau tergilakan dia sampai sanggup buat apa saja, tak akanlah bodoh sangat aku nak rampas dia dari kau. Dia tak pandang akupun, buat apalah aku nak try pikat dia. Soalan pertama dia masa jumpa dia, ‘datang seorang ke, Encik Khai tak ikut?’ Haha! Dia tak tanyapun khabar aku, dia tanya Encik Khai dia.” Imran ketawa lepas. Walaupun sebenarnya hatinya sedang luka, namun dia perlu akur, dia tidak mahu merosakkan hubungan cinta sahabatnya sendiri.
“Sorry Im. Aku terlebih jelous.”
“Aku tahu. Boleh nampak dari muka kau tu. Tak habis dengan cemburu kat Izzuwan tu, yang asyik curi pandang kat Umaira, lepas tu nak cemburukan aku. Kau dah patut kahwinlah, Khai. Nak aku pinangkan Umaira ke? Boleh jer family aku pinangkan Umaira tu.”
“Pinangkan untuk aku ke, untuk kau?” Pantas Khairil bertanya. Kata-kata Imran tu macam tak sedap didengar.
“Kau ni. Untuk kau lah. Aku pinangkan Umaira untuk kau, bukan untuk aku. Kalau kau tak kisah aku pinang Umaira untuk aku, aku lagi suka. Siapalah tak nak beristerikan Umaira yang cantik manis tu. Geram juga aku tengok.”
“Im!” Khairil hampir terjerit. Namun akhirnya dia tersengeh juga bila Imran ketawa berdekah. Dia sangat berharap yang Imran hanya bergurau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience