[ Bab 73 ] DBS

Romance Completed 253377

Kereta memasuki parkir yang dikhaskan untuk CEO Mega Holdings. Sebaik mematikan enjin kereta, Khairil sekali lagi bertanya pada Cik isterinya yang cantik.

“Betul ni nak tunggu kat cafe? Ke nak tunggu dalam ofis abang?”

Umaira mengangguk. Sebenarnya dia risau juga ni, kalau-kalau ada yang melihat dia. Ialah, mungkin ada yang tidak menyukai dia berkahwin dengan CEO Mega Holdings, mungkin ada yang cemburu.

“Nanti abang suruh Helmi call Juita ya. Jangan main mata pula kat bawah ni.” Khairil cuit hidung Umaira. “Hei, geramlah. Rasa nak peluk nak cium je.” Khairil ketawa. “Bye sayang. Jumpa nanti kay.” Umaira mengangguk lagi. Tangan Khairil dikucup mesra. Macam nak berpisah ke mana saja, tingkat atas tingkat bawah saja. Almaklumlah pengantin barulah kan.

Tangan melambai cik isteri yang setia memandang. Handphone dipoket diambil. ‘Siri, call Helmi’

“Aahh, ok bos boleh.” Setelah berbalas salam dan usik-mengusik, Helmi faham apa yang bos dia mahukan. Tapi kalau panggil Juita dan Dayang turun ke bawah serentak, tentu ada yang syak. Jadi dia terus menekan speed dail meja Natasya, PA Tuan Mansur. Dia tahu Natasya boleh dipercayai. Pandai-pandai Natasya nak arrange nanti.

Terkejut besar Khairil bila melihat Puteri di dalam pejabat Tan Sri Sufrie. Dia memandang daddy nya itu minta penjelasan. Hanya jongketan kening sebagai jawapan. Ini kalau Umaira tahu bagaimana agaknya reaksi dia.

“Hello newlywed, how’s your new life?” Dato Zamri memeluk Khairil.
“Great, uncle. Kalau tahu bahagianya macam ni, lama dulu dah bawa lari Umaira kahwin kat Thailand.”
“Haha! Ada-ada saja kamu Khai.” Dato Zamri ketawa kuat. Puteri muka sudah macam tapai basi, masam mencuka.

“Umaira kat mana?” Bisik Tan Sri Sufrie.
“Kat cafe bawah.” Khairil juga berbisik.
“Mommy on the way.”
Berubah wajah Khairil mendengar kata-kata daddy. Wajahnya berubah tiga tahun lebih tua dari usianya. Ah, kenapa mommy ada sekali. Ini bukan BOD meeting official, cuma perbincangan kecil perihal projek di Sibu.

Ini mesti kerja Puteri. Tentu dia yang beritahu mommy. Tabahlah wahai isteriku. Dia bukan tak tahu mommy masih tidak boleh menerima Umaira sebagai menantu. Nenek sudah menceritakan semuanya. Tentang hinaan, tentang tuduhan. Sudah beberapa kali juga dia meminta maaf pada Umaira, dan yang membahagiakan dirinya, cik isterinya yang cantik itu hanya tersenyum.

**

“Hai.” Umaira mengangkat muka. Siapa yang menyapanya? Suara lelaki. Wajahnya berubah, tidak tahu mahu tersenyum atau bermuka masam. Namun lelaki di hadapannya sudah melebarkan senyuman seluas Laut China Selatan.
“Hai.” Umaira berbasa-basi.
“May I?” Lelaki itu menunjukkan kerusi di hadapannya. Oh, kalau ‘May I’ Izhan yang ucapkan, dia akan mengangguk laju, tapi ini dari Izzuwan, lelaki yang memang hendak dia elakkan dari berjumpa. Bagaimana Izzuwan tahu yang dia ada di sini, sedangkan dia baru sahaja duduk. Encik suami pun baru sahaja memasuki lift. Juita dan Dayang pun belum turun lagi.

“Makin cantik sejak dah kahwin ni.” Puji Izzuwan.
“Terima kasih.” Umaira menundukkan pandangannya, di dalam hati asyik berdoa cepatlah Juita dan Dayang turun. Dia tidak mahu berlama-lama dengan Izzuwan, bimbang Encik suaminya tahu.
Tapi dia perlu beritahu Khairil bimbang lelaki itu salah sangka. Handphone di atas meja ditarik perlahan.
“Best jadi isteri CEO, mesti hidup awak senang lepas ni kan?”
Umaira rasa dia tak sempat nak meseg, phone ditukar ke mode silent, nombor Encik suami ditekan. Berharap agar Encik suami menjawab, dan dia akan menjelaskan dalam perbualan dengan Izzuwan.
“Mana tahu saya ada kat sini?”
“Adalah yang beritahu.”
“Saya nak jumpa Juita, bukan awak.”
“Janganlah sombong, tau lah saya ni cuma kerani cabuk, awak kahwin dengan anak owner, tapi kitakan dah lama kenal. Anggaplah saya macam ex-officemate awak. Tak salahkan?”
“Memang tak salah, tapi saya isteri orang.” Ternampak sahaja Juita yang baru keluar dari perut lift, Umaira sudah melambai tangan. Izzuwan bangun dari duduknya.
“Saya join awak berbual boleh?”
“Ni kan waktu kerja.” Umaira cuba mengelak.
“Tu, Juita tu, bukan waktu kerja ke? Ke dia special sebab bff isteri CEO?” Alamak ialah, kan sekarang waktu kerja. Aduh, terkena di batang hidung sendiri nampak nya.

Cepat handphone dicapai.
“Abang... Macam-mana Izzuwan tahu saya ada kat sini?” Cepat dia mengaju soalan sebelum Encik suami yang bertanya. Perlahan dan dengan harapan Izzuwan tak dengar.
“Entah. Puteri pun ada. Mommy on the way. Sayang take care ya. Abang baru nak masuk bilik meeting ni. Izzuwan tu tak apa, nanti dia masuk meeting juga, diakan supervisor kat Sibu nanti.”
Sibu? Ermmm.. mungkin inilah sebabnya kenapa Encik suami tak mahu dia ke Sibu. Dia mulai faham. Jika sebelum ini, pernikahan mereka untuk mengelak fitnah jika kerap berjumpa di Sibu nanti, dan sekarang pernikahan mereka adalah alasan yang paling kuat supaya Umaira langsung tidak ke sana.

“Jue!” Sengaja dia terjerit suka sebaik Juita mendekat. Harap fahamlah ya, Encik Izzuwan, silalah pergi dari sini. You’re not welcome here.
“Mai! Rindulah. Kau balik rumah sewakan? Sunyilah kau tak ada.”
“Dah ada suami, balik rumah suamilah.” Umaira sengaja cakap begitu, biar Izzuwan menyampah.

“Encik Wan bukan ada meeting ke? Tuan Mansur cari tadi.”
Izzuwan hanya berdiam dan kemudian meninggalkan Umaira dan Juita.
“Tengoklah Encik Wan tu, dari dulu mengurat akupun macam tu, kadang cara dia macam dia suka sangat kat aku, tapi selebihnya dia macam acuh tak acuh. Boring.”
“Ha ah, lainlah Encik Khai betul tak? Dia kidnap, dia kejar, dia ajak kahwin lari! Haha!” Ya itu sungguhnya Khairil Izhan, bermacam yang dia lakukan untuk mendapatkan Umaira. Umaira serasa bagaikan Cinderella yang dicintai Prince Carming.

“Dayang mana?”
“Dia cuti.”
“Ooo.. tak apa ke keluar lama ni?”
“Dah kautim dengan Tasya”
Hehe! Itulah seronoknya kalau baik dengan PA boss. Mereka berborak sakan, lupa pada sekeliling. Langsung tak tengok jam, dan tak melihat telefon. Lagilah handphone Umaira tadi silent. Juita pula beg semua memang kat atas.
Helmi termengah-mengah mendapatkan mereka.
“Boss call tak angkat. Borak dah tak ingat dunia lah ya.”
Umaira jelir lidah, ada 11 miss called dari encik suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience