[ Bab 75 ] DBS

Romance Completed 253377

Sejak pulang ke rumah, suaminya itu lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik kerjanya. Sentiasa dengan laptop di hadapan mata. Hanya keluar bilik untuk bersolat dan bila perutnya lapar.

Umaira tidak ada mood mengemas. Dia sudah tidak mahu ke Sibu, dia ingin menjadi suri hati Khairil Izhan sepenuh masa. Dia seronok bila Encik suami selalu memuji masakkannya. Entah sedap entahkan tidak, tetapi setiap kali suapan pertama memasuki mulut, Izhan akan menyatakannya sedap.

Dia menunggu Khairil Izhan di bilik. Sudah hampir jam 11 malam, encik suami masih belum nak masuk tidur. Dia ingin berbincang, dia ingin memberitahu dia tidak mahu ke Sibu. Walaupun pada awalnya dia berkeras mahu mencuba untuk menjadi pengurus projek. Kalau perlu memujuk, dia akan memujuk, kalau perlu sampai dia merayu, dia akan merayu, dan jika perlu sehingga dia menangis, dia tidak akan lokek hendak menitiskan mutiara berharga dari matanya. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan encik suami faham yang dia tidak mahu ke Sibu.

“Dah siap kemas?” Izhan bertanya sebaik memasuki bilik.
Umaira mengangguk.
“Ni jer? Cukup ke? Beg satu lagi?”
“Tu abang bawakan nanti next week.” Jawabnya.
“Next week tak boleh. Abang ada program amal. Kan dah puasa masa tu.” Sudah acap kali Izhan menyatakan yang dia tidak boleh ke Sibu minggu hadapan. Dia ada program amal yang telah dijadualkan sebelum dia berkahwin dengan Umaira. Dan bila puasa nanti, lagi penuh jadual berbuka puasa bersama badan kebajikan.

“Habis tu? Abang beritahulah daddy, sayang tak nak pergi Sibu tu.” Suaranya sudah bergetar. Wajah sudah mencemek. Dia bangun dan duduk diriba Khairil. Kedua tangan Khairil dibawa memeluk tubuhnya.

“Bukan ke sayang nak sangat ke Sibu?”
“Itu dulu, sekarang tak nak.” Jawab Umaira tegas. Ya dia tahu dulu dia bersungguh, tapi sekarang dia hanya ingin berada di sisi Khairil Izhan.

“Errmm.. Daddy kata kena pergi juga ke Sibu. Sebab paperwork semua dah dibuat atas nama Nurin Umaira, so memang kenalah pergi ke Sibu. Jadi project manager.”

“Abang beritahulah daddy, sayang TAK NAK ke Sibu. Sayang tak ada sign apa-apapun, masuk meeting tajuk ‘Sibu’ pun tak pernah.” Badannya disandarkan ke dada Khairil. Dia hendak hari-hari begini dengan Khairil, dia tak mahu keseorangan di Sibu nanti.

Apakan daya Khairil.
Dia CEO yang tidak boleh membuat keputusan. Nampaknya keputusan mommy CEO lagi berkuasa dalam semua hal.

“Daddy kata, dapat baby baru boleh balik.”

Umaira memusingkan badannya. Masih duduk diriba Khairil tapi kini memandang wajah Encik suami.

“Ok, jom buat baby.” Umaira tolak badan Khairil ke katil, namun Khairil ketawa kecil. Geli hati pula melihat gelagat Umaira. Kalau diikutkan hati lelakinya yang sedang bergelora sekarang ini, mau dia peluk dan mencumbu mesra isteri cantiknya itu, dia pulak ajak kita buat baby, hai lah cik isteri sayang. Namun Khairil Izhan sekadar menarik nafas perlahan.

“Tu kan rezeki dari Allah. Kalau tergesa-gesa tak feel lah sayang. Kita kena relax baru boleh dapat baby.” Khairil bangun. Sekadar tersenyum kecil melihat wajah sugul Umaira. Dia tidak mahu hubungan dalam keadaan memaksa, terpaksa atau dipaksa. Dia mahu hubungan intim mereka dari rasa kasih sayang, dan saling merelakan. Dia tahu Umaira sedang tertekan sekarang, bukan dia tidak perasan perubahan sikap Umaira setiap kali perkataan ‘Sibu’ menjadi topik perbualan mereka.

Dia juga tidak mahu Umaira ke Sibu. Memang dari awal dia tak mahu Umaira ke sana. Dia sudah terbau perancangan jahat mommy. Tapi apakan daya, mommy tetap berkeras mahu Umaira ke Sibu. Sedangkan tak sampai 2 minggu lagi dah puasa, lepas tu raya. Khairil mengeluh.

Dia teringat perbualan dengan mommy siang tadi. Untunglah Umaira tidak dengar pertengkaran mereka. Kalau Umaira dengar tentu isterinya itu sedih.

“Kahwin dengan Puteri, dan Umaira tak perlu ke Sibu.”

“Kahwin sehari lepas tu cerai, boleh?” Kalau boleh sekarang juga Khairil buat. Dia bukan hadap sangat nak kan Puteri jadi isteri dia. Madukan Umaira? Lagilah tidak. Isterinya itu sudah cukup sempurna buat dia.

“Kahwinlah setahun dua dulu. Kenal hati budi masing-masing. Mommy akan terima isteri kamu tu sebagai menantu. Mommy janji.”

“Boleh pakai ke janji mommy?”

“Mommy janji. Sumpah.”

“Tak baik bersumpah pada benda yang mommy sendiri tak yakin. Mommy yakin mommy tak akan campur dalam urusan rumah tangga Khai nanti? Mommy yakin, mommy akan terima apapun keputusan Khai kalau Khai kahwin dengan Puteri? Mommy yakin mommy akan adil dalam melayan menantu-menantu mommy?”
Sengaja dia menyebut menantu-menantu, berkahwin dengan Puteri bermaksud dia harus menduakan Umaira, sanggup ke isterinya itu. Isterinya yang baru dikahwini tidak sampai seminggu? Khairil pening kepala. Dan apa kata keluarga Umaira nanti?

“Kalau mommy janji mommy akan adil dengan menantu-menantu mommy, Khai boleh janji yang Khai akan adil dengan isteri-isteri Khai? Khai boleh layan mereka sama tanpa beza?”
Arghh! Perang mulut dengan mommy memang tak ada kesudahannyalah. Tentulah Khairil tak boleh nak adil, kalau cintanya hanya pada Umaira, sedangkan Puteri dia kahwin terpaksa.
“Tentu Khai yang tak boleh, kan?” Sakit kepala dibuatnya.

“Abang nak sambung kerja.” Khairil melangkah ke bilik kerjanya. Dia sengaja mahu menjauhkan diri dari Umaira, belajar berjauhan. Lagipun dia tidak boleh melihat wajah sugul isterinya itu. Hatinya sendiri merasa sedih. Sibu, bukan dekat nak ke sana. Flight sahaja 2 jam. Pandai ke Umaira nak beli tiket. Andai kata ada apa-apa yang menimpa, dia malah Umaira sendiri sukar untuk bertemu.

“Abang tidurlah kat bilik kerja abang tu.” Umaira merajuk. Hatinya sudah lencun menangis. Bagaimana hendak dia luahkan rasa hatinya. Bagaimana hendak dia menyatakan suara hatinya. Pada siapa harus dia mengadu? Ayah? Dia tidak mahu ayah tahu yang dia sedang bersedih. Tapi boleh saja dia meminta ayah untuk memujuk Tan Sri Sufrie. Errmm.. Idea menarik juga tu.

Pintu bilik Umaira tutup dan kunci. Dia tahu Khairil ada kunci bilik tidur mereka, biarlah dia hanya mahu bersendiri. Lampu bilik dia tutup, badannya direbahkan ke katil.
Dia tahu dia berdosa pada suaminya.

Umaira hairan, kenapa ya masih nak paksa Umaira ke Sibu. Memang awalnya dia hendak mencuba, tapi sekarang dia dah tak nak. Seingatnya, dia tak adapun tanda-tangan apa-apa kontrak. Cuma perbualan di telefon dengan Tan Sri Sufrie sahaja. Diapun belum menyatakan persetujuannya, dia minta masa untuk berfikir. Dan baru hendak memberitahu Izhan tentang tawaran itu, mereka ditangkap berkhalwat sehinggalah mereka berkahwin.

Kalau semua ini rancangan Puan Sri Maria, tak boleh kata tidak ke? Apa semua keputusan Puan Sri Maria ke yang buat? Marah hatinya berterusan. Esok pagi dia akan menelefon Tan Sri Sufrie, ingin bertanya sendiri, ingin mendengar penjelasan.

Kala hati dan fikirannya memberontak dengan perihal Sibu, dia tidak sedar entah bila dia tertidur. Tidur dalam keadaan marah dan berdosa pada suami.

Sayup-sayup dia mendengar suara orang bercakap. Matanya dibuka kecil, dalam kesamaran lampu tidur dia nampak suaminya sedang bercakap di telefon. Jam digital di meja sisi dijeling sekilas. Pukul 2 pagi?

“Please, lah daddy, don’t ruin our marriage. Two weeks lagi dah puasa.”
Tidak tahu apa yang orang di sana menjawab, Umaira berdebar menanti kata-kata selanjutnya dari encik suami.

“Daddy selalu berjanji dengan mommy, tapi yang jadi mangsanya, Khai dan Umaira. Tak kasihan ke pada anak sendiri? Sesekali cuba daddy say NO pada mommy tu. You’re the CEO in your marriage and your company.”
Kasihannya pada encik suami. Sudah acap kali mereka bertengkar kerana Umaira. Matanya dipejam, nafas ditarik dalam. Tidak mahu Khairil meninggi suara pada ayah sendiri, Umaira harus memutuskan panggilan telefon itu.

“Abang..” Dia memanggil. Khairil menoleh.
“Berbual dengan siapa?”

“Khai telefon lagi nanti. Assalamualaikum.” Khairil mendekati Umaira yang masih berbaring di katil. Dia duduk di sisi Umaira.
“Hal kerja sikit.”
“Pukul 2? Tak ganggu tidur orang tu ke?” Pura-pura tidak tahu dengan siapa encik suami berbual di telefon.
Khairil menepuk mesra bahu Umaira. “Tidurlah.”

“Abang....” Suaranya meleret manja dengan serak-serak bangun tidur. Umaira tak boleh nak tidur dah, hatinya runsing. Umaira duduk dan membetulkan rambutnya.
“Maafkan sayang tadi marah abang, kunci pintu.”
Umaira ni, sesekali membahasakan dirinya sayang, malam-malam ni, sejuk-sejuk ni, memang buat jantung Khairil berdegup laju. Tak cukup oksigen dibuatnya.

“Tak apa, abang faham.” Khairil senyum. Lagilah bila jari Umaira sudah berjalan di lengannya. Jantung berdegup kencang.

“Abang maafkan tak?”
“Ya, abang maafkan. Bodohlah kalau abang tak maafkan isteri abang yang serba cantik ni. Nasib abang ada kunci bilik, kalau tak tidur luar abang malam ni.”

“Abang.. ikutkan sajalah keputusan Mega Holdings tu. Kita bertahan 2 tahun eh. Ada masa abang datang tengok sayang, kalau tak, sayang balik KL jumpa abang.” Senyumnya sambil dagu disangkut di bahu Khairil. Tangannya memaut lengan sasa suaminya.

“2 tahun tu lama lah sayang.”
“20 tahun boleh tunggu, 2 tahun tak akan tak boleh?” Umaira memandang suaminya. Wajahnya dibuat semanis yang mampu untuk buatkan hati suaminya itu tenang.

“20 tahun yang tu, abang tak pernah tahu yang sidia tu, secantik dan semanis ni. Kalau abang tau, of course lah tak sampai 20 tahun. Mungkin sayang baru habis SPM abang dah ajak kahwin. Tak sempat masuk U.” Dagu Umaira dicuit. Ishk, geram pula tengok Umaira ni, dahlah suara serak-serak malam.

“Abang peliklah idea gila siapa ni. Nonsense. Ni semua idea nak pisahkan kita. Nak abang tinggal kat KL dengan Puteri, sayang kat sana dengan Izzuwan.” Khairil sudah boleh agak apa perancangan mommy. Sebenarnya mahu pisahkan Khairil dari Umaira. Dia nampak sendiri banyak program amal, ada nama Puteri Qaisya sebagai wakil company Dato Zamri.

“Sayang percayakan abang. Jadi abangpun kena percayakan sayang. Kita tengok dulu keadaan kat Sibu. Ok tak? Mana tau abang boleh work from Sibu.” Umaira cuba memujuk. Dia tak mahu suaminya terus bergaduh dan meninggi suara pada kedua ibu bapanya. Walau macam mana sekalipun layanan Puan Sri Maria terhadap Khairil, dia tetap ibu yang melahirkan Khairil. Perlu hormat dan perlu taat. Dia tidak mahu Khairil menderhaka pada ibunya sendiri.

Satu kucupan mesra Umaira hadiahkan di pipi Khairil. Sebagai balasan hadiah kucupan di pipi, Umaira terima berpuluh kucupan dari Khairil sampai terjerit-jerit dibuatnya. Dia suamiku Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagi kami berdua.

***

Umaira hanya memandang sepi pesanan di WhatsApp.
‘Kalau Maira free, call daddy ya.’
Ringkas, tapi membawa pelbagai persoalan di fikiran. Perlukah dia menelefon ayah mertua nya itu, atau hanya berdiam diri. Otaknya ligat berfikir. Ya, kadang-kala Tan Sri Sufrie ada perancangan yang lain untuknya. Dari ke Sibu dahulu dia disuruh ke Kuala Terengganu.

Dia mengintai encik suami. Masih tekun di meja kerjanya. Katanya ada yang perlu disiapkan sebelum bercuti menghantar Umaira ke Sibu. Betul juga kata abang Long, Khairil punya komitmen yang besar terhadap kerjanya, company besar, pekerja ramai, ada beberapa cawangan, tentu dia tidak punya masa mahu bercuti selalu, melayan perangai Umaira. Untuk pernikahan mereka, Khairil sudah bercuti 2 minggu.

Akhirnya dia menelefon juga ayah mertuanya. Dia nak cakap dia tak mahu ke Sibu. Dia ingin menjadi isteri Khairil Izhan sepenuh masa.

“Daddy faham.” Tan Sri Sufrie memang sudah sedia maklum. Cuma dia bingung dengan perangai isterinya yang suka campur tangan urusan syarikat.

“Daddy dan ayah Maira dah setuju, seminggu raya kita akan buat majlis resepsi, di Kulai dan di KL. Tak sampai dua bulan sahaja lagi. Dalam pada tu, daddy nak Maira buat resign letter. Sibu, daddy akan serahkan pada Izzuwan untuk handle sampai habis projek. Ok tak?”

Jadi selama ini Umaira masih staf Mega Holdings? Oh patutlah penyata gajinya masih tertulis Mega Holdings, diapun tak perasan. Dan patutlah juga dia di transfer kan sesuka hati oleh Mega Holdings, dia tak perasanpun selama ni. Aduhai Umaira, kenapa tak terfikir ya? Sefikirnya, selepas kejadian viral dia dan Khairil di Bukit Tinggi, dia sudah diberhentikan dari Mega Holdings.

“Perlukan 3 bulan tolak cuti semua, daddy rasa lepas raya dah boleh balik KL. Tapi jangan beritahu sesiapa dulu. Walaupun Khai, daddy tak nak mommy tahu.”

“Mommy memang tak suka abang kahwin dengan Maira ya, daddy?”

“You got my restu kahwin dengan Khairil. Pedulikanlah mommy tu. Mommy memang macam tu. Lama-lama nanti Maira fahamlah perangai mommy tu. Esok daddy tak dapat hantar ke airport. Lagipun mini honeymoon dengan Khai, kan? Pergilah berdua. Staff lain dah bertolak semalam.”

Umaira sudah faham. Dan betul juga tekaannya, Tan Sri Sufrie pasti ada perancangan lain untuk dia. Baik sungguh hati ayah mertuanya. Kalaulah ibu mertuanya juga begitu, alangkah bagusnya.

“Menung apa tu?” Peluk Khairil dari belakang. Sedap rasa pelukkan tu. Umaira sandarkan badannya ke tubuh sasa Khairil.

“Bila majlis resepsi kita?”
“Seminggu raya rasanya. Kenapa?”
“Sayang nak pakai gaun macam Cinderella, boleh tak?”
“Alahai, bukan saja Cinderella, Snow White, Beauty and The Beast, apa lagi Princess tu, semua boleh. Barbie? Sayang pakai apapun cantik, kalau tak pakai la...gi.. Aduh sayang..” Khairil terngaduh, tentulah dek kerana cubitan ketam Umaira yang singgah di lengannya.

Bagaimana Umaira hendak menghabiskan hari di Sibu, tanpa lelaki yang manis mulut itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience